Monday, June 25, 2012

Kisah Perjalanan Kerjaya aku (Entry ni utk adik2 yg baru nk kenal dunia.ko larat baca,bacalah.haha!))

2-3 bulan lepas, aku ada bersembang dgn sorang budak lelaki kt kampung Speckybee.Cewah, nampak mcm ranggi aih bini org dok bertenggek dgn anak bujang org.Kahkah! Aku pegi dgn anak beranak aku dgn Speckybee skali laa..Mkn pisang goreng petang2. Anak dia ni baru balik KL.Konon nk pegi keja KL, dapat gaji 2-3 ribu. Ujung2 melalak panggil mak bapak pegi KL ambik dia sbb sekupang pun dia xdpt, kena pulak tipu hidup2. Cara dia bersembang tu mati2 aku ingat graduate ke apa, rupanya diploma pun xde kut. Dik, ko nk cari mana dik gaji 2-3 ribu sebulan kelayakan pun xde. Mungkin boleh try your luck dlm bidang anak ikan datin2 sebab rupa tu dh lawa dah.

Aku terpanggil nk ceritakan kisah perjalanan kerjaya aku, bukan sebab apa. Sebab nk bgtau, realiti hidup ni. Kau xde brain, kau tak keje keras, ko xpayah mimpi nk hidup sedap2.Nak nak yg mengada2 sebelum ni hidup dgn duit mak bapak.

Perjalanan kerjaya aku bermula sebaik saja hari pertama aku selesai viva thesis aku.Thesis masa degree aku adalah satu-satunya subject yang paling2 aku konfiden selama 5tahun aku study dekat U.Result thesis aku adalah A dowh! Sebab, aku kategori tak boleh terima sistem pendidikan kt Malaysia.Kahkah!Aku bukan bangsa skema hafal menghafal.Aku sakit jiwa bila kena jawab exam kena ikut skema yg lecturer bagi.Aku ada pendapat aku sendiri laa weyy. Sebaik saja aku habis viva, hari tu jugak aku kayuh basikal beli newspaper. Aku apply kt iklan kementerian pertanian, kursus perternakan udang. Sebab mmg dari dulu lagi, dlm otak aku, aku nk ada bisnes sendiri. Aku xberapa suka ikut peraturan yg bos2 buat. Sebab tu aku kena jadi bos.Ngahaha!

Tak sampai 2hari aku balik dari U,surat pun sampai, aku pun pegilah kursus perternakan udang kt Pulau Sayak. Punyalah best. Banyak benda yg aku belajar. Lepas tu ada segala ujian.Ko jgn tak tau, aku kalo takat nk menjala tu,boleh sgt. Nk lempar jala pun ada cara ko tau tak?Sapa2 yg lulus ujian kt kursus ni, akan dapat dana dari government untuk buka kolam penternakan sendiri.Lepas aku dah keje kt KL,kementerian call yg aku lulus tapi oleh kerana aku sorang je ada degree dlm tu (yg lain tu semua budak2 spm &diploma) maka dia minta aku lepaskan untuk bg peluang pada org lain.Dia ckp,masa depan aku cerah dr duduk kt kolam udang. Masa kt kursus ni lah aku jumpa sorang budak lelaki. Ya aaa aww skit. Nama boy ka hapa entah. Dia bgtau aku dia keja kt KL, dan gaji dia 3ribu/month. Dia ada dip saja, dia ckp, kalo akak, mesti dpt lebih.Dia suruh apply keja dgn company dia.Aku pun, baik! Berkobar2!

Balik je dari kursus tu, aku terus pack barang, esoknya pegi KL. Ko nampak tak?Aku tak de rehat langsung lepas abis study.Dlm kepala aku, aku mesti keja!keja!keja! Motif?? Aku nk cari duit, nk kawen seawal yg boleh.Sbb masa tu Speckybee study lagi.Celah mana dia nk cari duit nk kawen.Tak de duit, mamposlah masing2 mak bapak nk bg kawen.So,aku terpaksa bergerak dulu.Berangkatlah aku pegi Shah Alam tumpang rumah kawan aku kejap.

