Sunday, December 4, 2011

Perhatian kepada yang suka pegi Tesco/Giant@mana2 pasaraya besar!! Penipuan berlaku di mana-mana!


Ha, mai aku nak cerita. Haihlaa...dalam zaman teknologi tinggi ni pun ada lagi yang kena tipu dengan penyangak-penyangak muka tak malu ni.

Al-kisah....

Mak mertua,kakak ipar & adik ipar aku ni...30hb Nov 2011 hari tu...pegi laa Tesco Seberang Jaya...Adala mamat hanggok tahan, nk bagi mug free.. Suruh buat cabutan bertuah..Cabut kali pertama, RM 50. Cabut kali kedua RM 1000.Mamat hanggok dengan konco2 nya pun berlakon baekkk punya.Alah,macam korang xtau, taktik tu kan dah basi berkulat. Buat2 terkejut, xde lagi org yg dapat sampai RM 1000 ni. Talipon bos pape jadah sume. Punya laaa syiokk!! Lucky oi! Lucky!!

MIL aku ni jenis inesen. Ye kan aje.. So,tung-tang2x, mamat hanggok ni menipu MIL aku. Bayar RM3k je, dapat induction cooker, Microwave dgn Cookware set. Mamat hanggok ni cakap, makcik xpayah bayar ape pun,bawak je balik barang ni. Bulan-bulan cuma bayar RM 50 installment sampai la 3tahun. Lepas tu dia tanya MIL aku ade tak kredit kad ke, atau pun ATM kad kt mana2 bank yg dia simpan duit. MIL aku yg inisen ni pun bagi laa debit kad CIMB bank.Dia masuk dlm debit machine, MIL aku masuk pin number. Pastu kena bayar RM188 deposit pasal suma barang tu harga dia kohnonnya RM3188.So,nanti RM3000 tu akan ditolak cara installment RM50/month melalui kredit kad Bank Islam. (Dia ckp,dia tolong apply kredit kad yg limit RM3000 je kt mak aku) Bapak kau lahhh!!!

Bila dorang bawak balik barang2 tu, aku rasa mcm kenal jee,taktik pon sama mcm aku dok baca blog2 org. Tapi dah MIL aku kata,okey lah,pasal bayar installment RM50 je bulan2, so xde lah terasa sangat. Aku macam musykil je lah pulak. Jadahnya ada org bg ko brg2,pestu bayar 50 je bulan,xde interest apa pun.

So,hari ni, 2hb Disember 2011, MIL tergerak hati nk pegi check kt bank account balance beliau. Tetiba je ada transaction RM3000 pada 30hb Nov 2011, yakni hari si puaka tu membohong MIL aku la kan. Bila kakak ipar aku telipon mamat hanggok tu, dia gelak2, dia cakap.."Ooo..tu xde ape kak...RM 3000 tu sebagai cagaran.Bank CIMB yang hold. Bila Bank Islam dah approve nanti, duit tu masuk balik la dalam akaun mak akak."   Aku mcm..erk???kejadahan ape kah ini?? So,aku pegi CIMB bank,tanya status ade ke bank hold2 kan duit org dlm akaun? Org bank ckp, mana de hold2. Ni ada transaction via debit card RM3000 sebagai purchase. Aku dah panas hati gila dah ni.

So,aku pegi rumah kakak ipar aku,nak ambik resit2 segala mak nenek semua. Aku call budak hanggok tu. Mula2 dia berani kencing aku lagi. Kencing hancenggg punyaa. Mula2 ckp bank yang hold RM3000 tu, lepas tu, bila aku gertak skit, dia ckp nanti lepas settle yang Bank Islam, diorang akan pos check balik. Gila aku naik darah. Sumpah tak lojik! Aku bagi dia 2 pilihan; nak settle baik2 dgn aku kt luar ke, ataupun aku naik court belasah kau. Dia still dok menegakkan dia tak tipu. Cewah, tiba2 jadi alim kejap2 Allah, kejap2 Allah. Otak kau! Hari ni hari jumaat. Aku call ko pukul 1.30ptg. Kalau kau rilex je tak pegi semayang jumaat, apetah lagi bab menipu + makan duit haram ni. Enteng la bhaiii!

