Thursday, February 24, 2011

Batu Batan Sri Lanka (Sticky Post sampai ari ahad. Gua Nk Fly Balik Malaysia Dahhh..wuhuuu!!)

[updated.baru letak gambar baru]

Di bawah adalah gambar batu batan hasil ternakan negara Sri Lanka. Malas sebenarnya nk ambik gamba, nak upload. Kt FB pun aku tak upload pun pasal aku baru format lappy ni & malas nk kelebet install2 natang java tu. Tapi memandangkan desakan bertubi2 dan aku pun dah hujung2 nyawa dah nak tinggalkan negara ni, maka aku tempek la jugak lam blog ni.

Dalam gambar ni, aku ambik yg murah2 je sudeh. Pasal..korang ingat aku cop duit?? Aku dah la tak keje.Heh.






Green Apatite


Green Apatite..boleh dpt bawah RM100.Depends on size & caret.Buat pendant pon lawo.



Garnet.. harga dalam RM150-200. ikut saiz & caret la jugak.ko pilih besar penumbuk, dapat la rege besar penumbuk.keh3x!


Green Peridot ~yg ni mahal skit.RM 500 above.kaler dia shining abes.aku pun ade cenonet je kt cincin aku.



Purple Amethys~ ni batu cincin Speckybee yg menjadi kegilaan ramai.wawawa!


Klik utk kelebet cutting dia..


Purple Amethyst lagi


Cam biasa, purple amethys


Blue Topaz, RM 600-800.ko nak murah skit, ambik yg kecik skit la.Xyah la diamond cut bagai.

Batu ni harga dia bergantung kepada jenis hardness dan caret. Kalau mcm batu diamond tu, tahap hardness adalah 9, ko gigit la sampai gigi ko pecah. Dia steady je.Sebab tu harga dia cecah puluh2 ribu. Yg mcm kt atas ni, hardness dalam 7. Batu Sapphire hardness adalah 8.

Batu2 yg dipesan kat aku ni, dijamin original dan disertakan certificate oleh Sri Lanka National Gems Bureau. Aku tak ambik kt tempat2 sembarangan sebab byk kes2 batu sintetik dorang tipu dan jual dgn harga sama. So, aku xnak ambik risiko. Kalau nak tahu, batu Sri Lanka adalah antara batu yang berkualiti tinggi di dunia. Tak caya, ko pegi ambik tiket flight, pegi Maldives, tgk harga batu Sri Lanka dorang jual di Maldives, terpucat2 laa ko kt situ. Keh3x. Harga kt Malaysia pun berganda2.Tp tgk jugak tempat ko pegi tanya tu. Ada member Speckybee, pegi tanya kt satu kedai emas yg glamer tu, ape Kong tah ke nama, dia boleh ckp batu yg rege RM 100 lebih tu, harga RM 3000. Kah!Kah!Kah! Kalo aku, terus jual derr kt kedai tu.

Yelah kan, hanya jauhari yg mengenal manikam. Nak harapkan aku yg kenal batu, xpayah laa.. Baik aku pegi hapal nama2 makanan yg aku nak makan kt Malaysia nanti. Huakakaka!

Gambar2 lain ada lam talipon lelakiku yg hensem.(pujian adalah cubaan utk mintak something.nnti aku bgtau korang.muehehee!) Nanti kang dia balik, aku upload lagi yg clear2. Aku nak pegi kedai ari sabtu @ ahad ni. Nak pesan silalah cepat. Untuk batu rege RM500 ke atas, silalah bank in separuh rege dulu. Mana aku nk korek duit skang ni.Korek idong je yg boleh setakat ni.Wahahahaa!

25 comments:

Chik Att said...

saudagar intan perrrmataaaa ......
wah wah ..... kayooo koo nokk

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kirim menda lain takleh ke Nis?

lukisan apa cer? kalo takde takpe tapi adakan lah...

lagi satu,
aku nak macam2 ni. Takut ko tak larat lah pulak..


hahaha..



bila flight ko ?

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

errr...anis,


esok aku email @ YM ko tau !

tetiba dup-dap-dup-dap tengok pepel amethyst tu..

The Sharkox said...

batu2 ni boleh menghilangkan migrain macam gelang magnet AC Mang ke?

the3imans said...

wawawa.....org kaya....berniaga batu permata...kah..kah..

anis...agak2 ko kenal x kak azma..kwn ko mase uitm...

|| NaFiRaa || said...

Mak aih!! banyaknyer~ jadik tokey batu permata plak?? muehehehe..

FM ade x??? muahaha..lariksss

sitinaminah02 said...

kalo lah ada org sudi bg batu batan yg lawa (murah pun takpa), alangkah gembiranya hatiku....


hmmmm,...

Anonymous said...

wah wah wah! batu firuz takde ke daling??

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~kekeke!saudagar kayap je haa..ambik pesan dari member2 jer..

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~lukisan ari rabu nnti aku nk pegi colombo.kalo nak,boleh aku sauk 1 utk ko.pasal ktorg pun dah nk ade tube nk letak lukisan tu.yg ktorg punye pon skali nk usung bwk balik.

aNiS tHe BumbleBee said...

reen lagi,hah,cepat2!

aNiS tHe BumbleBee said...

sharkox~oo..batu2 ni kalo rendam lam air sirap,pestu minum,terus dpt 4flat time final besok.kakakkaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

ejan~keh3x!!! xde la aku meniaga pun.mmber2 pesan dari zaman dulu lagi.aku tak beli2.ni dah ujong2,beli la.kang dorang xkasi aku balik msia lak.kakaka!

kenal...ko kem salam kt dia tau?dia nakal tak lam opis?kalo nakal,babab dia.hahahaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~kekeke..jadi tukang bawak jee..seb baik bukan batu bata.hahaha!

adeee..nak ke?

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~nnti abg speki wak balik naa..batu sungai...wawawa!

aNiS tHe BumbleBee said...

MDT~kih3x..batu firuz tu yg camne tah?sy bukannye kenal sgt batu2 ni haa..hihi!

Amri Abd Rani said...

Kirim ke Kuantan satu....nk yg paling besaaaarrrrr....hohoho

MumMe said...

selamat pulang ke tanah air,Anis...

mamawana said...

Yang kirim nak batu itu batu ini tapi tak bagi duit... korek2 idung bagi jer batu batu zamrud hijau yg kat idung tu..wakakaaaa

Azian Elias said...

assalam.. cantik2 batu.. kalau nak kirim cam ne?

aNiS tHe BumbleBee said...

pakwi~nak besar mana pak wi?besar penumbuk yeaa?hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

mumme~maceh...mumme...tp sekejap aje..huk2x!

aNiS tHe BumbleBee said...

mamawana~hahahhaa!terbaekk!!

aNiS tHe BumbleBee said...

yan~wsalam...hihi..anis balik lagi insyallah raya ni..nnti yg mana berkenan bglah tau.raya nnti anis bawak balik ye.boleh email kt artneysatyahoodotcom xpun add YM anis, imperius_muggleatyahoodotcom.

Hafirdaus said...

emas kat sana berapa herga?nak kirim boleh?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...