Thursday, March 7, 2013

The Newcastle



Guys,I'm back! Aku dah pegi Newcastle dan dh selamat balik. Aku pegi Newcastle University Medical (NUMed) kt Nusajaya ni ha. Ada panggilan interview. Idakler pegi smpai ke Britain nu.Kesian Spekibee dgn anak2 aku kt Msia kalo aku pegi.Kehkeh!

Actually,uni ni branch dari UK lah. Aritu Prince Andrew ada dtg rasmikan. Kira uni ni ditubuhkan kt sini sbg option,sbb dia cost effective untuk student2 dr Asia yg nk futher study medic.



Cantik kan tempat dia? Salah satu sebab aku terima panggilan interview ni dan aku mcm eager jugak nk pegi  adalah kerana, uni ni sebelah opis Speckybee.Kuangkuang! Dah tu pulak uni, cantik plak tu, dekat dengan rumah. Jadi aku mcm bersungguh la jugak nk keje kt sini. Kalau sampai kt bandar JB, malas jugaklah aku.

Aku dpt invitation 2minggu awal. Tp dgn huru hara dlm rumah hari2, aku hnya sempat beberapa jam je study untuk ke interview. Banyak dugaan sungguh masa nk pegi tu.

Speckybee belikan aku purple shirt which is mmg aku jatuh cinta lah tgk. Dia mmg suka tengok aku pakai corporate attire. Time aku kejelah kut time yg paling aku smart di mata dia aku rasa. Time skolah, dgn time skang ni, mmg selekeh habih. Jadahnya pakai koporat pestu pegi basuh berak anak masak bagai. Masalahnya skang, shirt tu bersaiz M dan aku adalah kecut perut nk masukkan badan aku dlm shirt tu.Aku baru je 2bulan beranak. Agak2 la kut.Sebenarnya bukannya xmuat langsung, S pun insyallah muat,cuma kelakar la skit, mcm buah cempedak ranum gitu.Dakwah songsang ke apa, pakai tudung tp baju ketat. Aku takut la kang aku terbatuk ke dpn interviewer, terpelanting butang aku kt muka dia. Sah2 aku direjek tanpa syarat.Kahkah!

Itu pasallah yg aku terpekik2 kt FB tanya sapa jual felina rege paling murah pasal aku nk kurus sblm selasa.hihi.

Baju ni pepel sebenarnya.Pesal lam gambo jadi biru tah.

Nak dijadikan cerita, ari selasa interview, mlm ahad tu aku start demam menggigil2. Siap pakej bengkak susu dgn mata pun bengkak sebelah. Aku syak sbb aku makan kangkung. Dh 3kali aku makan kangkung, aku demam menggigil mcm ni. Ok,tak pasal2 aku tuduh kangkung pulak.suka hatilah kan nk tuduh sapapun.

Hari isnin aku melepek kt umah. Tapi nk lepek takat mana sangat. Anak2 aku 3 org.Semua nk makan, nk mandi, nak itu nak ini. Aku gagahkan diri jugak. Mlm tu aku ajak Speckybee pegi klinik pasal aku takut bengkak susu aku makin sakit.

Doc ckp demam aku tinggi 39degree.Yg sedihnya, anak aku xboleh minum susu aku dah. Aku terpaksa perah and buang sbb takut ada infection. Then dia nk bg aku MC xpayah attend the interview. Aku ckp, xpayah. Sebab aku pikir, malas nk pikir hari apa lagi nk pegi interview,pestu dgn budak2 lagi, dgn speckybee nk kena ambik off lg untuk jaga budak2. Jenis aku, kalo dapat ubat, pestu tido kaw2, insyallah cepatlah lega.

Balik klinik, aku mkn ubat cepat2 angkut si kecik naik atas, tido. Aku nak rest betul2. Pagi tu aku bangun dlm keadaan segar. Siap2kan Uyin nk pegi skolah, breakfast apa semua, aku naik atas timbang berat. Wah! turun 2kg. Terus aku saruk baju tu, wah! cun2 dgn badan aku. Weehuu! Ada hikmah lah aku demam.Xpayah fellina bagai.

