Friday, December 13, 2013

7 yg penuh warna warni

Esok ulangtahun perkahwinan kami ke 7. Anak sulung pun dh nak masuk darjah 1.Perasaan bercampur baur. Happy sebab anak sulung dh besar, down skit sbb aku makin tua meregon..hukhuk! rasa pelik pun ada gak mcmana laa aku blh hidup dgn manusia degil ni selama 7 tahun, padahal  7tahun tempoh kami kenal sebelum kawin, 364days out of 365days every year tu, mmg keja bergaduh kung kang2x. Bergaduh pasai politik malaysia, bergaduh pasai bola sepak, bergaduh pasal skincare, bergaduh pasai baju, bergaduh pasai nk makan kt mana. Aku pulak bangsa bergaduh terajang kerusi meja.Tak mainlah bergaduh mcm pompuan, tarik2 rambut, nangis2. 
Nindia anak sulung kami nk masuk darjah 1 dah....Mengaji rajin2 nak oi...

Proses bertunang, 6bulan. Kulu kilir buat preparation kt shah alam sorang2. Aku paksa budak2 opis aku buat hantaran aku.kahkah. Baju pun,tempah yg plain,pestu aku tampallah apa2 yg patut bg nmpak lawa.Masa bertunang,meriah. Family sebelah speckybee mai ramai2.Tapi dia xmai la..dia pi panjat slope kt LPT nu.Keja, cari duit, nk menikah. Skang ni, budak2 bertunang aku tgk lg grand dr kenduri kawin aku. ada pelamin bagai, siap posing gatai2 2-2 org.rilex dik..rilex..

Kad kawin aku...pi buat kt Klang.Kedai printing india, sbb pakej dia murah skit.Buleh bubuh gambaq.Aku boring la buat kad kawen pestu potostat. Aku kan penah keja kedai printing. Mana mau.Mesti nak yg grand skit.haha. Sekali keluaq doa,mempelai jadi 'mempetai'. Petai punya kedai. Dh semalaman aku tak tidoq kena perbetui balik kt tu dgn marker pen.Yg benang silver tu, aku paksa adik aku yg dduk UPSI tu mai ikat.kahkah.Semua org kena paksa rela.

Kad kawen "mempetai". CIS! CIS!





Menikah 14/12.Kenduri umah aku 16/12.Kenduri rumah Speckybee 17/12.Buleh pulak esok tu kakak Speckybee nk beranak.Kihkih...apa lagi, kami extend la lg cuti kami, nk tgk anak buah sulung. Berkat daripada anak buah sulung,hasilnya, aku xdan nk pi honeymoon betoi2 kt genting,sbb dh preggy. So, batalkanlah sbb takut kang terkeluaq plak baby time naik solero shot.

Honeymoon kami, sehari saja. Pi langkawi. Dah mak yg suruh pi. Tak tau nk buat apa. Duduk tepi pantai 2-2 org, isap rokok perisa stoberi.Teringin. Saja aku nk tunjuk kt Speckybee, sebenaqnya aku terel gak isap rokok wak kuaq asap ikut hidung. Last2 tersedak.Cis. Duduk tepi pantai tu bukan apa,saja dengan harapan pegawai agamai mai nak tangkap basah kami, pestu kami dgn bangganya bgtau, kami dh kawen la wei.kahkah.bangang apakah laaa.

Awai2 kawin, aku rasa biasa2 ja. Sebab dh kenai dia dr sekolah lagi. Dh la tak bercinta mcm org lain. Bercinta stail sepak2 meja sambil bergaduh. Aku dgn baran aku, dia dengan degil dia.What do you expect? Jangan harap la nk p duduk bercinta kt taman2 bunga mcm org lain. Nk ckp sayang2 lagi mampuslah. Ni smpai sekarang 7tahun kawin pun tak terkeluar lagi perkataan "abang" dr mulut aku panggil dia. Geli tekak weh.

Mengandungkan anak2 Speckybee ni, mmg jadi ujian hebat lah untuk aku. Bukan calang2 punya org aku mengandungkan nih. Nasik xboleh makan, jalan merangkak, mlm tidur duduk, tu benda2 biasa yg jadi bila aku mengandung kt 3-3 org anak dia.

