Biasala..sebagai mak pak ni, mesti la nak ajar anak makan sayur kan.Nk bagi kulit cantek..xde rashes, bowel smooth,bijik mata cerah, otak cepat pick-up, pendek kata, yg bagus2 laa kan..Nk menunjuk kt org bg org puji anak kita pandai makan sayur pun ye jugak. Kah3x!! Okey, Tak lawak langsung!Buleh belah!
Masa aku kecit2 dulu pun, benci gak makan sayur2 ni..Taste like hell kalo org kampung aku kata.Tambah2, sayur sawi, bila pepak2 batang tu pahit ya hamat! Boleh belah!! Tp biasa la,mak ayah kita kan slalu marah2 suh makan sayur.Aku pun terpaksa mkn sayurdgn muka redha dan takwa.
Bila aku dah jadi mak2, terpaksalah aku pikir mcmana nk bg anak aku makan sayur. Org kata, melentur buluh biar dari rebung. (Rebung tu juga boleh dikategorikan sebagai sayur-sayuran gak.Sedap kalau dibuat masak lemak cili api dgn daging.Tp jangan pulak ko bg makan baby ko pulak.ceri beri kang dah satu hal pulak!)
Ni sayur yg dah bertukar jadi rupa singa ke apa tah...
1. Pertama-tama sekali, Mak Bapak tu yg kena makan sayur.Jadikan kebiasaan dalam keluarga. Kalau parent tak makan sayur, mai celah mana anak nk makan sayur? Sama jugak kalau pesen mak bapak yg isap rokok. Bila anak isap rokok, marah plakkk...ceyhhh!
2.First solid food yg aku bagi masa Uyin dulu, adalah puri sayur-sayuran yg aku buat sendiri. Dulu2 travel ke Sri Lanka ni naik Lanka Air @ MAS, so dapat la benda alah puree dari Heinz tu. Tp adalah tak cedap! Uyin slalu bluwek2x tak suke.So, terpaksalah aku gunakan kedua2 hemisfera otak aku untuk pikir cmna nk bg budak ni suka mkn sayur.
3.Mula2 aku blend sayur2 mcm carrot tu dgn kurma.So,manisnyaaa kurma iteww buatkan baby suka mamam. So,slow2, bila rasa perut baby dah kuat nk terima byk lagi nikmat2 dunia yang ada, aku blend bubur nasi pulak campur sekali.
4.Bila baby dah boleh accept bubur nasi yg dah dikisar, maka bolehlah anda mulakan kreativiti anda dalam bidang masakan. Perlu diingatkan, jangan gatal2 tangan nak tambah garam dalam baby's food. Perut baby adalah sangat2 'baby' nak hadamkan kandungan garam dalam badan dia. Boleh gunakan benda lain untuk substitute contohnya, ikan bilis. *2-3 ekor sudah...taik2 tu bersihkan..jgn ko masukkan sekali.Kang bengap pulak budak tu.* Gradually,bolehlah tambah bahan2 lain mcm ikan,ayam, dan mcm2 jenis sayur yg best2 dalam dunia ni.Tapi make sure benda2 tu semua dikisar dulu, sampai la korang konfiden,baby tu boleh kunyah sendiri. (maksudnya ada gigi la kan..)
5. Sayur juga boleh dibuat sbg snack.Bila lidah dia dah terbiasa makan sayur dari kecik, so xde hal bila umur dia 2-3 tahun nk kunyah sayur2 tu sbg snek. Carrot, Brokoli, Tomato semua tu boleh dihidangkan time baby tu lepak2 tengok TV. Nasib aku sangat baik sebab kt Sri Lanka ni cikedis semua bapak2 la mahal sbb diimport dari Malaysia. So, kau makan sayur udah le ye nak?
6.Jangan bg anak lihat sayur tu adalah 'benda-boring-yg-haram-tak-sedap-langsung-makan-ayam-goreng-lagi-best'. Pelbagaikan cara masakan. Contohnya, buat tempura ke kan. Dulu2 aku tinggal dgn sorang vegetarian tegar. So,baru la aku tau, rupanya mcm2 stail boleh masak sayur2 ni. Xde la asik2 sup sayur, sayur rebus, sayur goreng bla bla bla..
7.Okey berbalik kepada ibu-bapa, gunakan psikologi. Bila makan sayur tu, buatlah muka dgn penuh ghairah dan meyakinkan bahawa sayur adalah sedap. Kunyah dengan penuh nikmat, sampai budak kecik tu terliur gila tgk kita makan.
8.Make sure sayur wujud dalam setiap makanan yg dihidangkan. Tak kira la ko masak mee ke, spageti ke, pastikan sayur tu mmg ada. Aku kalau masak megi pun,aku akan letak sayur byk2. So, anak2 ko akan tgk benda tu adalah biasa. Dia akan jadi pelik kalau sayur xde.Perlu diingatkan, anak kita, kita yang corakkan.So, ko corak batikkanlah dorang dgn warna warni sayuran yg indah!
Sayur itu sedap!!!! Hidup Sayur!!!!!
okey,bye...siap dah satu entry yg konon berinfomasi.Hua3x!
6 comments:
sayur sdp ape, bg seperiuk pn blh habiskan, hewhewhew
yes suka...aku memang suka makan sayur. dulu masa kecik2 mak bapak keja tak dan nak tengok aku, kakak2 aku yang asuh bagi makan minum semua. kakak aku pesan kalau nak makan, dalam pinggan kena lengkap sayur, lauk untuk protein dan nasi/roti untuk karbohidrat. sebab tu sampai besaq pun aku ingat kalau nak makan pun kena ada lengkap hidangan aku tu...kalau tak lengkap aku tak lalu nak makan
i like sawi!!
* sayur dalam pantang. asek mengkedarah sawi je. hahaha
sempat ko sound org isap rokok ek...
sayur sedap tp xde ke tip nak bg anak, mak dan bapak suka makan peria...pahit ya amat...
"Dulu2 aku tinggal dgn sorang vegetarian tegar. So,baru la aku tau, rupanya mcm2 stail boleh masak sayur2 ni. Xde la asik2 sup sayur, sayur rebus, sayur goreng bla bla bla.."
Apa kata ko citer kan dengan details pasal atas ni.. Aku berminat nak tau jugak ni.. Anak2 aku tu dari suka sayur sampai dah kurang suka... ghisau dibuatnya nih.. Asyik2 aku sorang aje yang layan..
Post a Comment