Interview pukul 12 lebih. Speckybee fetch aku kt umah pestu smpai sana pukul 12. Ni lah first time aku pakai heels setelah lebih kurang 2tahun lebih kut pasal aku kan mengandung si bam lepas tu berturut si Nasuha. Nk heel celah mana. Terkengkang2 la jugak aku jalan.

Sampai tempat interview, hum, ok lah. Not bad. Tempat cantik. Tmpat mat salleh. Yg aku heran, malays kt situ sikit pun xnak senyum or tegur aku. Yg senyum, tegur non malay. Dosa apakah aku? Takpelah. Taknak kawan sudah. Awak xtau sy ni best.Haha!

Mula2 aku kena buat english essay.Blur la jugak.Tulis kt situ, pemberi pendidikan tinggi.Eei peliknya bunyi.Mcm nk hantuk kepala aku pikirkan apa englishnye. Dah siap tulis baru teringat, High Education Provider la beballll!!! hantuk!hantuk!

Pestu masuk bilik interview. Oh lupa nk bg tau. Aku sorang2 je yg ada utk diinterbiu masa tu. Aku tak sure, yg lain dorang letak time lain ke apa. Interviewers aku 3 org.3 ladies. 1 malay and 2 non. Again, the 2 ladies sgt friendly, but the only one,tanak senyum sikit pun. Why? mukaku sulu sangat kah?

Memula yg tengah tanya aku, aku faham, then jawab.Byk jugak soalan dia. Lepas tu yg malay tu tanya aku. Sumpah aku xfaham apa soalan dia. General sgt. Lebih kurang mcm soalan, ko suka makan apa? Aku jawab, saya suka makan nasi lemak. Pestu dia tanya balik, tak,tak, yg awak betul2 suka makan? Mcm nk paksa aku jawab jawapan yg ada dlm kepala dia saja. Contoh soalan dia, apa yg penting dlm marketing?
( Dalam kepala aku,post aku lain, sangkut paut apa dgn marketing?) Tp,oleh kerana aku pernah jadi Buss. Developer, aku jawablah,potential customer target,personality sbg salesperson, knowledge kita pasal product etc. Kan ke soalan subjective.Tapi dia paksa2 aku jawab benda yg dia nak. Hantuk! hantuk! Lepas tu the other one tolong precisekan soalan tu. Do you think communication is important? Oo..ckplah kau nk relatekan dgn communication.Tetiba marketing. Pening jugak aku. Aku xsalahkan dia.Dia tanya bidang dia.Sapa suruh aku xprepare utk soalan bab marketing.Padanla dengan muka aku. Lagi satu soalan yg aku mcm..erkk?? Apa yg aku regret dalam hidup aku? yang kalau boleh aku nk patah balik. Aku blur. Apesal pulak aku nk regret dlm hidup aku. Brg yg lepas usah dikenang. Kita looking forwardlah.Haha! Aku sbnrnya dah start down dah dgn soalan2 yg aku sgt blur. Berbekalkan tagline reset minda Prof.Muhaya, "dunia dalaman menentukan dunia luaran saya" maka aku ambil ini sbg challenge.kehkeh! So.aku teruskan dgn interviewer ketiga smpai habis. Soalan2 yg lain,alhamdulillah, ok kut, sbb semua pasal kerja. Dah mmg dulu aku penah keje balaci kt GS dulu, mmglah aku tau apa benda yg patut aku buat. Terima kasih pada ex-boss aku yg selalu maki hamun aku dulu. Kalau tak kerana maki hamun dia, dah tentu aku tergagap2 nk jawab soalan pasal bidang kerja. Terima kasih jugak pada kawan2 aku yg best masa kt GS.Terus terang aku ckp, aku paling byk belajar masa kt GS dulu.Kau sebut je apa kerja aku xbuat, sampaikan autoCAD yg xde kena mengena dgn aku pun aku terlibat skali.Apekahh??

