Bulan Ramadhan ni, cukup lah setahun aku kt bumi Ujong Tanah ni. Tak pernah dalam kepala otak aku yg aku kena duduk kt sini. Sama macam Sri Lanka la. Tapi rezeki dah tertulis kt sini. Alhamdulilah, berkelanalah kami sekuarga kt sini. Siap dapat anak johor lagi. Boleh buat peribahasa, di mana bumi di pijak, di situ Anis beranak. Amacam? Wakakaka!
So far, so good. Good lah kan. Sebelum ni 5 tahun hazabibah kt Sri Lanka. Bulan puasa smpai tak tau nk makan apa dah. Sampai tetiba aku jadi terel buat kopok lekor dgn apam balik. Kahkah. Balik sini, adalah sorga doniaaaa.. Tak tau masak apa? Angkat talipon, wasap tok laki, "Ai xdak mood nak masak rini.Mari pegi param." Duduk Sri Lanka, mood ka, mahmud ka, sila masak kalo tak kebulur.
Well, aku xda nk cerita apa. Saja tulis untuk kenang2an tika berada di johor. Mana tau lepas ni kena pindah pi Zimbabwe ke, yugoslavia ka pulak. Boleh baca2 buat penawar rindu.
Aku kt Johor ni, alhamdulilah dapatlah menyewa kt rumah yg bagi aku besar rahmat dah. Dapat rumah teres 2 tingkat. Alhamdulillah, syukur dah...
Nk dapat rumah kt sini pun bermacam dugaan. Sebab tu aku syukur banyak2. Ingat tak rumah aku kt Sg. Petani yg aku iklan nk sewakan dulu? Lepas aku sampai KL,umah adik aku, ada sorang manghayun yg tergedik2 nk sewa kan? Mcm nk mati tgh2 mlm msg aku ckp dia dh sewa lori bagai angkut anak kecik. Aku pun kesian, ok bagi lah. Lepas tu dia buat mcm2 perangai, ugut2 aku laki dia polis. Aku gelak mengekek2. Polis je punnn...bukan perdana menteri.Pui. Aku stuck kt KL seminggu masa tu, dgn rumah sewa kt johor ni kena kencing deposit 700. Masa aku kt KL tu, sbnarnya ktorg xde rumah sewa lagi. Dgn si pompuan manghayun tu pulak buat perangai. Yg kt johor ni pulak, kisahnya, hari last aku kt KL, mlm tu, Speckybee round2, tiba2 Allah lorongkan kt area rumah sewa aku skang ni. Tiba2 je pulak ada org nk sewakan rumah ni. Pestu, tak lama tu, tiba2 tokei Genius Aulad kt Sg.Petani call, nk sewa rumah aku utk kediaman dia. Smooth je semua urusan.Alhamdulilah. Nampak tak? buat aniaya kt org, doa org teraniaya tu direct je.
Neighborhood.
Syukur aku, duduk sini, jiran2 punyalahh peramah dan baik hati. Aku pindah dlm seminggu sblm puasa. Bulan puasa tu, jiran sebelah ni hari2 hantar juadah berbuka. Sampai aku xtau nk balas apa. Brg2 umah pun bukannya ada sgt lg pun. Pestu pulak, sama2 geng mak dugong. Jiran dpn umah beranak awal 2 bulan sblm aku, pestu tepi umah sebulan sblm aku,pestu aku. Mcm berjangkit2 pulak.
Kawasan ni kategori perumahan org sederhana. Ramai yg keja PTP, driver lori pun ramai. Aku rasa, aku suka jugak environment mcm ni. Sebab semangat kejiranan tu ada. Ada kenduri, ada kunjung2 time raya., nk blk kampung, bgtau jiran suh tgk2 umah. Aku suka mcm tu daripada masuk umah, tutup pintu buat hal masing2. Jiran mati kena rompak pun tak sedar. Nauzubilah.
Masalah aku cuma aku xcukup masa untuk berborak2 kt dpn umah petang2 mcm housewives kt sini buat.Sebulan 2 kali je lah kut. Itupun kalau ada org buat fogging dan halau semua keluar umah. Kalau tak, mmg xde muka aku kt luar.Aku rasa depa semua tu cekap buat kerja rumah. Aku kategori lembab. Smpai ke petang keja umah aku tak habih2. Lagipun aku xbyk topik nk ckp sgt.Tapi bila sesekali aku bercakap,smpai nk dekat azan maghrib baru berenti.hambek kau.
