Ada 2-3 org kawan2 yg tanya aku,buku apa yg patut baca masa preggy. Kali ni aku nak kongsi bahan2 bacaan yg aku rasa sgt worth utk beli dan dibuat sebagai rujukan am. Buku2 ni bukan saja untuk yg sedang preggy, yg tengah buat persediaan untuk preggy,yg dah ada anak malah encik2 hubby pun patut baca.Kalau tak,nnti dia ingat wife dia sengaja mengada2.Kejap pening kepala, kejap rasa letih, kejap rasa panas, kejap merajuk kannn..
Amalan ketika mengandung& setelah bersalin serta panduan menamakan bayi.
Oleh Abu Afiqah terbitan Darulnu'man.
Buku ni dah lama sangat aku beli.Awal2 tahun 2007, lepas 2bulan aku kawin.Bagi aku, buku ni dah complete dah untuk asas2 menjadi seorang ibu dan bapa. Buku ni lah yg aku bawak masa mula2 datang ke Sri Lanka.Hari2 aku baca buku ni. Dalam buku ni pun dah complete surah2 amalan untuk wanita mengandung. Malahan, cara2 menguruskan uri bayi selepas bersalin pun diajar. Bg pasangan muda mcm ktorg ni, dgn org tua pun xde, buku ni mmg sgt2 berguna. Speckybee pun taulah cara2 mcmana nak bersihkan uri, balut and tanam. Pengalaman baru yg mengesankan. Bagi aku, buku ni the best handbook for pregnancy. Mana2 pegi boleh bawak. Lepak2 pun dah boleh baca surah2 dalam tu.mabeless!!
40 minggu nan indah terbitan Karangkraf
Buku ni adalah koleksi catitan dari majalah PaMa. Dia akan cerita dari minggu 1st pregnancy sampai laa ke minggu 40. So kita boleh tau, keadaan baby kt dlm womb mcmana, keadaan kita mcmana, apa kena buat time tu, apa kena makan.Untuk yg pertama kali mengandung, sgt bagus sebab baru lah korang ada idea dalam kepala apa benda sebenarnya yg terjadi dalam perut korang. Bagi yg dah pernah mengandung, byk rupanya lagi penjelasan dan pemahaman baby dalam kandungan.
Penjagaan ibu dan bayi terbitan Karangkraf
Yg ni pun lebih kurang macam buku kt atas tadi. Tapi lebih menjurus kepada penjagaan awal lepas bersalin dan penjagaan bayi.Cara urut baby, cara pilih pam utk menyusu, masalah2 yg berkaitan baby baru lahir.
Sedia melangkah ke alam baru terbitan karangkraf
Pada pendapat aku, buku ni sangat2 berguna untuk aku yg jauh di perantauan.Sebab bila duduk sini xsama mcm kita pegi check up kt Malaysia.Semua kena berdikari. Kau kena determine sendiri apa masalah kau, then barulah kau boleh explain kt doktor.Masalah komunikasi juga tak terkecuali. Kau kena tau term2 medical kalau nk terangkan satu2 benda supaya doktor tau apa masalah ko sebenarnya. Well, tak semua kehamilan akan smooth je perjalanannya. Kena juga ada persediaan untuk menghadapi komplikasi kehamilan. Kadang2 kita rasa masalah tu kecik, tapi rupanya besar. Kadang2 kita rasa sakit teruk, tapi sebenarnya perkara tu normal. Boleh refer perkara2 mcm tu kt sini. Baru2 ni aku mengalami masalah plasenta praevia di mana keadaan uri dengan baby2 tu skali jatuh ke bawah. Punyalah sakit dan aku pulak terlompat ke sana ke mari dgn gumbiranya time kenduri hari tu. Bila scan doktor bgtau masalah tu. Cadangnya untuk pegi mengurut tolak balik uri tu ke atas. Tapi, kandungan aku awal lagi. Ada harapan uri dgn baby tu akan naik ke atas balik. So, better wait and see. Cuma aku betul2 kena bedrest. Tapi nk bedrest kehapanya kalau dah balik Malaysia kan...hohoho! Dan banyak lagi sebenarnya perkara2 yg berada dalam kotak fikiran kita untuk bertanya ada dalam buku ni.
Ketiga2 buku terbitan Karangkraf tu aku beli online melalui website karangkraf sendiri. Masa tu Karangkraf ada buat promotion 3buku tu bape ringgit tah. Tapi murah la lagi dari beli seketoi-seketoi. Selain dari buku2 di atas, aku mmg refer kepada Majalah PaMa yg mmg aku akan beli setiap kali balik Malaysia. Aku rasa berbaloi sebab banyak petua2 dalam tu yg aku amalkan sangat berkesan.Contohnya, kalau baby baru lahir sembelit, mcmana nak buat? Takkan ko ndak sumbat air oren la pulak kan kt baby tu? Caranya adalah kita makan halia.Then try susukan bayi.Cara ni mmg betul2 berkesan masa aku bersalinkan si Uyin dulu.Uyin, perut pun xmasuk angin masa baby dulu.Syukur betul aku boleh tido dgn lenanya setiap malam. Yg kali ni aku xtau la apa pesennya pulak kan..harap2 senang la mcam jaga Si Uyin dulu.
