Friday, December 14, 2012

6



Hari ni ulangtahun perkahwinan kami berdua yg ke 6.

Apehal intro mcm pestime tulis blog?kahhhkah!

Well, pagi2 dlm pesbuk,wah, ramai yg share tarikh islam harini 1/2/34..tarikh cantek! Ye,tarikh arini sgt cantek. Tapi aku yg tak cantek2, mood adalah mandom gila. Dari semalam sampai ke pagi ni hujan, dgn Speckybee takde pegi kursus kat bangi. Sampai skang ni aku tak mandi2 lagi.Kehkeh! Bz melayan budak2 and buat chores yg tah bila tah nk habis.

Berbalik kepada 6tahun tempoh perkahwinan yg dibina, 6 tahun ni adalah 6 tahun yang termanis dalam hidup aku. Termanis sepanjang 6 tahun tu, bukan xde yang pahit, (tak logik sgtla hidup tanpa ada pengalaman pahit) tapi yg pahit2 tu dah dipositifkan jadi manis. Bak kata Ukays, pahit akan manis akhirnya.

Fasa 5 tahun pertama kehidupan kami, aku ambil keputusan untuk tinggalkan kerjaya dan bina keluarga. Aku tak sure itu langkah bijak ke tak, tapi oleh kerana aku suka perasan bijak, maka aku katakan itu adalah satu langkah bijak.kahkah! Kami bakal memiliki 3 puteri (sorang sedang geduk2 dlm perut mahu keluar) yang indah buat masa ni.

Fasa kedua perkahwinan kami, adalah penumpuan untuk kerjaya dan futher study, in shaa allah. Maka dengan itu, proses pembinaan keluarga bakal diberhentikan buat seketika dgn bantuan doa kepada Allah dan implanon.Kihkih. Nak besarkan 3org anak dara bukannya senang, bak kata org tua2, jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga sorang anak dara, inikan pulak 3 kandang lembu. Sila bayangkan.Tsk!Tsk!

Bila dengar talk2 dari pakar motivasi, 5tahun pertama adalah yg paling mencabar sbb untuk mencari titik penyesuaian antara laki bini dari 2 dunia dan perangai yg berbeza. Cabaran untuk fasa kedua dan seterusnya pulak adalah untuk maintain. Tang maintain ni la hazab skit. Alangkan badan pun susah nk maintain, inikan pulak bab2 emosi mainan perasaan.

Time ni, saham lelaki adalah tinggi. Sbb dia ada kerjaya yg kukuh, maka ramai lah (perempuan) yg ingin masuk dlm hidup dgn harapan untuk cuci kaki saja. Tapi ko mana tau, ko nk masuk umah cuci kaki ataupun ko kena cuci rumah tu?Kahkah! Hanya laki bini saja yang tau tahap kewangan keluarga. Sbb tu ada lelaki yg  xberapa berduit tapi nak menggatal jugak hidupnya jadi hazab lepas jumpa perempuan yg bercita2 jadi pencuci kaki (apakah terma ini??).

Pada aku, it's up to you. Lelaki bijak dia akan fikir apa yg dia dh miliki, lelaki kurang bijak pula akan berangan tentang apa yg dia bakal miliki (yg tah tentu ke tidak!) But, being me, i dont even care. Baik aku jaga diri sendiri, dan naikkan saham aku diri aku. Saham apakah? Apa2 aje lah, kecantikan diri ke, kerjaya ke, atau pun kerohanian diri yang kental. Part lelaki, aku malas nk sibuk2. Pandai lah dia jaga diri dia, hati dia. Yang penting tahap penerimaan aku nih yg penting. Kalau tetiba balik umah (nauzubillah), Speckybee pegang tangan aku, cium dahi aku, lepas tu dia ckp, dia nk kawen lagi, apa patut aku buat? Terajang telornya kah? atau maki hamun dia kah? Atau blah naik keta, bawak laju2 langgar pokok dgn harapan aku mati cepat dan xpayah lalui semua tu? Well, kt situlah kebergantungan pengalaman hidup dan kematangan fikiran bila aku dah sampai tahap umur mcm ni.