Distance
Duduk sini, okeylah. Jauh dari trafik jem.Tenang gila. Speckybee pegi opis 10min je sampai. Tmpat shopping dekat, legoland dekat, semua dekat2, kecuali jauh nak arwah dari kedah dan terpaksa menempuh beberapa saman AES bila nk balik kampung.kahkah.
Shopping
Aku shopping mmg Tesco je lah yg paling2 selesa dan mesra keluarga aku rasa. Sini suma dekat2, tesco, giant, jusco. Yg Jusco, aku benci troley zaman batu dia tu. Super bodoh. Dan, jugak parking yang xpernah surut, dan Singaporean yg dok sebok berebut parking lot mcmkan dah xde shoping complex kt singapore tu. Kalau tak pasal Daiso, dgn MPH, kirim salamlah aku nk jejak.Giant, aku benci troley dgn pekerja2 dia yg baloq liat. Barang xde tag, pestu suh aku pulak pegi cari barang tu balik yg ada tag. Buleh belah. Tesco je lah setakat ni yg mampu memuaskan napsu aku. Brg xde tag, berlari2 staff dia pegi cari harga. Cuma kena rajin2 lah check harga kt scanner dulu. Brg2 promo,kdg2 buat2, eh, eh, ni tak promo, yg promo yg ni. Ceh, xpayah nk menipu. Sblm aku ambik barang, aku check, siap snap gambar promo board tu terus. Nah, ambik kau.
Mydin, adalah sebelah opis Speckybee. Pun aku benci jugak nk pegi sebab cashier yg lembab dan muka demotivated tiap2 hari. Maka, Tesco je lah pilihan kami sekuarga saban minggu. Plus sbb ada.....DIY.Kuang kuang kuang. I like kedai brg murahhh.
Lain2, mcm angsana, the store, parkson ke apa tu, julung2 lah kalau mcm dh xde tmpat nk pegi. Duduk kt msia ni,mmg ujung minggu xde ke lain. Shoping complex je.Sbb berlambak2. Kalo kt Galle dulu, harapkan Keels tu je lah yg semenggah pun. Itu yg byk masa main layang2 lar, bela arnab la, tupai la,kucing la. Eh,kelakar pulak ingat2 balik.
Food
Aku sebenar2nya tak tau sangat kt mana nk cari makan yg sedap2 kt sini. Org kata, johor mcm penang la jugak, byk tmpat makan sedap2. Tapi nasib aku kurang baik, aku selalu jumpa yg warm warm nail.haha.
Aku pegi malay village, nmpak mcm gah, harga dentam dentum, tapi rasa fail. Bayar 2 ratus, mkn sebelah pinggan, blah.
Pestu pegi mkn mee udang dkat jalan pendas ke apa nama, punn..hum..malas cakap. Yg aku rasa boleh terima dek tekak aku adalah dekat Singgah Selalu dgn Sejati kt Perling. Singgah selalu tu, ok2 lah. Cuma byk pilihan. Sejati not bad. Mkn ikan bakar, dan yg terbaik adalah kerabu mangga. Kedai org kelantan. Harga pun murah yarobi.
Baru ni pegi iftar kt KSL. Speckybee seminggu tu penuh dgn jemputan iftar. Dia suh pilih yg mana nk pegi. Aku dgn divanya ckp, nk yg 5stars je. Bajet best gilalah menu dgn service hotel tu.Tp sebenar2nya, aku paling tak suka bukak puasa kt hotel. Semua org nk mkn time yg sama kan. Makan saja2 kt hotel pun xberapa suka sgt sbnarnya, kecuali part dessert je. Aku mmg jenis tekak org kampung. Nasik, sambal skit, tempe ke skit, cukup dah. Tp,dah bajet diva hari tu, pegilah aku KSL tu. Lagi 15min kut nk azan. Punyalah sesak. Nak ambik2 makanan pulak lagi. Satu lagi kebangangannya, dah tau event tu bukak puasa, kau sediakanlah air kosong dgn kurma kt tiap2 meja. Ini dah la air jauh nun hujung benua. Pestu org ramai haruk piruk nk kena ambik makanan, pestu azan. telan air liur je lah dulu. Pestu jenis stok asal boleh sumbat customer dlm hall tu, sumbat. Mmg crowded gila. Makan ada byk pilihan, tp aku dh pegi gatal2 belasah nasi kandar gulai garam selori. Tak termakan pulak yg lain. Balik umah menyesal sbb perasan diva. Nah,hambik kau diva sgt. Balik umah masak nasik lembut2, mkn dgn ikan pekasam.Baru sorga.Dasar diva ikan pekasam.
