Wednesday, September 18, 2013

Disampuk hantu Tesco. Ini betul2.bukan cobaan.

3 hari cuti hari Malaysia haritu, tengok kt FB kawan2 ada yang balik kampung, pi bercuti, mandi pantai la, panjat bukit la, terjun bendang la..mcm2. Best pulak. Aku?? Tesco. Tak dak niat pun nk pi tesco sampai 3 hari berturut2.

Hari sabtu ja berniat ke Tesco. Sebab nk pi beli ikan buat laksa. Kan minggu lepas nk buat laksa tak jadi sebab si Nasuha kena sawan tu. So, minggu ni, nak melampiaskan napsu jugak. Tambah pulak ada member nk mai umah melawat Nasuha. Boleh jamu depa skali.

Hari Ahad, terpaksa pegi lagi Tesco. Aku la yg rasa terpaksa. Si Speckybee hingaq. Sebabnya, masa hari sabtu aku beli penyapu baru. Pestu dah siap bayaq, boleh pulak tertinggal. Hish. Penyapu pun xmahai mana. Ada offer penyapu 11ringgit jadi 5ringgit. Kehkeh..Lagipun akai aku nk masuk DIY sebab hari sabtu aritu Speckybee ja sorang masuk DIY.
Kalau Imelda Marcos match kan baju dia dgn kasut, aku match kan baju dengan kereta. Dahsyat tak? Pegi tesco je naik lambo.hewhew.

Hari Isnin. Mula2 cadang nk makan kt Singgah Selalu. Pestu aku ckp kt Speckybee, jom kita pi Jusco. Dah berapa bulan tah, sejak2 Toy R us bukak kt jusco ni, kami tak masuk2 lagi. Sebabnya malas nk berebut tempat parking kereta dgn singaporean masa ujung minggu. Hari isnin ni lah masa sesuai sebab xramai kereta2 plat S yg menyemak tu ada kt negara ni. So, nk makan kt mana? Tesco je lah. Pasal aku benci nk makan dlm Jusco. Troli xleh masuk la, apa kejadah la.Pi Tesco, ada pulak pertandingan lagu patriotik. Tapi ada pondan pulak yg buat goyang gerudi atas pentas tu. Patriotik hotak apa aku pun xpaham.

Memang betul2 kena sampuk dengan hantu Tesco. Boleh dapat anugerah pelanggan tesco yg paling setia.Kahkah.

Masalah mesin basuh aku tak selesai lagi. Hari sabtu hari tu, baru nak call bagitau, cost dalam 400. Aku mcm pikir..nak beli baru je. Kalau repair kang, rosak lagi, 400 pulak lagi. Dgn kertas warranty Speckybee bagi ilang kt umah lama dia. Pegi Jusco, lalu kt Seng Q ke seng apa tah, kira adik beradik lah, ada offer machine 16kilo 1.6k je. Asal harga 2k lebih. Aku mcm tangkap leleh dah. Tapi takut xmuat pulak place kalau letak kt tempat mesin basuh lama. Ish. Tak kisah la, memana, janji baju aku bercuci. Stress hari2 basuh baju pakai tangan. Tapi bila baju dah menggunung, last2 pegi kedai dobi. Seumur hidup aku xpenah hanta baju gi kedai dobi. Ini kira tahap paling kronik.


Tada...baju siap dibasuh, siap dilipat tersusun rapi. Gila bahagia.

Aku manusia ke 28 yg pemalaih basuh baju,lipat, iron di kawasan ini. Kuang kuang!

11hb aritu besdei Uyin. Sian dia..semua kelam kabut dengan adik dia.. Tak dapat nk buat preparation byk pun. Nasib baik barang2 goodies dh beli minggu lepas. Kek pun tempah sejurus lepas adik dia kuar wad tu.






