Saturday, July 9, 2011

BERSIH 2.0: Pandangan aku, rakyat marhein.



Hari ni kt Malaysia sibuk lah dengan BERSIH 2.0. Dari seminggu dua sebelum ni pun, dah start riuh rendah pasal BERSIH ni.

Dalam FB, xpayah cakap lah. Yg memaki hamun sebab jam, jalan tutup, kena beku cuti semua tu. Kesian rakyat...

So, pasal BERSIH ni...ni pandangan aku la kan..Korang taknak ambik pun xpe. Aku ni bukan sapa2pun.Bukan anak dato' dari mana2 parti politik. Sekupang pun tak dapat.Aku memang betul2 rakyat Malaysia yg hina dina. Sorang surirumah, blaja pon tak tinggi mana. Tapi sebagai pemegang passport Malaysia aku bercakap atas dasar seorang rakyat aje lah.Dan oleh kerana aku berada di luar Malaysia, yg mana aku boleh katakan, otak aku tak terhumban dek info2 media pro kerajaan Malaysia (yg aku rasa, err..korang judge lah sendiri.)

So, aku punya sources of media adalah internet, dan juga laporan2 dari international TV station.

Makin lama, isu2 kt Malaysia mcm menggeletek ketiak aku sendiri. Dari sebangang2 isu, punyalah semua nk dipolitikkan. Org tu kata ko jahat, ko kata org tu jahat. Dah mcm budak2 bergaduh. Tapi masing2 dabik dada, tunjuk hero. Haih, malu aku tgk!

So, berbalik pada BERSIH 2.0. Aku rasa, ramai rakyat xtau sebenarnya, apa tu BERSIH. Yg dorang tau, jalan jem, kena roadblock, menyusahkan semua. So, applause to KERAJAAN MALAYSIA sebab berjaya mengalihkan perhatian rakyat, dari objektif utama BERSIH kepada kesan buruk akibat perhimpunan tu.

Okey, mula2 kita tengok, apa yg org2 dari BERSIH ni nak?

8 Tuntutan BERSIH:

1. Bersihkan senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Dari pemahaman aku la kan..BERSIH ni adalah suara rakyat. Yang nak kan SPR telus dalam menjalankan tugas2 pilihanraya.Dah mcm2 komplen kan dengar, tapi SPR buat dekk aje.

Normal la kan, rakyat dah naik fed up dengan kerajaan lama. Takkan semedanggg org nak suke ko. Dgn isu harga minyak, harga barang, pestu pasal email 1Malaysia lah dan semua benda2 bodoh yg xde benda lain asik2 nk mengabihkan duit rakyat. Yg ko hidup senang lenang, ko suruh pulak rakyat berjimat. Ko ingat, rakyat nk sayang, peluk cium ko ke? Kalo laki aku tak kasi duit kt aku pun, dah tu mintak plak lagi duit aku, aku hangin.

BERSIH ni diwakili oleh badan2 NGO.8 bijik tuntutan kt atas tu, satu pun tak memihak pada parti pembangkang. Semuanya nakkan pilihanraya yang telus dan adil. So, ape ke jadahnya kerajaan takut sangat?Kalo pembangkang berani tunjuk salah ko, xkan la ko xberani tunjuk kebenaran ko. Kalau tak buat salah, benarkan je lah perhimpunan tu. Buat je dalam stadium atau tempat tertutup. Tak payah kacau org yg tanak terlibat.

Ini tak, kenmain dgn jalan tutup, polis check sana sini, asal pakai baju kuning je tangkap, beku cuti kakitangan hospital, polis, tentera, siap arahkan special force la ke bagai. Riuh rendah aku dengar, dah mcm nak jadi pemberontakan kt Mesir haritu.Apesal nampak mcm takut bayang2 sendiri aje? Chill lah!

Haih...yg dok buat kalut ni, aku rasa kerajaan sendiri. Ada la agenda tu kan.. saja nk bagi mcm havoc skit. Buat2 la ckp menjaga keamanan negara pape jadah suma. Padahal, yg hari2 masuk paper, bunuh sana sini tu, xde pulak ko hantar sniper ke special force ke pulak. Rakyat2 yg tak tau apa2, konfem la marah sebab mengganggu hidup dorang. Org ujung minggu la nk pegi soping, nk pegi jenjalan, nk cari brg raya. Org marah sebab tu. Kalo korang nk berhimpun, tapi xde kacau org lain, sapa pun tak marah. Ko berhimpun la patbelas tahun pun.sapa dulik.