Kemudian aku pegi Bank Islam untuk check balik, ada tak standing instruction atau apa2 kredit kad application atas nama mak aku. TAK ADA! So, jawabnya, mmg la kena kencing hancing punya. Pegi balai, report polis. Kopral yang ambik report pun, sendu alahai. Nak taip report pun tersengguk2. Buat2 mata dah tak nampak la pulak.Cakap aje lah tak tau buat karangan. Heran aku mcmana laa gomen nk lanjutkan tempoh perkhidmatan sampai 60tahun....huhuuhu....

Lepas tu aku balik umah. Cari jalan macamana nk dapatkan balik duit MIL aku. Refer kt blog2. Hah, sah! Modus operandi sebijik seketoi mcm kes brand Arezzo yg dulu2 tu. Tapi ni dah tukar nama, AMG Italy pulak dahhhh...hahaha! Dah nama pun blogger, aku buat keje pakai keyboard je lah. Search punya search, ni lah antara blog yang bagi aku sumbangan idea mcmana nk dapatkan balik duit MIL aku tu.Thanks to pembaris_patah.


Korang baca semua sekali komen2 kt bawah entry tu. Ada perbincangan dan step2 mcmana nak dapatkan duit yang ditipu.Dan kalau korang search, ada berlambak2 lagi mangsa yang tulis pasal ni. Termasukla member blogger aku, Cik Ah. Kekeke!

So,bila aku baca balik, step yang aku ambik dah berada di landasan yang betul. Aku pun dah siap gertak mamat hanggok tu. Kt KPDN dgn NCCC aku dah report cara online. Kt tribunal aku dah download BORANG 1 tu, dan akan ikutlah steps yang TTPM arahkan. Alhamdulillah, dah ramai dah yang berjaya dapat duit 100% balik sebelum hearing. Aku harap, aku dapat tolong MIL aku dapatkan balik duitnya. Kalau dapat balik, nanti mama belanja ktorg steamboat, ye mama? Keh3x!

Cookware 23pcs harga RM3188??? Puyohhh,kalah noritake beb!



 Jangan harap aku nak tutup2 nama kompeni ko.Entah wujud ke tidak.Pui!

Selamba badak swipe debit kad org curik RM3000,boleh pulak nk menipu mcm2.


So,aku harap la sangat, sangat, sangat....dengan pendedahan kt blog aku ni, janganla lagi ada org yang kena tipu. Ni memang penipu kaw2 muka xde malu langsung. Bagi kes MIL aku ni, insyallah,aku akan cuba fight balik dapatkan 100% refund.Mudah2an dapat...Doa org teraniya ni kan xde hijab dah.

Bagi sesapa yang dah terkena, korang patut fight balik. Step2 dia ada dalam blog link yg aku bagi kt atas.Kita pengguna. Kita ada hak, occay? So,aku ringkaskan mcm ni lah ye:

1. Mula2 korang deal dulu dgn promoter mangkuk hayun yg jadi best actor/actress tersebut untuk dapatkan refund balik.
2. Kalau mangkuk tu buat2 deny, berkeras xnak refund balik, atau bercakap kojaqqq mcm mamat hangguk kt atas tu, so, kita terpaksa guna cara kojaqq la jugak kan...Well, kau yg pilih!
3. Mcm jugak aku tulis kt atas tadi, report kt tribunal, isi borang 1, 4salinan, pegi kt TTPM, bayar RM5, nanti TTPM pulang balik 2 salinan.Satu simpan, satu lagi bagi kt promoter tu.Kalau benci sgt nk tgk muka dia, buat pos daftar,then dapatkan akuan terima dari pejabat pos.
4.Menurut perbincangan kt blog kt atas, selalunya kompeni tu akan call ko balik sebelum hearing, dan akan cuba deal dgn ko. Kalau dia pulangkan balik 100% duit ko, ko ambik.Pulang balik barang. Kalau tak, JANGAN LAYAN. Sebab, bila ko dah sign borang cancellation, 20% lagi dia akan caj ko. So,boleh belah.1 sen aku tak hingin nk bg kt ko la mangkuk!Teruskan dgn tribunal jugak.
5.Barang2 tu, JANGAN GUNA. Simpan balik dalam kotak. Selagi tak dapat refund, JANGAN PULANGKAN BARANG LAGI. In fact, bila court dah arahkan kompeni tu bayar kt ko, baru lah ko boleh pulangkan barang tu within 2 weeks.
6.Bila dah dapat duit balik, jangan lupa ucapkan syukur, dan ketuk kepala sendiri dan berdoa supaya jangan la ada org lain pulak yang terkena. Amin......

