Friday, December 13, 2013

7 yg penuh warna warni

Esok ulangtahun perkahwinan kami ke 7. Anak sulung pun dh nak masuk darjah 1.Perasaan bercampur baur. Happy sebab anak sulung dh besar, down skit sbb aku makin tua meregon..hukhuk! rasa pelik pun ada gak mcmana laa aku blh hidup dgn manusia degil ni selama 7 tahun, padahal  7tahun tempoh kami kenal sebelum kawin, 364days out of 365days every year tu, mmg keja bergaduh kung kang2x. Bergaduh pasai politik malaysia, bergaduh pasai bola sepak, bergaduh pasal skincare, bergaduh pasai baju, bergaduh pasai nk makan kt mana. Aku pulak bangsa bergaduh terajang kerusi meja.Tak mainlah bergaduh mcm pompuan, tarik2 rambut, nangis2. 
Nindia anak sulung kami nk masuk darjah 1 dah....Mengaji rajin2 nak oi...

Proses bertunang, 6bulan. Kulu kilir buat preparation kt shah alam sorang2. Aku paksa budak2 opis aku buat hantaran aku.kahkah. Baju pun,tempah yg plain,pestu aku tampallah apa2 yg patut bg nmpak lawa.Masa bertunang,meriah. Family sebelah speckybee mai ramai2.Tapi dia xmai la..dia pi panjat slope kt LPT nu.Keja, cari duit, nk menikah. Skang ni, budak2 bertunang aku tgk lg grand dr kenduri kawin aku. ada pelamin bagai, siap posing gatai2 2-2 org.rilex dik..rilex..

Kad kawin aku...pi buat kt Klang.Kedai printing india, sbb pakej dia murah skit.Buleh bubuh gambaq.Aku boring la buat kad kawen pestu potostat. Aku kan penah keja kedai printing. Mana mau.Mesti nak yg grand skit.haha. Sekali keluaq doa,mempelai jadi 'mempetai'. Petai punya kedai. Dh semalaman aku tak tidoq kena perbetui balik kt tu dgn marker pen.Yg benang silver tu, aku paksa adik aku yg dduk UPSI tu mai ikat.kahkah.Semua org kena paksa rela.

Kad kawen "mempetai". CIS! CIS!





Menikah 14/12.Kenduri umah aku 16/12.Kenduri rumah Speckybee 17/12.Buleh pulak esok tu kakak Speckybee nk beranak.Kihkih...apa lagi, kami extend la lg cuti kami, nk tgk anak buah sulung. Berkat daripada anak buah sulung,hasilnya, aku xdan nk pi honeymoon betoi2 kt genting,sbb dh preggy. So, batalkanlah sbb takut kang terkeluaq plak baby time naik solero shot.

Honeymoon kami, sehari saja. Pi langkawi. Dah mak yg suruh pi. Tak tau nk buat apa. Duduk tepi pantai 2-2 org, isap rokok perisa stoberi.Teringin. Saja aku nk tunjuk kt Speckybee, sebenaqnya aku terel gak isap rokok wak kuaq asap ikut hidung. Last2 tersedak.Cis. Duduk tepi pantai tu bukan apa,saja dengan harapan pegawai agamai mai nak tangkap basah kami, pestu kami dgn bangganya bgtau, kami dh kawen la wei.kahkah.bangang apakah laaa.

Awai2 kawin, aku rasa biasa2 ja. Sebab dh kenai dia dr sekolah lagi. Dh la tak bercinta mcm org lain. Bercinta stail sepak2 meja sambil bergaduh. Aku dgn baran aku, dia dengan degil dia.What do you expect? Jangan harap la nk p duduk bercinta kt taman2 bunga mcm org lain. Nk ckp sayang2 lagi mampuslah. Ni smpai sekarang 7tahun kawin pun tak terkeluar lagi perkataan "abang" dr mulut aku panggil dia. Geli tekak weh.

Mengandungkan anak2 Speckybee ni, mmg jadi ujian hebat lah untuk aku. Bukan calang2 punya org aku mengandungkan nih. Nasik xboleh makan, jalan merangkak, mlm tidur duduk, tu benda2 biasa yg jadi bila aku mengandung kt 3-3 org anak dia.

