Wednesday, February 6, 2013

Catatan Kelahiran anakanda ke 3..Nasuha Hannani..yg cool bebeh!

Assalamualaikum temen temen.....

Nah hai. Baru dapat anak 3 org mcm anak dah 30 orang. Biasa laar aku kan exaggerate.  Tak sanggup dah aku di saun dlm email,fb dan sebagainya. Maka tercatat jugak lah coretan pada tarikh ini. Keh keh keh!

So, aritu aku dh bagitau aku dh bersalin, pada hari kiamat kalendar maya yg dikecoh2 kan tu. 21/12/12.Tak sangka la pulak. Masa tu baru 35minggu. Meh aku cerita detik2 yg agak lawak tu.

Pagi, Khamis. Cuti time tu.Cuti apatah. lupa. Pagi tu pegi office Speckybee. Lepak kt showhouse unit. Sapa ada duit lebih 1juta yg xde mende nk buat,boleh lah beli rumah2 kt situ.Aku teruja tgk interior design dlm tu. Bab showhouse nnti next entry lah aku up.

@Speckybee office. Mari kita jahanamkan mainan ni,dik.

Dari aku kuar wad kt kedah,sampailah hari nk bersalin tu,mmg aku dh start sakit2. Tapi aku nk tunggu bagi baby besar dulu.At least lepaslah 34weeks. Cam biasa,lepas tu pegi Tesco beli barang dapo. Bila dah berkawad kt Tesco, beli barang lebih kurang, dah start contraction kuat. Dah sudah, kang terberanak kt Tesco ni, xmemasal nama anak aku jadi Nur Tescoti. Aku ajak Speckybee balik. Beliau adalah gelabah. Kui kui!

Pestu dh sampai umah, aku siap2kan beg. Sbb aku konfem mmg nk bersalin dh.Doc pun ckp kalau dah contraction kuat,dia xkan halang lg dah sbb baby dh dapat Dexa injection last time. Kt umah aku sempat sedut air kelapa muda, tadi beli kt Tesco. Lama dah teringin, nk terberanak ni lah baru sempat beli. 

Pestu rasa cam kebulur sbb belum lunch lagi. Time tu dah pukul 3ptg, sbb pagi2 tu ktorg breakfast lewat. Aku mcm nk makan ciken cop.Speckybee layankan aje. Maklomla, buat kali terakhir kekdahnya.

Aku pegi makan kt Hot Kitchen. Dekat sgt dgn Columbia Asia. Not bad lah jugak situ. Cam biasa, kalau dh nama aku haruslah riuh rendah walau di mana berada. Kung kang2  aku speaking utagha dgn Speckeebee. Tetiba tokei kedai tu tanya, org kedah ka? Speckybee pun sengih2 jawab ya, kt Gurun. Pestu tokei tu kata, dia pun org kedah, org baling. Melompat aku. Jumpa geng oii! Orang baling oi jumpa kt sini. Kah kah kah!  Dia tanya, nk gi mana? Aku jawab nk pegi spital. Sib baik aku xcakap, nk pegi beranak lah ni. Wahahaaha!

 Sampai je Columbia Asia, register semua, masuk labour room. Check jantung baby, dan VE adalah 6cm.Pergh, cepat gila. Tapi aku xdelah sakit mana pun. Biasa2 je. Then masuk wad. Wad of course la lagi best dari kt SL. Kah kah. 

Speckybee ambik single bed, so that kami anak beranak boleh berkampung kt situ. Kt johor ni kami bukan ada sedara mara, mana nk tinggal budak2 tu kang. Usung je lah skali memeriahkan majlis mak depa nk beranak ni.

Mlm tu, aku melantak tak hengat. Dengan harapan besok ada tenaga nk bersalin. Sambil lepak tgk citer yg bapak menyelamatkan anak dia kena culik tu. Tah pe nama tajuk cita tu tah. (apesal lepas bersalin suma benda aku tak ingat?byk urat putus ke apa ni?)

