Wednesday, February 22, 2012

Benda yg kita nak,tapi kita tak dapat, rupa2nya ada lagi benda best Allah nk bagi.

Tudiaa tajuk panjang berjela. Saja.Sebab kesian kt blog aku yg makin hari makin sendu di danau rindu.

Kadang2 dalam hidup ni kan, kita nak sgt2 mcm nak mati sesuatu benda tu. Bila tak dapat, kita frust, kita hangin, kita stress, kita marah kt tuhan sebab apa kita tak dapat. Kan? Tp kalau yg redha tu aku ucap tahniah la. Anda berada di jalan yg bener.

Ni aku cerita, kebanyakkan kita la.Tak terkecuali aku sendiri. Contoh paling besar la dlm hidup aku. Aku peminat rockers. Masa aku kecik2 aku slalu berangan dpt pakwe rocker. Yg terel main gitar, pestu suara ala2 amy search ke, awie ke, pestu stylo, rambut pacak2, pestu bau wangi2 maskulin....mmmphhhhh! Oh, bestnyaaa!! Dah bila dpt pakwe rock, xkan la aku dress up jubah pulak. Konfem lah aku nk pakai seksi2, rambut hari2 nk tukar kaler, pestu pegi clubbing, pegi concert.Wuuuuu!!! Sorgaaaaaa!!

Tapi sampai ke sudah takde rocker yg mengorat aku.Pfttt! Aku rasa down gila. Nk tgk muka sndiri kt cermin bilik air asrama yg dah berkulat tu pun aku benci. Time aku form 4, ramai budak2 dorm aku ada pakwe. Dpt pakwe terel main gitar la, yg pakai stylo2 apa la. Lagi la aku benci dgn diri sndiri. Buta sungguh mamat yg main gitar tu.Muka aku yg cun ni pun dia tak nampak.

Last2 aku dapat jugak surat cinta. Tapi dari imam skolah. Pffftttt lagi.Yg pagi2 baca selawat zikir kt surau aspura tu ke? Dia ni silap org kut, tak pun nk berdakwah kt aku agaknya. Aku bgtau member baik aku, aku nk test pak imam nih.Tahap mana iman dia. Bg aku masa 3bulan je dah la.Pestu aku blah la kan. Test punya test, padan muka aku. Tak pepasal aku yg terjatuh cinta kt dia plak. Ni sampai ke kawen beranak dua ni lah sikit punya bercinta.

Dulu2 masa dia suruh aku pakai baju kurung, aku rasa nk sepak je kaki dia. Aku tak rasa relevan langsung baju kurung tu dgn keadaan semasa.Tp tu time aku tak jadi bini dia lagi lah.Dah jadi bini pun, ada la jugak aku main sepak2, tapi sepak2 manja je lah. 

Bila dah berbelas tahun dgn dia, aku okey lah..takat pegi shopping complex pakai baju kurung, mm..boleh diterima. Kalau org tanya, boleh cakap baru balik kenduri.Lama jugak la bab baju kurung ni aku tak puas hati.Tapi oleh kerana dia ni sgt sabar dgn aku, aku pakai je lah.

Sekarang ni, aku rasa, tak kawen dgn rocker pun xpelah. Pasal lagi tenang hidup aku. Walopon suara dia annoying gila kalau cuba menyanyikan lagu rock kt aku,tapi time2 aku mengandung, time aku tak sihat, dia laa yg duduk tepi aku, baca quran sambil usap2 perut aku. Walopon jari dia tak terel main gitar, tapi kalau aku mengamuk xboleh bukak tin sardin ke, tertido depan tv ke, tangan dia ni laa yg tolong aku bukakkan tin, yg sanggup angkat bini dia yg makin hari makin gemok ni masuk bilik.Kesian pulak kt dia tergigil2 angkat aku sbb berat. Kahkah! Nampak sgt aku buat2 tido nk suruh dia angkat.

Aku nk ucap tahniah la kt dia, sbb dalam ramai2 lelaki dlm dunia ni, dia sorang ja yg perasan kewujudan aku yg cun ni.Yg lain tu looser.Kakahkah!

Eh,panjang pulak mukadimah aku.Benda utama aku nk cerita tadi sebenarnya, minggu lepas, time aku nk pegi renew passport kt imigresen kulim, mcm nak mati aku round bangunan tu cari parking kosong. Dah dapat,kat belakang bangunan, haram aku tak reti parking parallel ni. Terjongeh keluar bontot keta aku. Yg keta belakang tu mcm kena cirit birit tak boleh nk sabar, asyik la hon2 aku. Last2 aku belah, cari parking lain. Sambil dlm hati, sumpah seranah kimak suma ada sebab mana lagi nk cari parking kosong nih????

