Friday, October 4, 2013

Penerimaan vaksin oleh agamawan.

Okey, mula2 kena buat disclaimer. Sebab aku tak minat baca komen2 tongong. Kita sini bincang sebagai manusia yg ada akal. Bukan monyet dok uk ik- uk ik ataih pokok.

Disclaimer: Ni aku nak cerita pengalaman aku kt Sri Lanka. Sebagai perkongsian. atau ada sapa2 yg ada pengalaman lain, pendapat lain, boleh kita share supaya sama2 dapat ilmu.Tu aku highlight word pengalaman na.. harap maklong. Selama ni kita dok kung kang2, sesama melayu, sesama Islam. Ni aku nak bawak hampa fikir luar kotak, luar dari Malaysia, ke negara yg xberapa nk famous sbb xramai rakyat Malaysia kt sana, Sri Lanka.

Aku start dengan background life aku dulu..sambil2 hampa semua boleh imagine life aku time tu...

Tahun 2007, bulan 5 aku sampai Sri Lanka..Aku duduk betul2 tepi laut yg tsunami teruk tu lah. Pestu aku pindah pi kampung dalam skit. Rumah ex-bos Speckybee. Kampung tu nama Vikumpura, town dia nama Habaraduwa. Pun tepi laut la jugak, tapi umah aku jauh ke dalam skit.

Ni kat tepi pantai bandar Galle.Masa tsunami 2004, mayat penuh bergelimpangan kt sini.

Dalam kampung tu, kami sekuarga ja lah foreigner. Kira masa tu aku mcm Victoria Beckham la, skali kuaq sidai baju2, budak2 main basikal terpekik2 kt aku, lambai2. Aku pun, kt Sri Lanka ja la buleh feeling retis pun. Balik msia, org ingat aku bibik.Ceh.

Betul2 depan rumah aku, ada satu temple Buddha. Kt dalam tu ramai la budak2 yg mengaji, kira mcm maahad tahfiz kita laa.. Sri Lanka mmg agama utama dia Buddha.Satgi hampa ingat Hindu plak. Dari segi observation aku,aktiviti keagamaan depa ni lebih kurang mcm Islam gak. Subuh, dalam pukul 5 tu, start la dung dang2 bunyi depa ketuk gendang, pestu start chanting. Pestu time maghrib pun sama chanting.Kira mcm depa ni jadi alarm clock aku pun ada gak. Oleh sebab hari2 aku dok dengaq depa chanting, sampai aku pun buleh hafal. Ada satu masa tu, ribut nauzubillah...mcm nak terbang rumah. Depa punya chanting ada tukaq skit, letak tsunami. Haa..yg tu pun aku buleh detect. Punyalaa hari2 dok dengaq kan.

Ni masa aku pi kampung staff Speckybee..depa baru dapat anak..

So,aktiviti aku pagi2, lepak depan rumah...bawak Uyin atas keta sorong...ajar dia sebut mcm2 perkataan. Kadang2 ada org kampung lalu kt situ tegur aku, sembang2 dengan aku. Jangan terkejut, tok2 nenek2 kt kampung tu ramai yg pandai cakap omputeh.Kadang2 sami keluar dari temple, lepak2 depan umah aku. Kadang2 budak2 yg belajar dalam temple tu lepak gak main dgn Uyin. Harmoni kan?haha.

Lepak kt tuk tuk owner umah aku, Tushare. Anak Tushare tu sebaya uyin, tarikh lahir pun sama, cuma Uyin bulan 9, anak dia bulan 10. Nama betoi dia aku xingat, tapi kami panggei dia Sudhu Nona (Si Putih). Haah..putih lah sangatt...

Ada satu petang tu, aku ada appointment untuk cuck Uyin. Cucuk 4bulan tak silap aku. Aku xingat sebab schedule Uyin tahun 2007 punya,lain skit dgn adik dia. Kt Sri Lanka, semua doktor2 pakar diwajibkan kerja dgn hospital kerajaan time opis hour. Lepas pukul 5, baru depa mai kerja dgn private hospital. Bagi aku, baguslah, sebab xpayah Speckybee kena ambik cuti apa sbb nk jumpa doc. Pi ja petang atau malam. Tapi no. giliran kena ambik siap2 la pagi tu. Uyin, dari dia lahir, sampaila last kami kt sana sebelum balik msia, sorang ja paed dia, nama Liyanage Upeksha, pompuan. Kalau hampa selak2 balik entry lama2 aku ada la gambar doktor tu yg bg hadiah perahu kertas kt dia tu.

Berbalik kepada petang tu, sambil tunggu driver mai ambik aku dgn Uyin kt umah, aku lepak2 la dulu kt luar. Kelebet pokok bunga ros yg baru mekar. Ada sorang tok sami mai tegur aku. Sembang2.Pestu aku habaqla aku satlagi nk pi kuar cucuk anak. Dia kata kt aku, kenapa nk cucuk? Anak ada sakit apa2 ka? Aku kata, laaa...mmg laa kena cucuk. Kan nk cegah penyakit2 yg jadi wabak besar-besaran zaman dulu, mcm polio la, measles la..Mana buleh tak cucuk.Bahaya.