Tempat kerja pertama aku adalah kt bangunan sebelah KLCC.Tah ape nama bangunan dia tah.Yg aku ingat, kt tingkat aku keje tu ada court badminton.Keje pertama aku adalah sebagai telemarketer. Aku kena call nombor2 yg bos bagi, pestu pujuk org tu jual keahlian vacation diorang kt company ni.Keja sebagai telemarketer ni build up cara bercakap aku dan cara untuk convince org.Aku pun menjalankan kerja aku dengan tekunnya.Kena maki dgn org yg aku call tu, perkara biasa lah.Aku dpt byk close deal dan bos bgtau aku akan dpt bonus.Aku happy.Satu hari, aku nampak seorang makcik dan pakcik dtg ofis.Jumpa dgn sorang yg xberapa bos.Aku kt pantry masa tu.Lepas tu,aku tengok makcik tu menangis2, pakcik tu tendang2 dinding.Bila aku selidik,rupanya,dia kena tipu dengan company aku ni.Kononnya ada foreigner nk beli vacation member diorang,diorang pun jual kt company aku, tapi kena bayar skit, dlm berapa ribu entah.Kononnya bila dh ada pembeli, pakcik tu akan dapat untung berganda.Ujung2 bertahun dah,xde pun pembeli.Ramai yg terkena mcm ni. Sebab tu, aku sensitif skit bab2 ni. Kes yg mak mertua aku kena tipu tu pun, aku fight gila2 sebab terkesan dgn pengalaman hidup aku yg ni lah. Tu lah..org melayu kita ni, xde benda lain, nak cepat kaya je dia ingat.Yang bangsa lain terbahak2 ketawa dok menipu kita.Sedarlahhhh!!!

Ptg tu jugak aku pegi jumpa bos.Aku tanya dia betul2.Berejam jugak aku bersoal jawab dgn dia. Last2 dia mengaku, mmg company tu lagi banyak tipu org dari menolong org. Aku menangis. Allah.. dosa apa yg aku dh buat ni? Mak bapak sapa yg aku dah tipu?? Aku bgtau, aku nk berhenti on the spot.Gaji aku yg dh hampir sebulan tu, aku taknak ambik.Aku rasa duit tu duit haram. Aku nk keje sbb nk bina masjid, takkan aku nk pakai duit haram nk bina masjid aku?Allah, ampunkan aku.Nk mintak maaf kt mangsa2 yg aku dh tipu pun, aku xmampu.No pun dah xde.Aku pun mangsa penipuan jugak.

Lepas tu aku menganggur 2-3hari.Aku cari dalam paper keje kosong,dan dapat kt Bangunan Megan Avenue, Ampang.Keje kedua aku adalah Forex analyst.Kenmain kau.Since aku graduate banking, aku rasa mungkin ini relate dgn kerjaya aku.Dah 3hari course belajar pasal forex, barulah dia bgtau, keje aku ni takde gaji unless aku kena introduce at least sorang customer yg nak invest 3000usd.Wakluuuu! Aku menganggur balik.

Masa ni aku dah tak sanggup nk tumpang rumah member kt Shah Alam lama2.First sbb aku segan.Second, sebab aku dah xberduit nk bayar tambang dari Shah Alam-KL.Nk makan lagi.So,mak sedara aku offer rumah lama dia untuk aku duduk kt Setiawangsa.Aku sampai pukul 12 tgh malam kt rumah tu.Rumah flat.Rumah tu kosong aje.Sbb mak sedara aku dh lama pindah.Then,aku tinggal sorang2 kt situ. Aku nk bersolat isyak. Tapi lantai berdebu2. Aku ambik keputusan nk cuci skit. Aku cuci bilik air dulu. Tiba2 air dari bilik air mengalir ke balkoni belakang,turun kt bumbung org bawah.So,jadi bunyi bising skit. Kuar 2-3 org pakcik dan makcik menjerit2.Aku menyorok.Aku menangis. Oh my! Takutnya aku dgn org2 KL ni.Aku call Speckybee,menangis2.Dia tenangkan aku.Aku pun solat Isyak dan tidur.Sikitpun aku tak pikir umah tu ada hantu ke apa.Sebab apa?sebab aku terpaksa.

Aku teruskan usaha mencari kerja.Waktu tu aku hidup aku betul2 susah. Roti gardenia 50sen yg ada krim vanilla tu,itulah makanan aku tiap2 hari.Separuh siang,dan separuh malam.Sesekali hujung minggu, Speckybee turun KL (waktu tu dia study kt UiTM Shah Alam) hantar nasi bungkus kt aku.Sakit otak aku pikirkan mana nk cari kerja lagi.Masa tu result degree pun belum keluar lagi.Aku pun belum grad lagi.Aku cuma ada cert diploma je kt tangan aku.Mana lagi aku nk pegi dgn diploma ni??

Lepas tu,Speckybee bgtau,maksu dia nk dtg KL cari keje.So,dia suruh duduk dgn aku.Aku mcm,hah??umah ni dah la xde pape.Ada katil single,then aku lapik kotak2 dgn tilam nipis je.Tp Speckybee insist sbb at least, ada org temankan aku.Aku bgtau,kalo dia tak kisah, aku okey je.So,alhamdulillah,bertemanlah aku.