Dengan ini,aku mengisytiharkan 
PERANGGGGG SCAMMMERSSSSS!!!!
 (sambil cuit hidong dgn ibu jari)

 Nah, ni antara link2 hasil aku search pasal produk AMG Italy ni dan mungkin kendian2 akan tukar nama jadi pape jadah lagi tah:


Hasil pembacaan aku pasal kes ni membawa aku pada Welley Corporation.Dulu2 dok buat keja gores dan menang. Sekarang ni cabut dan menang pulak.Kah3x! Nilah sebenarnya parent company yang berselindung di sebalik nama company yg bodo2, contohnya mcm resit kt atas tu, UNIQEKITZ.So, Welley Corp ni rupanya dah pernah kena serbu dh.Nah tgk laporan kt TV3 nih:


34 comments:

afeezz said...

ermmm.... macam2 cara skrg ni org nak kebas duit org laen...

Anonymous said...

kak pernah buat entri pasal geng geng bawah tajuk adab berniaga...kejadian di carrefour seberang jaya...diaorg nak kena mak akk dgn kawan dia...nasib akk ada...tapi dia org nmpk mcm marah dkt akk...budak2 ni kurang ajar...sempat juga akk basuh sikit...ni entri pasal tu http://tsarleenee.blogspot.com/2011/07/adab-berniaga.html

Suhana Shahril said...

tq, for d info.Rs2nya dh terkena kat mak mentua aku gak..tp aku x tanya bls plak psl duit dlm bank.Kena chek ni

SufatihaNur said...

kat giant sp ni ade gak puak2 tu..suka wat muka nak minta penerajang...

penipu besar lak tu...my neighbor terkena gak ari tu...by then still in process to claim money back...

Tijah said...

macam shial kan? aku penah kena masa baru2 kawen dulu zaman2 tilam jade tu. la ni ada plak budak2 tepi tangga tu offer mug free, bila kita amik dia suh stop utk dengar kelentong dia. bila kita tanak stop bleh plak dia mintak balik mug tu. cam bangang!

cc said...

adik aku baru je blog pasal ni few days ago. same case cuma lahanat2 ittew tidak sempat mengkelebet duit emak kpd member adik aku. makcik tu dgn slumber cakap "ni semua penipuuuuu..." haha!

btw, yang aku pelik kan, kenapa dah begitu byk kes dikemukakan kpd tribunal pengguna dan kpdnkk, tp syarikat ni masih berleluasa mempromosikan brg mereka? patut bila dah byk scam cases mcm ni, kasi serbu dan terminate license jelah terus kan? aku kesian kat mangsa2 seterusnya...

emak. bukan penari tiang said...

tapi kalau dah report polis, awat polis tak pi ja serbu kusi meja depa kat tesco/giant jadah tu tatau.

polis ada saja, tapi duk kelebek teloq. haha

aku hari tu ada dah duk tarik2 mak aku, terus aku jegil bijik mata. yang mak aku ni duk rambang mata tengok periuk doblas tigablas beradik tu. serupa la masak sangat nak beli periuk belanga banyak2.

|| NaFiRaa || said...

eeeee.. cukup hangin dengan orang2 yang menipu gaya cam nih!!!! rasa nak jek hempuk kepala dorang dengan batu!!

Anis..teruskan perjuangan anda!!! PERANG habes2an k!!! kasi ganyang sampai lunyai!!! eeeee..GERAMNYER!!!

cik_ah82 said...

wah, nama aku tersenarai dalam list org yg telah ditipu iteww..ang telah mengembalikan kenangan hitam aku ditipu..huhuh..tp aku rasa mak ang lg dasat weh..siap amek 3k lg tuh..aku at least rs ok la sebab mmg aku rembat penapis ayaq tu..eii, lahanat sungguh la depa tu..yg sedihnya dahla org kita melayu lak tu..ampa amek det org xberkat la weiiiiiiii..geram nya akuuuuu..

mario said...

fight!fight!fight!aku pun geram jgk ni...suka sgt menipu...melayu tipu melayu..pelik je kan...

miss said...

so berhati2 la pasni...aku mang tak pernah layanz pon org dok juai cooking set mangkuk hayun ni...
klu depa dok promote...aku siap buat muka cengei aku...

aku doa..moga MIL hg dpt duit tu balik...

babybugmum said...

aku rasa kat giant tu ada..ramai btol durang punya promoter..kita memang la tak layan..tp, kesian kat makcik2 yang inesen..adeiii..camanala durang leh idup makan duit org cmtu..

dalila said...

akak klau nmpak org cmni terus lari guna jalan kain.....hhee

Chik Att said...