Yg paling best, kerajaan sendiri pun xpaham apa tuntutan BERSIH. Ada ke pegi jawab, "kita tak akan tunduk gesaan untuk mengadakan pilihanraya awal." Eh, ko ni. Dah makan panadol ke belum?

Bila kerajaan dok buat kalottt...aku teringat peristiwa MEMALI kt BALING dulu. Lebih kurang mcm ni laa.. hantar la batalion2 polis bagai. Mula2 ckp nk gempur komunis...penipu!! Padahal yg mati, org2 kampung. Baling tu kampung aku. Member aku pun bersepah je kt MEMALI tu. Bapak aku pun polis masa peristiwa tu. Korang tau tak, berapa banyak nyawa yg melayang masa tu?Berapa banyak anak2 jadi anak yatim?Bini jadi balu?Org kampung pegi motong getah pun kena tembak. Ko nk jawab apa kt akhirat besok? Ko dah bunuh org. Musnahkan hidup org. Jahanamkan hidup rakyat yang patutnya ko yang bela. Haih... sedih aku.

Yg aku dok baca blog2 pro kerajaan pasal BERSIH ni, balik2, Ambiga tu kristian bla2..skandal anwar la..merapik pasal perkara2 personal. Then, isu kaum.Wah, masing2 pulak nk jadi pahlawan melayu.Tiba2 pulak depang2 tangan mengaku Islam.Semua kelihatan mulia gila (malas nk tnya, ko solat cukup tak?). Bercampur tunggang langgang. Boleh tak tumpukan pada 1-1 isu?Isu sekarang, rakyat nak pilihanraya umum yg akan datang ni bersih dari benda2 busuk duit haram ape jadah suma tu. Sapa yg menang nanti, tu belakang kira la.. Dah kalo parti pembangkan ke pulak tiba2 menang nanti, pestu buat perangai mcm sial, rakyat hantam la balik next election. Ini yg aku nampak, kerajaan jadi mcm gila2 gelabah. Dengan tutup website semakan undi lah. Dah kalo ko tak merapik2 daftar nama org yg bukan2, bukak je lah.. Bagi semua rakyat tengok. Ko ingat ni tahun 80an ke?Rakyat suma tgk TV RTM, baca paper UTUSAN aje. Skang zaman internet la woi. Bukti bersepah2. Hadoih...suruh rakyat transformasi. Ko yg tak gerak2 lagi.

Ha, kan dah panjang berjela aku bebel. Tak payah la korang tanya aku parti apa. Last aku pegi mengundi dulu, aku pangkah BN hokey? Pasal aku rasa negara mcm stable lagi masa tu. Skang ni aku xtau nk undi apa. Kerajaan sekarang mcm ba alip ngang sangat. Pengikut2 mcm dpt rumput ijau. Iye saja. Yg belah pembangkang plak, aku rasa mcm, eh.. boleh ke laar dorang ni nk tadbir negara?Pengikut2 mcm emo semacam je. Seriau aku.Undi rosak kang! Apapun aku doakan kesejahteraan negara Malaysia. Aku sayang gila negara aku. Pasal aku dah saksikan sendiri sengsara rakyat Sri Lanka akibat perang yg bodoh2 alang mcm kt malaysia la jugak.Jangan lupa, Sri Lanka pada tahun 50an adalah negara termaju di rantau Asia. Kalah Jepun okey?Tu pasal tertubuhnya THE COLOMBO PLAN SECRETARIAT. Ada sorang member aku tanya, Sri Lanka tu mcmana er? Negara orang asli ke? Haa... kalo korang nk merasa org luar tanya pasal Malaysia mcm tu besok2, silakan lah.... sila ikut jejak langkah pemimpin2 bebal Sri Lanka dulu2. Perang! Bergaduh, bertumbuk!!

notabulukaki: Tak...aku xpakai baju kuning pun..aku pakai baju tido je lagi.Tak kuasa aku nk sokong memana. Skang aku nk pegi BERSIHkan peti ais aku.Nak masak apa tah rini..

