Aku terima banyakkkkkk pm,whatsapp, email bertanyakan perihal diri aku dan Nasuha. Semua ayat lebih kurang sama, Nasuha ok ka?Hang ok ka?La ni macamana?
Aku mula2 tu nk jawab personally satu2.Tapi dengan mcm2 keja pending aku dalam rumah ni, aku rasa, lepas ni aku pulak yg biru muka berbuih mulut. Mana nk jawab soalan, mana nk buat keja yang berlambak2 ni.Mesin basuh yg rosak aritu pun technician tu tak call lagi.Jadi aku ingat, aku buat entry lah senang skit.
NASUHA
Nasuha nampaknya macam semakin ok. Dah selera makan, senyum2, main2. Tapi skang selalu marah2. Moody jugak. Selalu dia yang paling cool. Nak tido xpayah nk kena dodoi, tepuk2 apa, sendiri hisap jari, sendiri golek, sendiri tido. Sebab tu aku rasa banyak keja lagi nk kena buat, sebab dia asyik nak menempek dengan aku saja lepas2 kejadian tu. Agaknya dia pun trauma kut.
Nasuha ni aku tengok macam lambat skit dev dia dari kakak2 dia. Kakak sulung dia 6-7 bulan dah meragaih (memanjat, bridging) dah. Yg dia 7bulan baru nak meniarap. Masa 6-7bulan cubaan meniarap dia semua gagal. Pipi dia kembung sangat. Tiap kali dia pusing nak meniarap, pipi dia tolak badan dia balik. Dia pun terlentang, melalak. Dia lah lahir dengan berat paling sikit dari org lain (1.98kg) dia jugak la yg paling tembun dari org lain skang ni. Bila masuk 8bulan haritu dah banyak la jugak pergerakkan dia.Sedaq2 duduk bawah meja dah.Tapi dia pesen dia la..pesen hindustan. Guling2 saja.
Oleh sebab dia baby lagi, kita nk diagnose dia lebih2 pun xbuleh. Doa sajalah tak dak effect apa2 kat dia dari kejadian hari tu.
AKU
Sekarang ni, macam biasa, kalau lepas ja kena cucuk, mesti dia susah nk tido malam. Tu mmg aku hadap dari awal2 dia lahir lagi. Yang duduk dalam fb aku tau lah. Bila dia jadi macam tu, aku sendiri pun naik penat lah. Siang aku dgn kerja2 aku, dengan kedai aku, website kedai yg baru nak upgrade apa semua tu. Malam dengan family, dengan Nasuha sampai ke pagi.
Nampak kan aku cengei (garang) kt dalam blog. Seriously, I have no idea dgn anon2 tu. Aku tengah kusut2, dengan letih, dengan macam2 masalah, mai dok buat pandai, mai dok merepek, ckp benda yg xdak kaitan dengan tajuk. Kalau rasa meluat kat aku skali pun, tunggu2 la dulu...bagi la aku bernafas sat. Hampa xdak hati perut ka? Kalau nak mai tunjuk pandai, setakat nk bgtau suh aku sponging, suh bagi PCM, tu makcik propel menyicah jambu pun tau. Tu benda basic. Aku pun dh cerita background aku mcmana dah. Awai2 lagi aku dh bagi tau aku familiar dgn benda2 tu.Aku dulu pun taik PCM, tak cukup PCM aku tibai plak ponstan.
Aku nk terapkan natural healing sebab aku rasa dah kesan kalau skit2 dok telan PCM. Aku sebelum ni keja keluaq masuk spital ja sebab sakit. Form 5, aku menderita tangan aku mengigil2 tak boleh nak control. Aku jugak kena fine needle sebab ada ketumbuhan masa tu. Jadi tolong hormati skit cara aku na. Aku buat decision lepas byk buat pembacaan dan melalui pengalaman aku. Lagipun sejarah pembuatan ubat ..er...xyah la aku cerita. Budak2 farmasi yg dok kacau ubat tu tau la..kahkah! Lepas aku stop segala mak nenek ubat2 tu baru aku rasa diri aku sihat. Jarang2 demam, jarang masuk spital. Kalau masuk pun, time aku preggy sajalah sebab alah teruk. Ah, senang cerita, hg kenal la aku dulu, selak2 skit entry aku sblm2 ni, baru mai bagi komen. Xdelah komen yg kuar dari jari hampa tu kelihatan bebal sangat.