Hahahah .... CA dah kena kat tesco ni .... lepa keluar kaunter tesco...sebelum Nagoya kan . Mula2 dia cakap nak kasi mug free ....
Then ...suruh koyak cabutan bertuah ..
dapatlah mcm MIL Anis tu ... Rm1000 ...
Awal CA cakap elok lagi ... bila dah dok tekan2 ...

CA pegang pamplet .... ngan hapa tah ... phewwwww ....aku baling kat muka dia .

"hang faham bahasa ka dak .... aku cakap tak mau .... sat lagi ngan mug2 ni melayang ...(byk lagilah bebel2) ".... terus dia diam .... and CA pun blah ...

Rasa mcm nak penerajang pun ada gak .....

inabu said...

bila sy baca entry ni, sy rasa mcm nak terbakaq hati, sbb ayah sy pun terkena gak, smp 8k....dia tipu dlm tepon je, sy tak ingat nama company tu, tp alamat kat blakang shopping complex dkt perai tu (issshhhh nama apa ntah shopping complex tu)...sy nak report kat TTPM kat tribunal, ayah sy x bg, susah gak ngan ayah sy ni, smp sy bgaduh2 ngan ayah...last2 dia tau salah dia, nasi jd jd bubur, dh setahun lebih pun...brg yg depa bg cuma massage chair tu..brand MIGAWA..mcm cilakak, baik pi beli massage chair OGAWA rega lg murah...(sambil taip sambil terketaq ni pasai geram sangat)..

Anonymous said...

suma komen style bahasa kedah AA pny...haha...benda2 penipu ni dr ak skolah rendah ada dh, la ak keja pun ada lg...heh

ibuhebat said...

ish.. sakitnya hati dengar citer pasal penipu2 nih.. senang2 dan terang2 je memerangkap mangsa. kita sebagai pengguna tak boleh ke buat report polis dah bungkus terus bisnes dorang? selagi dorang ada kat situ, selagi tu la akan ada mangsa yg terperangkap.. huhu.. geram!!!

Anonymous said...

saya pn bru je kena semalam..free2 lesap 5k..tuhan je tahu,,alangkah bodohnye rasa diri pergi percaya benda2 mcm tu..tp sy xkn bdiam diri..sy akn tuntut hak sy,wlpn tpksa saman company tu..

Anisthebumblebee said...

Anonymous ~ just follow je step yg stated kt atas. For your info, I got back my MIL money from tat company day before tribunal hearing. Full amount plus souvenir. hehehe..Sbb agreed utk batalkan kes tribunal tue. Mula2 tat company cuba2 jugak threaten us (test line). Since we all dh buat report polis (back up) & attached together with tribunal copy dan hantar to that company. Finally they decided to settle it kt luar. If not for sure company kene blacklist.Syukur Alhamdulillah.. Good luck to u =)

aNiS tHe BumbleBee said...

ewah..berkurun gua tak online,ada org tolong jawabkan kt blog ni..hye lanka man.got you!

Anonymous said...

Baru terkena. Dah buat laporan polis tp polis belum ada apa2 tindakan lagi. Macam mana nak buat laporan ke tribunal sekiranya tiada apa2 dokumen yang diterima? Promoter tu kata sijil pemenang belum siap & akan diposkan.Skrg ni masih contact dengan promoter tu. Ada minta buat surat perjanjian yang dia nak tolong sy jualkan tilam tu tp dia mengelak. Adakah saya perlu berkeras untuk dapatkan tilam tu & bawa kes ke tribunal?Mohon bantuan. Baru berlaku semalam dan harap dengan tindakan pantas boleh dapatkan balik duit.

aNiS tHe BumbleBee said...

Dear anon~mcmanapun,dapatkan document atau apa2 bukti yg menunjukan pembelian tu,dan juga dapatkan nama dan no daftar syarikat.sbb nk buat report kt tribunal pun,mmg penting no syarikat tu utk check kewujudan.sbb kalau xwujud,mcmana nk hantar surat tribunal.kdg2,diorang akan sedaya upaya lengahkan masa.contoh mcm kes MIL ni,dia ckp after 3months baru bank akan debit duit 50 tiap2 bulan.what a nonsense.

Anonymous said...

lu tak tau buisness lu jangan cakap...syarikat ni betul dan berdaftar...lu tak tau cara atau jurujual tu yang jahat...bukan company!

aNiS tHe BumbleBee said...

