Monday, March 28, 2011

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, bikin aku pining kepala...

Balik malaysia haritu, 2minggu aje.Semua benda nk kena settle dalam masa 2minggu. Termasuklah nk buat buku merah, rekod kesihatan baby kt klinik kesihatan. Cadangnya, dalam bulan 5@6 aku akan fly balik untuk bersalin kt Malaysia. Berharap jugak aku untuk dapat sorang anak Malaysia kan..bukan senang nk mengandung,beranak lagi.

So,pagi2 buta, aku dgn Speckybee pegilah cari klinik berkenaan. Memula dorang suruh pegi kt Klinik Desa Snake River*(sj tuka nama). Rupanya, klinik tu hari senin je yg boleh register buku merah. Then, dorang suruh pegi kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kt town pulak. Ktorg tanpa buang masa, cargas pulak ke town.

Then, aku inform kt kaunter, nk buat buku merah. Staff kt kaunter mintak surat nikah.Erk??apekah?? kejadahnye aku nk usung surat nikah aku yg besar gedabak tu. Aku senyum2, bgtau, mana de bawak. Lagipun ni dah anak kedua dah.. Bajet aku remaja mengandung luar nikah ke? Ahkak dah nak masuk umo 30 laa dik...huwaaa...!!

Pestu aku lepak2 lagi kt hall dgn Speckybee.Datang lagi sorang nurse, tanya asal alamat IC aku kt Baling, aku buat buku merah kt Kulim. Aku cakap, aku plan nk deliver kt sini. Mak aku pun staff hospital Kulim. Duduk pun dalam kuarters hospital ha.. Most of the time mmg masa dia kat Kulim aje. Skali skala ujung minggu baru lah balik Baling.Pestu nurse tu cakap aku tak boleh buat buku merah tu kt sini.Pasal alamat IC aku lain. Amende laaa pulak dah..Takkan la aku nk kena pegi buat IC baru plak.

Aku pun ckp baik2, aku ada 4hari je lagi kt Malaysia ni. Aku kena jugak buat buku merah tu sebab kalau aku tak buat sekarang, bila lagi aku boleh buat.Nanti next check up, aku updatekan alamat kuarters kulim.Nak pegi baling buat pun xguna jugak sebab selain daripada hari tu mmg masa dah suntuk, ktorg dah tak tinggal kt situ selalu dah. Mana ada org kt rumah tu.Sebab tu lah aku nak buat buku merah tu kt Kulim.

Then nurse tu bawak aku masuk bilik.Jumpa dgn lagi sorang nurse.Yg nurse dalam bilik ni, mungkin bajet pengarah kut. Tanya2 aku bagai, tak sempat aku nak jawab, dia tengking2 pulak. Dia kata kuat2, ni bukan problem awak, I need to answer them! Aikk, puan nurse, ko ni kena angin sengugut ke? Yang mengandungnya skang ni aku. Yg nak beranak pun aku. Masalah lagi besar kt diri aku. Tapi aku diam lagi. Then, dia suruh aku keluar bilik. Fuh, sabar..sabar...preggy2 ni malas nak carut.

Lepas tu suruh aku duduk lagi kt waiting hall. Dorang punya la mesyuarat mcm dengan pakar2 neuro meeting nak bedah kepala otak pesakit.Aku lepak lagi. Speckybee dah mcm bengang2. Org nak buat buku merah je. Ko nak check ke, tanak check ke, ko punya pasal.

Sebab utama aku nk buat buku merah tu adalah, KALAU ADA TERJADI APA2 KOMPLIKASI MASA NAK BERSALIN, KEMUNGKINAN BESAR HOSPITAL SWASTA KT MALAYSIA AKAN TOLAK PESAKIT KEPADA HOSPITAL KERAJAAN.KALAU TAK DE BUKU MERAH, MERASALAH PULAK KENA HAMUN KT HOSPITAL KERAJAAN. Itu je sebabnya. Kalau nk ikutkan rekod kesihatan mak nenek bagai, klinik swasta pun boleh bagi detail. Yang penting kewujudan buku merah tu.

