Monday, March 25, 2013

Perasaan Berbaur

Hari ni, result New Castle dah kuar. Humm.. calon simpanan. Simpanlah ko sampai aku jadi mumia. Macam2 perasaan ada dalam hati ni. Ada gembira, ada kecewa.

Aku kecewa sebab, aku suka tempat kerja tu, sebab dekat sangat dgn rumah, dengan office Speckybee, dan ia adalah International Medical Uni. Gaji aku xberapa kisah sangat sebab bukan point utama aku nak keje. Cuma kalau aku bergaji, dapatlah pakai nama aku untuk beli rumah kt Johor ni. Aku cuma nak escape. Escape sekejap untuk makan dengan tenang, berak dengan tenang, jumpa manusia dewasa dan bercakap2, boleh pegi shopping hari jumaat tanpa ada Speckybee yang temankan dan komen itu ini, pegi beauty parlor, hang out dengan kawan2 dan mcm2 lagi benda yang aku buat masa dulu2. Kesimpulannya, aku nak temporary freedom. Sejak ada anak, semua benda tu memang dah xde dalam kamus hidup aku. 

On the other hand, aku agak happy jugak. Sebab aku rasa macam xberapa sedia lagi nak bersiap pagi2, rush nk pegi keje, anta anak2 pegi nursery, anak melalak2 sedih kena tinggal, dan byk lagi benda2 yang aku xberapa gemar terjadi pagi2. Bila pagi dah hilang mood, boleh membawa sampai satu hari. Payah aku nak senyum satu hari tu kalau pagi aku dah doomed.   Beberapa hari lepas aku attend interview, si Cu'a tiba2 refuse bottle. Dah sudah! Sebelum ni okey je. Aku rasa, petanda dah yg dia tak nak aku tinggalkan dia. Aku bgtau Speckybee dgn beberapa kawan aku. Semua cakap, alaa, nanti okey la tu. Aku macam..hurm...it's not  ok, sbb naluri aku rasa, dia mmg xnak sampai ke sudah. Dh macam si Bam dulu.

Perkara yang membuat aku rasa lega, satu je. ada HIKMAH. Yes, hikmah. Maybe kalau aku pegi keje, family aku tak happy mcm dulu, anak2 yang tak biasa duduk dgn org jadi cranky tak habih2. Itu bab anak, xmasuk keperluan bapak dorang lagi. Bab aku pulak, maybe aku xberapa happy keje kt situ memandangkan semua malays kt situ muka mcm nak menopause atau tgh bergaduh laki bini. Eh, stress tau keje dgn org xreti senyum ni. Aku nk g keje pasal nk gelak2 dgn member, kalau pegi keje nk stress2, baik aku hadap anak2 aku kt umah, boleh jugak bergelak ketawa dgn budak2 ni. Mungkin jugak ada org yang sangat2 memerlukan pekerjaan untuk hidup, berbanding aku, yg hanya nak escape dan buat benda2 merapu masa zaman anak dara dulu.kan?

Tak pelah. Aku redha. Sebelum pegi interview pun mcm2 benda jadi, aku sakitlah, Cu'a cranky mlm2 lah. Salah aku  pun. Tiap kali solat, aku xpernah pulak mintak kt tuhan untuk dapat keje ni. Aku cuma mintak, berikan aku yang terbaik. Jadi inilah yang terbaik untuk kami semua. Aku terima. Asalkan family aku happy. Shopping, errr...mcm biasa...online sudahhh... Semoga Speckybee dapat banyak banyak banyak bonus tahun ini supaya aktiviti online shopping boleh berkembang pesat lagi. Kihkih!


Pendapat aku, rezeki Allah bagi bukan kt pekerjaan, gaji semata. Mungkin kalau aku keje, ye, aku dapat gaji, tapi mungkin aku terkejar2 sampai xsempat mengaji, nk buat dhuha ke apa kan. Mungkinlah jugak rezeki yang Allah turunkan melalui Speckybee hasil doa2 kami anak beranak. Sapa tau.



Inipun rezeki..senyummmm semedang.hihihi!


Cinta, kasih, sayang.


Ingat2 balik, setiap kali aku preggy, bersalin, ada jee rezeki Allah bagi. Spckeebee naik pangkat, Speckybee naik gaji, lepas susah2 nk dapat rumah sewa kt johor, tiba2 last minute dapat, tengah sesak2 nk pakai duit, tiba2 dtg duit tu.Alhamdulillah...tumpang rezeki anak2 syurga Allah yang comel2 ni. In fact, aku nak apa lagi? Tak mewah, tapi serba serbi Speckybee sediakan, cukupkan. Malah rasanya, hidup sekarang lagi mewah dari zaman 2-2 keje dulu. Lebih relax dan terurus. Takpe lah anak2, takde rezeki ibu nk keje mcm org lain. Ibu akan bersama2 kamu sampailah Allah kata, kamu semua dh ready, dan ada panggilan lg untuk ibu.

Takpun, Allah suka tengok ibu jahit baju kurung untuk anak2 ibu agaknya? hihihi!

8 comments:

Nafira usof said...

betol tu Anis..
mungkin itu yang terbaik buat masa skrg nih.. memang x sampai kan nak tinggal si kecik bambam tuh..
takpe~ maybe anak dah besar sket nanti.. boleh cuba nasib lagi~

Nai @ TPJ said...

Terharu plak i baca entry neh.. Sebenarnya anak2 lg hepi bonda ada je 24/7.. Semoga Allah Permudahkan segala urusan you...

Asyifa Mustaffa said...

segala yg berlaku ada hikmahnya.....:-)
sy penah dpt interview...lepas dpt anak 2 orng...dah plan nak pgi...sbb gov intview kan...last2 2 2 anak demam time hari nak pgi tu....last x jdi pgi...myb x de rezki....hikmahnya....asben dpt tukar...dpt rezeki lebih....n dpt beli rumah sendiri....til now...sy duk umh je jga anak2.....alhamdulillah..:-)

cik_ah82 said...

yup..semua benda jadi pun mmg ada hikmahnya beb..dun worry..
aku tgk gambaq yg last skali tu mmg tingat anak2 aku..si najla ni mmg mcm adam, anak no 2 ni cheeky habis kan?pastu lagi ganaih dari anak 1st..dah serap tenaga kot!hehe

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~ tenkiu...mana tau,tiba2 umo 40tahun nnti kut baru org nk ambik keje.kekekeeh!

aNiS tHe BumbleBee said...

Nai~itulah kan.bila mak ada kt umah, heaven lah..nk mkn apa, order...tihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

Asyifa~Allah punya perancangan siapa yang tahu...yang pastinya, dia mesti bagi yang terbaik, kan? :D

aNiS tHe BumbleBee said...

che ah~kan? anak no 2 mmg lain mcm skit.batery energizer pon kalah.hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...