Buat masa ni, sebagai homemaker, aku adalah juga masa2 senggang untuk pembangunan rohani aku. Aku dapat byk bezakan perangai time aku muda2 dulu, time asyik kerja dan xcukup masa, dgn sekarang ni. Seriously, aku 50% lebih sabar dan cool. Aku tak sure sbb faktor umur, persekitaran atau usaha pembangunan rohani aku kah penyebabnya, tapi aku mmg sedar aku byk berubah dari dulu. Maka, aku berkeputusan, aku hanya perlu tingkatkan saham diri dan berdoa untuk untuk tidak jadi perkara buruk pada keluarga kami. Kalau si lelaki rasa, perempuan di luar adalah lebih baik dari isteri sendiri di rumah (you wish) maka silakan berfikir dan berfikir lagi. Kalau rasa otak dah tak mampu fikir sbb digenangi imajinasi2 yg melampaui batas, renung2kan bank statement dan hutang2 yang ada. Segeralah ambil air sembahyang dan solat sunat taubat.Kehkeh! Tapi kalau rasa sgt mampu gila2 dan berlaku adil, dipersilakan teruskan niat itu sbb dalam Islam xde melarang pun. Pandai2lah kau timbangkan diri kau.

Buat masa ni, aku dgn Speckybee masih lagi di alam percintaan. Aku harapkan alam percintaan ni sampai bila2, sampai both of us kerepot dan bertemu di alam lain. Aku selalu doakan yang terbaik untuk dia, dan aku tau dia pun doakan aku. Harap2 benteng kekuatan tu bertahanlah. Dia dapat tengok pengorbanan aku untuk dia, mengandungkan, mempertaruh nyawa lahirkan anak2 dia, jaga anak2 dia. Dia pun byk berkorban kerja siang malam, itu ini melayan keperluan keluarga. Semoga pengorbanan2 tu jadi buah penampar di pipi masing2 bila tiba2 terfikir nak menggatal/test power dgn org lain.

Dia tanya aku, Aaron aziz dgn Fuaad aziz sapa lagi hensem? Sampai hari ni dia tunggu2 jawapan dari aku. Mari aku jawabkan. Saya sangat suka tgk muka Aaron aziz, bukan Aaron Aziz saja, malah Beto Kushairi jugak.Kehkeh! Tapi kedua2 org tu tak dapat buat aku cair, tak dapat buat aku fetish atau apa2 sajalah yang mengusik emosi aku kecuali kamu, ya kamu wahai Encik Fuaad Aziz! Walaupun kamu xbuat apa2 godaan terhadap saya, sy tetap teringat2 kamu setiap masa. Kamu adalah abah kepada anak2 saya yang comel dan bijak, kamu adalah penjaga atau hero saya yang paling hebat!

Kamu tau tak, masa sy terserempak Aaron Aziz dekat Shell Damansara tempoh hari, saya tak rasa pun nk pegi bergambar ke atau gedik2 tegur dia, bukan sebab saya nk terkencing sgt2 atau berebut nk masuk tandas, tapi sebab saya ternampak kamu lebih sexy pulak time pegang nozzle isi minyak tu dari si Aaron Aziz yg pakai topi hitam dlm keta sport dia.Sumpah! Eh,jangan pulak kamu tuduh saya suka tengok bangla pegang nozzle pulak. Cuma bila kamu yg pegang je lah,hoi! (jadahnye gua nk stim tgk bangla pegang nozzle plakk!) Sebab saya teringat, waktu lepas SPM, kamu pernah keja jadi tukang isi minyak, semata2 nak beli henpon,(masa tu,henpon adalah kategori luxury item) takut2 bila kita terpaksa duduk uni jauh2 nanti kamu xdapat dengar suara saya setiap hari. Dan,kamu harusnya tahu, hati saya hanya untuk kamu lepas saya sign surat nikah pada tarikh ini, 6 tahun yang lalu. Jadi tak perlulah kamu nk tanya soal hati dan kasih sayang saya.  Kalau tak sayang, yg menendang dalam perut saya ini apa? Walaupun saya tau, nyawa saya bakal digadaikan lagi. Saya cintakan kamu dan saya harap kamu dapat terus bimbing saya menjadi hamba kecintaan Allah dan rasul. Itu yg saya harapkan :D

20 comments:

Nafira usof said...