Ni pun cikgu dia yg whatsapp. Tapi dia seronok. Dia kata, dia malu kawan2 nyanyi lagu besdei kt dia. Dah besaq anak dara aku ni...Tak pa la anak..belajaq pandai2. Tak yah dok penting sangat benda yg tak penting.       Kalau ada rezeki besok2, cheq dpt nombot 1, mak buat kenduri kt cheq na.. Mak doa kt cheq.. Tu lagi berkat dari dok merawit2 benda lain. Yang penting, cheq tau, mak sayang kt cheq. Blajaq pandai2, mengaji rajin2, jadi anak solehah. Cheq nanti esok besaq jadi tulang belakang keluarga, jadi payung kt adik2 tau.

Last but not least, Laksa Cek Puad a.k.a Speckybee.. Pekat2...isi ikan penuh, manis, masam, masin, pedaih, cukup rasa. Macamana la aku tak jatuh cinta hari2 kat dia ni.Walopon aku tak suka makan laksa, tapi kalau dia yg buat, aku mmg pulun. Mahbeles baq hanggg! Duta Malaysia  sampai request nk makan laksa dia wei. Kemaih dak? Aku ingat, kalau umoq kami panjang, dia pencen2 sok, nk bukak kedai laksa online la...kihkihkih.




19 comments:

Anonymous said...

syok la dapat hantu laksa pandai masak laksa.

teringin aihhhhh!

Rasmuna Mun said...

dan lagi dok pi posing kat keta aku tuh!..nak jugekk....

Unknown said...

auwwww... syok lahhhhhh!
dapat suami pandai masak laksa.
hubby Raa pandai masak megi. hahahaha.
boleh lah.. ade gak makanan yg dia pandai masak. ahahahahaha

nita said...

sekali sekala hantar dobi okelah tu..hehehe

selamat ulangtahun Uyin.. semoga jadi anak yang solehah..

hari ni dok tengok laksa jer.. nak cari jugak lah laksa petang ni.. nak buat sendiri tu.. lain kalilah kottt :P

miss said...

Aku lapaq n tringin nk.mkn laksa paad weiiii...klu aku preggy...jenuh wei...

miss said...

Aku lapaq n tringin nk.mkn laksa paad weiiii...klu aku preggy...jenuh wei...

aNiS tHe BumbleBee said...

anon~syok la jugak..tapi jarang2 la dapat.mai time dia rajin ja la.kihkih.

aNiS tHe BumbleBee said...

mun~ puuiiiii! nak jugekkkkk!

aNiS tHe BumbleBee said...

Ra~ jadilaaa..suh masak megi asam laksa..laksa jugak tuu..kihkih.

aNiS tHe BumbleBee said...

nita~uyin kata tenkiuuu..hihi.

haa..cari2..rs mcm renyah kan nk buat laksa.sy pon,idoklaa kalo nk suh buat.nehi kabi nehi.kekeke!

aNiS tHe BumbleBee said...

as~alahhh as...hg kelik2 kt website airasia, dlm setengah jam smpai JB.mlm tu balik la penang balik.kihkih.sila2..

Noni said...

Kedai laksa online? kuikuikui...mcm mana tu? ;P

Anonymous said...

Assalamualaikum, first time baca teruih jauh cinta.. dok ngekek2 sorg.. si huby pun pelik.. baca entry yg b4.this.. nk coment tp serabut perut tgk kak anis kena attack.. kecian, anyway, happy for ur family n nasuha. Same name with my second daugther... :)







Anonymous said...

Goodie bags tu bli kt mane eh kak?

Chekgu Azrine said...

Sedapnya..tempting nampak..dah lama takbedal laksa..hehe

aNiS tHe BumbleBee said...

noni~kihkih..alaaa..mcm kt jepun tu...order online, kami pi hantaq.kehkeh.

aNiS tHe BumbleBee said...

anon September 21, 2013 at 9:13 PM ~
laa..ya ka..mak dia nama apa?awat xbubuh nama?hihi..kem salam kt nasuha lg sorang tu nooo...kekeke

aNiS tHe BumbleBee said...

anon September 24, 2013 at 11:57 AM~ beli kt DIY ja yang..murahh jaa..hihi

aNiS tHe BumbleBee said...

Chekgu Azrine~kikiki..sila2..bedal laksa..kalau nk mai umah kami pun buleh.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...