Last but not least, cubalah qatam Al-Quran sepanjang proses kehamilan.Mudah-mudahan dapat anak yg dengar cakap dan tak banyak karenah. Aku manusia biasa.Tahap2 sehari 1 surah tu pun dah cukup baik la..Tapi dah masuk 5bulan ni, fuhh..kena mempederaskan lagi bacaan..Lagi 4bulan je lagi hoii... Aku punya booster kalau time pemalas gila nk baca Quran adelah..."tah2 ko mati besok, Nis. Ha,padan muka ko xsempat baca.Dahla solat lewat2.Suke pulak lawan pulak cakap suami. Abislaaa ko rentung kt neraka besok!" Dan2 menggelabah weiiii!!!
Tapi standard...aku hanya manusia biasa...menggelabah2 pun, aku boleh pulak tertido la apa la kan...Maka..aku tempekkan earphone ipod yg aku install bacaan al-Quran ni kt perut.Dengan harapan mudah-mudahan anak aku lam perut tolongla berdoa kat aku...muehehehe!
Ipod yg banyak berjasa..tihihi!
20 comments:
"Dahla solat lewat2.Suke pulak lawan pulak cakap suami." statement nih buat aku terasa wei...sejibik cm aku...
sama2 kita perbanyakkan amalan kebaikan..x kira waktu hamil atau pn x hamil...toi dak...semangat nak hamil ada nih!!!!!caiyokkkkk!!!
hihihi.
* senyum.
Hari ni segmen skema..... mari mengandung hahahaahah
alat utk menepek pn cute...kah..kah..kah...
Assalamualaikum W.B.T,
salam ziarah, saya Mohd Lutfi dari KK, Sabah.
Insyallah this June saya akan transit di Sri Lanka for 1 day before pegi dubai. Maknanya dari pagi until tengah malam.
Akak ada apa2 cadangan x aktiviti yang boleh saya buat di sana before depart balik . rasa lama pulak di airport tu. Then kalau nak lepak di airport ada x mcm hotel transit.
Terima kasih kak, harap dpt respon.
ni emel saya :
lutfihafifi@gmail.com
buku yg pertama tu aku ada !
rindu lah pulak masa mengandung tapi aku dah malas ler..
canggih sekarang ni kan ? Ipod-mepod aje sekarang ni.
miss-as~kih3x!tongg!!kena sebijik kt btg idung kan.tu la tu...kena beringat2 lah jugak kan.skang ni makin ramai pulak yg meninggal time muda2..kita pun tunggu time ja lah..
GC~sengih apa ti oi?
CA~wahahaha!! mari mengandung secara pukal!!kekeke!
ejan~kekeeke!saje aku beli selotep katun2 aritu.kut2 la baby lam perut boleh nampak,ye tak.
Lutfi~akak dah emailkan lutfi.nnti check email ye...
reen~hihihi!ala jom laa..jom laa preggy lagi.tp kalo ko tambah lagi, xterkejar dah aku yeop.ko dah 3,aku baru terkial2 nk masuk 2.
kalo dah namapun aku ni bangsa pemalas kan..radio pun aku boleh tempek kt perut aku ni agaknye..hahaa!
Assalam.
masa first pregnancy akak suka baca surah Al Luqman. Akhirnya akak bubuh nama anak Muhamad Luqman. 14 tahun dah bujang akak tu.
kak yan~hihi..alhamdulillah...baca surah luqman,mudah2an anak bijak,kan kak?Byk nasihat2 kepada anak2..best2!
samala weiii..asyik nk bertekak je ngan laki..wuwuwuwu..
dulu masa pegnen 1st, rajin nau aku baca quran..ye la, masa tu sorang2 je, xbuat apa kan..ni dh si abg sulung pandai ngokngek dah, kemain la mak dia pun ngelat nk ngaji..dlm hati lepas solat nk ngaji, tp mula la sakit pinggang, sakit vontot segala sakit mai..aihhhhhhhh
babe..miss u..ko pregnant ke weiiiiiiiiii???congrats!!me to ..aku buat blog baru -zati
cik Ah~itu laa tu..mcm2 hal laa..yg aku kejap2 rabun mata xnmpak laa.quran kecik sgt laa..kena balik msia beli quran besar laa..byk ler songeh..kalo suh baca magazine,dan2 plak nmpak.keh3x!
saza~yawwwww!!!long time no see!! wahh..bakal jadi mummy!!!congrats weh...semoga kita sama2 la bersalin baby yg cargas dan sihat key.. :D
assalam. buku yg 1st tu ada lagi x. kot2 nak letgo.. tq.. email sy suzanaibrahim2285@gmail.com
@suzana
Wslm..alamak, maaf puan suzana..buku tu xtau dh kt mana.hihi.
Post a Comment