Aku sabar je lagi. Then, tibalah saatnya untuk aku buat buku merah tu. So, sorang trainee dan sorang nurse akan tanya aku soklan2 dalam buku tu.Prosedur biasa untuk klinik kerajaan. Adalah jugak soalan2 yg kelakar. Contohnya, pernah gugur? Aku jawab, ada, sekali. Berapa bulan time tu? Aku jawab, 7minggu. Ooo,lelaki ke perempuan? Aku: erkkk?? Dik, kot ye pun ko tanya ikut buku tu,agak2 laaa..7minggu kejadahnya nk tau laki ke pompuan..haihh! Implanon pun ko tak tau nak eja. Ko pegi skolah ke tidak ni? Tapi aku sengih2 je lah bila Speckybee yg tolong jawabkan. Menggeletek hati betul lah korang ni.

Lepas tu, tiba masa nak ambik darah.Kung-kang2 tah ape yg dibincangkan pulak lagi kt belakang. Ini boleh, ini tak boleh.Serabut je aku tgk. So, aku tanya nurse, ada apa2 ke yg boleh aku tolong? Dia ckp, aku kena ambik darah, buat test itu ini, blood grouping semua. Sebab nanti kalau xde blood grouping susah kalau jadi apa2, tah apa lagi dia sekolahkan aku. Aku cakap, kalau takat blood grouping, aku tau aku jenis O rhesus +ve. Kalau nk check hemoglobin ,platelet ke hape semua yg berkaitan pregnancy, aku dah ada rekod sebab baru bulan lepas aku buat kt Galle.Baru laa kecoh2...eh..dia dah buat laa...haa...okey2.tak yah buat dah.semua rekod dah ada.

Masa kecoh2 tu, nurse dalam bilik yang tengking aku tadi kuar.Bisik2 kt kawan dia, nak pegi makan.Takut nasik abis. Pestu dia blah.Time duduk kt kaunter dalam tu, ada plak sorang nurse yg menggelabah datang, tetiba pulak sound aku. Dia cakap, ni duduk Sri Lanka ni, apehal nk buat buku merah kt sini plak?? Buat laa kt Sri Lanka. Ewhhhh!! Nyirap wehh!! Ko ingat aku pendatang tanpa izin ke? Aku ada IC. Aku rakyat Malaysia. Bulan2 laki aku kena potong beribu untuk bayar cukai kerajaan. Dan, gaji ko tu pun hasil dari cukai kerajaan tau tak?? Tapi yg kuar dari mulut aku adelah, "saya ada hak nk buat buku merah ni untuk masa depan anak saya."


Aku duduk lagi kt tempat menunggu sampai nama dipanggil untuk upacara check perut. Sorang nurse ketuk2 pintu, then tgk, 2-2 bilik pemeriksaan kosong. Xde org. Padahal sah2 aku dah tau yg si staff nurse tadi tu kuar pegi makan nasik. Masa tu pukul 11pagi. Nurse bgtau, tunggu, nurse yg nk check takde. Speckybee dah naik hantu. Speckybee tanya, mana nurse dalam utk check up?Nurse tu jawab, pegi makan. Speckybee tanya, government lunch pukul bape? Nurse yg menjawab tu, dengan suara kuat kata, Encik, ktorg ni dari pagi belum sarapan lagi tauu??? Baru je Speckybee nak jawab, tetiba ada sorang nurse baju biru datang tanya apa masalah. Fuh, nasib baik. Kalau tak, aku dapat agak dah apa nk kuar dari mulut Speckybee.

Ayoo...jawapan tu salah laa puan nurse..Kau boleh je sarap pukul 7pagi. Mak aku hari tu ada mobile blood donate. Pukul 6.30 pagi aku tengok dia sarapan.Lagipulak, kau duduk kt Malaysia. Kalau tahap beruang punya malas nk buat sarapan pun, bersepah2 kedai jual nasik lemak kt tepi2 sepanjang nk pegi klinik tu.Mapley pun byk kalau ndak sgt sarap roti canai. Xyah la buat2 mcm ko tu duduk Sri Lanka ni haa...Dah tentu2 la Speckybee tak boleh accept ko punya alasan. Dah la tadi ko jolok2 sarang tebuan dia.Mmg cari nahas betul laa..