Tiba2 ada pulak cun2 je depan pejabat imigresen  parking kosong. Aku pun parking dengan penuh bergayanya. Sebelum keluar, aku hentuk2 dahi kt stereng. Apala bodoh kau ni Anis? Tuhan saja je tanak kasi ko parking kosong yg mula2 tadi. Kalau tgk gaya aku parking tadi, mau rabak jugak bontot keta aku kena bantai dgn keta lain. Tapi ni tuhan bagi the best kt aku. Xpayah susah2 aku nk jalan kaki pulak keliling bangunan dgn anak2 aku ni. Tuhan Maha Mengetahui Anis. Masa tu aku rasa nk jerit kuat2, TERIMA KASIH ALLAH!!! sebab bagi aku semua2 ni...semua2 yg aku ada ni...aku tgk anak2 aku...anak2 aku buat muka heran kt aku. Aku tak jadi nk monolog lebih2. Nanti pejabat imigresen tutup, sekian wasalam.

Maka tu lah point aku kt sini. Kita kena yakin yg tuhan akan bagi the best kt kita walau mula2 kita tak suka, pestu bila kita dh sedar, kita hentuk kepala sendiri kt stereng mcm aku. Ok,kt dinding jamban kau pun boleh lah.Peduli apa aku.


Ni gamba kesayangan dia.Dia ckp aku cun+seksi+mengiurkan kalau pakai baju kurung. Ya, aku naik cameron pakai baju kurung. Kau mampu?? Semoga aku jadi bini yg solehah.Amin.

15 comments:

Tijah said...

vavava. sexy is in the eye of the beholder. pada dia, ko bebaju kurung mungkin umpama kajol memakai sari dimata sarukan.

SufatihaNur said...

ermm...slalunya perancangan Allah yg terbaik dlm menentukan perjalan hidup seseorang,,,

amin to u..hopefully menjadi isteri yg solehah...

emak. bukan penari tiang said...

hahaha. aminnnnn..

SYANI said...

Cayalah jenjalan pakai baju kurung...

Allah knows best!

MrsYusofhussain said...

hahaha...part tu, mmg aku salute..naik cameron pakai baju kurung....

ibuhebat said...

Betulll.. Allah beri apa yg kita perlu, bukan apa yg kita mahu... :)

Anonymous said...

BAM BAM KEJA LENA JA. UYIN COMEL. MAK UYIN???? TAK COMEL LANGSUNG!!!


> MAK EMRAN <

NenetPenne (NP) said...

sebak jugak baca entry ni...
pastu rasa nak gelak hujung2 tu..
sekali sekala jenguk blog ni memang best..

kita akan jadi suka pada seseorang bila kita kawan dengan dia lama... dari tak suka terus suka..mcm romantik gituh..hahaha...

yelah kan, kita selalu marah2 kalau apa yang kita dapat tu tak sama dengan apa yang hati kita nak
sesungguhnya Allah tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..

bila lama2 i fikir, ada hikmah jugak kenapa i bercerai setelah 8 tahun hidup bersama...

kalau i memang tak mampu laa nak naik cameron highland pakai baju kurung...

|| NaFiRaa || said...

amin!! moga jadik isteri solehah~

Raa selalunye pakai baju kurung time nak gi keje.. kalo berjalan lg selesa pakai seluar.. lebih2 lagi ade anak nih.. mungkin suatu hari nanti terbuka hati jugak nak pakai baju kurung gi jejalan..InsyaAllah~

Liyana said...

hehe kelaka + sebak lak bace entri akk ni :D

Allah tau ape yg terbaik utk kita kan :)

pB said...

Allah lebih mengetahui yang sebaik untuk HambaNya


yakin dengan itu , insyaallah , hati kita akan jadi tenang

(masalahnya , nak redho tu amat amat payah)

aNiS tHe BumbleBee said...

Kak Tij~Kah3x!! atau umpama pakai topi dan bontot rabbit, ye dak?

sufatiha~betul kan..maceh...insyallah.. =D

aNiS tHe BumbleBee said...

Rai~cih,gelak pulak! aminnnn!! haha!

Syani~siyes rasa aneh.anggap je lah pegi kenduri stoberi.haha!

Lia~cer ko terai pulak.keh3x!

aNiS tHe BumbleBee said...

ibuhebat~sangat setuju!!!!

GC~mak emran lagi laa tak comei!kah3x!

NP~kan?semua yg jadi,mmg ada hikmahnya.kita je xtau.Be strong NP!!

Ra~tulah.kalo pakai seluar,rasa senang nk terjun ke lompat hape ke.tp,oleh kerana dh dia kata cun+seksi,maka kena feeling gojes la pakai baju kurung.keh3x!

Liyana~betul..cuma manusia je yg tak nak syukur...

pb~haah,nk redho tulah nye..la haiii..berat sungguh mcm usung batu.kikiki!

shahrulizzuwan said...

Interesting topic n nice blog.. Anyway,sy jemput tuan blog n semua pgunjung blog ni,jom lyn VIDEO2 sy bermain gitar/b'karaoke/menyanyi di YouTube.. Tp suara x la sedap mana pun..kalau ada yg seksi cuma pakai boxer sahaja or tak pakai baju tu,maaf tau.hehe.. Klik link channel YouTube sy ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...