Beberapa minggu sudah, aku terima sepucuk surat. Yang buatkan aku berada di tengah2 kecelaruan ekspresi diri. Nak menangis pun ada, nak gelak berguling-guling pun ada. Sumpah, aku tak sangka boleh baca balik kandungan surat tu.
Surat tu sebenarnya terisi kandungan karangan aku masa aku form 5 dulu. Tahun 1999. Cikgu bahasa melayu aku, Cikgu Suriyati Sabar dengan baik hatinya sudi poskan karangan aku tu.Karangan tu dijadikan sebagai contoh bagi soalan karangan imajinasi untuk SPM.
Masa nk dekat2 SPM, kami semua kena duduk dlm dewan untuk flexi class.Kwn2 aku bagitau, Cikgu Suriyati ckp kt dlm dewan, xde sorang pun student skolah tu yg boleh tulis karangan imajinasi, kecuali aku. Wawawa...! Tapi masa dipuji tu, aku takde, aku MC,sakit gigi.Kikiki. Kalau ada, sah kembang bontot aku 8tahun.Wakakaak! Tapi yang tolong kembang bontot ada, si Speckybee lah. Awek kena puji, harusla tumpang kembang. Masa tu, terharu lah jugak sebab semua student kena photostat karangan aku tu untuk dijadikan contoh.
Aku sebenarnya paling rasa lemah kalau buat karangan berfakta. Pernah masa form 4, cikgu suruh tulis surat untuk mengadu masalah bekalan air, aku karang sampai 27 point. Gile kau karangan surat rasmi ada 27 point. Kena marah. Dengan cikgu Suriyati la jugak.kuikui!
Karangan ni aku tulis masa exam.So, bila exam haritu,aku tak ingat ada berapa soalan, tapi yang pastinya, satu je soalan untuk karangan imajinasi. Bila baca tajuk, "DUNIA TAHUN 3000". Aku gelak mengekek-ngekek. Memang makanan aku..kataku mcm ular dalam lagu "katak oh katak".Haha!
Tajuk ni aku agak konfiden skit, sebab masa form 3 aku pernah terpilih wakili skolah untuk cerekasains. Bab merapu raban ni, mmg terserlah kebolehan.So, kalau larat baca karangan aku masa aku umur 17 tahun ni, dipersilakan lah.. Aku tulis balik sebab takut hilang dan kalau boleh nak anak2 aku baca karangan umo 17tahun aku tuh.
Dunia Tahun 3000.
Aku membuka mata. Bunyi jam 'space'ku benar-benar menggangu keenakan tidurku. Terasa malas hendak bangun. Aku mengeliat dan kemudiannya bingkas bangun. Suis di tepi katil kupetik dan beberapa saat, muncul robotik yang 'berambut' merah jambu sedia menanti arahanku.
"Nanny, buka radio stesen E.R.A." Aku lantas memberikan arahan. Berkumandanglah lagu 'Andai Kau Pergi', dendangan kumpulan Indigo yang suatu ketika dulu pernah menjadi siulan aku dan rakan-rakan. Sememangnya ERA adalah satu satunya stesen radio yang sering menyiarkan lagu-lagu tahun 2000.
Aku berjalan menuju bilik pembersihan. Dengan memicit butang yang berwarna merah, diriku sudah terhias rapi. Ibuku pernah berkata, kami anak-anak teknologi cukup beruntung kerana tidak perlu bersusah payah. Kata ibuku, dahulu mereka mandi menggunakan air. Eeii...tak dapat kubayangkan bagaimana sejuknya air itu mencecah badanku. Aaah.. apapun, itu cerita dulu. Sekarang air bersih sangat sukar didapati. Dengan terciptanya mesin pembersihan yang menggunakan unsur air dan cahaya laser, badan dan pakaian akan bersih sekelip mata. Bukankah itu mudah.
Aku lantas menuju ke dapur. Pil-pil pelbagai jenis terhidang di atas meja. Aku mengambil pil yang bertanda 'sandwich ikan bilis' lantas mengunyahnya. Terasa enak apabila kelenjar liurku mula merembeskan enzimnya terhadap makanan itu. Aku menyanyi-nyayi kecil apabila terdengar lagu kegemaranku yang dihasilkan dari gelombang maya oleh 'Nanny'. Mataku tertancap kepada komputer peribadiku. Mungkin ada email elektronik yang diutus kepadaku. Jari jemariku pantas menekan butang-butang komputer. Aku melihat senarai mel elektronik yang tertera dihadapanku. Tiada apa yang menarik perhatianku. Tiba-tiba, sebuah emel yang dialamatkan kepadaku berjaya mencuri pandanganku.