Tapi bila dh keluaq, Ya Allah...comeinyaa anak2 dia..keluaq dari perut aku plak tu. Hilang dah sakit 9bulan dok teriak2 tu. Aku mengandung 3-3 org teruk, tp Allah bg bersalin agak mudah. Tp yg lawaknya, proses bersalin paling sakit aku rasa ms Najlaa. Lepas baby keluaq, aku buleh menangis kuat2 kt Speckybee, "TAK MAU DAHHHH! Dua sudah laaa anak kita!! Tak mauuuu dahhh!!!" Tak dan setahun keluaq pulak si Nasuha. Kihkih!

7tahun ni, masih lagi proses pelajaran bg kami berdua. Kenal hati budi masing2. Time bercinta, kenai, bukan tak kenai, tapi ada benda yg kecik2 yg kita tak tau. Bila dah kawin, baru tau..ooo..dia mcm ni...Belajar, ooo dia suka ni, dia tak suka ni..dia suka aku buat ni, aku tak suka dia buat ni.

Family kami biasa2 ja..mcm org lain jugak. Dah 7tahun ni, alhamdulillah..masih sederhana...yg mana mampu, kami beli, yg tak mampu, buat tak tau. Nk kejaq apa..Janji anak2 besaq elok, rumah ceria gelak ketawa kami laki bini, anak beranak sudah lah. 

Speckybee orgnya mudah..kalau kena cara la. Aku pun simple ja. Tak dak nk demand high2. Skill masak aku pun la ni dh semakin ok, kena dengan tekak dia. Kira dh stabil la skit family kecik kami ni.. Tapi, panjang lagi nk tempuh ni..kalau umur panjang lah. Dalam tempoh ni, rasanya kami dah semakin matang. Pandai dah calm down, relax..perangai buruk aku terajang2 meja tu, dh pupus 5tahun lepas. 

Terima kasih Speckybee..sbb sabaq. Dia ni sebenarnya, manusia yg kurang sabaq jugak dulu. Peronghoih org kedah kata. (word tu dia yg ajaq aku.) Tapi oleh kerana dpt bini yg lagi teruk kurang sabaq, dia jadi semakin penyabaq. Bagus2...tu hikmah dia.. So, bila dia cool, aku pun belajaq jadi cool. Bila aku marah, dia tanya, breakfast tebuan ka pagi tadi? Ok, terus aku gelak tak jadi marah. 

Dia jugak la pak lawak aku. Aku komplen kt kwn aku, aku xrasa nk gelak tgk maharaja lawak. Kwn aku kata, sbb hg ada org yg blh buat lagi lawak dari tu. Mmgla hg rasa lawak maharaja lawak biasa2 ja. Hum, betoi ka. aku pun xtau. Aku igt sense aku hilang kt rancangan tv. Kdg2, Speckybee tak buat lawak pun. Tapi, tah, bahasa kedah dia tu yg buat jadi lawak. Pernah aku sampai semput2 gelak kt dia. Aku syak, dia ni la punca lelah aku masa kecik2 aku mai balik.cis.

Apapun, aku nk bgtau, mmg Allah dh jodohkan kami. Aku tau aku nk kena menikah dgn dia masa aku form 5 kursus pengawas sekolah lagi. Masa tu dia tengah mengorat aku, tapi aku meluaaaaatttt kt dia.Sbb dia ala2 ustaz skit. Stgi xbuleh buat tu, tak buleh buat ni.urgh! Ice breaking program ptg tu, utk tentukan kumpulan. Aku ckp depan cermin. "Ya, Allah..aku ni,bukan ada sapa berkenan nk buat marka. Perangai pun tak elok. Aku tak mau bercinta dgn ramai2 org. Kalau buleh, biaqla sorang saja.Yg sabaq dgn aku. Kalau yg dok mengorat aku ni jodoh aku, tunjukkan lah. Bagi la dia duduk dlm group aku supaya aku buleh kenai hati budi dia." Ha tu dia doa aku masa umoq sweet 17 dulu.

Aku cabut kertas, ada lagu "bunyi gitar". Pestu kawan2 lain pun cabut gak,sapa yg dpt lagu sama kena pi duduk group tu. Speckybee cabut, dia nyanyi "bila larut malam".Aku frust gak skit.Sbb..sapa lagi nk ngorat aku woi?? Tp lepas tu, cikgu tgk kertas dia, cikgu marah dia, hoi, nyanyi ikut kertas la! Dia pun nyanyi, "bunyi gitar". Aku rasa nk melompat! So, aku confident, mmg dia ni la jodoh aku. Gaduh pi lah 364 hari setiap tahun pun, dh tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya NOORHANIS MOHD TANIUS akan jadi bini kepada MUHAMAD FUAAD AZIZ. Nak kata apa. 7tahun sblm menikah, ada perasaan meluat2 gak. 7tahun lepas menikah, jadi sayang gilaaa! 14tahun yg pelik!