Tapi bila dh keluaq, Ya Allah...comeinyaa anak2 dia..keluaq dari perut aku plak tu. Hilang dah sakit 9bulan dok teriak2 tu. Aku mengandung 3-3 org teruk, tp Allah bg bersalin agak mudah. Tp yg lawaknya, proses bersalin paling sakit aku rasa ms Najlaa. Lepas baby keluaq, aku buleh menangis kuat2 kt Speckybee, "TAK MAU DAHHHH! Dua sudah laaa anak kita!! Tak mauuuu dahhh!!!" Tak dan setahun keluaq pulak si Nasuha. Kihkih!

7tahun ni, masih lagi proses pelajaran bg kami berdua. Kenal hati budi masing2. Time bercinta, kenai, bukan tak kenai, tapi ada benda yg kecik2 yg kita tak tau. Bila dah kawin, baru tau..ooo..dia mcm ni...Belajar, ooo dia suka ni, dia tak suka ni..dia suka aku buat ni, aku tak suka dia buat ni.

Family kami biasa2 ja..mcm org lain jugak. Dah 7tahun ni, alhamdulillah..masih sederhana...yg mana mampu, kami beli, yg tak mampu, buat tak tau. Nk kejaq apa..Janji anak2 besaq elok, rumah ceria gelak ketawa kami laki bini, anak beranak sudah lah. 

Speckybee orgnya mudah..kalau kena cara la. Aku pun simple ja. Tak dak nk demand high2. Skill masak aku pun la ni dh semakin ok, kena dengan tekak dia. Kira dh stabil la skit family kecik kami ni.. Tapi, panjang lagi nk tempuh ni..kalau umur panjang lah. Dalam tempoh ni, rasanya kami dah semakin matang. Pandai dah calm down, relax..perangai buruk aku terajang2 meja tu, dh pupus 5tahun lepas. 

Terima kasih Speckybee..sbb sabaq. Dia ni sebenarnya, manusia yg kurang sabaq jugak dulu. Peronghoih org kedah kata. (word tu dia yg ajaq aku.) Tapi oleh kerana dpt bini yg lagi teruk kurang sabaq, dia jadi semakin penyabaq. Bagus2...tu hikmah dia.. So, bila dia cool, aku pun belajaq jadi cool. Bila aku marah, dia tanya, breakfast tebuan ka pagi tadi? Ok, terus aku gelak tak jadi marah. 

Dia jugak la pak lawak aku. Aku komplen kt kwn aku, aku xrasa nk gelak tgk maharaja lawak. Kwn aku kata, sbb hg ada org yg blh buat lagi lawak dari tu. Mmgla hg rasa lawak maharaja lawak biasa2 ja. Hum, betoi ka. aku pun xtau. Aku igt sense aku hilang kt rancangan tv. Kdg2, Speckybee tak buat lawak pun. Tapi, tah, bahasa kedah dia tu yg buat jadi lawak. Pernah aku sampai semput2 gelak kt dia. Aku syak, dia ni la punca lelah aku masa kecik2 aku mai balik.cis.

Apapun, aku nk bgtau, mmg Allah dh jodohkan kami. Aku tau aku nk kena menikah dgn dia masa aku form 5 kursus pengawas sekolah lagi. Masa tu dia tengah mengorat aku, tapi aku meluaaaaatttt kt dia.Sbb dia ala2 ustaz skit. Stgi xbuleh buat tu, tak buleh buat ni.urgh! Ice breaking program ptg tu, utk tentukan kumpulan. Aku ckp depan cermin. "Ya, Allah..aku ni,bukan ada sapa berkenan nk buat marka. Perangai pun tak elok. Aku tak mau bercinta dgn ramai2 org. Kalau buleh, biaqla sorang saja.Yg sabaq dgn aku. Kalau yg dok mengorat aku ni jodoh aku, tunjukkan lah. Bagi la dia duduk dlm group aku supaya aku buleh kenai hati budi dia." Ha tu dia doa aku masa umoq sweet 17 dulu.

