Wednesday, August 29, 2012

Syawal yang menginsafkan.

Sorry guys, di samping mengelakkan carutan keji di bulan ramadhan yg mulia, aku terpaksa tak update blog pasal hari raya we all sebab aku balik Kedah mengejut seminggu sebelum raya.

Raya tahun ni, menyaksikan 2 pemergian ahli keluarga sebelah Speckybee. Yang seminggu sebelum raya tu, atuk Speckybee meninggal. Aku pun terasa jugaklah sebab aku mmg dari kecik nan ado atuk. Kawen dgn Speckybee laaa baru tiba2 dapat atuk.

Tapi of coz lah sampai2 kedah tu, org dah kebumi kan.Mana sempat. Pukul 10malam baru sampai.Sampai2 tu org dah selesai buat tahlil dah. Rasa mcm anak derhaka dlm drama melayu,sampai2 umah tgk org ramai2 pakai kain pelikat,kopiah kuar dari umah.hee.

Kehilangan kedua, hari raya pertama. Mak mertua kakak Speckybee. Besan2 mak mertua aku memasing agak rapat pasal duduk dekat2 situ jugak. So,before this pun mmg ktorg slalu pegi ziarah arwah. Masa aku sampai rumah dia, dia ada lagi. Tapi nampaknya mcm nyawa di dada dah. Masa aku sampai, dada dia berombak2. Tak lama lepas tu, tuan rumah panggil yg hadir pegi makan bihun. Tapi aku tak pegi. Aku pegi duduk kt arwah. Tiba2 aku tengok arwah mcm makin tenat. Ada sorang tengah ajar dia mengucap. Pestu dorang panggil ramai2 sedara mara datang tengok saat2 akhir tu. Aku tengok kt dahi makcik tu bergerak2. Macam rambut ditarik2 dari atas. Ada peluh sikit2 kt dahi. Masa ni aku tak boleh control air mata yg bergenang. Ini adalah kali kedua aku tengok org sedang sakaratul maut. Tapi masa bapa mertua aku dulu, waktu tu sekejap sangat. Aku cuma dengar bunyi dengkur kuat, lepas tu diam. Rupanya dia dah xde. Yang makcik ni, aku dapat tengok tanda2 dia mcm yang dalam buku tulis. Perlahan-lahan...lepas tu...dah....pergi..

Aku bukanlah menangis pasal makcik tu meninggal. Pada aku, makcik tu dah lama sangat sakit, akhirnya, dia dijemput Allah menikmati hidup di alam kekal. Makcik tu dah selesai hidup dia atas dunia ni. Aku menangis pasal aku tengah terpikir pasal diri aku. Macamana laa aku nanti masa sakaratul maut. Macamana laa aku di mata Allah sebenarnya? Aku tengok makcik tu, malaikat tarik perlahan2 nyawa dia. Itupun aku xdapat bayang sakit yg dia tanggung. Kalau aku nanti macamana? Kalau malaikat main rentap2 je? Iskk...tak mampu dah nak bayangkan. Masa tu rasa mcm time2 tu nk duduk atas tikar semayang 24jam. No ketupat, no rendang, no!no!no! Semua no! Harap2 tuhan ampunkanlah dosa2 aku yang bertimbun2 ni.

Petang raya tu baru aku balik umah aku kt baling. Sepanjang perjalanan tu banyak benda aku fikir sebenarnya. Banyak sangat. Dan ada yang aku bincang2 dengan Speckybee. Bila Speckybee ada kt sebelah aku, aku rasa aku tak perlu risau apa2. Aku rasa mcm aku dah punyai dunia ni. Aku rasa lega. Tapi kalau lah... kalau lah tuhan ambik balik pinjaman dia ni, macamana dengan dunia aku? Berkecai2 kah?Aku tak tau. Aku tak ada jawapan. Aku malas nak fikir.Let it be.

Sampai baling, aku tibai nasik,ketupat, rendang, serunding,ikan bakar semua. Life must go on kekdahnya.

8 comments:

Siti Noor Aminah said...

mula2 kemain insap, lepas tu hampeh.. hahaha

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt..

Apa yg anis takut rasai tuh telah pun sofia rasainya kehilangan dunia sofia..mmg sofia tak pernah terfikir b4 nih kehilangannya..tp bile ianya benar2 terjadi...sofia harus laluinya..kerana tiada pilihan

regards,
Unsmiley

aNiS tHe BumbleBee said...

GC~besalaa..manusia biasa..tihihi!

aNiS tHe BumbleBee said...

sofia~sy nak suruh sofia sabar pun,saya rasa tak layak sbb xpernah lalui.besar sgt rasanya dugaan sofia yg tanggung.cuma saya boleh doa,sofia diberikan kekuatan semangat untuk tempuh hari2 yg dtg,sampailah saat bertemu dia balik di alam yg kekal.amin..

NenetPenne (NP) said...

sekurang2nya ada keinsafan dalam diri...

Tie HT said...

tu lah yg hidup perlu teruskan hidup tp bukan bermakna kita teruss lupa hari esok kita kan...kadang2 malas gak nk pk hidup ni kena tempuh sesorang..tp dlm kubo sorg2 jugak kan..wallahualam

aNiS tHe BumbleBee said...

NP~hihi..insaf2 jugak..makan tetap makan kan..

aNiS tHe BumbleBee said...

Tihara~betul..kena teruskan jugak kelangsungan hidup seperti yang ditetapkan.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...