Terima email, dan pm dari readers yg nak kan pendapat aku pasal pru13. Aku nk kata apa? Aku ni bukan siapa2.aku cuma rakyat marhein.surirumah yg sibuk besarkan 3org khalifah Allah.
Darah aku biru.begitu juga mak ayah aku dan kaum kerabatku.Si hijau aku tentang. Tapi minta maaf, aku tidak cukup jumud seperti kebanyakkan biru.
Aku setuju hudud. sebab aku islam.islam agama yg menyelimut tubuhku sebaik saja aku menjengah dunia. Ajaran islam, makanan rohaniku. Aku usahakan penuhi perintah Rabb.5waktu, puasa, dan cuba patuhi segala yg lain walaupun byk cacat tempangnya amalanku.ampunkan aku ya allah! Dan....hudud hukum Allah. Siapa aku nak pertikaikan realistik atau tidak hukum itu??
Aku pertikai dakwat kekal, selepas jariku dicalit.Bukan selepas tgk fb kwn2 yg mengundi awal. Susah sesuatu benda yg aku rasakan merepek nak pengaruhi aku. Bila dicalit, aku terkejut. Darah aku berderau. Apa ini? Meleleh, selekeh di tangan? Darah aku berderau sebab apa? Sebab aku takut yg perkara yg dikecohkan oleh si hijau ada depan mata aku.
Untuk pengetahuan, ketika pilihanraya umum tahun 2010 di sri lanka, aku berada di sana dan dapat menyaksikan rupa dakwat kekal sebelum malaysia guna pakai.komposisi dakwat kekal sepatutnya standard.
Aku cuma bercakap tentang fakta. Tetapi, lembu biru cop aku sebagai pembangkang. Oh, baru aku tau, kt malaysia, kita kena angguk sahaja. Aku bercakap atas dasar sebagai rakyat yg membayar cukai. Ada juga cuba buat sarkastik otak senteng, kalo xpuas hati lepas ni, potong je jari, baru kekal. Hai,itu bukan solusi.
Aku cuma pertikai sebab aku membayar cukai, dan duit itu dibazirkan membeli perkara yang pada aku tidak berkualiti. Sebagai pembayar cukai, aku rasa tertipu. Sarkastik bodoh, suruh aku jadi pembekal dakwat yang diimport dari sri lanka. Aku ketawa kecil.bukan sebab sarkastik bodoh itu menjadi, tapi aku terfikir kalau dia main game what's my iq, mesti xlepas lepas waima stage ke 3 pun. Itu juga bukan solusi.
Hujung hujung bila dah terdesak tak ada point, tanya berapa tax aku bayar.pada aku, jumlah tak penting.yang penting ialah pemahaman apa itu tax atau cukai. Cukai adalah duit yang diamanahkan oleh rakyat untuk menggerakkan kerajaan.jadi semua rakyat malaysia patut tahu ke mana wang pergi.kalau bab cukai rakyat tak payah ambil tahu, apa guna bentang bajet negara tiap2 tahun. Perkara ini tak semestinya org yg belajar ekonomi sahaja yg perlu ambil tahu. Yg belajar kejuruteraan, perubatan, dan seluruh rakyat malaysia patut tahu. Ini asas. Takda sapa suruh kau buat calculation makro, mikroekonomi yang rumit. Berdasarkan jawapan2 kau di atas tadi pun aku yakin kau xmampu buat soalan pertama subjek microeconomy diploma part 2 uitm.Pathetic.
Bila cuba bersuara, tiba2 dicop pembangkang. Kalah pengikut Mahendra Rajapaksa aih. Tak boleh tegur dah ke? Tak boleh argue? Maksum barangkali. kalau 30 juzuk dalam kepala semua pemimpin di malaysia, insyallah aku tunduk. Sebab aku sedar diri. Tapi kalau tak, kau sama mcm aku.
Tiba2 isu kaum yg direpekkan. Untuk keluarga yang terdiri dari kaum cina macam keluarga aku, macamna? Tolonglah.pernah buat karangan upsr?sila ulas ikut tajuk.aku tak bercakap pasal parti.aku bercakap sebagai rakyat malaysia.dan..tolong...tolong....bezakan kerajaan malaysia dan parti. Jangan malukan parti atas kedangkalan ilmu sendiri.
Bila tgk parti hijau semakin ramai ulama dan intelektual, aku pandang diri aku.Erkk? Aku tersalah buat pilihan ke? Hum....kalau mcm ni jawapan2 yg aku dpt dari penyokong parti aku, itu sgt kasihan.sangat menunjukkan kita di lembah kehancuran, suatu pengagungan kebodohoan yang memalukan. Bila tgk parti sebelah sana berhujah fakta, makin aku di sempadan.
Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya.sebelum ini, undi aku xperlu dirayu,aku rela hati memangkah kamu.untuk kesekian kalinya, cubalah raih undi aku.aku pula merayu.
Barisan Nasional, cubalah raih undi aku untuk pilihanraya berikutnya.sebelum ini, undi aku xperlu dirayu,aku rela hati memangkah kamu.untuk kesekian kalinya, cubalah raih undi aku.aku pula merayu.
Untuk melancarkan penghadaman tulisan aku (aku risau, sistem pencernaan lembu ni lain sikit) aku cuma kupas 2 point sahaja.hudud dan dakwat.yang lain2 malas. Mkn banyak2 lagi susah nk cerna.
Sekian terima kasih.
Oh, lupa.happy earthhour uolss.
10 comments:
Assalam...
Akak setuju sgt...pendapat adik!
Assalamualaikum
lama x mengomen di sini. 100% setuju dgn akk..
Assalamualaikum....
bersetuju sgt2...buka pmikiranlah wahai sang biru...
rasa mcm nak share kat fb je apa ko tulis ni...ekeke
hahahah ... blackout juga ka..
lepas ni kupas isu .. tax dan makan. makan di restoran yang nak sedap skit ...semua kena tax 6% plak tu.
aku darah hijau..hehe..yang paling kelakar org yang laungkan 1 malaysia timbulkan isu racist..what the....!!!!ermm..
Haliza Ghazalli,curious little lady,anon~ thank you.
mario~haha! silakan.
CA~humm..isu GST patutnya gomen kena pakai media untuk clearkan rakyat.bukannya bubuh lagu sayangi selangor sehari ratuih2 kali.wakaka!
saza~ kata2 dia dah makan diri..kesian..
Post a Comment