Aku cabut kertas, ada lagu "bunyi gitar". Pestu kawan2 lain pun cabut gak,sapa yg dpt lagu sama kena pi duduk group tu. Speckybee cabut, dia nyanyi "bila larut malam".Aku frust gak skit.Sbb..sapa lagi nk ngorat aku woi?? Tp lepas tu, cikgu tgk kertas dia, cikgu marah dia, hoi, nyanyi ikut kertas la! Dia pun nyanyi, "bunyi gitar". Aku rasa nk melompat! So, aku confident, mmg dia ni la jodoh aku. Gaduh pi lah 364 hari setiap tahun pun, dh tertulis di Luh Mahfuz bahawasanya NOORHANIS MOHD TANIUS akan jadi bini kepada MUHAMAD FUAAD AZIZ. Nak kata apa. 7tahun sblm menikah, ada perasaan meluat2 gak. 7tahun lepas menikah, jadi sayang gilaaa! 14tahun yg pelik!

Boleh dikatakan, aku betul2 bercinta dgn dia selepas nikahla kut. Tengok dia kerja kuat, jaga aku, sayang anak2..apa yg aku nak, dia cuba adakan..kami tak kaya, tapi alhamdulillah..cukup serba serbi. Lagipun, lepas kawin, kami duduk merantau jauh nun di Sri Lanka..bukan ada sapa2. Aku nk cari pasai pun xberani la.nk lari pi mana, keliling semua laut.haha. 

Dia pun maybe tengok aku teruk2, mengandung anak2 dia,menyusu anak2 dia, jaga anak2 dia seminit tak pernah berenggang..duduk sorang2 kt umah, tunggu dia sampai ke malam, masak, makan,tidoq, mandi sama2, mungkin la timbul sayang lagi campoq kesian kut. Sama2 la kami baru nk paham erti kasih sayang yg sebenar.cewah. Apapun, semua tu hikmah Allah... Kalau kami tak susah, tak tercampak jauh dari family, aku maybe tetap dgn perangai mengada2, baran segala. Kami mungkin tak nampak pengorbanan dan kesusahan masing2..Sikit2 mengadu kt mak, sikit2 mintak tlg org. Itulah kut manisnya masa hidup susah merantau kt sri lanka dulu. Mcm aku ckp tadi, semua ni proses pelajaran kami.Yg mana baik, insyallah kami terapkan dlm hidup anak2 kami. 


Allahuakbar....anak2 la sebenaqnya pengikat kasih kami..tgk muka anak baru reti nk sabaq2.
Terima kasih anak2 mak...

Terima kasih cinta.Tunggu sampai 7tahun untuk saya pakai baju kurung dgn sarung kaki. Sy janji akan move on lagi utk jadi yg lebih baik. Tahun depan kita dah nak masuk 32tahun. Dah tak banyak masa lagi yang tinggal. Sy harap untuk kita bertemu sekeluarga di syurga. Sy mahu allah pandang ahli keluarga kita dgn rahmahNya. Terima kasih sebab ajar saya mcm2, tolong selesaikan masalah bodo2 saya, tolong angkat saya yg berat yarobi ni masuk bilik tidoq padahal portable aircond yg berat 38kilo tu dia angkat sampai ketaq2 lutut, sudi harung dugaan sama2, tak kedekut bg sy dgn anak2 mkn mcm2,buat lawak, nyanyi, masak laksa sedap, ish...mcm2 laa la benda best yg bg sy jatuh cinta ratuih2 kali.

Last but not least, wa sayang sama lu!

*kalau ditakdirkan aku tiba2 berjubah,berpudah pun,jgn risau, kwn2. Gua rock tetap rock. Tp kita rock rilex2 sudaaa...

Video simple ni aku buat smbil mkn megi tghari tadi. Kira ringkasan kisah hidup sajalah..untuk kenang-kenangan..Nk buat yg gempak2 mcm dulu, aku mana ada byk masa melengung dpn lappy nih. Anak pun dh 3.Byk lagi keja aku.kihkih. Dia tau aku syg dia sudahlah. Bukan aaron aziz mahupun harun salim bachik.cuma dia. :D


Friday, November 29, 2013

Nak beli barang UK dgn harga sale?


Barang No.1 : PHILIPS AIRFRYER

Benda ni, guna untuk menggoreng,membakar atau nk masak apa2 tanpa menggunakan minyak. Haa..jaga kesihatan kekdahya...Jimat jugak duit tak payah nk beli minyak lagi. Sangat2 sesuai utk yg ingin menjaga kolestrol dalam badan..bestttt!
Bentuk dia comel kan? 

Ni cara kerja dia..tak payah nk kalih2kan,tak payah risau nk hangit.cukup time, tarik je..sonanggg!