Ni pokok bunga ros aku..sayang nk petik.

Dia kata, oo..kami org yg high religious ni, xbuleh cucuk. Sebab kami vegetarian. Dalam vaksin tu ada benda2 yang kami tak boleh makan/masuk dalam badan. Kira haram la bagi depa. Depa ni jaga sungguh permakanan sbb nk mengapai kitab kut..sama mcm maahad tahfiz kita kan? Okey, untuk pengetahuan yg tak tau, depa ni mmg vegetarian, dan makan telur saja. Aku kat sana, beli daging kt org muslim saja. Kalau beli daging kt supermarket, depa buat muka kt kami mcmkan tu daging b*b*. Hina gila. Sebab tu aku buleh faham perasaan chinese kt Msia cmna, kalau ada org melayu yg tak reti hormat. Suh hormat ja pun org tu sebagai manusia, bukan suh pi join BBQ daging b*b* tu. Ustaz aku kata, kita xboleh hina non muslim, mana tau satu hari, ujung nyawa dia, tiba2 dia peluk islam, sah2 dia tu suci dari dosa. Daripada kita, lahir Islam, IC tulis Islam, perangai tak Islam.Hujung2 nyawa kita, tengah buat benda tak elok. Haa tudia..

Aku pelik gila dgr tok sami ni ckp mcm tu.Ish, ada ka xmau ambik vaksin. Bukan satu dunia ka kena ambik vaksin ni untuk elak penyakit teruk2 tu? Dalam otak aku masa tu, xmungkin ada org di zaman milenium ni xmau ambik vaksin. Pelik ya amat.So,aku buat xtau ja la kata2 sami tu.

Lepas tu,ada member Speckybee mai duduk serumah dengan kami. Dia cina campur siam, asal org Perlis. Tua dah..Muda skit ja dari bapak aku. Dia tu pun vegetarian. Aku syok la gak sembang dgn dia, org tua.. bykla pengalaman dia nk kongsi dengan aku. Aku kt umah tu, jadi serba salah gak nak masak. Si Speckybee dah la hantu daging. Camno nih? Tp member Speckybee tu baguih. Dia paham, dia pun hormat kami sebagai muslim. Dia kata, xpa, you nak masak apa, masak la..kalau you masak sayur I makan, kalau I masak sayur, nanti kita semua buleh makan.

Ha..masa tu lah aku banyak belajar masak sayur dengan pelbagai cara. Contohnya, jantung pisang.Aku jantung pisang, biasa buat rebus gitu ja, xpun rajin skit, buat kerabu ka, masak lemak ka. Ni dia ajaq aku, yg panjang2 dalam jantung mcm jari budak tu, asingkan. Pestu, gaul dgn tepung, garam skit, goreng. Aku modify  bubuh serbuk cili la apa la ikut tekak aku. Uiii..sedappp... Dia kata..haaa ni ketam.Kihkih...aku kata..kesian kt hg..nk makan ketam xbuleh..makan laa jantung pisang no? Dia punya gelak.

Pestu kwn Speckybee ni pembersih orgnya. Bilik dia, dapoq, toilet aku semua dia cuci, kemas. Baguih kan? Susah nk jumpa lelaki yg rajin camtu.Kami kt sana kurang air bersih.Kt umah pun pakai air telaga ja untuk mandi dengan basuh baju. Tu pun penuh berudu atas kepala sekali mandi.Haha. Air untuk minum dengan masak, Speckybee pi tadah kt paip opis dia. Masa tu, Kampung Vikumpura tu, paip tak masuk lagi.So, umah aku penuh la dgn botol2 isi air paip. Si kwn Speckybee ni, ala2 Mc Gyver pun ada gak aku tgk. Suka mereka benda2. Dia buat tempat penapis air, tapis dengan kain putih bersih. Tah macamana dia gabung botol2 tu tah, tapi ada la rupa penapis air. Kt umah aku pun penuh dgn mcm2 benda dia modify. Tak heran la gak, sebab dia pun M&E punya org. Mmgla otak geliga bab2 mechanical ni.

Sambil2 makan tu, aku tanya la, paseipa hg xbuleh makan benda2 hidup ni? Dia kata, dalam Buddha, ada hukum karma. Nanti bila depa mati, depa akan dilahirkan semula bergantung pada amalan2 depa pada kehidupan sebelumnya. Ada yg lahir jadi kucing,jadi anjing, jadi semut, kalau nasib baik, jadila manusia. So, depa xbuleh makan/bunuh binatang sebab tu sebenaqnya manusia. Tapi mmg betul, org Buddha tak kan bunuh binatang. Si kwn Speckybee ni, baguih xbaguih, semut atas tanah, dia pi taboq makanan skit2..dia kata, dari kita buang saja2, baik kita bg semut kt luaq ni makan. Kita kt Malaysia, kalo tgh drive laju, terlanggar kucing, buat kering jaa kan... Kt sana, nehi. Driver aku, si Guna tu, aritu terlanggar anjing, menggeletar satu badan sampai ke Colombo.