Bermulalah episod mencari kerja berpasanganlah pulak.Sana sini mencari tapi xde.So,ktorg buat keputusan,maksu Speckybee nk buat kelas mengaji al-quran, dan aku nk buat tuisyen. Semua idea dia.Sbb diorang ni kan darah pendidik.So,kut mana pun, nk mendidiklah.Yg aku ni gelabah, tuisyen kejadahan ape aku nk ajar.Aku kan bangsa menggelabah, mana la reti nk mengajar2 nih.So,ktorg pegi CC, buat iklan, tampal merata2.Pagi2 jogging kt rumah org kaya2 kt setiawangsa tu, tampal iklan.Tapi haram xde org call pun.Kahkah! Dalam pada tu, maksu Speckybee contactlah member2 dia yg duduk kt Shah Alam.Tanya kerja kosong.At last, dia dapatlah pegi interview kt Bangunan Worldwide,Seksyen 13,Shah alam.Dia ajak aku teman dia. Aku pun dh mmg xde keje, temankan je lah.

So,bila dh sampai tu,dia dipanggil masuk.Aku tercangak2 lah kt luar opis tu.Ada sorang lelaki botak yg conduct interview tu.Org tu pun panggil aku masuk skali.Aku ckp,xpelah.Tapi org tu panggil jugak suruh aku attend interview,mana tau kut2 dapat.Aku pun, ye ajelah.So, dah interview, dah buat test tulis surat segala, kotg berdua pun balik KL balik.2-3hari lepas tu, aku dapat call, aku yg dpt job tu, dan maksu Speckybee tak dapat. Aku rasa bersalah gila2.Aku bgtau dia,xpelah, biar aku tolak dan aku harap dorang passkan kt dia. Tapi dia ckp,xpelah.Cita2 dia adalah nk jadi cikgu.Aku diam.

Maka,bermulalah kerjaya aku yg real sebagai admin assistant. Rupanya yg interview aku haritu,adik kepada CEO.Dah lepas beberapa lama aku tukar tempat keje, dan fly  pegi Sri Lanka,baru aku tau, dia tu rupanya ada hati dgn aku.Itupun CEO aku yg bagitau.Kahkah!Padahal masa aku keje dulu,aku bergaduh teruk dgn si botak ni.Sampai nk baling2 kerusi kau.Sangat2 salah org kalau kau fikir kau boleh mengorat aku.Aku kalau nak, aku yg pegi mengorat dulu.Tak percaya tanya Speckybee.Kahkah!

Lepas setahun aku keje situ, gaji aku seribu aje sebulan.Tolak epf socso,adelah 9ratus lebih.Itupun punyalah happy aku dgn Speckybee.Aku manage to belanja Speckybee sikit2, then beli kereta Kenari second hand.Speckybee pun dh habis study.Sambil2 aku kt office,aku antar resume Speckybee kt company2 construction yg aku tau, sebab aku pun keja dgn company construction jugak.Byklah jugak tempat dia pegi interview. Alhamdulillah, dia dapat MTD.Syukur..syukur...maka, kami pun bertunanglah.Ehem..ehem...

Dalam tempoh nak bertunang tu, aku dapat pulak offer dari satu company stationary kt Seksyen 19.Gaji lg banyak dari yg sebelum ni, 2500 tak campur dgn elaun dan komisyen. Alhamdulillah, rezeki nak kawen.Aku resign dan masuk company tu.Padahal haram aku tak tau keja apa.Gamble aje.Company aku bosnya cina Tapi anak syarikat Pak Engku, takpayah lah aku bgtau.Kalau aku sebut dah sah2 korang semua kenal.Kang jadi isu pulak. Mula2 aku sampai situ, boss aku bgtau,keje aku adalah jumpa org, lepak2.Jadah apekah keje melepak dpt gaji cenggitu. Lepas tu aku ditugaskan pegi kt HQ kt Subang Jaya.Aku pun pegi,jumpa senior kt situ.Kak Yanie namanya.Dialah cikgu aku sebenar2nya.Aku bgtau kt dia segala masalah aku.Aku xpaham job aku ni apa benda sebenarnya. Dia bgtau, aku skang dlm bahagian sales.Aku kena buat sales untuk stationery.Aku, OH MY GOD! Manalah aku reti! Then aku jumpa Pak Engku.Umo dia lebih kurang dlm 80tahun masa tu.Tapi sgt kuat,boleh je dtg ofis hari2.Aku bgtau, aku tak pandai buat sales.Dia tanya aku,tak pandai atau tak minat?Kalau tak pandai, dia nk hantar aku sambung master dlm marketing.Aku, gulp!Aku jawab, aku tak pandai, tapi aku nk cuba. Dia suruh aku buktikan.Aku ckp, insyallah.