Ni antara makanan yg boleh dimasak.Jgn risau, buku resepi disertakan sekali. Bolehla feeling2 nigella kitchen.ewah!

Harga? okey...tarik napass...Harga biasa kt Msia, RM1199..buleh gugel. Tapi..oleh kerana anisshop hanya berminat nk jual barang2 yg sales saja kt UK, so, kita bagi murah murah!

RM 749. Haa Kauuu! Murah kan? Jap, ada lagi, termasuk postage oiii...



Barang No.2: TEFAL BISTRO NON STICK 5Pieces PAN SET-RED



Barang No.3: TEFAL BISTRO NON STICK 9Pieces PAN SET-BLACK




Dua barang kt atas tu, xpayah diperkenalkan lagi kut...Ni kalau dapat, sambil masak sambil kembang hidung..biarla goreng telur mata je pun.keh3x!

Harga: RM390- RM 395.. best tak??


Barang No.4: CUPCAKE MAKER

Wuwuwu! Comel gilakssss! Kan? Kan?

Dah tak payah gelabah cupcake nk hangit dlm oven ke hapa ke, tuang2 bahan bancuhan dlm tu, tadaaaaa! siappp!

Ni hari raya, nk buat bahulu pon boley ni...bestttt! ada 3 pilihan warna..warna omei omei. PINK,PURPLE, WHITE.

Harga: Termorahh dipasaran. RM 190 including postage baq hang.




So, marilah beli!

HIHIHIHI!

Wednesday, November 6, 2013

Telekung Cardigan yg super duper best!!

Masyarakat Malaysia, Indonesia mmg kalau nk solat sgt tertib..pakai telekung. Kalau pergi kt negara jauh2 skit, mmg xdapek laa nk jumpa telekung solat. Depa sana pakai pakaian biasa ja. Tapi yg tak bestnya, telekung dh jadi mcm benda wajib pulak. Ada yg sampai xmau solat sebab xbawak telekung? Haaa? Sanggup tinggal solat semata2 tak bawak telekung. Alasan apakah itu?Kemon la..xbest laa camni.Tak cool langsung kalau tinggal solat.Solat tu kan tiang agama.Takda tiang,habihlaa runtuh segala2nya..No..no.never do that.Tak cool langsung!

Kalau tak tinggal solat pun, solat di hujung2 waktu, sebab nk mencari surau lah pulak.Pestu dah lambat, terkocoh2 solat, xtau solat berkualiti ke tidak.Sobbs.

Selalu org2 yg macam aku,yg kuar pakai jeans,blouse,baju kurung,tudung empat segi biasa2 je..rasa xberapa nk selesa kalau nk tunai solat macam tu je. Sebab dh mmg jd customary kita,nk solat,mesti nk bertelekung.Kalau tak,mcm..eh,nampak ke tak aurat, eh..eh..tah hapa2 setan dok cucuk2 time solat tu.

Masa aku kt SL,mmg susah la sgt2 nk cari surau kt shopping complex mcm kt Msia ni.Mmg xwujud la pun. Nk solat,pegi masjidlah. Nasib baik ada masjid gak.Kalau pegi kt negara2 yg masjid pun julung2 je nampak, camno?macam aku,selalu sangat travel. Nk kena usung mcm2.Brg anak lagi,brg aku lg.

Masa panjat Adam's Peak, masa mendaki bukit kt Nuwara eliya, masa tu aku wish sgt, ada pakaian yg buat aku konfiden utk aku solat. Waktu tu aku solat pakai shirt,jeans,stoking.Solat atas tanah je.Ok mmg ok, tapi dah nama pun melayu, mesti nk bertelekung gak kalau nk solat.

Ni masa nk mendaki adam's peak.

Ni masa kt Nuwara Eliya nk mendaki world's end.

Boleh refer kisah2 pengembaraan kami yg ni di :

Bila aku jumpa telekung cardigan ni, aku rasa mcm waahhhh!! ini yg aku cari2 selama ni. Sebelum ni,kalau pegi memana, mesti solat terlambat, dh nk ujung waktu baru dpt jumpa surau. Dh jumpa surau, telekung plak, astagaaaa berkepam sampai pening kepala baunya. Ni mmg realiti yg rakyat perempuan kt Malaysia hadapi. Org lelaki senang la, sup sap2 ambik wudhuk, solat, zassss....