Pukul 6 pagi,aku dah ready,siap2 mandi wangi2.Solat subuh.Baca surah2 yang patut. Time tu rasa mcm banduan yg tgh tunggu nk dipanggil ke tali gantung. Menggeletar satu badan di dalam kedinginan aircond bilik.

Stress ke anak2? Korang xtau mak kt dalam tu lagi stress.Tihihi!

Pukul 7.30a.m , nurse masuk suh aku ready. Masa tu Uyin & Najlaa belum bangun tido lagi. Aku sempat salam Speckybee kt depan pintu labour room je. Nurse nk suruh Speckybee temankan aku. Aku pun mcm nak la jugak suh Speckybee tgk aku bersalin. Baru dia tau apa erti penyesalan.Kakaka! Tapi apakan daya, budak 2 org tu sapa nk jaga. Najlaa dah la bangsa melalak mcm nk runtuh langit.

Aku tak sakit sgt. Biasa2 je. Ditemani dgn midwife & nurse sementara menanti Dr. Rohaini datang. Midwife aku tu, aku syak, baru join Columbia ni. Gelabah semacam je aku tgk. Tp dh berumur la. Kt Columbia aku tgk ramai midwife gomen yg buat option pencen then join Columbia. Makcik ni salah sorang la kut.

Doc datang.Pecahkan air ketuban. Selama aku beranak 3-3 org ni, xpernah skali pun aku turun ketuban sendiri.Semua doc yg pecahkan. Lepas tu, eh, xberapa sakit jugak. Biasa2 je. Ke pasal dah slalu sangat sakit, so that aku dah mangli kut.Kihkih. Masuk ubat, doc ckp lepas ni akan sakit. VE dah 9cm. Doc ckp, lebih kurang sejam lagi lah kut aku nk bersalin. Dia nk biarkan aku sakit sendiri dulu. Dia nk pegi turun bawah jap sbb ada kes czer yg dia kena handle. Aku pun okey kan je.Tinggallah aku dengan midwife yg gelabah tu.hihi!

Tak sampai 5minit doc kuar, aku dah terasa2 baby nk kuar dah. Aku bgtau midwife. Dia boleh tahan aku jgn teran. Aku ckp, baby nk kuar dah. Dia jerit kt aku, awak xboleh teran sebab doc xde. Kena tunggu dia balik dari operation. Berani kau jerit kt aku? Dalam hati aku, kepalahotak apakah? Nk bagi baby lemas ke hapa. Dia boleh pulak tutup2 laluan aku tu. Maka akibatnya, terdengarlah jeritan maut aku kt midwife tu suruh panggil doc jugak2. Aku kalau sampai tahap aku cakap omputeh, tu mmg tahap marah tahap dewa. Iblis mat saleh aku dah datang la maknanya tu.

Rupanya doc tak sempat pun masuk operation theater. Dia baru tukar pakaian je, pestu berlari masuk labour room. Doc pun tak sangka secepat tu.Yg Si Speckybee ingat, makcik cleaner yg lari masuk tadi. Sebab doc tu pakai baju plastic biru dengan tutup mulut. Kahkah! Ape ke he nye makcik cleaner plak terlibat dlm proses beranak aku ni bang oiii!

Lepas tu dorang letak kaki aku kt besi ampu kaki. Sumpah tak selesa.Kalo kt SL kan mcm ikut keselesaan kita lah kan. Pestu, aku dah malas nk tunggu lama2,doc kt depan aku je, aku push terus. 2kali push yang panjang, kuarlah seorang lagi manusia comel kt atas muka bumi ni. Suara dia lagi bapak kuat dari Najlaa. Maka bersedialah aku dapat lagi sorang anak yg suara menggegar bumi.Kihkih! Aku tengok seorang baby  yg cute ya amat2. Alhamdulillah...alhamdulillah..kuar dah baby Malaysia pertama kami. Boleh dpt mykid.horey!horey!