Yang aku kata aku bersungguh skit untuk interview kali ni sbb aku bawak sekali segala newsletters yg aku buat masa kt SL dulu.Sbb masa interview kt SPP jadi isu, aku dh lama xkeje, boleh kerrr wahai pompuan tua? So,aku nk la jugak buktikan yg aku xdelah berehat2 dr bidang ni selama 5tahun kt SL. Ada la juga benda yg aku buat. Dan, aku rasa,aku rasa la,org rasa aku xtau, aku kategori surirumah yg agak alert la jugak kut bab2 software, gadjet dan application yg latest. Xdelah aku so 2005 sgt.kihkih.

Well itulah dia cerita serba sedikit kisah interview aku di usia senja ni.kahkah! Ada rezeki,dapatlah. Tak de rezeki keje situ, aku jahitlah baju kurung kt umah.hewhew. Tak apa.mana2 pun xapa. Hidup hanya sekali. Tak semestinya tak keje, ini adalah end of life. Tuhan bg kita banyak pilihan. Aku berharap jugak dapat keje ni pasal aku nk move on, dan merancang nk beli rumah kt johor ni.Nama speckybee dah xboleh pakai sbb dia dh beli rumah kt kedah. Tapi semua2 perancangan, Allah yang tentukan. Kalau Allah bg aku kerja ke, xbg aku kerja ke, itu yg terbaik Allah bg. Aku percaya itu.Ramai jugak ckp,kau xpayah kerjalah..jaga anak. Tapi aku pun ada stress sendiri bila duduk rumah menghadap anak2 saja. Jadi kerja adalah sebagai escapism aku untuk berehat sekejap. Hanya kita yang tau apa kehendak kita.Orang lain xtau.Dan Allah, yang paling tahu apa yg terbaik untuk kita. Kita sendiri pun tak tahu, kan?

Sekian ceramah hari ini.


p/s: ada sesapa boleh bg petua lagi untuk hilangkan ketulan susu ni? Sikat pun dah sikat dah. Pam pun dh pam dah. Tapi smpai hari ni tak hilang. Tapi aku xdemam dah la. Doc ckp,kalau xhilang jugak,kena operate buang. Oh tidak!! Payung udara kuuu!!!

23 comments:

Rasmuna Mun said...

gud luck....hg try la tuam ngan tuala panas....tu petua aku dpt dari akak ms dok wad ritu...sekian..kih3!!

aNiS tHe BumbleBee said...

Mun~hum..tuam tu doc suh buat.balik klinik terus buat.skang pun dok tuam lagi.tp tah,tak hilang2.seminggu adala kut.cmna lagi a?

shaliza said...

Betul...usaha sudah, jadi kita serah saja pada DIA..
**pasal bengkak susu tu, cuba cari orang urut (mak bidan)..saya dulu macam tu jugak..lepas urut alhamdulillah ok..ada urat tersumbat mak bidan cakap..tu yang dia malu2 alah nak keluar.

babybugmum said...

aku penah bengkak tu tapi tak sampai demam..aku bagi je la budak tu nyotnyotnyot je..huhu..maybe tak sampai tahap teruk lagi..

p/s: kawan aku ada yang kena operate sebab bengkak susu tu..sebab dibiarkan smpai setahun..iskk..ngeri dengar weii

babybugmum said...

anw...goodluck!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

Shaliza~oo..ye ke.isk,malu la pulak nk suruh org urut.tihtih.

aNiS tHe BumbleBee said...

saza~aku pun rasa aku xteruk gak.tp doc takut je la kut kalau2 ada infection.kalo teruk kan smpai susu dh jadi kaler lain kan.

aku heran jugak sbb aku ada 2 baby yg menyusu sentiasa.apa ke hal tah.biasa kalau xmenyusukan yg jd cemni kan.hummm..