Aku ckp dlm hati, kan best, aku pon boleh zasss camtu. So, skang alhamdulillah...dh boleh zassss... Nak lepak kt taman memana pun okey..azan je kt henpon, dh boleh ambil wudhu', solat. Tak payah kecoh nk cari surau, xpayah kecoh nk usung beg2 telekung, boleh solat dgn penuh tenang dan di awal waktu. Aku paling benci bila org lelaki pandang aku, eeeiii..lembab laa kalau bawak pompuan. Byk songeh. Huh!

Untuk pengetahuan korang, aku daki adam's peak dgn bukit kt nuwaraeliya tu, aku sensorang je makhluk wanita paling comei kt situ. So,aku sedaya upaya xmau tunjuk yg aku ni lemah.Sebab aku rasa mcm aku jadi wakil kepada wanita2 yg lain.Hihi..aku la rasa..depa tah xrasa apa pun kot.haha.

Sempena maal Hijrah.aku nak ajak diri aku, dan hampa semua berhijrah to be a better muslimah. Solat di awal waktu, walau di mana kita berada. Dalam flight pun rasa selesa pakai baju ni,sambil solat menghormati waktu. Pendek kata, cardingan ni mmg best dan menepati apa yg aku nak selama ni.


 Nampak? Dari cardigan yg lawa dan stylo, boleh transform jadi telekung, bebeh! Love it!

 Ada banyak warna pilihan..pilih yg mana suka.

Ni limited Edition.. Cardigan bercorak. Sapa cepat dia dpt. Bukan senang nk cari cardigan labuh yg bercorak mcm ni, siap boleh transform jadi telekung lagi. Fuh.

Yg ni pulak..telekung berlengan..Sangat puas hati, xpayah risau kain telekung terselak ke, atau nk pegi melontar pun sgt mudah kalau pakai telekung ni. Best! best!


 Yg ni, satu set telekung Lycra high quality. Sangat sejuk, selesa dipakai. Nak berlama2 dlm telekung kt umah, mengaji ke, wirid ke pun best. Biasa aku kt umah, pakai telekung biasa tu, agak panas skit.Nak berlama2 sgt, anak nk menyusu la apa la..aku menyusukan dia dalam telekung, dia menggelupo, tak selesa sbb panas dlm tu. Kalau pakai yg ni, nyamannn je rasa..sambil menyusu anak sambil mengaji, wirid, selesa sangat. Dapat la berlama2 skit.

Kt mana nk dapatkan? Boleh pegi website kedai aku: anisshop.com.my.  Aku ejen berdaftar untuk semua jenis telekung yg best ni kt Malaysia.Harga aku,mmg harga minima yg supplier tetapkan.Takkan jumpa lebih rendah dari ni. Yg belum register as customer boleh register, then add brg to shopping cart, check out. Kalau xberapa faham sgt cmno nk beli, boleh refer kt bahagian bawah website, bahagian 'HOW TO ORDER'. Kalau xtau, boleh je antar request kt aku, atau whatsapps je aku. Alah, tapi korang ni mmg kaki shopping online. Sah2 la reti kann...kekeke!

Jom,kita HIJRAH!

p/s: nk tnya anything psl shaklee,no prob.whatsapps @0197123243.Bulani ni promo vivix.super duper best jugak!

Thursday, October 17, 2013

Shaklee bagus sgt ke?

Haha.. ulasan tajuk ni bakal mengundang kontroversi di kalangan ahli2 shaklee sendiri, dan juga yg jual produk2 lain.

Well..seperti yg kwn2 aku sedia maklum, aku agak outspoken. Aku ni ahli Shaklee, tapi ada benda yg tak kena kt mata aku, aku tibai serupa ja.

Dengar sini, Noorhanis Tanius nak bercakap.

Potential customers aku ada yg pm dan whatsapps, tanya aku, berkesan ke Shaklee?

Aku mcm nk tergelak. Aku rasa org2 malaysia makin malas berfikir, ataupun suka take easy benda2 yg dia patut concern.

Mula2 kita kena paham. Shaklee ni salah satu pilihan supplement antara supplement yg berlambak2 di pasaran dan farmasi. Semua produk supplement dalam dunia ni lebih kurang ja fungsinya. Brand je lah yg bezakan harga, dan adalah serba skit penambahan bahan yg membuatkan harga berbeza2. Shaklee ni pulak MLM, (multilevel marketing). So, sapa yg jual,bolehlah dapat skit2 bonus daripada hasil promoting barang tu. Kt farmasi, hg beli, hg bayaq, hg dapat supplement tu saja lah.

