Friday, February 22, 2013

Cita-cinta

Aku mintak maaf byk2 la kt readers aku. Memang aku xdan sangat2 nk update blog.Entry ni duduk dlm draft dah 2-3minggu la jugak. Laptop aku nun di puncak kayangan. Aku malas betul nk panjat tangga rumah aku dewasa kini.Hahahhaa!

Okey, sebenarnya, aku ada kegilaan baru. Baru xbaru la....benda ni dah lama aku mengidam. Dari zaman beranak kt Uyin lagi masa kt SL dulu. Baru sekarang la dapat.

Ni la bendanya...
Speckybee beli kt Tesco. Harga ok la, RM400. Tapi functions dia semua best ya robi. Ya la best la sbb aku sebelum ni dok pakai mesin manual joget kaki mak aku tu. Ni skali tekan, berdesuuppp! Heheh!


Aku bukanla sorang maknusia yg pandai menjahit. Jahit butang baju laki yg tercabut pun terhegeh2. Tapi xtaulah. Aku minat sungguh menjahit. Cuma xda ilmu ja. Hajat tu nak pi menuntut la kt mana2. Tapi dah ada anak kecik, mcmana nak heret pi budak2 tu.stgi mulut budak2 tu yg aku jahit plak.tihihi!

Punca aku mcm minat jahit ni start dari mak aku lah.Dia mmg lah pandai menjahit. Masa aku kecik2 dulu, tiap kali bulan puasa, pas sahur, tolong mak aku jahit langsir lah, apa lah. Jahit untuk rumah sendiri ja lah. Dulu aku xfikir langsung bab ni. Tapi dah tua ni baru aku rasa heran, mak aku tu dah la kul 7.30 terpacak kt tempat keja, tapi dia dan plak buat segala mak  nenek benda dlm rumah. Siap masak lagi. Mak aku mmg pantang skit beli2 lauk kt luar ni.Pemalaih yakmat katanya, dah la xdak zat. Apa2 ja lah.

Jadi aku skang tengah cabarlah diri aku sendiri. Mak aku yg pegi keja huru hara dengan patient la, on call la, mampu siapkan semua ni, aku yg tercongok kt umah tarak produce apa2. At least dpt produce baju kurung anak2 dara aku yang berderet tu pun jadi la kan.

Buat masa ni, ni lah cita2 aku.

GULAI IKAN
Aku anggap menjahit ni umpama memasak gulai ikan. Yaa...terus terang aku bagitau. Aku mmg tak reti nak masak gulai ikan. Goreng ikan pun smpai ke hari ni aku masih fail.

Mak aku jarang2 lah nk masak gulai ikan. Mak aku org Melaka. Haruslah asam pedas dgn cili api kan.Kalau ye pun, gulai ikan masin dgn nenas tu je la kut. Mak aku kata, kalo nk menikah dgn org kedah, kena pandai masak gulai ikan.Depa mkn gulai ikan termenung. Aku rasa cuak sebelum kawin dgn Speckybee. Pas kawin dgn dia, pi umah dia, tengok mak dia masak gulai ikan termenung,siap ada santan lagi. Aku dah start menggelabah. Macamana oiii nak masak gulai ikan ni??? Aku tanya2 mak dia, tengok mak dia buat. Bila duduk kt SL, aku cuba buat. Tapi haghammmm, xjadi. Mmg Speckybee tanak makan. Cam biasa, masuk toilet, menangis lah aku sensorang. Padan muka! Nak sangat menikah org kedah!

Tu kira cabaran besar hidup aku la kan. Oleh kerana tekak aku mmg xboleh terima kari yang ada santan, apatah lagi ada ikan termenung, maka aku gubah resepi sendiri. Ngeh ngeh!Akhirnya, setelah 4tahun menikah, gulai ikan aku adalah antara hidangan yg spekibee tergila-gilakan. Kah! Kah! Nanti kat bawah aku bagi resepi.(since ada beberapa kwn fb tnya aku,camna buat gulai tarak santan?)

So, dengan ini, cabaran aku sekarang adalah buat baju kurung.Fokus! fokus! Lantaklah makan masa mcm nk buat gulai ikan tu pun, janji at last aku berjaya gak. Berjaya tahap2 aku sudah lah. Tak adalah sampai tahan Rizman Ruzaini ka, Jovian Mandagie ka. Janji raya nanti, xpayah nampak muka aku penat2 pi pasar malam beli baju raya lelong time malam raya sudah. Kihkihkih!

