Monday, May 16, 2011

CikGu

Dah lama aku tunggu nk tulis entry ni. Tapi saje je tunggu hari guru, pasal baru la ada spark2 gitu tak.keh3x!

Mula2 skali, mekasih pada Mark Zuckerberg, pasal pegi cipta FB.Kalo tak, tah bila laa aku dapat jumpa bekas2 cikgu aku dari sekolah rendah sampai ke Uni, xdapat ucap selamat hari guru suma tu. Sejak2 aku duduk jadi penunggu rumah, dah bapa lama aku xucap selamat hari guru, pasal xde FB ni dulu.(ceh,alasan xboley bla!)

Ramai jugak cikgu2 yg aku jumpa dalam FB.Terutama cikgu2 skolah rendah aku. Dan paling tak sangka2 cikgu kelas aku dulu, Cikgu Azizah.Cikgu ni kiut2 je..Ajar segala mak nenek subjek, dari Math, BM, alam dan manusia (skang ni nama sains lah kot subjek tu), dari darjah 4 sampai laa ke darjah 6.Mula2 member aku si Ida bgtau aku dia jumpa Cikgu Zizah lam FB, aku mcm, ish, cikgu kenal ke tak lagi aku ni ar?Last2 aku tegur Cikgu lam FB, then tnya kenal lagi ke tak aku?

Sekali Cikgu Zizah balas, siap panjang lebar cerita pasal kes jari aku tersepit stapler dlm kelas time darjah 6 dulu.Kah!Kah!Kah! Berguling2 aku gelak. maka, konfem laa dia xlupa aku.Walopon aku bukan kategori student yg lawa, bijak lagi laaarr xde harapan, tapi cikgu tetappp ingat akuuu...! Ko ingat senang ke cikgu nk ingat dalam beribu2 student dia,dah bapa puluh batch dah dari aku tinggalkan sekolah rendah smpai jadi mak org ni.Sayang betul aku kt Cikgu Zizah ni.Baik sangat..walopon dapat student anak jin mcm aku ni. Dia la org yg mula2 ckp kt aku yg aku ada bakat menulis. Menulis hape aku pun xtau. Yg pastinya, kalau suruh buat surat rasmi, mmg aku jahanam.Tapi aku simpan je lah kata2 dia. Kot2 masin mulut cikgu. Mmg masin pun cikgu...saya tulis blog je lah skang..Bulan2 dapat laa duit Nuffnang...kih3x! Tapi aku sentiasa ada impian nk tulis novel dan publish.Tapi, ndak ke org beli? Xpe, nnti aku paksa sedara mara je lah yg beli.kah3x!

Naik skolah menengah, aku masuk Syed Burn. Cikgu yg paling aku ingat, Cikgu Bakar.Dia ajar aku Sains. Cikgu tu sempoi je lah. Stail aku stadi masa kt Syed Burn adalah tidor sambil stadi. Ada kajian wehhh...mmg time tido, otak kita paling aktif.Tu pasal aku tido time stadi. Dah la skolah petang. Pagi2 kena prep kt dewan makan.Pukul 10 pagi. Gila woh, tak in langsung timing! Pukul 10 pagi tu patutnya aku baru bangun tido.Kejadahnya suruh stadi.Dah la pepagi paksa org jogging kt padang.Hell betui! Dah la Cikgu Bakar tu warden. Time aku best2 tengah menghapal pelajaran sambil pejam mata (palehotak!) cikgu tu kejut2 aku.Yg aku plak kan keturunan Hang Jebat,pantang org cuit2.Xpepasal cikgu tu dapat buah silat mengigau aku.Amponnn Cikguu...!!! Tapi ujung2, aku tetap jadi scorer subjek sains yg dia ajar.Wallahh! kira betul laa kot kajian yg tido sambil stadi tu.kakakaka!