Hye Baby Malaysia! 1.98kg @ 35wks

Yg makcik midwife tu,tak abis2 lagi gelabahnya.Maybe dia rs bersalah kut sbb jerit2kan aku tadi. Tp segan nk say sorry. Pestu pegi tumpahkan pulak ubat kuning kt underwear aku. Pestu terpisat2 tnya aku cmne nk buat.Aku sengih dan bg cadangan bernas. Makcik, kan ke pad tu ada loop.Pakaikan jelah dgn tali.Adusdusss makcik.

Ayahanda yg happy. Nampak tak bouquet kt atas kabinet tu?Tiap2 kali beranak,besdei ke, bunga yg aku dapat. Biasalar, kawin dgn mamat bunga mmg cenggini. Ai nak makanan bang.Makanan!!! Kataku umpama gergasi mata merah.

Kesimpulan/review yg aku dpt buat,dari segi kerja, staff SL lebih pro.Maybelah sebab aku dpt midwife gelabah kut. Bilik Columbia not bad. Selesa.Cuma 1 katil je sedia. So, peneman just boleh tido kt bench je lah.

Yang aku tak puas hati sgt kt Columbia ni, lepas bersalin, dorang bawak lari anak aku nk pegi grooming kepala hotak apa tah. Aku ni nk bf kan dia. Kalo kt SL, lepas kuar je, dorang balut2, terus letak kt dada aku utk BF. Ini, sampai ke pukul 4ptg, baru nk bg anak aku. Tu pun dah 2-3 kali aku tanyakan. Maybe sebab premature baby kut, so dorang nk baby tu warm sentiasa.

Kalau kt SL,pas bersalin, anak tu mmg sentiasa ada sebelah aku. Kt sini, lepas menyusu, hantar balik pegi nursery. Takut baby penyet katanya kalo aku tido tak sedar.Tp ada bagusnya jugak, bila baby dorang hantar pegi nursery, aku dapat berehat serehat2nya kt bilik.Mmg rasa lega sangat, tak letih mcm kt SL dulu. Kt SL mmg berdikari sangatlah. Ko dah beranak, pandai2 lah kau jaga anak kau.Heheh.

Oh,lupa. Cost yg aku kena kt Columbia ni, murahhh baiiii! Tak sangka2 aku. RM 2,600. 2k aku, 600 baby. Siap dpt segala mcm mak nenek lah. Well, not bad. bolehlah beranak lagi kt sini.Hahahaa!


Day 30~ 2.8kg

Day 45~ 3.5kg
Now, she started 'bambam'ing!

Sudah punyai 3 anak gadis yang comel. Alhamdulillah! Besarnya nikmat Mu Ya Allah! :D



Budak ni yang paling merisaukan aku. Semalam nyaris nk sumbat mulut adik dia dgn ayam goreng.
Aku pasrah lah jadi emak ni. Sabo je lahhh..

 : D

27 comments:

nurul said...

hoi...pipi dia yg tak menahan tu. rasa nak cubit2 je. comel =)

cc said...

congrats lagi sekalik!
ko ni cite bersalin pun boleh melawak T__T

p/s: aku rasa (n confirm mmg betul!) aku nampak ko n family kat jusco bukit indah hari tu. tp malu lewww kan nak tegur. hahaha

NenetPenne (NP) said...

maaakkkk aihhh lama tak hupdate...
ok congratsssssss
cakap dgn anak no.2, ayam goreng tu sumbat kat mulut auntie yer..bukan kat mulut baby
nama baby..cantikkkk....
agak2 mak dia dah sihat dah ni sebab dah boleh update blog..he he he..

Dr K said...

