Friday, November 27, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN

Assalamualaikum...... CAK!

Wah! wah! makan dageng tak hengat!!! camne raya korang kali ni?best ke?Aku xraya lagi kt sini..besok baru raya..Belum plan lg nk masak apa.Dikesempatan ini,aku nk ucapkanlah selamat hari raya utk semua pembaca2 blog aku semua,khususnya ahli keluarga dan kenalan2 aku yg berada di seluruh dunia.(seluruh dunia lah sgt!)

Sebetulnya,aku just nk inform korang aje.Kerajaan dah buka jawatan kosong secara besar besaran di seluruh negara.Tp cuma beberapa pihak yg tahu sbb takut menimbulkan kontroversi dan spekulasi yg bukan2.2-3 org ahli keluarga aku mmg org kata ada nama dlm sektor kerajaan ni.Asyik offer aku keje.Tapi aku tak minat keje kerajaan.So,aku lepaskanlah peluang ini utk korang semua.Jadi,kalau korang berminat utk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia,cepat2lah apply.Kalo perlukan sokongan signature ke apa,aku boleh tolong dapatkan dari sedara aku yg keje menteri tu.Kt bawah ni aku attach notis jawatan tu ye.Korang stadi lah baik2.Mana tau rezeki korang kt sini..aku pun tumpang gembira...



SYARAT & KELAYAKAN:
1.WARGANEGARA MALAYSIA
2. SPM/SPMV/STAM
3.CALON YG MEMEGANG DIPLOMA DALAM APA2 KELAPANGAN DIGALAKKAN MEMOHON.

KELEBIHAN:
1. Jawatan tetap di dalam kerajaan
2.Gaji Pokok : RM 1965
3.Elaun Bulanan (COLA) : RM 300
4.Elaun Penginapan : RM 300
5.Uniform : RM 450
6.Dobi : RM 200
7.Kursus mempertahankan diri percuma sepanjang perkhidmatan
8.Kenaikan pangkat secara lantikan dari Ketua unit dan menduduki ujian khas.

Sekiranya berminat,sila hadir ke sesi temuduga dengan membawa kad pengenalan diri serta 2keping gambar berukuran passport pada 30 Disember 2009 di Jabatan Pertahanan Awam yg berdekatan.

Bagi yg berjaya dalam proses temuduga tersebut, akan diberikan 3 pasang uniform setiap seorang serta kelengkapan lain serta perlu melaporkan diri 30hari dari tarikh surat tawaran jawatan.

SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISERTAKAN UNTUK JAWATAN JAWATAN YANG DITAWARKAN.

Jawatan2 yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. ULTRAMAN
2. SAILORMOON
3.SURIA PERKASA HITAM
4.XMEN
5.THUNDERCAT

1. ULTRAMAN (Dibekalkan dengan peralatan api utk mem'fire')
Bantuan kecemasan sekiranya kehabisan gas memasak dirumah.




2. Sailormoon (Untuk wanita sahaja.Mempunyai kreativiti tinggi dalam menggayakan rambut)


3. Suria Perkasa Hitam (Mat Rempit dan berkulit hitam legam sahaja)
*calon yg berkulit hitam manis atau berkulit kayu manis akan dipertimbangkan.



4. X Men ( Jawatan khas untuk OKU sahaja)


5. THUNDERCAT (Yang tangkas menangkap kucing dan anjing yg berkeliaran sahaja)
*Yang penyayang pada binatang sgt digalakkan memohon.


Waaaaaah!! amacam?? Gempak kan jawatan yg ditawarkan??Aku harap korang berjaya dalam sesi temuduga nnti...Kalau berjaya jangan lupa belanja aku cempedak goreng yeee....weeeee!

P/s: Hari ini hari raya,jangan maraaa aaaaaa!

Saturday, November 21, 2009

DeMaM?? BaTuk?? SelSeMa???

Alahai...anak dara kesayangan aku ni...tiba2 pula demam..padahal mggu ni mggu paling byk mulut dia.Demam nk bercakap terus agaknya si Uyin ni..Layan je lah gambar..aku xde mood nk mengarang time2 gini..
Hari Pertama


Hari pertama demam..mula dari malam.Aku trjaga bila sentuh badan si Uyin panas sgt.Check temperature, 37.5 C. Hum,panas! Ambik ais,demahkan kepala dia.


Tampal KoolFever.Suapkan dia mkn Corn Flake.Okey..dia mkan je.tp xmcm selalu.


Selalu 2 mangkuk ni mesti abis sebelum pegi school.Tp dah demam ni,semangkuk pun xabis.Jadi aku lah yg abiskan.Teehee!

Hari Kedua

Malam hari kedua,badan sgt panas.40c.Aku dah menggelabah.Buat air asam jawa pulak letak kt kepala dia.Dia pulak asik merengek2.Xsedap badan nk tido.Then pagi tu,aku letak lagi air asam jawa.Mcm dah okey.Bg dia tido dulu.Bangun2 je,mcm cargas skit.Nk main.Nk karaoke.Haa...kali ni...nk sepah umah..sepah lah nak..ibu tak marah...janji lekas sembuh..hehe!