Tapi, dalam sakit2 hati aku dengan komen2 bodo anon tu, aku kena terima kasih gak pada anon2 tersayang. Aku lepas gigil kena kes Nasuha tu, aku kan jadi down. Nak bercakap pun xberapa sangat. Aku blh ja xmau approve komen yg bodo2 tu, tapi aku rasa, bila lagi dia mai komen, aku lagi kuat. Lagi aku lawan. Baru la aku rasa otak aku berfungsi balik.
Cuma aku harap sangat lah..sangat2..bahawa komen2 tu bukannya mai dari doktor perubatan. Sumpah aku jadi paranoid nk jumpa doktor2 kt Malaysia ni kalau betullah komen2 tak cerdik tu mai dari manusia yg study medic. Aku nak ingatkan, xdak benda dalam dunia ni, akan 100% baguih. Semua ada pro and con. Sebab apa nk kena deny AEFI? Sumpah aku xpaham. Mak dgn adik aku yg baca komen2 hampa pun gelak terkekek2. Pestu mulala keluaq ayat2 dia transfusion adverse effect dia la apa benda la tah.
Dalam blog aku ni, seketui ayat pun aku xkata aku anti dgn vaksin, kejadah apa semua. Aku rasa yg mai2 komen bodo2 kt blog aku ni, ada historical problem. Dendam kesumat yang tak dapat dilampiaskan. Tiba2, aku dgn blog aku jadi mangsa. Benda yg aku cerita ni pengalaman pasal anak aku. Lepas tu, aku nk alert org ramai, bahawa AEFI tu ada, dan GPF tu wujud. Kalau ada apa2 reaction kt anak hampa, seperti yg terkandung dalam GPF, hampa buleh buat report supaya kajian dapat dijalankan. Yg so-called doctor ni, paseipa? AEFI report bukan nk saman hampa ka, nk tutup periuk nasik hampa ka. Kalau AEFI report nk tutup periuk nasik doktor2 sekalian, xdak la doktor yang faham fungsi GPF nk bagi kerjasama. Ni elok ja doc yg aku jumpa aritu.Sebab dia paham, apa itu GPF. Dia baca. Dia sendiri mengaku, dia tak berapa tau sangat contains dlm vaksin secara keseluruhan.Tu doc senior tu, tau merendah diri. Yang doc hat baru2 ni, kulit buku medic hampa pun xrelai lagi, tudiaaa, hantam serupa dengan vaksin, ubat sajalah satu2nya penyelesaian dalam dunia ni.Tok nek hampa dulu makan ka PCM2 ni apa semua?
Dalam hidup kita ada pilihan. Kita yang memilih, dah pasti dengan diri sendiri itu pilihan terbaik kita. Hang sapadia nk komen2 pilihan orang?Hang pilih nk menikah dgn spouse hg, ada aku pi komen, eeee...xeloknyaaa..hg pilih dia buat apa?Ada? Ada ka?Bila org tu dah memilih, sepatutnya hg ucap yang baik2 untuk dia. Ada pernah hg pi kenduri kawen org, orang lain ucap barakallah kt pengantin, yg hg pi ucap, bercerai sok xtau laaa... Tapi aku xtau la kalau hg pesen manusia macam tu. Tu nama dia manusia hati busuk.
Yang dok kata aku cakap kasaq, aku rasa ni xcakap kasaq pun. Aku ada 14petala peringkat lagi aku punya kasaq.Cuma sebab aku ni org kampung,cakap pun bahasa bendang, so, aku dicop bangang, cakap kasaq.Cer hampa talipon cakap omputeh dengan aku, kalau hampa xtau tu aku yg cakap, mesti hampa ingat aku pompuan putih yg berambut emas.Kehkeh.Dare to try me? Biasala..org kedah..mmg la cakap lagu ni.Tapi hampa xtau, hati kami baik. Hampa mai umah kami, kalau xdak apa pun nk jamu, kami gagah jugak cari buah2 ka, pucuk2 ka keliling rumah bg kt hampa bekai.
Aku harap, hampa belajaq2la hormat pilihan orang. Aku jadi surirumah pun pasai aku yg pilih. Dah rezeki aku xpayah dok susah2 mcm hg pi haruk piruk keja. Laki aku kata,xpa, bg dia saja keja cari nafkah. Kalau baby aku dh besaq skit,kami dah stabil dh hidup kt malaysia ni balik, aku nk keja balik ka, nk bukak kedai offline ka, dia tak kisah .Dalam keadaan ni, akulah yg patut kesian kt hg.Bukan hg yg patut kesian kt aku.