LinaRahim said...

eh sama la kita..aku baru dpt interview (next week), setelah sekian lama tak kerja..tapi aku kena pakai baju kurung (plus kot,entah muat entah tidak) sebab tempat tu islamic katanya..tak dapatlah aku nak pakai baju korporat macam ko..tsk

wakgelas said...

wak pon X penah sampai newcastle britain jugakk.,ahHKs, salam singgah yee

babybugmum said...

aar..slalu kalo x menyusu yg block tu..aku sebab skip sessi mengepam..kalo tak, memang takde masalah. yang kawan aku kena bedah tu memang dia tak kasi anak dia menyusu. bengkak b pon dia buat tatau sebab dia memang tatau pon hehe..last2 kena bedah.

susu ko terlebih banyak kot jadi gitu..lol

Chik Att said...

All the best Anis. Nanti kalau nak further study medic ..kat new castle dah ada kabel keh keh keh ...

Bengkak susu...den pun tak tau..urut ..boleh ke ...

Unknown said...

anis cuba try urut dengan bidan untuk lancarkan pengaliran susu.. lepas tu leh amalkan lecithin shaklee untuk kurangkan bengkak susu tu..insya allah boleh hilang.

aizamia3 said...

moga hasil dari interview itu mendatangkan kegembiraan.. InsyaAllah..

cuba urut balik dgn tukang urut..

Dr K said...

- Melayu mmg ramai perangai macam tu. Sombong, bongkak, padahal kita sesama Melayu, dan paling penting, sesama Islam. Tgk sahaja muka2 Melayu yg sombong kalau kita terserempak masa berada di luar negara...Saya dulu di Australia, mmg dah lali sgt bila berhadapan dgn Melayu macam ni...Lagi bagus non Malay, non Muslim...

- Bengkak susu tu selalunya sebab saluran susu tu tersumbat. Secara non-medical nya & ikut pengalaman wife saya, awak try lah cari seorang tukang urut breast yg bagus, utk lancarkan perjalanan breast milk tu..Lepas di urut, Insya Allah, lancar... Dari segi medical pulak, betul , mmg awak perlu express the milk out...Perlu ambil antibiotic utk elakkan risiko jangkitan pada kelenjar susu. Teknik pump out + tuam, Insya Allah berkesan...Jarannnnnnnng sangat kena surgery, dont worry...tu kalau ianya menjadi nanah terkumpul( breast abscess).

miss said...

Anis...aku pernah jd bengkak...balut ngan daun gobes (kobis)..amik yg ngam acuan hg lor ;)

aNiS tHe BumbleBee said...

Lina~ yeayy! gudluck utk ko ye!

jgn lupa slang arab2 skit.hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

wak gelas~kehkeh!nasib baik newcastle ni kt jb kan.hahhaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

saza~aku pon xpasti pasal asyik df/ xpenah ukur bape byk susu aku.tah2 dh tahap mak lembu agaknye susu aku.hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~hahahaha..haah CA..jadi kabel car...kihkih!

aNiS tHe BumbleBee said...

winadore~oo..lecithin boleh gak eh.xpa,nnti anis try.nk panggil bidan,xberapa tau sgt kt JB ni.kt mana nk menggagau bidan ntah.hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

aizamia~mekacih... :D

tulah,nnti nk tnya jiran2 ni lah tukang urut yg dedekat.

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ~tulah..heran jugak.xpelah..dorang dh keje dgn omputesss...kite baru nk tebiu..hihihi!

Tenkiu doc.skang pun mmg tgh on antibiotic.2minggu lg check up lagi.harap2 jangannn laa ada pape.huukkk!

aNiS tHe BumbleBee said...

As~bengkak tu aku dh ok,pakai coolfever pun ok gak aku rasa.cuma skang tinggal ketulan2 ja lg.hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...