Sunday, February 12, 2012

Update: Mangsa Cabutan Bertuah

Lupa pulak aku nak update pasal kes yang MIL kena tipu haritu. Boleh baca kisah tu kt sini. Dah lama dah...bulan satu ritu.Mebi pasal aku xde tenet time tu,maka tak terupdate lah kisah tu. Okey, first and foremost, the result is, BERJAYA!!!!

Alhamdulillah..si bangsat tu call sebelum tarikh hearing.Mula2 bos dia yg dapat surat tu call. Nk cakap dgn MIL aku jugak.Supaya boleh mengencing lagi. Lepas tu, mamat yg nama firdaus tu call, nk settle kt luar court.Tp masih belum bertaubat. Gila berlagak walaupun nk ajak org settle kt luar court.

Lagi 2-3 hari sebelum tarikh hearing, mamat tu call lagi. Aku yang jawab. Dia kata, nk bg cheque, tapi kena pegi office dia dulu, serah barang dan ambik cheque. Aku gelak, KAH!KAH!KAH! Aku nak CASH!! Takat cheque2 tendang kau tu, tak kebulur aku. Dia berkeras lagi. Dh bukak cheque apa bala semua. Tapi amount tak tau. KAH3x! lagi. Aku kata, aku pedulik apa bukak 800 keping cheque pun, janji aku nak cash depan mata aku.

Lepas tu,menggelabah call lagi, ckp aku bodoh sbb org nak bayar tapi aku tanak ambik. Aku gelak2 aku kata, aku xpeduli, xde cash, jumpa je lah kt mahkamah. Haritu ko samseng sangat, nk jumpa kt mahkamah la apalah kan. Skang ni awat kecut pulak telor kau? Dia ckp takut kalau aku bg cash, nnti aku xpulang barang balik. Takut aku tipu. Penipu kan selalu takut org tipu dia.Standed la kan. Aku ckp, cam biasa la, kalau aku tipu kau, ko reportla polis. Huakakakaka!

Last2 setuju bayar cash. Aku jumpa kt Giant Sg Petani nk serah barang. Mujur time tu Speckybee balik. Yg MIL aku punya la takut,takut kena bunuh la apa la...kih3x! Siap bawak bodyguard org kg dia lagi.Aku pun pegi skali.Tapi aku xduduk situ. Aku jalan2 dlm Giant saja nk tgk muka mamat tu mcmana. Patutla...muka pun mcm samseng. Tak sangka pulak aku boleh bergaduh dgn org badan cam samseng tu.Dlm talipon boleh la kan..huakakaka! Pestu dia bgtau nk ambik duit dulu.Buat2 masuk dlm Giant, mengorat awek jual henpon, pegi toilet,lepas tu call bos cina dia kut, ambik duit.Then, ktorg serah barang, dan dapatlah cash RM3180.00 tu.. alhamdulillah...

So,sekali lagi, aku highlight kan step yang patut korang ambik kalau jadi kes mcm ni :


1. Mula2 korang deal dulu dgn promoter mangkuk hayun yg jadi best actor/actress tersebut untuk dapatkan refund balik.
 2. Okey, let say, dia taknak refund, dan buat cerita mengarut2 contohnya bayaran akan ditolak lepas 3bulan, dia tolong applay credit card ape jadah semua tu.Terus balai, buat polis report. (polis report ni xbuat pun xpe.Saja nk bagi gempak kebabom ja sbb attach skali dgn surat tribunal.Polis byk lagi keje nk buat. Nak setel kes jenayah besar2, kes artis pompuan curi laki org, kes surat fitnah artis lagi. Lain la ko artis, lepas ko buat polis report, ko pegi pejabat Melodi tunjuk surat polis tu.kah3x!)
3. Buat report kt tribunal, isi borang 1, 3 salinan, pegi kt TTPM, bayar RM5, nanti TTPM pulang balik 2 salinan.Satu simpan, satu lagi kita kena bg kt kompeni promoter tu.Mcm kes anon kt entry comment sblm ni, ko cubalah dapatkan segala bukti pembelian tu.Sbb, nk buat report kt TTPM kena pastikan company tu wujud, kalau tak, mcmana nk hantar surat tribunal? Surat tribunal tu kena hantar pakai pos daftar. Kalau surat tu tak diterima, atau company tu tak wujud, mmg jam! Surat tu boleh je hantar by hand, tp aku prefer hantar by pos daftar sbb stok2 menipu ni samseng skit. (samseng taik kucing)
4.Company tu akan call balik sblm tarikh hearing. Mula2 dia akan deal utk korang pegi ofis dia apa benda semua. Aku nasihatkan, jumpa di tempat2 terbuka dan ramai org. Pastikan dia bg cash sbb cheque2 ni, boleh jadi cheque tendang.
5.Barang2 tu, JANGAN GUNA. Simpan balik dalam kotak. Selagi tak dapat refund, JANGAN PULANGKAN BARANG LAGI. In fact, bila court dah arahkan kompeni tu bayar kt ko, baru lah ko boleh pulangkan barang tu within 2 weeks.
6.Bila dah dapat duit balik, jangan lupa ucapkan syukur, dan ketuk kepala sendiri dan berdoa supaya jangan la ada org lain pulak yang terkena. Amin......



Apa2 pun, jangan berhenti berdoa. Yakin dgn diri sendiri dan tetapkan hati. Sebab org mcm ni dia sgt pandai menipu. Ko boleh ditipu 4juta kali kalau ko xde knowledge bab2 ni. Aku nasihatkan, rajin2lah membaca buku dan blog aku ni. Kahkahkah! Selamat berjaya untuk fight balik. Dh dapat duit, sila belanja aku. Ngeeeeheee!


Read more: http://anisthebumblebee.blogspot.com/2011/12/perhatian-kepada-yang-suka-pegi.html#ixzz1m0IE85JH

3 comments:

|| NaFiRaa || said...

Best!! tahniah!! moga lepas nih mamat penipu tu insaf! hahahaha..

lepas nih kena lebih berhati2.. banyak penipu atas muka bumi Allah nih.. kreatif2 plak mereka tu.. haih~

Kancilbiru said...

adik aku pun penah kena kencing dgn cina kedai hp. sbb dia bagi hilang hp adik aku yang hntaq repair. dah la baru beli.

aku pun report tribunal gak. company2 ni kalau masuk tribunal, mmg depa takut sebab jatuh reputasi depa.

aku pun sama ngan hang. "Saya nak balik duit saya, CASH!. takmau dah amik tepon kedai hang, satg hang bagi hilang lagi." haha...

moral of the story: berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan sesekali takut kalau kita yakin kita berada di pihak yang benar..:)

Arena said...

Thanks for the info sis. Alhamdulillah, berjaya dapat duit balik. Kena gigih sikitla kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...