Aku pun mulakan tugas. Aku print company profile byk2.Aku pegi kt bangunan PKNS.Kt atas2 tu ada byk opis kerajaan.Aku jumpa sorang2 person in charge stationary, aku kenalkan diri dan company aku.Aku pun tak tau kt mana keyakinan dan kekuatan tu ada.Mungkin sebab masa tu aku pikir, lagi 6bulan aku nk kawen.Kalau aku berhenti keja ni, mana aku nk cari duit nk kawen?? Mungkin jugak disebabkan pengalaman aku masa keja telemarketer yg build up keberanian tu. At last,ada satu pejabat kerajaan call aku, mintak quotation stationary.Aku ingat lagi,aku pegi pantry,menangis dan buat sujud syukur.Aku buat quo baik2,dan faxkan. Alhamdulillah, closed! Bermula dari titik tu, aku tempa kejayaan demi kejayaan.Aku mmg bergerak lone ranger. Drive sana sini,semua pejabat kerajaan aku sapu bersih.Sampai ke putrajaya tanah jajahan aku.Tiap2 bulan 10-12ribu income aku sorang2 bawak masuk dlm company.Dalam masa 3bulan aku keja, gaji basic aku up jadi RM 3500 dan bila campur elaun +komisen,kurang2 4-5ribu mmg dalam tangan. Zaman tu,dgn umo 25tahun gaji mcm tu,kira gempaklah jugak kan.Aku jadi kesayangan bos.Aku happy.Masa kenduri kahwin aku, Pak Engku tak dapat hadir sbb kesihatan, jadi dia hulurkan check RM1000 kt aku.Masa tu aku di kemuncak kerjaya aku.Apa aku nak semua aku dapat.Aku xpayah susah2 pegi cari client lagi.Keja aku lepak kt coffee house hotel, kt restoren mahal2, sign document.Tiap2 bulan mmg order akan sampai.Keja aku kt office, recruit budak2 baru, then attend seminar2 untuk business development.Aku enjoy.

Sampai satu tahap.Aku jadi fed up.Aku rasa ada jugak dlm kerja aku ni,aku dh buat salah. Aku rasa bersalah, bila orang2 yg keja kerajaan tu, minta tolong aku adjust quotation, untuk dapatkan benefit untuk dia. Korang faham tak apa maksud aku?Contoh, harga pen RM 1.Aku kena quote jadi RM 1.20.So,kalo 1000 pen,dia dah dapat RM200 kt situ.Itu baru pen bhai. Aku paling faham bila org kerajaan tu sebut, "saya tolong awak, awak pun kena lah tolong saya." Aku rasa muak dgn org2 mcm ni.Aku rasa diorg ni muka tak malu.Aku boleh sebut nama sekor2 kt Putrajaya yg dh makan beribu2 duit LO ni kalau aku nak. Dekat bangunan Plaza Masalam pun ada.Aku jadi malu dekat bos cina aku dgn melayu2 yg suka mkn duit haram ni.

Bila aku dh kawen,sebulan lepas tu, aku tau aku mengandung, niat untuk aku berhenti tu membuak2.Kandungan aku masuk 3bulan, Specybee dpt offer projek MTD kt Sri Lanka.Aku jadikan alasan ni untuk aku berhenti. Pak Engku tak bg sbb dia kata Sri Lanka negara bergolak.Tapi dia bg aku cuti 2bulan dan dtg keja balik lepas tu.Aku pun cuti.Ikut Speckybee kt rumah sewa dia kt Temerloh.Sebulan lepas tu,aku emailkan surat resign. Bulan 5 2007,aku fly sorang2 ke Sri Lanka sebab visa aku lambat sebulan dari Speckybee.

Sejak detik tu,bermulalah hidup aku sebagai surirumah.Aku syukur dgn apa yang ada.Aku lega dengan semuanya.Tak ada apa yg aku kejar sekarang melainkan melihat Speckybee terus mara dalam kerjaya dia, dan anak2 aku membesar depan mata.Apa yang Speckybee sediakan untuk kami anak beranak, aku bersyukur. Segala apa yg dia bagi, itu kewajipan dia sebagai seorang suami dan hadiah kasih sayang dia kepada isteri dan anak2. Kalau ditakdirkan kami hidup susah lagi lepas ni, aku sikit pun tak gentar.Sebab aku tau, paduan kasih sayang kami suami isteri, doa kami suami isteri, dan tangisan kami suami isteri, Allah tengok, Allah dengar.Kalau ditakdirkan kehidupan kami seterusnya memerlukan aku untuk bekerja, insyallah, aku akan kerja untuk bantu Speckybee.

