Tuesday, March 19, 2013

Baju

Hari ini besday Speckybee..Nak bagi hadiah apapun dah tak tau. Result interview aku yg haritu hujung bulan ni baru tau. Tah dapat keja ke tak.Ada ke org nk ambik org tua meregon ni keja? Kalo dpt, merasala Speckybee hadiah dari gaji aku sendiri. Kalo xdapat, terpaksalah aku bg hadiah anak lagi kat dia.Kahkah!

Well, Happy Birthday CintaHati. Semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki, dan semoga tahun ni dpt bonus kaw2(sambil gosok2 tangan). I lebiu, dari hari pertama kita jumpa. Walopon kadang2 ai merempan kata ai menyampah kt yu, tapi sebenaqnya, I lebiu. Ai nak leb sapa lagi. Laki ai sorang ni saja.Kihkih.

Okey,berbalik kepada entry yang aku nk belajar jahit baju tu kan...hurmm..errr..errr..

sat, camna nk mula xtau.

Okey, Bismillahirrahmanirrahim......

Baju 'kurung' untuk bam2 dah siap. Baju ja lah. Kain tak stadi habih lagi. Sumpah aku pening kepala refer kt buku Yasalma tu. Maybe sebab aku first time buat benda ni. benda yang paling bagi aku jadi haywire adalah time nk jahit kekek dengan pesak, dan nak buat leher. Pergghhhhh!! Rasa macam nk rebus2 buku tu telan ja. 

Setelah setengah mampus, aku berjaya gak buat kekek dengan pesak jadi rupa baju. Akan tetapi, yang leher tu...ya Allahhhhh! aku xtau lah mcmana leher tu buleh jadi mcm tu. Stress sungguh aku tengok. Rasa mcm nak mencarut berkoyan2. Tapi aku tahankan mulut dan air mata.Kehkeh!  Mula2 aku potong, bentuk dia mcm dah okey. Lepas tu aku haram xpaham mcmana nk buat pelapik leher tu. Buku tu mcm untuk org yg dah tau menjahit ja. Bukan untuk org bangang tahap negatif mcm aku ni. Sobbssss!

Oleh kerana itu, leher tu xde pelapik. Lantak pi lah. Lepas tu, aku dah xtau nk buat mcmana pestu aku pun jahitlah sulam simple pakai mesin jahit aku tu kt keliling leher tu. Bila si bam pakai baju tu, lagilaaa bertambah2 luas saujana mata memandang tang leher tu.Sobbssss lagi!

Maka inilah dia...gambar yang aku xberapa ada kekuatan lagi nk publish sebelum ni.



Bukan takat tukang jahit saja yang nk menangis tengok baju ni, yang tukang pakai pun muka mcm nk nangis.Sobss!!

Tapi xpalah..gambar ni sebagai pembakar semangat aku lah kiranya. At least, bahagian kekek dengan pesak tu aku dah berjaya buat. Dapatlah aku satu ilmu hari tu. Takpa..yang lain aku akan usaha lagi. Speckybee balik tengok baju ni, tapi dia senyum2 saja.Mentang2 dia reti buat baju kurung. Tapi berani dia gelak kt aku, aku jahit bibiyaq dia satgi.

Insyallah, aku rasa aku buleh buat benda ni. Cuma take time sikit. Lepas ni aku xmau dah buat baju kurung yg ada kekek kekek ni. Menyemak.Buang masa. Aku tgk sample baju kurung budak2 ni, semua stail  xpayah nk kekek. Kalau ada kekek, aku nampak baju tu mcm gelebeh. Aku nk try buat yg stail simple lagi comel. Xpa, lepas ni, aku buat pola dulu. Yg baju ni, bukan main mcm terel sgt, pi gunting kt kain terus. Ceh!

Yang paling penting,aku nak jugak tengok anak2 aku pakai baju kurung yg aku jahit sendiri. Buleh! Buleh! aku mesti buleh!! Alangkan Adam's Peak, Sri Pada tu pun aku buleh daki, turun balik plak lagi,sampai rasa mcm nk putus kaki,  inikan pulak jahit baju kurung.Mesti buleh punyalah.

Buleh! Buleh! Buleh!!!!!!

(kataku sambil pekup muka kt bantal, tahan air mata)


Buleh! Buleh! Buleh!!!

(kataku lagi sambil kibar bendera Malaysia)

Jangan risau kawan2, umur aku panjang, akan adalah entry yang aku berjaya jahit baju kurung pas ni.


Buleh! Buleh! Buleh!

(kataku sampai mengigau2 tengah malam)







14 comments:

shaliza said...

huhu..takper atleast anis dah siap buat baju tu:-)first try ok dah tu:-)

Unknown said...

hehehe..comel la tu..kali pertama kan..kali ke 2 more better!

nurul said...

kak..ikut pola baju kurung yg dah ada. leher tu ikut baju asal buat template. nanti2 nak buat baju ikut template tu je. nanti makin anak besar tambah la inci dia. isshhh macam mana saya nak terang ni. adoi failed jadi cikgu. harap kak anis paham =(

babybugmum said...

hahah adoi okla tu ada jgk leher leh masuk..bole cuba lagik!!! :p

aNiS tHe BumbleBee said...

shaliza~kihkih..janji rupa baju tu ada..ahhaah!

aNiS tHe BumbleBee said...

nens~kekeke!xpe..nk kena cuba lagi nih.

aNiS tHe BumbleBee said...

nurul~nurul..tolonggg...nk buat pola pun xreti...camna???sobbsss!

aNiS tHe BumbleBee said...

saza~hahahaha! janji buleh masuk.xpe,akanku belajar lagi rajen2.haitt!

Unknown said...

hahahaha.. sama lah masa Ra memula belajar dulu.. tapi jgn putus asa k~ teruskan berusaha!!
hahahaha

miss said...

Kira ok la nok...si bam2 tersenyum je...

.. said...

utk leher tu, buat pola tu kat kertas dulu, lepas tu baru potong pada kain.

Lapik leher plak .. gunakan pola leher (bentuk bulat tu) pastu, letakkan pada kain, lebih 1inci setengah keliling, termasuklah utk pada belahan kat dada tu.

lapik leher tu, lekatkan secara luar sama luar, lepas jahit, terbalikkan .. then buat jahit sembat or tekan dgn mesin.

Actually, jahit baju kurung la paling senang .. sebab semua lurus except leher.

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~hahahaa! yaaa! chayok chayok!

aNiS tHe BumbleBee said...

as~ hahaha! dia pasrah..

aNiS tHe BumbleBee said...

...~ ini sapo xbubuh nama nih?sbnarnya, yg nk buat pola leher kt kertas tu la masalah utama dia.hahahha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...