Then, nurse baju biru ajak ktorg masuk bilik. Dia yg akan buat check up. Dia minta maaf anak2 buah dia buat hal.Dia tak nak perkara ni kang tetiba masuk paper. Aku sesengih je. Aku cakap, ktorg tak kisah tunggu lama cik.Mmg dah biasa bab2 menunggu ni. Kt Sri Lanka pun mmg dari pukul 7petang sampai pukul 11 malam ktorg dok tunggu untuk check up.Masalahnya skang ni, ada nurse yang tak tau budi bahasa. Patient cakap baik2, ditengking2. Then, kalau menunggu lama disebabkan terlampau ramai patient, insyallah, semua org boleh faham. Tapi disebabkan kau sorang nk pegi makan nasik pukul 11 pagi, semua org kena tunggu ko, ada timbang rasa tak?Kang pukul 1, ko break pulak lagi. Ko pikir tak baby2 yg umo 7-8hari kt luar tu menunggu camne? Ko pikir tak emak2 yg mengandung, yang datang jauh2, naik bas, tak sempat nk sarapan pun, datang awal sebab nak check up. Kang tak datang check up, ko hamun pulak lagi. Yang aku ni, just nk buat buku merah je.Kalo ko malas sangat, Ko boleh je attach segala doctor report aku yg lepas2 kt situ. Dah save masa ko. Ini tak, ko tetap jugak nak pikir masalah yg kecik2 tu. Pasal alamat aku. Apa kejadahnya. Alamat tu pun ko nak pakai untuk post natal. Lepas baby aku lahir nanti. Next check up aku boleh je update alamat aku. Apesal nak menggelabah sangat? Dan soalan seperti nak bersalin kt mana? Kan aku dah jawab, aku mmg plan nak bersalin Hospital swasta Sg Petani. 2nd choice, kalau ada apa2 problem, insyallah kt Hospital Kerajaan Sg.Petani. Tapi xtau lah kalau tiba2 ditakdirkan aku bersalin kt Kulim ke, kt KL ke kan. Speckybee cakap, benda bersalin ni manalah nk tau.Kang tetiba terbesalin dalam keta ke, dalam flight ke.Soalan tu sama macam tanya, encik nak mati kt mana? Ade ke org boleh jawab??

Ayoo...please laaa...Boleh tak xyah rumitkan keadaan?Ke mmg dah xde benda challenging lain lagi korang nk pikir sampai petty things camtu pun boleh jadi huru hara?Masa first baby dulu, xdelah pulak masalah bangang camni. Boleh je aku check up, then bersalin kt Sri Lanka, then balik Malaysia. Ade je nurse dtg utk check baby.Kan ke aku kena bawak baby utk first time check baby kt klinik kesihatan? Time tu pun kan boleh je tukar alamat untuk check baby kt rumah. Apa ke sengal ko nk menggelabah pasal alamat tu sekarang ni. Dan, oh ye. staff nurse yg dalam bilik tu...hamboi hamboi..."I need to answer them!" ye...aaa..lepas ni ko answer la them tu pasal apa ko pegi makan nasik pukul 11 pagi. Huakakakakaa!!!