Cita-cita kami berdua tak pernah padam.Kalau ada rezeki lebih, insyallah, kami akan sambung balik pengajian ke peringkat tertinggi.Aku rasa aku antara insan bertuah yang Allah pilih untuk tempuh cabaran jatuh bangun dalam mencari kerjaya.Sebab kalau aku tak kena tipu,aku tak boleh cuba mcm2 kerja dan aku xde byk pengalaman.

Pengalaman2 tu semua akan aku simpan dlm kotak fikiran aku, sebahagian aku kongsikan di blog dan akan aku kongsikan dgn anak2 aku.Percayalah, bukan senang nak senang. Dan bukan susah nak susah.

Dan, please, lagi satu, takpayah nk tag2 aku dalam FB, dgn duit yg berterabur-rabur tu. Macam aku tak tau,ko buat loan dekat bank,pestu tabur2 depan laptop.Pestu ko berak berdarah nak bayar hutang tu balik dekat bank.

Mcm aku ckp tadi, tak de benda senang dlm dunia ni.Kalau ada pun,tak berkat,dan tak lama mana pun duit tu boleh bertahan derr.

Wasalam.

24 comments:

Tijah said...

kau mmg tabah...

MrsYusofhussain said...

what a precious experience....

aNiS tHe BumbleBee said...

kak tij~laju kak tij mengomen.kihkih!

aNiS tHe BumbleBee said...

lia~haha!tak dijual dimana2 pasaraya woh.

zuar said...

perghhh!!terharuuu sungguh

marinahunny said...

Oh mmg terbaik lah, sy rs budak2 zmn skrg ni manja gilerrr x mcm kita dulu2 kan ececece

Chik Att said...

boleh buat pilemmm tu .....

apa pun tahniah... berjaya mengharungi akhirnya bahagia ..

Lina Rahim said...

aku punya career pun banyak melompat2..sampai sekarang aku melompat2 dalam kerjaya dan berkontrak pula tu..dan buat master tak habis2 lagi..mungkin banyak orang cakap aku payah sebab rezeki mahal la, restu mak bapak tak 100% la, terlalu kejar higher education la, mcm2 la..tapi aku faham, bahawa kesabaran itu manis..

NenetPenne (NP) said...

suka entry ni..
suka sangat
net lebih suka orang mcm u, orang yang ada daya saing..orang yang ada keyakinan diri...orang yang berdikari
dalam masa yang sama terharu jugak ...
so jangan sedih2 lagi bila kena buat kerja sorang2 yer...

aNiS tHe BumbleBee said...

Zuar~hoi! lama tak nampak.

aNiS tHe BumbleBee said...

marinahunny~haah..manja dan bangang.pegi pulak maki boss dlm FB.mendapat sgt laa kan..hahahhaa!

aNiS tHe BumbleBee said...

CA~kahkah!mula2 buat novel dulu.ala2 lagenda budak setan.ngahahaha!

aNiS tHe BumbleBee said...

Lina~kan?kdg2 org yg ckp tu mcm xde tuhan je gaya dia bercakap.tsk tsk!

aNiS tHe BumbleBee said...

NP~kihkihkih!sedih tu sedih jugak kena buat keje sorang2.tp buat buat jugak.apo nk dikata..hihihi!

miss said...
This comment has been removed by the author.
miss said...

karangan panjang..tu pon aku setia membacanye....huhuhu...ade satu tmbahan, hg pg intibiu kat kl tu..kt seblah bangunan universiti kl kn...seingt aku la ;)

aNiS tHe BumbleBee said...

as~hahaha! yg kena ligan dgn tikus besaq kucing kt umah hg tu.kahkahkah!yg tu intebiu bank pembangunan tu.tp gaji menitik ayaq mata dgq.

Anonymous said...

suka baca kisah puan,...

Anonymous said...

suka saya baca kisah puan,..

Anonymous said...

very inspired..kdg2 kite rse kite la yg plg ssh..rupe2nye ade lg yg lbh ssh..smoga sy & kite sume sentiasa m'jd hmba yg b'syukur..amin

Anonymous said...

yeaahhhhh.larat.dah baca sampai habis.kah kah kah kah!

Rasyid said...

i wish there are more people like you

budakbandunglaici said...

dapat offer kerja telemarketing, terjah blog ni nak tahu kerja telemarketing tu apa

Wak Lat said...

ikhlas dan hebatt., kipidap ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...