Resepi Gulai Ikan Tak Termenung

Bahan2:
Ikan (buleh hantamlah bubuh ikan apa pun. Aku pakai tenggiri.)
Rempah campur.
Bawang besar 1labu. (aku xpakai shallots pasai aku pemalaih nk kupas byk2)
6 ulas bawang putih 
1 ketul halia (sebesar ibu jari. Jari kaki ka tangan ka, lantak pi lah.kekeke) 
1paket kecik Serbuk kari Faiza. (ni mak mertua aku yg sajes,selain tu,dia pakai cap O)
3keping asam keping.
Air.
Tomato, Bendi.
Garam & perasa.

Cara2:
Blend bawang,bawang putih,halia dgn rempah campur.
Lempaq masuk kt dlm belanga yg dah ada minyak dipanaskan.
Masukkan serbuk kari yg dah gaul comei2 dgn air.
Pelan api, kacau2 skit bg nampak pecah minyak. Masukkan asam keping.
Masuk air,garam dan perasa. dikocok2 ah! dikocok2 ah!
Masuk Tomato dengan bendi. (aku wak masuk sayur dulu sbb Speckybee suka tomato dgn bendi tu dah lembik2 skit)
Masukkan ikan. Tunggu ikan masak, tutup api.

Simple kan resepi pemalaih mcm aku ni? Tapi dijamin menjilat pinggan.Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam kacang botoi. Insyallah 3 pinggan jalan.

p/s: Tapi sampai skang ni aku xreti2 nk goreng ikan yg mcm spekibee nak.Lantaklah.Lempar masuk oven sudah. Jadilah ikan bakar.kuikuikui!

14 comments:

Lina Rahim said...

Ibu mithali sungguh!

Unknown said...

respek habes!!
Moga termakbullah cita2 nak jahit baju kurung sendirik..

good luck k~

Nai @ TPJ said...

Askm. Kita silent reader kat blog ni.. Arini nak komen sebab suka gilos entry nih.. Selamat menjahit dgn jayanya! Kita pon teringin nak pandai menjahit. Good Luck!

aNiS tHe BumbleBee said...

Lina~kakaka!mithali larr sangat kann..

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~maceh...hihihi!harap2 berjaya la kut.

aNiS tHe BumbleBee said...

Nai~hihi..tenkiu nai.semoga pas ni kita terel menjahit la eh.

abby said...

anis, sama mcm buku yg aku beli..tapi sampai ke la ni dok elok dlm lemari..bila nk start ni? huhu..

tanya sikit, jgn gelak noo..rempah campur tu apa? rempah 4 sekawan ke?

p/s lempaq masuk dlm belanga tu mcm gerun je, huhu..

Anonymous said...

Hai anisbb,cita2 kita same nak jait baju,i dh cuba guna buku yg same mcm kt atas 2,dn suksess juga buat bju anak dara sorang ni,spi bju sek.pun i yg jait 2psang.

aNiS tHe BumbleBee said...

abby~kekeke!aku baca,lena.baca,lena.camno tuh?

err..rempah campur tu yg ada halba,bijik sawi ka apa tah tu,alah yg bercampor2 tu lah.sama la kut rempah 4sekawan.kehkeh!

p/s:biasa..jiwa rock kapak mmg cmni.haha!

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~waahhh..tahniah2!berjaya! xpa,nnti ai nk cuba jugaklah.puh puh! (jampi2 tangan)

Chik Att said...

Anisss ..... misss uuu muaahh muaahhh

Cam janji plak kita .... 2 mlm lepas baru bawa keluaq mesin jahit yang beli tahun lepas.... tapi tak pernah guna ... Buka masa beli sebab nak tgk ropa jaaa...

Lepas ni ... tayang ...jadi dak baju kurung tu... kalau jadi ...CA ikut jejak pi cari buku tu pulak hahahahaha

babybugmum said...

aku dlu penah register masuk kelas menjahit..free punya yg mara..ehh bayar kot tapi murah amat..tapi aku cancel last minet sebab pegnen (hormon malas haha)..
ko cuba la cari..

good luck!!

Unknown said...

wah..bestnya..saya pu teringin nak blaja menjahit..tapi tak dan lagik..

Anonymous said...

nanti ajaq aku menjahit skit...bleh buat baju raya sniri pun kira ok la...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...