34 comments:

Anonymous said...

bkn SPRM cik anis..SPR ye..apa2 pn..yg paling nampak ketara kaum yg dilembukan adalahhh..tgok sdri la..aku pn suka apa depa nak ni..cuma salah caranya tu..xberapa nak bekenan..pastu msing2 beckp cam ahli politik plak..sapa2 pn la jd ketua..camtu laaa..

aisha mimi said...

ehh td aku la aisha mimi..hahaha

aNiS tHe BumbleBee said...

hihih..maceh..maceh..berlambak2 typo aku hari ni.kejap urup ni ilang,hurup tu timbul.kekeke..

memang.suma la nk tunjuk baik.hat ni pertahan kan melayu, hat tu pon sama.yg rakyat dok tercangak kt tengah2.haih.tarik telinga baru tau.

aisha mimi said...

sokong2 gak..so bg ja org yg mula2 provok tu buat keja..kita bg sapot ja..nak apa..signature..meh la nak bg..xpyh berimpun panas2 boleh dak..aku xsuka bepanas..kahkah

Sidratul Muntaha said...

standing ovation.terbaekkk!

aNiS tHe BumbleBee said...

tu lah tu..yg nk gatai2 pi berhimpun tu,pi himpun kt tmpat luas2 skit.Gov bagi la permit.baru la nmpak cam macho skit gov.malaysia.Pro.Organize mcm concert gedik2/football match yg slalu Malaysia dok buat tu.bukan tarak experience.

Yg xmau join,bolehlah pi keja,pi shopping dgn tenteram.Sapa pon xkacau.haih.

aNiS tHe BumbleBee said...

Sidratul Muntaha~ maceh...hihi..tp ckp2 rakyat hina lagi bodoh sekupang pon tarak mcm aku ni,sapa nk dgr kan..lainla kita2 ni anak lord2 kan.. (lord2 pon...byk2 tu duit rakyat gak...pui!)

Kancilbiru said...

tu la...kat malaysia ni banyak lagi tempat yang lapang gila nak buat demonstrasi. kata nak buat kat stadium, tapi tak sampai2 stadium pun sebab dah kena sekat tengah jalan. ekeke..

Depa dok hu ha hu ha sana, rakyat masih kena kerja cari duit nak sapot anak bini. kerajaan patut smart la sikit. 8 jer kot benda yg diminta, bukan lapan puloh.. macam susah sangat jer.

ngan mak aku sekali tak meniaga kat kpg sebab takut benda macam ni. Jangan la tutup periuk nasi orang lain.

kesimpulannya, dua2 salah. yang berarak pun salah, yang degil tak mau layan tuntutan tu pun salah.. aku gak betul..hahahah

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~ hahaha!Rasa mcm nk tibai ya 2-2 belah pihak.Menyusahkan betui.Ni kalo member2 kt SL ni tanya aku apesal Malaysia tu, aku nk jawab apa ni.Malu ooi!!

Hafirdaus said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

assalam anis..acik tak rasa comel ke jelita..tapi acik nak komen jugak boleh?he he..
acik suka..suka..suka sangat dengan apa yang anis tulis.. hari jumaat tu acik dah bebel ngan kawan tentang ni sampai la sebut balik peristiwa memali tu.sama macam anis.
dan acik jugak tak sokong sesapa..asal kan adil dan telus cukup la.dan negara aman.

Hafirdaus said...

Apasal aku kata roundblok?tolong delete sat admin

hOtMaMa said...

mmg terbaekkkk ah entry nih! tgk kt tv tak guna.. kt internet gak yg terbukti gambaran sebenar...

Intan Syuhada said...

salam kak.
huiii~
sumpah dah lama gila xbukak belog akak ni, sampai xtau pun yg akak dah nak dapat baby baru~ T___T

btw, memang kelasss sangat la entry akak ni.
sebab sebelum ni saya memang xtau hape ke menatang la bersih sana bersih sini, kuning sana kuning sini ni.

saya xcukup umur lagi nak mengundi, tapi kalau benda yang dah macam vangang gini pun nak kecoh, buat malu kat budak kecik (?) aje lah kan.

papepun, akak jangan tensi2 sangat lah ye. huhu
kang sebab isu bersih xbersih ni, kesihatan terganggu.
:D

afeezz said...

dah beberapa tahun dah saya tak pergi mengundi.. (actually daftar pon tak lagi.. hahaha) tp aku pedulik aper. i hate politic...