Emel itu datangynya dari planet Zargus iaitu planet yang baru ditemui sekitar tahun 2001 yang terletak lebih jauh dari planet Pluto. Aku cuba mengingat-ingat nama rakan-rakanku yang berada di luar planet bumi. Marikah? Bukan. Dia dari planet Marikh. Uraniusa? Juga bukan. Dia dari Uranus.Siapa ya? Ooh... Zarguzi Zamani. Ya! Tidak syak lagi. Sudah tentu Zarguzi Zamani. Pastinya dia ingin memberitahu tentang hari ulangtahun kelahirannya. Aku membaca pesanannya:
" Buat sahabatku Noor Hanis,
Esok, 19 Mac 3000 adalah hari ulangtahun kelahiran saya. Ada sedikit jamuan. Saya menjemput anda dan keluarga untuk datang ke rumah saya bagi meraikannya. Tidak lupa juga pada rakan2 kita, Marikah, Uraniusa, Plutoda dan lain. Kedatangan kalian amat dialu-alukan. Sekian.
Zarguzi Zamani.
Aku gembira dengan jemputan itu. Pastinya seronok apabila berada di planet Zargus nanti. Tapi aku perlulah menyediakan pakaian yang tebal-tebal kerana di planet Zargus cuacanya amat sejuk. Aku mencapai komputer bimbitku dan menunggu bas sekolah di hadapan pintu rumah. Sementara itu, aku menghubungi bapaku yang berada di pejabatnya melalui alat perhubungan yang terletak di lenganku seperti jam tangan.
"Papa, esok saya nk ke planet Zargus. Ada jamuan hari lahir kawan saya. Boleh tak papa tolong tempahkan tiket kapal angkasa untuk saya? Majlis bermula pukul 2pagi waktu bumi."
"Ya, baiklah.Selepas ke planet Zargus, jangan ke mana mana. Terus saja balik rumah.Bukan kau tak tau masalah sosial sekarang ni. Lepaklah, curi kapal angkasalah, macam-macam lagi."
"Baiklah, papa." Aku memotong cakap papa. Terasa bosan bila isu itu sering diutarakan. Kata nenekku, isu-isu sebegitu memang berlaku sejak dulu lagi. Masalah bohsia lah, bohjan lah, bohtua lah. Aku ketawa pecah perut mendengar perkataan-perkataan itu. Orang orang dulu tentunya cukup kreatif memberikan jolokan pada sesuatu keadaan, fikirku.
Tiba-tiba, sebua bas 'outspace' berhenti dihadapanku. Bas itu mengeluarkan lantai elektroniknya dan aku pun berjalan masuk ke dalam perutnya. terasa dingin sekali apabila berada di dalam bas itu. Aku menjenguk ke tingkap dan menggeleng-geleng kepala. Ternyata bumi ini sudah cukup uzur. Kawasan tanahnya sudah tidak boleh digunakan lagi lantaran kerakusan manusia membuat kerosakan. Nutrien-nutrien yang terdapat di dalamnya sudah musnah. Kini, manusia mendirikan rumah sehingga mencapai tahap ' Stratosfera' iaitu tahap kedua selelepas tahap yang biasa. "Traposfera'. Aku ingin sekali memijak bumi seperti ungkapan yang pernah kudengar, " dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".
Lamunanku terhenti. Bas 'outspace' membuat brek kecemasan. Walaupun bas ini bergerak dengan kelajuan 7400 kilometer sejam, tetapi aku rasa cukup lambat. Ooh... ada kemalangan yang berlaku di depan sana. Aah.. apa nak dihairankan? Sudah biasa kes kemalangan berlaku. Agakanya semua orang tidak sayang akan nyawa. Mataku beralih kepada kotak televisyen antik. Cukup besar. Aku tahu itu ialah 'home theater' yang menjadi kebanggaan kepada sesiapa yang dapat memilikinya. Tiba-tiba ada suatu berita yang menarik perhatianku. Pengisytiharan Pengeboman terhadap Planet Zargus. Oh..tidak. Sudah tentu rakyat planet Zargus tidak mengetahui hal ini.
Aku meminta bas beralih arah menuju ke stesen kapal angkasa. Aku perlu mengambil langkah yang drastik. Masa hanya tingal 16jam sahaja lagi. Menurut sumber daripada berita tadi, aku menghalakan semua maklumat bom masuk ke sistem pertahanan bumi melalui komputerku. Kebolehan yang ada pada diriku aku gunakan sepenuhnya. Aku merupakan pakar komputer terbaik dan sebaris dengan ahli-ahli komputer di planet planet lain.
Ya! Peringkat keenam berjaya aku tembusi. Rupa-rupanya bom laser itu berada di Bangunan Parlimen Planet Zargus. Setelah sampai di setesen kapal angkasa, aku mencari kapal angkasa yang akan bertolak ke planet Zargus. Aku hampa. Tiada tanda-tanda adanya kapal angkasa ke planet Zargus. Rupa-rupanya aku ketinggalan. Sebuah kapal angkasa ke planet Zargus baru saja berlepas beberapa minit tadi.
