Tuesday, November 6, 2012

Sang Arjuna atau Si Suri?

Eh,betoi tah pasangan arjuna tu suri?Ah, lantak lah. Hantam sajalah labu.kekeke!

Sabtu baru ni dah scan lagi. Eh,mmg tiap2 bulan scan pon.Kakakaka! Tapi kali ni, 80% confirm gender baby dah.

Mcm yang aku agak, baby Malaysia pertama kami adalah...Si suri! Lagi! Kihkih! Niat untuk menutup kedai adalah tipis sekali.Tp doc ckp,benda ni xconfirm sgt. Sebab ada yg kdg2 tu scan girl,tapi yg kuarnye boy.  Mcm kes sepupu aku lah.Tetiba buaian pink,baju pink.Kehkehkeh! Tapi aku rasa, ini adalah girl, sbb cara2 tu sama je mcm Si Najlaa. Masa preggy Najlaa,org kata boy,sbb time aku preggy tu,lain sgt dari preggy Si Uyin. Paling2 suka makan seafood. Tp kuarnya, girl jugak.Kihkih!

Maka,pening jugaklah kepala aku nk letak apa laa nama baby ni. Ktorg laki bini dah janji,kalo girl, nk letak huruf N kt depan. Kt blakang mmg tetap dah 'Hannani',kesayanganku. Kalo boy lah baru nk letak F ke ataupun hurup apa2 je lah.

Smlm baru lah nk warm up2 beli barang2 keperluan bersalin dgn baby skit.Brg aku yg byk.Brg baby skit ja pun.Kaler pun main hantam beli.Sesuka hati. Sebab aku bukan bangsa nk ikut sgt tema2 ni. Barang2 Najlaa dulu, dgn baik hatinya pi sedekah semua kt org Sri Lanka. Termasuklah baby cot,highchair apa semua. Sekarang...nah, kenala beli baru.Beli yang perlu2 saja lah. Baby cot masuk dlm senarai wajib beli sbb sumpah aku risau budak najlaa ni terjun atas adik dia nanti.Mmg kepakaran dia lah stunt2 atas org ni. Stroller, speckybee ckp nk beli. Tapi aku tak rasa tu benda penting pun. Pasal mcm menyemak pulak. Yg tu k.i.v dulu.

Cuma skang ni masalah yg aku pikir, camna aku nk berpantang kt johor ni. Umah ni 2tingkat. Tingkat bawah xde bilik kecuali stor kecit je.Rasa mcm nak consider water heater, so that xpayahlah aku nk turun2 bawah masak air mandi apa semua. Speckybee mcm intend to get a handy air conditioner. Aku plak rasa mcm tak perlu since we all dah ada air chiller. Haih. Tp xpa.Kita follow saja. Dia nk beli aircond,beli lah. Tapi everytime aku nak mandi sila masak air dan bawak ke atas.Wakakaka!

Set bersalin,humm..aku rasa tak perlu. Sebab sekarang dah duduk Malaysia! Xpayahla nk beli yg tungku kecik tu semua. No phone tukang urut pun dah dapat.So,xpayah nk tunggu sebulan baru nk berurut bagai. Lagipun barut aku dah ada 2 helai.Buat semak je banyak2.Cuma aku mcm nak beli some oils of  tanamera brand sbb tergoda masa jalan2 kat Medini Mall haritu. Jamu jami ni...biasanya aku akan makan lepas baby umo sebulan. So,xpayah beli lagi.Haha!


Teruja tak nak sambut baby ni? Mula2 tu,biasa ja.Sebab masa ketiadaan Speckybee di samping aku dulu, aku terlampau bz dgn budak2 berdua ni. Bila dah sama2 duduk johor, hidup dah stabil skit, Najlaa dah pandai macam2, keterujaan tu slow2 datang. Bila perut makin besar, baby movement makin aktif, rasa hati makin melonjak2 tunggu kelahiran baby Malaysia pertama kami ni. Tapi, terus terang aku bgtahu, aku takut nak bersalin kali ni, sebab first time kt Malaysia. Masa kt SL dulu xtakut pulak? Mungkin sebab aku byk sgt dgr cerita kwn2 di Malaysia tentang carelessness staff hospital kt Malaysia.Yg kat Sri Lanka,aku xdgr sbb aku bukannnya paham pon.kahkah!

Oh,ya! Ramai jugak antara kawan2 yg tanya,asal xde langsung gambar aku time pregyy ni? Ok, ini aku tunjuk gambar perut chomel aku.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kahkahkah! Aku xtau lah kenapa semenjak dua menjak ni org tua ni teringin sangat nak mengandung tah. Kalaulah boleh main pass2 je baby dlm perut ni, phewww! Senang sikit aku pegi meronggeng.

Kaseh sa-yang yang tak bertepi terhadap 'adhek'.

Sorrylah.Aku mmg takde nafsu nak ambik gambar sendiri.Tak tahu kenapa.

9 comments:

Chik Att said...

kalau boleh pas pass ..... CA pun nak beranak lagi hahahahahah

Unknown said...

Anis.. kenapa tak berpantang kat bawah jer??? susah hati jugak nak panjat tangga time pantang nanti..
ke mama anis ade turun johor pantang nanti?? kalo x de pembantu baik berpantang kat bawah jer.. bahaya naik turun tangga tu~

NenetPenne (NP) said...

olohhhh comelnya 'ibu' mengandungggg!!! he he he
semoga selama semuanya yer...

kalau dekat nak jer pegi jengok anis bila dah bersalin nanti...

Lina Rahim said...

arjuna suri - ala ala pendekar melayu klasik..haha..

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~kan?kan?kalo boleh pass2,12 org pun insyallah laa boleh.kehkeh!

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~umah kite cenonet sgt la ra.xselesa nk stay kt bawah je sbb budak2 ni sgt merisaukan.takut terjun atas baby.hihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

NP~hahaha!kalo org tu yg preggy,mphhh,9bulan jer laa dok tergedang atas katil.kihkih..tulah,jauh..insyallah,kalau ada rejeki,bolehla kita jumpe jumpi :D

aNiS tHe BumbleBee said...

lina~kakkaa!aku suke nama anak yg olskul.mcm bosan je dgr nama budak2 urban skang nih.samaaa je.kekeke!

babybugmum said...

hahaha..adoi memang best la kan kalo bole pass kat laki mengandong..aku plk teruja nak tengok baby malaysia ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...