Sorry to say, makcik midwife tu mmg bengong...ada ka dah full cervical dilatation 10cm, nak di hold lagi..tunggu doc datang...sekali kena fetal distress, pi saman midwife bengong tu sekali dgn Columbia...U should lodge official complaint kat Columbia pasal staff yg takde experience tu...I knew pasal I lama jaga ward bersalin dulu...tu la masalah gi private, midwife jadi takut nak ambik decision..nak tunggu doc juga..walhal dah nampak ubun2 baby kat vaginal opening!

Apa apa pun, tahniah atas kelahiran anak...

Dah ada 3 heroin...lepas ni mintak matbunga tu hero pulak...ekekekeke

esah said...

woi...aku bleh mati gelak baca cita beranak anak malaysia hang nie...bab makcik gelabah tumpah uabt kuning kat spenda....adehh.....gilo..hang suh ja mkcik gelabah tu pakai spenda hang yg tukaq kaler kunin tu...wakakakaka..

Unknown said...

syukur... mudahnye proses beranak..
x banyak prosedure.. kalo Ra.. mcm2 kena lalui..maklumlah beranak paksa..huhuhuhu..

Mario said...

comel sgt ...tahniah eh...

Chik Att said...

Tahniiiiiahh... patut tengelam lama.
CAkan kalau ...dgr cerita org senang bersalin ni jelesss tahap gaban tau .....
Hehehehe

shaliza said...

tahniah anis...selamat datang anak malaysia:-)
nogokngek betul midwife tu...nak berak boleh la kut nk tahan2...ni nak beranak la makcik.

Arena said...

Tahniah sis.

Agree dgn komen2 kat atas. Citer pasal beranak pon nak melawak hahhaha. Take care and hugs to ur girls. Sebaya la dengan my boy, lahir 3/11 hehe.

babybugmum said...

bestnyaaa ada dh 3 anak dara..hehe...tahniah weiii..

p/s:insyaallah ank aku sofea bkl dpt adik... :)

abby said...

tahniah skali lg anis..alhamdulillah comey2 n sihat anak hang..
anak sulung aku dulu lahir prem jugak@35weeks, mmg private hospital cenggitu kot anis, baby mmg selalu dok kt nursery..tp xpelah jgk buleh ko rehat2 time tu, penat oo beranak, hihihi..
take care of urself n family ye, ceria2 selalu :)

pB said...

alhamdulillah .....

aNiS tHe BumbleBee said...

nurul~skang mcm dia plak yg nk ambik alih title bambam.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

CC-aramakk!pecahla rahsia diriku berjalan2 di jusco waktu pantang.kahkah!tu sebenanya tgh mencarik studio gambo.nnti kalo jumpa tego la oi.aku mmg kalau berjalan xnampak org dah.kekekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

NP-maceh...jgnkan mulut aunty, mulut mak dia pun dah siap nganga dah ni.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ~tulah.mmg sgt berangin jugak time tu.Tp dah xde kederat nk marah dah.eh,tapi termarah la jugak makcik tu.hahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

esah~yg aku paling hangin,yg dia jahanamkan tu adalah spender victoria secret aku.grrr!

aNiS tHe BumbleBee said...

nafira~hihi..tapi anis time preggy mmg mcm2 dugaan.lg byk hari sakit dari hari yg sihat.

aNiS tHe BumbleBee said...

mario~tq mario :D

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~hihihi..ala CA,time preggy dah terok dah..siap cacing bagai.bagila can plak kan..kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

shaliza~kahkah!alangkan berak pun xboleh tahan,nikan baby nk kuor ye dop?

aNiS tHe BumbleBee said...

arena~vavava!buley pegi skull sama2 :D

aNiS tHe BumbleBee said...

saza~wuiiiiii!congrats utk ko jugakkk!! cayok2!

aNiS tHe BumbleBee said...

abby~kan?lega la skit.itulah pun nk tido sedap2.lepas tu,bersilat laa balik.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

pb~tima kasih... :D

Anonymous said...

tahniah...walaupun ak mcm lambat..haha..besa la bz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...