KAH!KAH!KAH!!!!!!

KOMPENI TAK JAHATTTTT....
JURUJUAL YG JAHATTT...

KAH!KAH!!KAH!!KAHH!!!

tgk komen hg tu pun dh tau tahap otak hg.

sekian, terima kasih.

oni(demon) said...

sian kt bini...nyesal xsudah...
nsib die bru jer deposit 50...
nie nk g cancel...
cma tkut dorg akn wat ape2 ngn info pd i.c...

ptut x lporkn pd tribunal...
klo ikut sy...mmg nk watla report polis & tribunal...
sian kt isteri...

tlg bg pndpt...

Anonymous said...

asskum....sya baru rasa dah terkena tipu...apa yg diceritakan diatas semua sama cara yg saya terkene...saya tak tahu nak fight mcm maner...saya rasa tertipu, tp urusan jual beli tu betul, nak fight mcm maner. dia ckp macam maner tahu saya tipu, tunggu 14 hari saya bank in kan balik wang..lepas dpt balik wang sebagai gerento, baru start installment.semua tu dia dah explain masa nak swap kat atm tu...help me..

aNiS tHe BumbleBee said...

hello anon,

kalau awk tgk modus operandi dorang adalah sama.dan brg2 pun lebih kurang sama,kemungkinan besar awak dah kena TIPU.

Anonymous said...

Salam, saya pun dh kena tipu..saya dh kol manager, ckp nk cancellation n full refund.tapi dia ckp dia bleh 'tolong usahakn' ambik masa 1-2 minggu sbb bergantung kepada HQ punye refund process, tapi x guarantee dpt full refund.tapi saya ckp saya bagi masa 3 hari saja, kalau stil takde full refund, kita jumpa kt tribunal..dia mcm berani je pegi tribunal ckp 'kalo nk report, suka hati akak la, nnti jumpa saya jugak nanti'...betul ke ape yg saya dh buat?saya tak report polis pon..

aNiS tHe BumbleBee said...

yeap.mmg dorang akan ckp mcm tu.nk tgk kita berani ke tidak.buat je report polis.kemudian tribunal.lepas tu hantar ke office dorang.insyallah,lepas dpt surat,diorg akan menggelabah. :)

Weeda said...

nak komen jugak....

syarikat tu memang wujud kak, memang ade la kat jitra mall tu..modus operandi pun sama..cabutan bertuah pastu menang barang yang percuma 1 konon2 tak ramai orang dapat tu..

weeda kena dalam tahun 2010 camtu la kat kedai tu, punya la beria2 cakap dapat free tapi last2 kena bayar..

tapi mase tu weeda student memang tak layan la bayar2 ni...rase tertipu gile la time tu..buat penat dengar je..bersyukur jugak la sebab masa tu student lagi n takda duit kan, kalo tak memang terkena jugak la..

Anonymous said...

Saya pun terkena gak...kejadian berlaku kat Giant Cheras KL, tapi bila tengok resit, alamat syarikat kat Alor Setar. Saya dah buat polis report and e-aduan ke kpdnkk. Tapi tak de apa2 tindakan lagi. Ingat nak buat aduan ke Tribunal Pengguna Kat KL ni...tapi nanti camna plak nak hantar surat kat syarikat tu yg jauh nun di Kedah...Tolonglah!

Anonymous said...

guna pos berdaftar utk pos surat tp sblm tu gi chck status syrkt kat ssm.so,blh la tahu alamat syarikat.mcm kes saye alamat ssm,slip card credit dan resit pembelian lain2x.aku pos kat tiga3x alamat.2 dah return tp 1 dah terima oleh syarkt.mula2x berlagak konon x dpt refund lah,prgi tribunal kalah lah.atlast smlm refund balik semua duit.x nk gi tribunal n suh tarik balik kes.padan muka.mmg konfem barang x kualiti.sbb dah chck kat sirim n st.

Anonymous said...

saya baru terjumpa blog ni n saya pon dh terkena...camne nk tuntut balik kalo byr guna kredit kad..lgpun saya baru dpt 1 brg n brg lain die kata akan hntr kemudian...sedih giler nih almost rm3k lesap camtu jer

Anonymous said...

baru terjumpa blog2 psl penipu2 nih...saya pun dh terkena wiken ritu...camne nk wat tuntutan blk kalo byr gune kad kredit?brg pon br dpt 1 jer lg 2 dia kata hntr kemudian...sedih giler nih rm3k terbang camtu jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...