Dah main2,badan dah start berpeluh.Pagi tadi aku minta Speckybee buat appointment dgn doktor.Kt sini,sgt lain dari Malaysia.Kt Malaysia,kalau sakit,boleh terus je pegi mana2 klinik.Kt sini,semua klinik swasta xde pakar kalau waktu office hour.Semua doktor diwajibkan bertugas dengan kerajaan dulu.So,nak tak nak,wajiblah kena tunggu petang.Bukan xnak pegi Hospital kerajaan.Tp kt sini,insfrastruktur nya masih kurang.Takut2 juga uyin,dari sakit biasa,bertambah teruk sbb berjangkit2 dlm ramai2 tu.Perlu juga dielakkan.Aku mmg sentiasa berdoa,kalau boleh,jangan lah ada sapa2 ahli keluarga kami yg sakit di sini.Nk jumpa doktor sikit punya seksa korang tau?Nasib baiklah background keluarga aku berkaitan medical jugak.Jadi,xbyk,sikit aku tau lah cara2 nk jadi 'doktor' utk ahli keluarga aku.


Uyin yg tengah tunggu abah dan pak supir jemput pegi ke hospital.hihi!


Bila suruh smile,muka ini lah dia buat.Menunjukkan bahawa beliau sedang demam.heee!


Haruslah posing dulu sblm jumpa doktor.Ngehehe!

sekian aje lah.Besok,kalau kesihatan honeybee mengizinkan,ktorg akan ke Beruwala,Utk menyertai Family Day rakyat malaysia di Sri lanka..Doakan utk Uyin ye... :)

Thursday, November 12, 2009

GeLaP GuLita



Hawooohh!!! Semalam tengah sedap2 aku nk makan megi mee...blackout pulak..baru je cadang2 nk bukak ekon,tgk muvie sambil menjamu selera dengan megi. Potong stim betol laa...

Speckybee kata skang ni kakitangan Jabatan air,elektrik,petrol dengan hape tah lagi 1 tgh buat mogok.Nk mintak naik gaji.Jadi malam semalam blackout sbb mogok lah agaknye.

Ceh sungguh!

"Dey tambi!!! nk mogok pon mogok lah.xyah ler nk nyusahkan org lain.Elektrik air caj mcm umah aku ni kilang.Tp service macam taik unta!"

Tapi xpe.Aku ada kipas kecik yg best. Hala ke muka je sambil tidur.Fuh!Fuh!
Anak aku tetap bagus.Xde komplen ape pon.terima dengan redhanya.Tidur senyap je smpai ke pagi.Mungkin dia dah biasa.Dia kan org sini.Hihihi! Cayalah uyin! Uyin mmg sempoi arr!
Ai Lebiu Uyin!!!!!

Monday, November 9, 2009

Mini WorldCup @ Sri Lanka

Ari sabtu,aku pegi Colombo...pepagi hari.Speckybee ade meeting.Jadi aku dgn Honeybee tido je lah dlm hotel.Motip utama kami ke Colombo kali ni,nk menghadiri Mini Worldcup yg diadakan pada hari ahad.


Antara negara2 peserta dalam Mini Worldcup ni adalah, KOREA, JAPAN, CHINA, MALDIVES,SRI LANKA POLICE, MALAYSIA DAN KELAB POLICE GIRL SRI LANKA (am not pretty sure,ade ke tidak,sbb ktorg balik awal..hi)




Sapekah player malaysia yg berseluar pink tu?Woh,pemain import dari Sri lanka.Standardla kan Malaysia..sume bende import.Baju,makanan,minuman,sume bende lah.Negara kaye katakan.



Acara dimulakan dengan joget2 trompet org Sri Lanka...Mmg cenggini lah org Sri Lanka kalo sambut ape2 pon.Asik berjoget je kejenye.LayaaaaaaNN!

Ehem..aku cam biasala..bila tgk bola..xde la aku tgk game tu..Aku tengok player mana yg hensem..Mueh!mueh!


Wowoh! Geng Jepun.
Ade gak pesen2 rambut yg berkenan di hati. Tp dlm gambo ni xbape nmpak.Time dorang duduk sebelah aku,segan pulak aku nk ambik gambo dorang.Jadi aku pandang je lah.xboley la nk tunjuk2 kt korang.ahak!



Geng Korea..
Ah, geng korea ni anto budak2 je..xbley blah betul. Xde pulak rupe mcm pelakon2 korea dlm tv tuh.
Memula Malaysia leading 1-0 beb! Sikit punye suka lah aku! Pestu,dorang komplen,katanye,player Sri Lanka ramai kt Team Malaysia...

"Ala,Bai...Rilex arrr...Ko xtau ke,Malaysia ni negara majmuk.Cina, India, Melayu sume ada. Yg India Malaysia pon ko tuduh org Sri Lanka. Tak aci ar bai.."

Tapi, walopon sehensem mana pon geng2 jepon dan korea itewh, Debid Bekam ku tetap menjadi POJAAN hatiku....

nampak tak debid bekam aku?? Cam sabit kaki dia..hohoho!!

Yg ni pulak...kemana tumpah nya kuah........


skill2 tu mmg turun kt anak aku dah...anak Debid Bekam laa katakan..

Tengok! Jalur Gemilang dikibarkan oleh Geng Pom Pom Girl..Yeahh!!!


Ni geng POM POM GIRL yg tomei2...dah kepenatan dah dorang ni menyokong pasukan Malaysia..



Walopon malaysia xdapat merangkul sebarang pingat (huhu) tp corak permainan adalah sgt bersifat semangat kesukanan. Kalah tipis je. (memandai je aku ulas.ngeh!ngeh!)

Korea vs. Malaysia (2-1)
Sri Lanka Police vs. Malaysia (2-1)

P/s: Amponkanlah aku kalo ulasan aku tak memuaskan.Selama idup aku,mmg xpernah dan tak reti nk tgk bola sebenarnya. Aku hanya akan tgk player2 yg hensem aje.harap maaf.

sekian, trima kasih.

Yg benar,
~anisthebumblebee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...