Akan tetapi, aku tanak ambik science stream lepas PMR.Aku lari.Pasal..pasal errr..cukup la aku ckp pasal katak.Maka, aku cabut ke Teknik. Ambik Pengurusan Perniagaan, semata2 sebab course tu je yg ada komputer.keh3x!Main komputer lagi sedap dari main katak.Cikgu yg paling2 aku ingat, of coz la cikgu matapelajaran yg paling aku score, Bahasa Melayu.Kt teknik, tiap2 bulan exam mcm SPM. Ada sekali, time penulisan, aku yg mmg bebal dgn karangan berfakta ni ambik tajuk karangan imaginasi tajuk 'Tahun 3000". Tiba2 karangan aku meletup 1 skolah. Budak2 skolah tu kena photostat karangan aku buat contoh.Keh3x!Bengkekk je member2 xpasal2 kena potostat karangan aku. Benda paling indah, time ramai2 seluruh sekolah buat ulangkaji lagi 3bulan nk SPM, dia cakap dalam dewan, "Saya nasihatkan, kamu semua jangan ambil tajuk karangan imaginasi, kecuali seorang je student saya, Noorhanis." Wuhuuu!!! Indah siotttt!! Walopon time tu aku tgh sakit gigi. Lagi indah sebab time cikgu puji tu, Speckybee ada plak...Ko xbangga ke cikgu puji2 ko depan pakwe?Time tu dan2 rasa nk up harga hantaran. Kakakakaka!!

Tu lah 3 cikgu yg dapat cerita kt sini.Nak cerita semua cikgu,entry ni jadi biografi aku plak kang.Saje je lah aku cerita yg baik2, yg score2 je pasal aku kt skolah.Nnti kalo anak2 aku besar besok, jumpa blog ni, xde lah nk jadi bahan debat dgn dorang besok. Pasal aku bukan student yg baik cam budak2 pompuan lain kt skolah aku. Budak pompuan lain pegi skolah, kasut putih melepak, baju beriron..aku konfem kasut hitam sebelah, baju berkedut2.Tak kuasa aku Q nk iron2 baju kt hostel.Jadi aku xdelah nk harap anak dara aku tu melaram sgt. Aku pun baru belajar pakai bedak masa umo 20tahun.Mungkin pasal aku percaya natural beauty dlm diri aku.Kah3x!! ptuihh!

Jadi sempena Hari Guru tahun 2011 ni, aku nk ucapkan selamat hari guru pada guru2 yg pernah mengajar aku. Dari tadika Darul Farah Perlis, SRJK(C) Yeok Chee, Sekolah rendah keb tunku putera, Sekolah Syed abu bakar, Sekolah teknik Jalan Stadium, UiTM Arau, UiTM Dungun, dan paling diingati, ustaz dan ustazah yg sabar mengajar aku ilmu akhirat.Aku la kot pelajar yg paling lembab nk menghapal2 ni. Last2, dapat mak mertua pun ustazah KAFA.Hambekk!! Padan muka aku! Ucapan ini juga ditujukan pada pada cikgu2 di kalangan ahli keluarga aku, MakLong, Acik dan Maksu serta ahli keluarga mertua yg aku rasa 90% adalah bergelar guru.

Saya nk cikgu2 semua tau, saya sayang cikgu semua sangat2.Terima kasih cikgu..Saya tak mampu nk balas jasa2 cikgu semua dgn duit ringgit.Dah la saya xkeje.kih3x!Tapi saya janji, saya akan didik anak2 saya dengan ilmu2 yg cikgu bagi.Saya tak pernah lupa apa yg cikgu2, ustaz2 dan ustazah cakap dalam kelas. Saya boleh ulang balik nasihat2 cikgu.Skang ni selalu saya ulang2 pada anak saya nasihat2 cikgu, dgn intro mcm ni. "Dulu, masa ibu kt skolah, cikgu ibu cakap.....bla!bla!bla!"

Insyallah, kt mana2 pun aku jumpa cikgu2 aku, mmg aku tegur punya lah.Yg pompuan, aku akan cium tangan. Semoga berkat ilmu2 yg cikgu dh bagi kt aku...aminnnn!

Kenangan2 aku di sekolah..

Tadika Darul Farah, Kangar, Perlis..
Nampak sgt aku yg cikgu paling sayang,pasal org lain cikgu xdukung pun.keh3x!