Tolong komen ikut tajuk jugak. Tajuk besaq kes ni, CERITA PASAL NASUHA DAN KESEDARAN ORANG AWAM TENTANG KEWUJUDAN AEFI DAN GPF. Tu tajuk besaq dia. Bukan tajuk, vaksin xbaguih, saya antivax maka mari ikut saya, awak pandai ke awak bodoh, pengalaman saya belajar 6tahun, 36.8c, kehebatan PCM dan tahapa2 topik yg xdak faedah keluaq. Kalau aku sembang dgn makcik propel cicah jambu tu, aku consider la jugak. Ni sembang kemaih keluaq jargon medic, ujung2 bengap berganda.
Kalau rasa xbuleh nk jadi eraser nk padam kesedihan org, jangan dok jadi pensel pi conteng lagi kesedihan org.Sini bukan tempat nk tunjuk kemaih hg, nk tunjuk lagak.Ada ilmu, kita kongsi2. Lagi hg tunjuk lagak, lagi menjunam muka hg masuk lumpur.Sapa nk hormat hg lg dah. Ni baru aku cakap. Satlagi kalau Speckybee mai naik hantu komen kt blog ni, hampa tengok nasik pun xbuleh nak telan. Aku punya bahasa ni, bahasa kedah basuh, sebab family aku, dgn aku bukan asai kedah. Satlagi mai bahasa Speckybee yg piau kedah campoq penang satgi..xtau la. Cakap baik2, jaga santun tu sama. Banyak kali dah aku pesan. Org kedah ni, baik, tapi kalau hg dok cucuk2 suis dia, daripada hg xpaham loghat kedah teruih jadi paham.Skali hg2 malam2 tidoq mengigau cakap kedah satgi.
okey? harap paham naaa..
Sekadar gambar hiasan..
Kaki nasuha saja besaq ni, xtengok kaki mak dia lagi.
19 comments:
wahahaha...best baca ayat hangpa ni.
antara natural healing untuk Nasuha - bagi minum air kelapa segar dan bagi mandi dengan epsom salt.ada jual di farmasi
semoga ibu dan anak semakin kuat.
:))
fuhhh!!!entry yg penuh emosi...harap bom2 comey lega cepat na...hugs n kisses tuk dia ngan hang...
salam mommy nasuha..
Alhamdulillah agar semuanya kembali normal insyaAllah...
pagi2 khamis ni dok tergelak depan komputer baca entry2 sempoi n super best ni hehe...keep it up!~
Salam Anis. baru baca pasal kau dan Nasuha..Tak sangka adverse effect terhadap vaksin ni bukan kes terpencil lagi dah..tahun lepas ada kawan aku punya anak pun jadi macam nasuha..then dia pun cerita kat FB..alih2 ramai kawan2 doktor dok bagi link provaksin, walaupun tak hentam secara direct, tapi nampak dia sedih dan banyak buat research macam kau..sampai satu tahap bila org dok maki2 dia, dia cakap anak dia dalam kalangan tak bernasib baik..baru semua2 orang diam..aku yang takde anak ni jadi pemerhati je la..ingatkan kes terpencil..rupanya dah ramai anak2 kawan2 yang mengalami nasib serupa..(tapi ini bukan bermakna nasib malang)..cuma ye la macam kata kau, badan manusia apatah lagi baby kecik2 ni lain2..kita dgn adik beradik kita yg lahir satu perut mak pun - lain2 jugak..
apapun, get well soon to nasuha dan untuk kau juga..time will heal everyhting InsyaAllah.
naik takut aku baca jargon medical dalam kau punya entry
best..1st time bc blog akak..saya sukaa!saya suka! (ikt cm mei mei dlm upin ipin)..smg baby nasuha sihat2 slalu..
suka baca n3 loghat kedah nih.. hehehe
betol tuh~ kalo x boleh nak selesaikan masalah orang.. tolongggg lah jangan tambah lagi masalah orang.
sabar yer~
moga Nasuha terus membesar bagai juara. :)
Assalamualaikum...
