Wednesday, March 30, 2016

Down

Harini aku down. Padahal malam semalam bukan main kelenjar ptituari aku berlumba2 merembeskan oxycontin masa aku tgh bincang next plan dgn business partner aku.Lepas tu tiba2 pulak Puan Roszie Querenda yg jd coach The Entrepreneur kt tv3 semalam  PM aku. Giler xhappy.

Aku ni buat keja smua sorang2. Mmg dr zaman aku duduk Sri Lanka dulu aku jd mcm org gua. Org gua pun ada geng lepak keliling api ramai2. Aku tak. Aku sorang. Yg follow blog aku dr zaman dulu tau lah. Aku bercakap dengan komputer je lah.

Balik Malaysia, aku still sorang2 sampai la si Nasuha tu besar pegi skolah. Start ujung tahun lepas la aku br ada kawan2 blk. Maksud aku, kawan yg aku boleh bercakap pakai mulut, boleh lempang2 tu. Haha! Tu pun sebab aku pegi kem TUBE. Aku xcita lagi kan dlm blog ni. Nanti aku citer.... panjang xpanjang sgt laaa...tp 21hari dlm kem punya cita, ko agak?

Aku malas nk cerita sebab apa yg buatkan aku down harini. Cuma harini aku sedar, org yg paling rapat dengan aku, tak bermaksud akulah org yg paling rapat dengan diri dia. Paham ke paham? Aku rasa dia org yg paling rapat dengan aku, sebab aku ni xda sapa2, tapi sebenarnya mmg aku sorang2 pun sebab org tu xrasa pun aku yg paling rapat dgn dia. Kahkah! Pity me, looser kan.

Oleh sebab aku ngadu, sharing segala benda termasuk soal bisnes kt org yg mmg xpaham pun pasal bisnes, so aku la yg stress. Habih tu, aku nk ngadu kt sapa lg pun? Kakakaakaaa! Kesian kan.

Mujo lah aku ni degil dari dlm perut mak aku. Aku dh ckp aku nak, aku mmg nak. Tadi masa aku sentap, rasa mcm nk quit je buat biz.Job dengan Zalora pun malas nk buat. Nk duduk umah, lepak2, gemokkan lagi diri, layan sinetron,masak, gelak2 dgn anak. Otak xpayah pikir bab akaun, bab market, bab sale.

Lepas tu, bila aku masuk opis, nangis 2 3 jam, bukak laptop, dtg dh roh tu. Roh aneh bila  bukak laptop, bukak website, bukak online banking. Bila roh tu dtg, mulalah kelenjar parotis dengan kelenjar submandibula aku bekerja keras kuarkan saliva dlm mulut aku. Dia mcm satu roh meresap yg suruh aku jgn quit. Aku rasa benda tu nama dia passion.

So, bila passion bergabung dengan degil dalam badan aku, aku dh tak pedulik lg dh. Sorang2 ke, ramai2 ke, aku nk buat jugak. Manalah tahu, bila tiba2 aku park Hummer ke, Evogue ke depan rumah, org yang tak minat bisnes, yg rasa bisnes aku xkemana ni jadi minat pulak nk ambik tau pasal bisnes aku kan.

So, xpa. Since keluarga aku asal dari Melaka, dan aku syak aku ni keturunan Jebat, fine...fine...! Mmg aku nk amuk betul2. Jaga kau Hang Labu . Battle starts now!

Sekianlah tadi, pelajaran kita mengenai beberapa kelenjar2  dan hormon di dalam tubuh badan manusia. Dah aku nk pegi makan. Gemok pi lah. Diet2 pun buat apa.Bukan ada sapa perasan pun aku kurus ke gemuk. Kataku bagi menguatkan statment matlamat menghalalkan cara. Koh!koh!koh!




6 comments:

Yati said...

Eh, apa punya kata-kata aluan kat page komen ni. Baiklah, saya rasa saya comei. Ha ha ha hak tuiii...
Mula-mula akak rasa cian dia... bila baca entri Anis. Bila nak abis baca, termeleleh saliva akak dibuatnya gelak sorang diri jua.
Good luck in your battle.. ^_^

Nafira usof said...

tetiba rasa aku fail sgt subjek biologi. satu pon x paham bab kelenjar yang hang utarakan kat n3 nih.
takpa lah.. aku pon malas dah nak amik tau hal2 biologi nih. bukan bulih jadik doktor pon.

ucapan terakhir.. aku memang rindu nak baca coretan hang kat blog. tolong lah jgn kelaut dalam lama sgt k!
bye

aNiS tHe BumbleBee said...

Kakakkaaka! Sian akak layan blog org sewel ni..kejap nangis,kejap gelak. Jaga2 ni penyakit boleh berjangkit tau.😂😂

aNiS tHe BumbleBee said...

Hahhaha...xyah caya sgt..anis xmbik bio pun ms skolah dulu.kahkah.
Yala2..i'm back!sian blog ni bersawang teruk sgt.keh3x.

pisang said...

Hahaha..aku blajaq term baru dlm sains..Slalu org yg berjaya dlm business ni adalah org yg degil, keras kepala nk buat juga walaupon org lain kata nehi, namungkin...hang rasa hang mcm tu dak? Kalo hang rasa hng mcm tu, teruskn kedegilan tu..org yg sukses ialah org yg nampak apa yg org lain xnampak..apa lagi, chaiyok la Hanis!!

mawar_berduri said...

hihihihi...niat nak jalan-jalan je tapi bila baca alahai kenapa tgh down pun comel ni? ayat-ayat comel je keluar ..hihihi good luck sis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...