Tijah said...

lepas ni silap2 nak buat solat hajat pun kena kepung ngan fru. choiiii...

MrsYusofhussain said...

wahahaha...terbaik entry ko kak....btul2, kalo ko nak complain pun xyah la smp cmtu sekali...naik rimas kita menengok benda2 kalut cmtu...

p/s: ko tgk tak ape reaksi najib jawab kat wartawan psl perhimpunan bersih tu....berlagak gile...huhu

Pija Madzlan said...

erk......ada jugak blogger yg tulis pasal BERSIH...ingatkan patek saje:P

Anonymous said...

untung ko tak duk mesia anis. kawan aku nanges2 ngadu kat aku laki dia ajak pindah dok jerman sbb dia benci ngan kerajaan malaysia. pas beranak nanti dia kena la terbang ke jerman. aku nak lari camner???? huhuhu w.pun aku keje gomen aku sendiri pun x bape nk redha..sbb aku kuli kena ikut jer arahan org atasan yg kadang2 aku rasa cam bangang jerk .

betul depa mewakili rakyat abis kuli cam aku ni tade hak ke??? mentang2 keje gomen tadah jer la telinga kena maki ngan rakyat sendiri. sedih aku tau pepagi jumaat pakcik2 makcik2 uncle2 aunty2 mai opis aku ngamok2 ckp kami ni najis!!!!

aNiS tHe BumbleBee said...

Acik~ tu tuntutan simple je kan.Mmg most negara dlm dunia ni kena buat bila time election.Ape de menggelabah.takut xdpt nk bersenang lenang dgn duit rakyat nnti kut.

aNiS tHe BumbleBee said...

Pdot~mana dia komen hg?hik3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

hotmama~ berita TV dah jadi mcm badut dah.dh mcm tgk maharaja lawak.huhu~

aNiS tHe BumbleBee said...

saya.suka.saiko.la~ alaa..asal xletak nama?profile pun xley view.sapa ni ek?sorry,akak xperasan.mak nenek dah kan.hihihi..bukan takat bawah umur je xfaham bersih ni apa.yg ganyut2 pun ada yg xpaham lagi.selalu nau lari tajuk.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

afeez~ayoo..rugi la kerakyatan ko..hak mengundi hak rakyat beb.

Intan Syuhada said...

huhu
panggil intan je.
skrg ada 2 blog, lgpon private, sbb 2 xboleh view. hee :D

aNiS tHe BumbleBee said...

kak tij~yg benda maksiat je xkena tangkap.standed...akhir zaman..

aNiS tHe BumbleBee said...

Lia~org kalau dah duduk atas..mesti ckp degar2..cer kalau dah tertonggeng besok...hummm...

aNiS tHe BumbleBee said...

kak sitisifir~adaa...hihihi!kita ada teloq maaa... (ovum tu kira telor la jugak kan,kan?)

aNiS tHe BumbleBee said...

Jiejah~Ayat yg best,"kalo ko tak sokong kerajaan,asal keje kerajaan?gaji kerajaan yg bayo."

Tu konfem stok fail ekonomi.Dia ingat,duit kerajaan ni,abah dia yg punya.Padahal mcm nk mampos rakyat bayar cukai.tambah2 ktorg yg keje swasta kt oversea ni...

aNiS tHe BumbleBee said...

intan~oo..hihi..wokey2!

afeezz said...

hak mengundi hak rakyat? aku ni bukan rakyat ker? huhu

aNiS tHe BumbleBee said...

afeez~tu pasal aku tanya ko..asal tak mengundi?

sindiketsulit said...

baru jumpa blog nih.
baru baca entry nih.
kejap nak berdiri...
tepuk! tepuk! tepuk!
terbaek!

itu jer yg mampu kakwos katakan.
*Sambil lap air mata*

aNiS tHe BumbleBee said...

kak wos~maceh kakwos..sy pun tgh lap air mata sbb tgk rakyat malaysia dilayan mcm tu...sob3x!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...