Ssh klu org yg ad title,pangkAt sket ne mula nk tunjuk kt 1 dunia dia sorg ad sume tue.bsyukurla x kena kt dia,moga Allah lindungi dia kn...
suke suke suke nyeeee baca entry longhat kedah ni!!! drpd x phm langsung, lps baca 3-4 entry trus laju je sy baca bahse kedah ni......bestttT!!!!!!!!!!
tiba-tiba minat ikut blog anis. nanti kelik baling, oyat dih. leh geder-geder
Hahahhaha...tergelak I baca entry2 bhs kedah u..terua teringat kat sorang mamat yg femes tu ha..skang duk German tu.. yg anak dia kena bawak lari ngan bini tu.. dan-dan nak tukis plak I lupa nama dia.. wakaka..dia org Penang..mmg cakap ala2 gini la.. bunyi je kasaq tp btul apa dia kata..sama lah cam kes u ni.. bagus hak sekali sekala u sound open jer kat blog u.. ni bukan tahap BODOH dah..BODOH boleh di ajar.. tapi kalau dah campur dengan SOMBONG dan EGO, PERASAN BAGUS..memang jawapnya kena 'slap' kiri kanan atas bawah lah jawapnya.. hahahaha.. dia ingat dia Doktor dia bagus da pandai sgt ker.. takyah kekwat sgt la.. client I kat opis tu berlambak Doktor, Lawyer dan macam2 tittle lagi..still hormat cara I buat kelas, dengar pendapat I dan follow apa I ajar walaupun dorang Doktor.. ada sorang GP siap amik half way as Paed still mintak consultation I on autism spectrum yg ada kat anak dia.. padahal dia doktor tu!! Tak kena kak anak sendiri sedaplah mulut ko bercakap..air liur kan free jer?? Dah kena batang hidung hang, silap2 hang pun plan nak bunuh diri terjun bangunan cam GP tu jugak...ko doktor apa yg konon pandai sangat..ko amik major apa yg konon tau segala bagai aefi ni? Doktor vaksin ker? Kalau bukan..hang duk diam2 kat spital tu pergi tolong patient2 hang tu lagi baik..takyah meroyan lebey sgt yerk.. terlebey vaksin ker apa sampai haywire semha otak hang? Hahaha..hangin plak aku rasa ni.. ahaks! Gud job bebeh..u dah berjaya create awareness yg gomen FAILED utk buat... :)
susah orang yang tak paham nie. komen membabi buta. nway tq sgt citer pasal nie. beri awareness pada kiteorg yang kurang tahu.
nway kaki nasuha comel!
http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/09/10-tugas-macho-suami-bantu-ibu-menyusu.html
Rofl!!!! Sorry na, tak bulih tahan..
Papapon didoakan moga nasuha berkembang baik, sihat Dan cantik seperti namanya.
Hidup org utagha!!
haahhaha ... tabik 2 blah tangan ...
hope Anis dan nasuha ..ok ...sihat ... lambat cepat perkembangan anak . itu bukan penentu masa depan kan. Allah yang menentu .. memberi dan menganugerahkan utk kita. kan kan kan Doakan yang terbaik.. CA pun doakan yang sama .....
Syokkkk oooo baca slang kedah...
Well said mummy...
Alhamdullillah..
bila baca blog ni..teringar awrah ayah, dia dari kedah, kawin dgn org kelantan...dia anti bahasa kelntan...mak anti bahasa kedah...kami anak2 ni...tengok ayah sebut ayaq, tengok mak sebut air..sudahnya..anak2 boleh berbahasa kedah, kelantan, perak ( dok perak)...tak faham sgt arwah tu, tak suka kelantan..nikah org sana..sudahnya...mak masak kari taruk gula...hahahaha...dah takde yg berbahasa kedah dah dlm family...ceq rindu diaaa...btw..kami makn kari manis, sambal belacan manis...ini baru kawin campoq! nok buat lagu mano...hahahah
selalulah saya ke sini...nak baca penulisan anis...dan nak tengok nasuha..
semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah...
hugs!
anon
Bodoh.....
anon September 15, 2013 at 2:08 PM:
Tq,si 'pandai'.
Aku tang duk bahas bad knowledge tak kiralah provax ka antivax ka tu aku ok lg baca. Sbb ni ilmu pastu pakat buat la ambik decision sendiri. Tp bila komen duk bg personal attack yg tadak kena mengena teruih aku jd menyampah. Emotional paddiaaaa. Satu haram aku tak jumpa ayat yg hg provax or antivax tp dua dua side plak kemain duk perang sini. Bosanlah mentaliti out of the box ni.
Hang keep up buat awareness entry mcm ni. Aku benci org yg ingat jadi housewife ni sebab bodo. mmg ada hwife yg bodo tapi ramai jugak yg pandai. Sama gak la yg kerja pun ada jugak yg bodo dan ada jugak yg pandai. Makcik propel pun bkn semua bodo. Ada yg pandai.
Mmg punn..makcik propel lg ramai yg pandai.setidak2nya dia peringat kita suh selawat ka,baca apa2 ka.daripada yg bijakpandai suh sumbat panadol saja.dan2 teruih baik.ceh.
Post a Comment