Sekolah Rendah Keb.Tunku Putra, Baling, Kedah.
Bersama guru kelas, Cikgu Azizah.Memanjang kelas ktorg dapat anugerah kelas terbersih.Kelassss!!


Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium, Alor Star, Kedah.
Bersama guru kelas, Cikgu Amrah. Time zaman kegemilangan ni woohh!! sweet 17!


UiTM Arau, Perlis
Bersama Encik Roslan Ariff, pensyarah otai Bankers Arau.Dia ni bapaklaaa garang dlm kelas..tapi ujung2 dgn ktorg 4org, sempoiii jee...weehoo!!

Last but not least....

Pementasan drama "Nasib Si Bongkok" S.R.K Tunku Putera.
Aku laa yg jadi si bongkok tu. Astagfirullahalazimmmm...kecelaruan jantina betol!

24 comments:

saza said...

haha...1st time aku dengor study dlm tido..

p/s: selamat hari guru jugak!!

sahromnasrudin said...

selamat hari guru utk hang gak..guru kpd anak hang

julietchun said...

kiutnya hang masa kat uitm tu :P

- GC - said...

hai si bongkok.. kah3x

Chik Att said...

hahahha..... memang ada bakat menulis . Sebab CA pun tak jemu baca tulisan Anis .....

Selamat hari guru .....

Yati said...

Selamat hari guru pada Anis. Kita pun hari-hari ngajar anak, kan. :)
Bestnya dapat jumpa cikgu di FB. Jari sepit stapler tu. Hehhe..

ejan sara said...

aku pn suke study dlm tido...tulisan memula lurus, tetiba naik gunung, tetiba jd straight...wakaka

afeezz said...

assalamualaikum : uish... bankers UiTM Arau ker? Tahun berapa ni?? Sy pon Bankers UiTM Arau gak... hahaha

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Cer citer sikit karangan Tahun 3000 ko tu. Nak gak aku tau ..


terkembang-kuncup lah ko masa cikgu tu puji.. Si speckybee lak mesti bangga giler sebab makwe dia kena puji.
betul tak ?

makdara TERdiva said...

kalau cikgu hang baca mesti menitik2 airmata dia..terharu sbb kelakar sgt..hikshiks!

aNiS tHe BumbleBee said...

saza~hahaha!tulaa rahsia kejayaan aku.kah3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

sahrom~muahahaha!maceh...maceh...

aNiS tHe BumbleBee said...

juliet~okey,raya dtg rumah.aku kasi angpau.hahahaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~ya si lurus..hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~wiwittt!! selamat hari guru CA...ayoo..ada cikgu mai komen blog cek ni...hahaha..malu..malu...

aNiS tHe BumbleBee said...

kak yati~seb baik laa ada FB.kalo x,mmg xjumpa dah kut cikgu dulu2.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

ejan~hahaha!!dia mcm alat ukur gempa bumi tu laa kan..time otak tgh aktif,mencanak naik bukit tulisan.kah3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

afeez~wsalam...hahaha!berkurun dahhh...tahun 2003 diploma dulu haa...en roslan ade lagi ke?

aNiS tHe BumbleBee said...

reen~hahaa!xyah laa..tah hape mengarut2 tah citer aku tu.

aku smpai contraction kt situ gak lepas kena puji.muahahaha!!

aNiS tHe BumbleBee said...

mdt~hahaha!kesian kt cikgu2 sy..tekanan dpt anak murid cenggini..isk!

afeezz said...

wah... diploma tahun 2003 dah berkurun, kalau tahun 1997 nak bg title aper agak nyer...???

|| NaFiRaa || said...

hahahaha.. kiut sungguh!! bukan senang nak upload gambar time muda mudi dulukan..

selamat hari guru jugak untuk u~

aNiS tHe BumbleBee said...

afeez~berkurap...ngahahahhaa!! lawak ja noeee..

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~hihihi!!selamat hari guru jugak..dah 2 anak murid dah kan..keh3x!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...