** No offense. Aku bukan anti hospital kerajaan. Malah aku membesar dalam hospital. Bau ubat, darah, jarum, stetoskop, dengan segala microbe jadi mainan aku masa kecik2 bila aku ikut mak aku ke lab untuk on call. Masa check up pregnancy utk baby first aku dulu pun, aku pernah kena tengking dgn nurse. Sebab aku bgtau aku ada bleeding sikit. Then dia tanya ada buat apa2 tak dgn suami. Aku jawab xde. Dia jerit kt aku, jangan tipu! cakap bebetul. Aku jawab, suami aku kt oversea.Aku xde masa nk tipu2 bab2 ni. Baru lah, owh, ni anak sapa ye? Duduk kt mana ye? Baru lah tau aku ni anak kawan dia.Kan dah termalu. Ramai jugak kenalan2 aku yg kena lagi teruk tengkingan maut dari tempat mcm ni. Teguran aku, cakaplah baik2. Semua tu patient.Entah2 anak pengarah hospital ke, anak menteri kesihatan ke yg dtg, tak ke naya ko? Aku fahamlah..korang keje, penat, hari2 mengadap patient. Tapi bertimbangrasa lah. Patient pun bukannya suka2 nk pegi klinik ni.Dah nama pun pesakit. Senyum skit pun dah legakan hati pesakit. Xpayah nk ubat2 lagi dah. Lagi pulak, kalau tetiba blood pressure patient tu naik, ko marah dia lagi suh jaga makan semua. Padahal ko yg bg patient tu naik darah. Tak kesian ke kat patient?Tsk!Tsk!

37 comments:

Chik Att said...

hahha ... Ca pun fobia nak pi hospital kerajaan.
Masa ngandung Aisyah , ditengking2 sesuka ati ... sebabnya ... marah bila kita bgtau nak bersalin kat swasta ....

Depa memang silap..... depa jolok singa betina ... dah tu dah merepet CA hambur ...

" hampa baru keja .... saya ni dah dekat 20 tahun keja ... tak pernah kurang ajar dgn mak pak budak tau , ini saya yang korang tahu keja cikgu .... kalau yang datang tu keja biasa2...... orang susah .... apa kebendalah yang hampa maki depa no...... Chekkk ...... ni baru jadi jururawat masyarakat ..... tak jadi sister lagi dah belagak tak tentu hala. Ni mai nak habaq ..... kalau hampa buat baik .... org puji2 , hampa buat macam ni orang menyumpah 40 kali... masuk longkang "

Sejak tu ..... itulah hari pertama dan terakhir ketika mengandung Aisyah CA chek kat klinik kerajaan..... pas tu Baba dah tak bagi pi dah ..... dia takut karang ... CA bakar klinik ahahahahahah

Panjang ulasan hari ni....Sebab pernah melalui saat yang seperti itu ...

Unknown said...

kalau cerita bab klinik desa sabo aje le.. telinga kena tebal.. depa bukan kira pangkat nak sound2.. main selamba je radak.. kita ni fikirkan masa depan anak kita.. sebab tu buat buku merah ye tak..

apa2 pun, masih ada misi yang baik2.. yang baik2 tu dikenang2 sampai la ni..

sabaq na.. ni la dugaan ibu ngandung.. adik dalam perut prektis dengar orang berleter.. hehehe

The Sharkox said...

wowow...garu ketiak jugak kalau dapat nurse2 camni..ni baru check up, belum time nak beranak.

patutla mak aku cakap beranak kat spital swasta lagi best.

Abd Karim MJ said...

Asalam.. nak komen .. bukan semua dapat pengalamam mecam nie.. saya bercakap sebab wife saya petugas di salah sebuah KKIA di seremban...

Apa yang penting adalah sikap toleransi antara pesakit dan juga petugas... pasti tak ada masalah...

|| NaFiRaa || said...

memang slalu dengar orang komplen pasal layanan buruk kt klinik/hospital gomen kan~ walaupon kita tahu x semua yg cam tu.. tapi yang segelintir tu lah yg membuatkan mereka dipandang x baik..

rasanyelah kan~ kalo semua rakyat mesia nih kaya.. x de kot org nak gi wat rawatan kat hospital gomen kan~

harap2 di masa akan datang ade lah perubahan ke arah kebaikkan.. biar semua org respek gomen staff..

miss said...

al-kisahnya macam tu la Puan ANis...kita boikot je truih...aku pon dh jd fobia nak p hospital tmpt mak hg keje tur...opssss....sereyau beb...dr pengalaman lepas aku amik iktibar...

the3imans said...

bebetul luahan perasaan ni..aku bersalin kt hukm..semi gov la..tp, xde la plak org tengking2 gini..nurse y cek anak aku kt umah pn oke jer...nasib2 gak klau berurusan ngn org gomen ni...