Boleh dikatakan, aku betul2 bercinta dgn dia selepas nikahla kut. Tengok dia kerja kuat, jaga aku, sayang anak2..apa yg aku nak, dia cuba adakan..kami tak kaya, tapi alhamdulillah..cukup serba serbi. Lagipun, lepas kawin, kami duduk merantau jauh nun di Sri Lanka..bukan ada sapa2. Aku nk cari pasai pun xberani la.nk lari pi mana, keliling semua laut.haha. 

Dia pun maybe tengok aku teruk2, mengandung anak2 dia,menyusu anak2 dia, jaga anak2 dia seminit tak pernah berenggang..duduk sorang2 kt umah, tunggu dia sampai ke malam, masak, makan,tidoq, mandi sama2, mungkin la timbul sayang lagi campoq kesian kut. Sama2 la kami baru nk paham erti kasih sayang yg sebenar.cewah. Apapun, semua tu hikmah Allah... Kalau kami tak susah, tak tercampak jauh dari family, aku maybe tetap dgn perangai mengada2, baran segala. Kami mungkin tak nampak pengorbanan dan kesusahan masing2..Sikit2 mengadu kt mak, sikit2 mintak tlg org. Itulah kut manisnya masa hidup susah merantau kt sri lanka dulu. Mcm aku ckp tadi, semua ni proses pelajaran kami.Yg mana baik, insyallah kami terapkan dlm hidup anak2 kami. 


Allahuakbar....anak2 la sebenaqnya pengikat kasih kami..tgk muka anak baru reti nk sabaq2.
Terima kasih anak2 mak...

Terima kasih cinta.Tunggu sampai 7tahun untuk saya pakai baju kurung dgn sarung kaki. Sy janji akan move on lagi utk jadi yg lebih baik. Tahun depan kita dah nak masuk 32tahun. Dah tak banyak masa lagi yang tinggal. Sy harap untuk kita bertemu sekeluarga di syurga. Sy mahu allah pandang ahli keluarga kita dgn rahmahNya. Terima kasih sebab ajar saya mcm2, tolong selesaikan masalah bodo2 saya, tolong angkat saya yg berat yarobi ni masuk bilik tidoq padahal portable aircond yg berat 38kilo tu dia angkat sampai ketaq2 lutut, sudi harung dugaan sama2, tak kedekut bg sy dgn anak2 mkn mcm2,buat lawak, nyanyi, masak laksa sedap, ish...mcm2 laa la benda best yg bg sy jatuh cinta ratuih2 kali.

Last but not least, wa sayang sama lu!

*kalau ditakdirkan aku tiba2 berjubah,berpudah pun,jgn risau, kwn2. Gua rock tetap rock. Tp kita rock rilex2 sudaaa...

Video simple ni aku buat smbil mkn megi tghari tadi. Kira ringkasan kisah hidup sajalah..untuk kenang-kenangan..Nk buat yg gempak2 mcm dulu, aku mana ada byk masa melengung dpn lappy nih. Anak pun dh 3.Byk lagi keja aku.kihkih. Dia tau aku syg dia sudahlah. Bukan aaron aziz mahupun harun salim bachik.cuma dia. :D


7 comments:

Chekgu Azrine said...

Tahniah sis..alhamdulillah dah 7 tahun..
Semoga berkekalan til jannah

miss said...

Tahniah!!! Kejap je rs kn...anyway...semoga mendapat barakah n kekal hingga syurga...

Kenari Putih said...

Wah, tahniah hope your marriage will last forever... Hihi... Biasala tew gaduh2 suami isteri.. Sedangkan lidah lagi tergigit.... Hihihi

rusydan19 said...

tahniah

rusydan19 said...

tahniah

FatihaNur said...

Congrates...happy anniversary Sis Anis...Wish you and your family always in Allah Barakah...Ameen

Rasmuna Mun said...

pasai pa tatau aku sedih baca story hang eh...anyway happy belated anniversary...bulehh?? buleh la dari aku x ucap ye dak? kahkahkah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...