Aku bergegas ke setesen kapal angkasa berlepas. Bola mataku tertumpu ke arah kapal angkasa kecil dan berwarna hitam. Mataku bersinar. Kapal angkasa jenis MF 2HD pernah aku kendalikan sewaktu cuti sekolah lalu semasa melawat kawanku di planet Neptun. Dengan tidak membuang masa lagi,aku melompat ke dalam kapal angkasa itu dan jari jemariku lantas menekan butang-butang yang diperlukan. Aku menumpukan sepenuh perhatian ke arah monitor yang besar di hadapanku. Sebelum pegawai-pegawai di situ sedar tentang kehilangan kapal angkasa itu, aku sudah pun mencecah ruang 'eksosfera'.
Moga-moga aku selamat sampai dengan selamat. Aku menghubungi Zarguzi Zamani untuk memberitahu hal itu. Zarguzi terkejut dan aku menyuruhnya menantikan aku di ruang lobi Bangunan Parlimen Planet Zargus.Zarguzi akur. Aku memecutkan kapal angkasaku sehingga 10600 kilometer sejam. Aku cukup berhati-hati kerana takut kalau-kalau terlanggar ketulan-ketulan asteroid yang berada di ruang angkasa.
Masa hanya tinggal 2 jam sahaja lagi. Aku begitu resah. Dapatkah aku menyelamatkan Zargus? Moga-moga tuhan merestuiku. Hatiku berdebar-debar apabila planet Zargus mula kehilatan dihadapanku. Aku memulas kapal angkasaku sebanya 60 darjah untuk mendarat. Bangunan Parlimen tersergam di hadapanku. Aku mencari tempat yang sesua untuk mendarat. Ya, ada sebuah lapangan di situ. Sebaik sahaja kapal angkasaku berjaya mendarat, aku pun keluar. Zarguzi yan dari tadi menantiku berlari mendapatkanku.
Aku mula mengesan arah mana pusat bom laser tersebut. Ah, di bawah lantai Bangunan Parlimen. Aku cuba mencari kod-kod rahsia bagi mematikan bom itu. Ya! Aku berjaya. Akhirnya planet Zargus selamat. Zarguzi terhutan budi kepadaku. Aku tersenyum riang. Tiba-tiba, terdengar bunyi jam 'space' mengangguku. Oh..mimpi rupanya.
Aku bangun dan bersiap sedia untuk menghadiri jamuan hari lahir Zarguzi Zamani di planet Zargus. Ternyata mimpi itu memberi makna kepadaku...
Sentuhan pena.
Noor Hanis Tanius
5 PPN 1999
Sebenarnya, citer tu panjang lagi. Tapi, memandangkan exam 2jam je...aku menggelabah kelam kabut nk tamatkan cerita ni. Kalau tak, tah2 dah jadi buku kertas jawapan aku.kehkehkeh. Zarguzi Zamani dalam citer ni, Speckybee laar... Besdei dia, pestu ada lah skit kenangan2 kami yang aku selit kt situ. Ada jugak mcm kod2 rahsia, saja2 aku letak untuk aku kenang-kenang bila tua nanti. Tua nanti tu, sekarang ni la.Hahaha! Nasib baekkk kawen dgn dia jugak. Kalo tak, habihlaa kena dok bersoal jawab dgn laki sendiri.
Apapun, mmg legend gila lah...Kenangan betul semua tu. Kenangan sweet, dikala sweet 17.kihkih.
Time kasih cikgu, sudi poskan untuk saya. :D
8 comments:
hahaha...sengal la. kalau saya esei imaginasi mau gagal dgn cemerlang. kalau jenis karangan camni awal2 sudahku reject. surat rasmi please come to mamaa..........=P senang dpt markah free as long as ikut format. markah utk isi je kena goreng sikit.
pehhh hebat btul karangan sis ni...kita yg baca siap leh bayangkan keadaan time tu...hehhee...no wonderla blh jd karangan contoh...mmg best... ;)
Kak anis.. xdak cita2 nak jadi penulis ka? xkisah la..novel ka..motivasi ka... best nih! hihi
Huda Qamar~haahahhaa! patutnya,surat rasmi lah senang kan.tapi xtau lah, kalau buat surat rasmi, bykkk sgt idea nk membebel.dah tak jadi surat rasmi, jadi surat cinta plak.wakakaa!
diela~hahaha..xdelah..masa zaman budak2 dulu akak mmg bangsa suka berangan gamaknya...kihkih.
anon~kehkeh3x! tulis merepek2 buleh la...tulis blog sudah la..buat buku nnti,berkulat kt kedai buku xdak sapa nk beli.haha!
kem salam kat abang zarguzi woii
giler laah...hehe hebat sungguh kak nis mengarang.. tabik :)
Post a Comment