Kwn2 johorean yg baik hati, bagilah tips tempat makan mana yg best2.Insyallah aku nk terjah dikala ujung minggu.Aku kalo ujung minggu je,mulalah kaki jadi gatal2, kalau jejak dapur.xboleh jejak.kena pegi mkn kt luar. Ini baru dikatakan malaysia boleh.haha.
Anak-anak
Budak2 ni semua dh ada kawan kt sini. Uyin mmg senang berkawan dgn org. Kategori terlebih peramah mcm aku. Najlaa sblm ni penakut org, tapi skang dh ok skit. Kwn2 kakak dia dia panggil nama je.Bercakap pun xbetul lagi. Tapi kawan2 kakak dia layankan jugak. Tiap2 petang budak berdua ni akan keluar main. Tapi minggu ni, Uyin kena grounded sebab hilangkan tab. Tp bagus jugaklah tab tu hilang. Tak payah dengar budak berdua ni memekik berebut tab, xpayah aku terlolong2 suruh tido, buat keja skolah sbb dia sebok main tab.bagus. Aku dgn speckybee bercadang nk cari satu aktiviti sukan untuk Uyin. Untung2 boleh jadi atlet negara, boleh merasa kerusi OSIM free, bulan2 merasa elaun dia. Xpayah susah2 pak dia nk keja dah. Wakakaka!
Apa lagi eh nk cerita. Ok, sesi pergulungan je lah terus.Wakaka. Aku rasa enjoy lah duduk sini. Sederhana, selesa, makan sedap,kami laki bini bergurau senda, anak2 bergelak ketawa, Apa lagi aku nak. Cukuplah kut. Cuma Speckybee ada suarakan nk aku kerja sbb ingat nk beli rumah kt sini. Nama dia dh pakai untuk beli rumah kt Kedah, so harap2nya umah kt johor nama aku lah pulak. Aku pun, mcm dh ok skit bila si Nasuha dah boleh start mkn semi solid food. Sekurang2nya xdalah dia bergantung kt susu badan ja.Boleh tinggal2 kan jugak.
Tengoklah, kalau aku dpt kerja nanti baru nk pikir bab nursery ke, maid ke. Skang malas lagi. Aku tgh gila menjahit. Seru nk keja2 opis ni mcm kurenngg skit.miahaha!
Tu jelah kut setakat ni.Nanti aku update lagi.
Jemaat ni mahu pulang ke kampung halaman. Peplum kids sudah sold out. Nk order, untuk raya haji pulak boleh lah.hihi. Bubbyeeeee!
7 comments:
kalo kat pasir gudang, cuba anis gi mkn kat kedai makan rahmat. iakan siakap dia sedap. kalo x silap area kg pasir putih.
kalo takat nak lepak2 kt kopitiam, bleh lepak kt pasir gudang... chamek kopitiam. ubi rebus cicah ikan bilis dia terbaik.
kalo anis gi area permas jaya, boleh lah makan kt senibong. nama kedai tu sss kalo x silap. seafood dia best but agak pricy sket.
if norly gi JB, norly selalu makan bubur nasi. org johor panggil bubur No. 1 tp norly tak ingat area mana. biasa norly ikut bakar batu menghala ke permas jaya...
selamat ber JJCM!
kalo duk SL pon boleh hidup.. inikan pulak Johor yer.. kacang jer lah nak handle~
mana2 pon OK, janji kita pandai bawa diri~
ooohh kak anis dok johor ke?? baru tahu..singgah lah Pontian.dah dekat tu ngn uma kter. kte dok Pontian ni pon tak tahu mne tmpt best nk g...haha Sllu org g Tg Piai, phujung benua asia..or Pulau Kukup..kte pon tak pernah smpi lg...hihi nme je dok pontian.ngehehe.
norly~ tenkiu norly :D uiiii...semua tempting aih.nnti nk cuba.
Ra~ hihi..rasa sama saja..selagi kita hidup merantau,byk dugaan yg kena tempuh. :)
ziha~ larrrrr...pontian je ke....aritu ada pegi mkn nasi arab kt satu kedai sana.hihihi!
giler duk johor taktau nk makan kat mana???
hahaha....CiM pown kdg kena jugak jamuan ala2 boleh blah. mampuihhh tak nk dtg lg dah.
jappp pikiak mana lg yg maveles kt johor ni.
Anis...nnti CiM bg 1 list...haaaa hang pi lah gilir2. skang hang jaga nasuha baik2 dulu naaa. tu kaki pown tak baikkk lg bengkak duk hentam apa kebenda.
dah kt nusajaya tu, pernah try tak seafood kat Yeos. pi lah suruh en. spekybee tanya kwn2 dia, tp ulu skit laaaa.
Post a Comment