Kancilbiru said...

boleh jadi darah tinggi dengan misi2 ni...mintak2 la adik aku tak macam tu...huhuhu

cik_ah82 said...

hehe..pasai tu ka nk beranak kat sri lanka?ish, kuat betoi semangat..hehe..besala, kalo pi klinik kesihatan gov ni mmg kena get ready la..tkut xpasai2 kita yg tapau bawak balik dosa sebab dok carut ja ngan depa..sabaq la banyak2..huhu

julietchun said...

kadang2 tak paham dgn sikap misi2 ni, pagi2 pun dah angin. kalo petang & org ramai kita paham la kepenatan dia.

ddjfr said...

tumpang komen :)

setakat tunggu lama tu biasa la kan,gov.tapi kalau dah main hamun-kurang ajar..memang bengang jugak la dengar.

alhamdulillah.setakat ni saya dah 2x pregnant xpenah pulak kena maki hamun dengan nurse/doktor gov.coincidence kot.

Che Mid said...

Tu la pasai che mid bawak hasben yg muka mcm polis nak tangkap orang tu masa fes taim g klinik.. memang layan ok punya. Tapi tank sangka sekarang masih macam tu gak na..ingat dah maju dah berubah..

Siti Noor Aminah said...

alaa..tak cite pn pasal contraction tu.. haha

Azian Elias said...

Assalam.

Salam kenal dari akak.
asal mana? surat nikah besar gedabak tu macam surat nikah akak je. Johor punya surat nikah memang besar gedabak...

lupekanje said...

nurse tu tensen tu...
acik pun maleh nak gi klinik kajaan ni..tpi klu dah tak ada pilihan...dah nak nazak sgt, acik pegi lah...tupun lom tentu diorg layan baik gak.

tringat nk buat appointment rawatan gigi, 3 kali dibatalkan sesuka ati doktor nenet moyang diorg tu...lelama acik terus tk pegi. Nnt saper yg susah??? acikkkkk gak...sbb gigi dah belobang..hehe..menguji kesabaran kita tuh....ternyata acik tk sabar..gulps.

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~waaaaahh...panjang lebar citer CA.tp itulah..kadang2 benda yg dimarah tu pun mcm xmasuk akal le pulak.apa ke nk marah org bersalin kt swasta ke mana pun kan.tak faham betul.

aNiS tHe BumbleBee said...

mast~betul..betul..yg baik2,mmg akan dikenang.Yg dtg rumah check uyin haritu pun,kita layan baik2.siap bungkuskan jajan lagi ha untuk dorang.

aNiS tHe BumbleBee said...

sharkox~haihhs..ko garu ketiak pulak dah kat sini....

habuan masing2lah kut..seb baik la time check up.kalo time nk beranak xtau laaa..

aNiS tHe BumbleBee said...

Abd Karim~haah..betul..tak semua..in fact, KKIB kulim pun,2 org nurse tu je yg terlancang mulutnya.Yang lain okey je.

aNiS tHe BumbleBee said...

Nafira~tulah..tak patut ada dalam fikiran,yg pegi gov tu miskin,yg pegi swasta tu kaya.Rakyat malaysia semua ada hak untuk menikmati kemudahan awam.