Bila dh nama supplement, fungsi dia cuma membantu, pendokong saja usaha2 utama kita. Pemahaman konsep tu yg paling penting.Ok, contoh: NAK KURUS. Kita kena faham, apa penyebab faktor2 kita gemuk, tujuan kenapa kita nak berat badan yg lebih ideal, apa makanan2 penyebab pertambahan lemak di badan.Tu kita kena tau, dan buat study skit. Yg supplement, sebagai bahan pelincir, membantu kita capai matlamat nak kurus kita tu. Ni, hang makan supplement satu tong, pestu hg xbuat apa2 untuk capai matlamat nk kurus tu, mmg badan hg tetaplah menjadi tong, atau bertambah lagi.

So,kena faham, apa fungsi supplement tu. Apa bahan dalam tu yg bantu kita untuk jadi kurus. Ni aku xbercakap pasal shaklee saja. Aku bercakap supplement yg general.Sebab tu, rata2 supplement, dia ada syarat2 dia. Jgn makan tu, jgn minum ni. Padahal semua sama ja. Ikut peraturan.

Overclaim
Seriously aku tak boleh terima dgn geng2 shaklee, geng2 yg jual segala jenis mak nenek supplement atau ubat2, yg overclaim, buat iklan mcm otak tergeliat. Apa benda yg korang merepek ni?

Hanya dengan makan alfalfa, minum ESP, susu badan mencurah2 bak air terjun? Hoi, gila ke? Be realistik lah. Seriously aku rasa ada brain damage dgn org2 yg mcm ni. Nak susu banyak, mesti ada demand dan supply. Kalau kau makan alfalfa sebotol, pestu minum setong ESP setiap hari pun, ko tak nak susukan anak, ko mengeluh2 susu tak nak keluar, kau bebel anak tak nak hisap susu, puting tetek ko tenggelam, dan tah hapa2 lagi alasan yg otak aku tak boleh hadam. Tolongglaaah. Stop it. Pernah dengar, "DIMANA ADA KEMAHUAN, DISITU ADA JALAN" ?

Supplement2 yg kita makan, tak kira lah, shaklee ke, hapa ke, itu cuma pendokong usaha sahaja. Sebagai pencetus rasa. Kadang2 psikologi jugak benda ni pun.Kita tak makan, susu xkuar. Kita makan, wah, susu banyak. Wah, berkesan laa produk ni,kita kata. Betul kan? Otak kita yg set semua benda tu. Supplement, alat2 yg dijual tu adalah asbab dan pencetus sahaja. Yang paling paling penting, USAHA kita.

Ok, itu satu lah. Overclaim produk berlebih2.Jangan lupa, setiap benda dlm dunia ni, ada yg baik, ada yg tak baik. Tugas kita cari yg terbaik untuk diri sendiri.


Marketing
Lagi satu benda, cara marketing yg sangat2 annoying. Terus terang ya, aku cakap, aku nak termuntah dengan cara2 marketing murahan. Aku bagi contoh Shaklee lah, sbb skang ni dh jadi mcm viral dah pulak dlm FB. Dengan overclaim produk, dengan testimonial yg tak masuk akal, dengan ayat2 yg meloyakan. Hello? Jual Shaklee tak payah show off, tunjuk ibu jari buat tanda best depan kereta mahai,umah banglo,tabur duit atas laptop. Ada keta mahai,rumah besar, duit juta2 lam akaun, rilex2 sudah..nk share dgn ahli2 Shaklee yg lain untuk pembakar semangat ke, okey lah. Ini, dh mcm MLM murahan. Ayat2 lenguh jari nk jawab email customer, ayat2 duit bapa juta masuk dlm akaun, add friend dgn semua dlm friendlist aku, PM plak member2 aku promote produk....please laa..Aku sendiri tak pm friendlist aku. Sampaikan ramai kwn2 aku komplen, kejadah apa si polan ni dok pm2 nih? Yang paling tak boleh blah, iklan nenek2, tapi dapat laki muda, pakaian pulak tah hapa2. Byk betul2 iklan merepek2 kt malaysia skang ni. Hey, come on laaaa.