Happy Anniversary to Both of u~
moga kekal bercinta sampai ke syurga..amin~

suka baca n3 ini.. walaupon bersahaja tapi penuh dengan maksud yang tersirat..:)

Daddy Ziyyad said...

Happy 6th wedding anniversary :)
Moga berbahagia hingga ke syurga..


PS:Andai speckybee nak menikah lagi, jgn lah diterajang telornya..kasihan dia..kasihan bakal isteri baru dia....bahahaha

Tijah said...

Happy anniversary.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.

cc said...

happy anniversary puan anis!
semoga kekal bahagia sampai syurga.

tak lupa jugak semoga selamat melahirkan :)

FatihaNur said...

Selamat Hari Ulangtahun...

touching plak bila baca entry ni...

wish a happiness for both of u and family, will always under His Bless as well....

Izat Mansor said...

Happy Anniversary Kak..!

Moga sehat selalu dan bahagia selamanya.. :)

Kem salam abg.. Hiii

Anonymous said...

Jangan gembira sgt dengan laki ko tu...sebab tgh ketat lagi ler dia tak cari orang lain.Ko pun cakap pasal lelaki ada sikit besar lah.Jaga sikit kak oii...tuhan nak uji laki ko tu sekelip mata jer...har..har..harrr

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~Thanks ra..semoga ra pun kekal sampai ke syurga ye :D

aNiS tHe BumbleBee said...

DZ~kahkah! baekkk punya adivice eh?

aNiS tHe BumbleBee said...

Tijah~thanks...moga ko pun sama yek.

aNiS tHe BumbleBee said...

CC~thanks weh. ko pun sama eh.dan selamat melahirkan jugak hikss!

aNiS tHe BumbleBee said...

Fatihanur~ tima kasih byk atas doa.. :D

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~oh,thanks atas ingatan..so,skang apa masalah kau? tak laku kerrrrr????har har har!

aNiS tHe BumbleBee said...

izzat~hep!tiba2 muncul!

hihihi..okey,dia da jawab salam :D

Anonymous said...

selamat ulangtahun kak anis!semoga hepi sokmo yek.suke bace.

p/s:anon kt atas butthurt tetibe nape ek.org lain bace hepi jek.sibuk pulak org ketat tak ketat.die punye barai agaknye.itu yg meroyan tu..huhu!sori ek kak anis.menyampah bace komen anon tuh!

nurul said...

anon yg 1st tadi tu kenapa. kak anis takde pun puji laki dia. dia pun cuma cakap drpd fikir laki dia berubah hati ke apa baik dia upgrade diri. takde pulak puji laki. anon tu baca dgn emosi kot. kesiannye.....kurang kasih syg kot dia.

aNiS tHe BumbleBee said...

anon 6:26~ tq for the wish :D

p/s:kui3x!dia tgh meratapi life dia yg hadooo tu..harap2 dia jumpa buku tajuk 'la tahzan' kt mana2 kedai buku supaya dia xsedih lagi.wakakakaka!

aNiS tHe BumbleBee said...

nurul~ekeke!kdg2 ada reader yg baca pakai kepala lutut..kesiankan je lah beliau...tihtih!

abby said...

salam anis, happy anniversary! sori aa lambat wish, sibuk kemain le ni, maklumlah ceo kat umah, huhuhu... semoga berbahagia sampai jannah, amin.. pedulikan je cakap2 yg tak membina tu, yang penting kita happy!

Tihara said...

happy annivesarry anis
sukew statement last tu
dan statement kat atas2 tu
hihi lucu..baca sampai abes ni ..

moga berbahagia sefamili n diberkati Allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...