Maybe nurse yg berpikiran double standard mcm tu yg selalu akan bg layanan buruk kt patient.sbb dia ingat yg dtg2 tu sume lower standard dari dia yg keje dgn kerajaan.huhu..

aNiS tHe BumbleBee said...

miss~spital kulim aku xpenah pegi lagi.lalu masuk kuarters sajork.cuma aku harapkan semua kakitangan yg berurusan dgn patient dapatlah pegi kursus cara2 melayan pesakit.

aNiS tHe BumbleBee said...

ejan~nasib2 gak pun kan..datang angin puting beliung dorang,org lain pulak yg kena.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

KB~adik hg misi kat mana?hihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

Cikah~hihihi..habehlaa kalo speckybee dah majuk..hahahaha!xdaklah sebab tu sgt pun..sbb bukan nk bersalin kt gov pun kan.tp tiba2 rasa cam lama sgt nk kena berjauhan.bulan2 posa lak tu.dgn uyin skolah lagi.tu yg decide bersalin sini lah pulak.

aNiS tHe BumbleBee said...

juliet~maybe sbb dia xsmpat breakfast pagi tu.jadi glukosa dlm darah jadi kurang.tu yg mengigau marah org sana sini kut.keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

dd~hihi..ada time2 dialah kut.yg tak bestnya, ktorg ni dilayan seperti pendatang asing pulak.terasa sgt diri dia besar time tu.isk..isk..

aNiS tHe BumbleBee said...

che mid~ooo begitu ka?hahhaa...!!nnti nk suruh speckybee workout byk2.bagi badan ketul2.baru org takut nk marah kita.kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~maleh nk tulis panjang2.nnti jadi buku plak.

aNiS tHe BumbleBee said...

Kak yan~salam kenal kak :D hihi..asal tu panjang citernye.tp dipendekkan,sy settle down kt kedah&kawen pun dgn org kedah.mmg stail surat nikah gedabak.baru2 ni kut dorang kecikkan jadi mcm kad tu.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

lupekanje~hihihi..tang klinik gigi mmg la sgt xboleh blah.ramai betul yg mengamuk kt situ.

sy pegi scaling aritu,punyala bersembang dorang tu smpai luka2 gusi sy ni ha...xpatut betul..tau la free pun..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Nis,

yang ni aku komen malam nanti.
Ko paham2 ajelah kalau kat ofis...

tak concentrate ler..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Tak sempat baca malam tadi..isk-isk..



Nasib baik lah ko & speckybee sabar...Diorang ni tak nak jadikan ikhtibar kes yg lepas-lepas.


*Tu yg abg aku gambel gi private utk 3-3 anak aku tu. Alhamdulillah takde apa-apa.

zaza@mamaHanin said...

nyirap jugak darah zaza baca gelagat deorang tuh.. aiyaa.. betullah kata org kenapa BIDI BAHASA it masih perlu berkempen.. haa.. pasal nih la.. masih ramai org yang tahu nk jaga BUDI BAHASA.. isk.. buat ajer surat komplen kat kementerian.. supaya benda nih tak lagi berlaku kat org lain.. AND... DIA TAHU NAK MENJAAWAB KENAPA DIA PEGI MAKAN AWAL.. SEAWAL PUKUL 11 pagiii..

kalau org komplen itu ini mula nk mengomel.. keja tak tera mana mulut ja duk bunyi lebih..

pst: anis plan nk deliver kat mana kat sp tu? my 2nd son lahir kat private hosp kat sp.. layanan mmg best! insyaallah..

zaza@mamaHanin said...

fortunately misi2 kat kepala bataih nih ok2 la jugak.. walaupun ada 2-3 orang yang koya beh dan bermulut longkang.. hehe

Kenari Putih said...

Dasat kan nurse2 yg diceritakan ni... Sy pon kdg2 heran some nurse kat msia ni yg kat hospital kerajaan ni... mmg diorg ni byk yg mmg kena educate bab2 layan patient ni kan..

Anonymous said...

Well said.baru je experience dgn nurse2 dan doc2 di hosp yg sama..mmg kl tak terpaksa,takkan pergi.sbb kes terpaksa pergi la,terpaksa tadah telinga dgr komen2 kata2 yg tak sepatutnya dr penjawat awam..

ayaaina said...

seramnye kne mrh..tp mmg angin tol kalo org xde adab ni huuuu...hrap okla nnti nk bwt buku merah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...