Pernah tgk iklan Volkswagen? Rilex je letak gamba bayang kereta, tagline, "The icon is back."  Simple dan tak menyakitkan hati. Tapi kita tau, barang dia mahal, berkualiti. So, nk yakinkan customer yg brg kita jual tu berkualiti, janganlah bg nampak murah sangat di mata customer.Cheapskate sgtlaa..Anda bukan tengah promote barang, anda sedang menjatuhkan bisnes anda sendiri.

Aku suka iklan2 yg ada byk informasi. Apa ingredients dlm produk tu, hightlight kenapa kita mesti pilih produk tu dari berlambak2 yg ada kt pasaran. At least, kita dpt educate org, customer akan dapat buat study, pilih produk yg dia rasa dia betul2 nak. Jangan lupa, setiap rezeki Allah tentukan. Kalau customer nk order kt kau, dia order. Kalau customer nk order kt org lain pun, apa masalahnya pulak. Dh rezeki org tu. Kita ada la bahagian masing2. Jangan berhenti usaha dah la.

Consultation
Ni lagi satu yg aku menyampah. Banyak dah kejadian berlaku. Akibat diri sendiri yg pemalas dan nak duit senang. Kau jual supplement, tapi kau tak nk study, ko tak nak tanya yg lebih pakar,kau main bedal je consult org. Ujung2 customer kau datang kt aku tanya cara pengambilan supplement tu. Aku xde masalah nk consult org, aku lagi suka, boleh menambahkan ilmu aku. Aku lagi pulun study, lagi pulun tanya org sbb nak tau. Tapi be responsible laa sikit. Kau jual makanan tambahan, kau jual supplement, org tu makan masuk dlm tekak dia, kau ambik ringan. Kalau jadi apa2 kt org tu? Kalau dia ada alegy, atau penyakit2 serius yg tak boleh tolerate dgn ingredients dlm produk kau, mcmana?Ko nak tanggungjawab kah?

Please laaa...Be realistic. Aku selalu ingatkan customer aku, potential customer aku, supplement ni sebagai pembantu. Aku suka consult customer aku, mkn real food, makan benda2 yg berkhasiat, yg kita masak sendiri. Jangan harapkan supplement semata2. Zaman sekarang ni, manusia dh macam tak boleh nk bezakan real food dengan look-alike food product. Kt susu tepung budak2 overclaim ada segala mak nenek vitamin mak jadah apa, so kalau anak2 xmo makan nasik, sayur, protien, xpa, sumbat ja susu tu. Semua ada dah dalam tu. Gila! Kalau mcm tu, semua manusia xpayah makan makanan yg ada dlm dunia ni. Hadap susu tepung tu sudah lah.Harga tak payah sembang la...kaw2 taruk punya.Mengigil aku lalu kt tempat susu tepung kt Tesco tuh.

Berbalik kepada tajuk utama entry ni, iaitu soalan Shaklee bagus sangat ke??

Jawapan aku, tidak. Shaklee, atau apa2 saja produk supplement lain adalah tidak bagus jika korang abaikan benda asas yang paling penting yg patut korang lakukan untuk mencapai matlamat korang semasa pengambilan supplement itu, dan juga cara pengambilan yg salah.

Benda simple, nk kurus, jaga cara pemakanan, bersenam.
Nak susu banyak, rajin2kan susukan anak.
Nak lawa, rajin bersihkan muka, jaga pemakanan.

Semua supplement hanya sebagai PEMBANTU,PENDOKONG, PENCETUS RASA sahaja.

Hey,anis.Tak takutka, nnti hg juai shaklee, org xmau beli dh kt hg, tak laku? Geng2 Shaklee plak stgi mai hantam hang?

Ceh,aku nk takut apa? Aku bukan hidup demi duit semata2. Aku ada banyak lagi sebab untuk hidup. Kalau org xmau beli Shaklee kt aku, aku mati kah? 

Aku akan cuba consult org sebaik2nya, yg mana ada dalam pengetahuan aku.Aku akan tanya org2 yg berkelayakan sebelum consult org.Ni benda makan woi. Bukan benda main2. Aku manusia, dan manusia takkan pernah berhenti belajar selagi hidup. Dan, oleh sebab aku manusialah, aku banyak perasa. Ada benda yg aku setuju ada benda yg aku tak setuju. Aku tulis apa yg ada dalam hati aku.

Take it, or leave it. Life is simple.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...