Thursday, March 8, 2012

Tak mampu dah nk pikir tajuk apa.

Pasepot ~ Checked!
Visa ETA ~ Checked!
Kain Baju~ Tak pack lagi.Malas!

Besok insyallah aku akan gerak ke KL. Ari Selasa pagi2 buta akan fly dgn anak2.
Pegi mana oii???

Pegi hanimun kt Sri Lanka.Again. Koh!Koh!Koh!


Nurin Hannani;
Made in Malaysia, born in Sri Lanka.


Najlaa Hannani;
Made in Sri Lanka, Born in Sri Lanka.

P/s:aku tak pasti gambar2 berkaitan dengan entry ke tidak.Wakakaka!!

Thursday, March 1, 2012

Perihal anak sulung kita pada hari ini..

Kehadapan suamiku yang tercinta,

Pada hari ini, anak sulung kita yg cantik dan bijak tu buat gempak satu kampung. Masa ibu nak mandikan adik, dia keluar rumah senyap-senyap. Naik basikal, lintas jalan pegi kedai runcit depan rumah. Bila ibu keluar dari bilik, ibu cari dia dgn basikal dia dah xde depan rumah. Ibu ingat dia pegi rumah Siti Fatimah, kawan dia yg dia selalu main petang2. Tapi bila ibu panggil, dia tak sahut.

Lepas tu ada seorang makcik, org kampung ni naik motor dtg rumah. Jantung ibu mcm nak pecah bila nampak makcik tu dtg. Dalam kotak fikiran ibu, mungkin ada benda buruk yg jadi pada anak kita. Ibu lari keluar rumah. Makcik tu bgtau, anak sulung kita lintas jalan sorang2, nasib baik motor yang lalu sempat berhenti. Ya Allah!! Masa tu hujan renyai2. Ibu capai tudung, capai payung, lari pegi dekat jalan. Masa tu, Pak Cik Man depan rumah ni dh bawak anak kita tu balik sambil tolak basikal dia. 

Pada mulanya, ibu rasa nk belasah sgt2 Uyin kt situ. Ibu tak boleh nak control marah yg membuak2 dalam hati ibu ni. Ibu pegi ambik rotan yg terselit tepi frame gambar kt dinding. Ibu rasa nk libas2 sampai keluar isi dia. Gerammmm sungguh!!!! Air mata ibu merembes2 keluar. Macammana kalau jadi apa2 kt dia? Abah dah la jauh. Tapi ibu tak sampai hati nak pukul dia. Ibu tanya dia, kenapa dia keluar tak bgtau ibu. Then dia minta maaf. Ibu slow talk dgn dia. Ibu bgtau, ibu marah sgt dgn dia. Dulu, masa ibu umur 9 tahun, adik ibu, Mak Ngah tu, pernah accident kt depan tu lah. Betis dia terkeluar tergantung2 kt jalan, tau tak? Sampai sekarang ni bekas jahit yg rupa mcm naga tu ada kt kaki dia.

Ibu tak jadi marah dekat Uyin, sebab masa tu ibu teringat. 2 hari lepas, kami sama2 tengok cerita "I'm old enough" yg budak2 kecik jepun pegi kedai sendiri tu. Lepas tu ibu puji budak dlm TV tu. Pandainya, tengok friend Uyin tu pegi kedai sorang2 tolong belikan barang utk ibu dia. Jadi, mungkin masa tu Uyin pun rasa, dia patut buat macam tu supaya ibu dgn abah bangga dengan dia.

Ibu peluk Uyin kuat2 then ibu bagitau, Uyin boleh pegi kedai tu, tapi pastikan bagitau ibu, dan ibu akan ikut Uyin dari belakang. Ibu faham perasaan dia. Dia rasa diri dia dh besar dan bertanggungjawab. Tapi, memang ibu tak nafikan, sejak ada adik, Uyin bertambah bijak dan sangat berdikari. Dia yg tolong ibu pujuk adik masa ibu drive. Dia yg tolong tepuk2 adik kalau adik terjaga dari tidur. Dia tolong ibu sediakan air mandian adik dan mcm2 lagi.

Jadi ibu tak jadilah nak rotan dia, sebab ibu rasa mcm merencatkan keyakinan diri dan keberanian dia dalam menghadapi hidup. Ibu juga nk ucap syabas kt diri sendiri sebab ibu boleh tahan marah dan tak naik gila pukul budak kecik tu. Kalau ibu pukul dia, maybe dia akan cedera, ataupun lebih teruk lagi, hati dia akan terluka lebih parah. Oleh kerana dia rasakan diri dia dh dewasa, maka ibu akan ajar dia cara org dewasa. Ibu akan bincang dengan dia hal ni atas katil masa nk tido nanti supaya dia faham.

Terima kasih Allah. Sebab bagi pelajaran yg sangat bermakna untuk aku pada hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...