So, apa yg aku nk sampaikan kt sini, bukan Islam ja yang concern bab2 halal haram. Agama lain pun ada. Cuma kita tau dengan tak tau ja. Aku dah sebab duduk kt sana, pestu mmg bergaul dgn org local sbb kt Galle kami bukan ada kelompok besar org Malaysia pun. Ada la xsampai 10 org.Aku pulak bangsa peramah,jadi, banyak la benda yg aku tau pasal depa ni.

Bila dh jadi kt Nasuha dan doktor pun sahkan benda tu adalah AEFI, baru la benda2yg lama2 tu mai balik dalam ingatan aku. Aku ingat balik, masa Uyin umur 6bulan, kami balik Malaysia sat. Pestu pi cucuk 6bulan dia. Balik dari Ipoh, waktu malam, tiba2 muka dia macam kena tarik2. Sentak2. Dia jadi sekejap2, pestu ok.. Berulang2. Aku pi klinik pakar kanak2 kt Sg Petani, doctor tu refer pi pakar neuro kt GH Penang. Aku mmg no idea masa tu.Tau menangis ja la. Ada org kata, kena sampuk. Bila buat eeg video test, xdak apa dikesan kt otak dia yg menyebabkan dia seizure. Seminggu aku kt wad neuro tu, mcm nk gila, sebab 90% ahli wad tu adalah sayur. Mmg tergedang mata ke atas ja. Last2 dah seminggu duduk kt GH tu, depa tak dapat detect kenapa Uyin jadi seizure mcm tu, kami terpaksa fly balik ke SL dah sbb dah 1mggu delay flight tix. Sampai ja SL, uyin dh stop jadi seizure tu. Aku pun tak pasti apa penyebab seizure tu. Masa tu langsung tak terfikir pun pasal AEFI, padahal baru je jab. Bila dah jadi kt Nasuha, aku baca GPF tu la baru aku mcm tersedar, ke masa tu Uyin kena AEFI tapi aku xtau? Entahlah...hanya Allah Maha Mengetahui.

Gambaq ni adala 3kali kut masuk blog aku. Ni masa dia kena EEG test. Masa ni aku yg naik gila menangis. Dia sengih je tau.

Buat masa ni, aku bukanlah anti vaksin. Aku mungkin pro choice.Aku tak akan tolak 100% medical sceince, ataupun alternatif lain. Cuma aku akan jadi lebih pemilih.  Aku dah jadi alert dengan ingredients semua benda. Kalau dulu, makanan je aku concern, aku tak terpikir pulak benda2 lain boleh harm anak2 aku.

Kiranya, kata2 tok sami depan umah aku 6tahun lalu tu,ada la jugak boleh dipertimbangkan. Depa alert lama dah rupanya ingredient dalam vaksin ni. Cerita ni tertakluk pada temple depan rumah aku ja lah..aku xtau lah temple tempat lain tok sami dia mcmana. Punyalah lama perkara ni jadi, baru tahun ni aku nk ambik tau ingredients dlm vaksin, baru tau, anak aku ada alegik sekian2 benda. Ada byk konflik rupanya vaksin ni.

Ni ada sorang mat saleh, tapi dia blajaq perubatan china, ada tulis artikel ni:

Pestu ada gak perbincangan org Buddhist kt sini:

Ni kira perbincangan di luar perspektif org Islam la..sebab slalu kalau aku bercakap dgn org Islam Malaysia, kepala dia macam, dok dlm Malaysia ja la..dia xleh pikir kt luar2 skit.Dia punya bg contoh pun macam terhad kt Malaysia, pestu UK, US tu pun sbb ramai org malaysia kt sana. Tak silap aku agama katolik pun mcm alert gak benda2 camni. Tapi aku tak sure, sbb aku xdak kawan katolik.Yang aku cerita apa yg aku tau dan pengalaman aku jala. Aku punya pengalaman pun terbatas gak. 

Kesimpulannya, nk simpul apa tah lagi.. depa pun mcm kita la jugak. Ada yg sokong, ada yg dak. Semua ada alasan tersendiri lah. Keputusan kt tangan masing2. Sapa yg dh buat keputusan, tak kira la nk vax atau tak, kita hormati pandangan dia. Sambil2 tu cari lagi ilmu. Kalau gamak2 rasa ilmu xberapa nk kembang kt dada, xyah dok mai pung pang2 kt org.Tarik napas..lepas...bertenang.... ilmu yg kita ada ni, setitik pun xsmpai dari ilmu Allah..Rendahkan diri, carila lagi ilmu.

Tu ja lah kut. Ni dh pukul 4.36 pagi. Tadi pukul 6 gatai pi minum Ekspresso konon.Ni dh terkebil2 mcm burung hantu plak dah.Ok,bai. Nk tdoq dah..

4 comments:

Mixed-family in da house.... said...

Good sharing sis....TQ

aNiS tHe BumbleBee said...

thank you..:D

Anonymous said...

pro choice is better..know the best for own decission and respect each other..xpayah gaduh nak antivax or vax kan..:)

Anna Ruslina said...

First time dgr ttg pro choice. Kena dig info lagi ni. Btw what happend to nasuha mcm nak sama happend to my niece. Entah AEFI jugak? Mmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...