Saturday, July 17, 2010

Gaji Seorang IsTeRi..

Khas buat suamiku....



Gaji bulanan sy dulu : RM 4000 x 3tahun =RM 144,000
Sakit bersalin : =RM 5000
Jaga anak : RM 500 x 3tahun =RM18000
Buat Lawak :RM 200 x 3tahun = RM 7200

Itu belum masuk elaun2 kritikal dan elaun luar negara spt; kecederaan2 yg berlaku pada diri saya, kesusahan saya menemani awak berjuang kt negara ni,tekanan perasaan dan lain2.

Saya tak pernah minta apa2.Saya juga bukan pompuan yg high maintainance.Saya ikhlas menjadi isteri awak.Segala bayaran adalah percuma.Cuma saya harap awak tetapkanlah hati untuk menyayangi saya seperti dulu2 walaupun kita dah jadi atuk & nenek dan berbaktilah pada orang tua kita selagi mereka masih ada.

Doakanlah saya jadi isteri solehah dan redhakanlah saya kalau umur kita tidak panjang.

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

"Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka."

baca lagi kt sini. (klik je,nnti kuar tab baru)


Aku pon tak tau laaa nk kata apa dah...Dia suruh tukar guna “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Ni cheq ooi...pi mai pi mai tang tu laa jugak! Aku tak marah sgt kalau pasal naik harga tu.Tapi tak payah laaa dok pusing2 ayat.
Awat ingat rakyat Malaysia ni pakat tak mengaji tinggi kaa??

*mengaji dalam loghat utara bermaksud belajar.

notabulukaki~aku bukanlah totok kerajaan,mahupun pembangkang.Aku hanyalah RAKYAT MALAYSIA.

Friday, July 16, 2010

Sri LaNKa: Apa PaTuT AnDa TaHu?

Serba sedikit maklumat am yang korang mungkin nak tahu:

1. Democratic Socialist of Sri Lanka sebelumnya dikenali sebagai Ceylon sebelum tahun 1972.
2.Beriklim Monsun Tropika.Tp bila datang monsun barat daya,hujan memanjang.
3. Etnik: Majoritinya terdiri dari bangsa Sinhalese, Sri lanka Moor,Melayu Sri Lanka,Indian Tamil dan Sri Lankan Tamil.


Sri Lanka moors from wikipedia

Sri Lanka moor adalah hasil perkahwinan campuran antara penduduk tempatan dan pedagang2 yg datang dari luar terutamanya dari Arab.


Cam zaman P Ramlee kan? aku ambil gambar ni time Sport mix day skolah uyin.

Melayu SriLanka: Org2 dari tanah melayu telah dtg berdagang dan hidup di sini.

Aku pernah terserempak dgn seorang budak lelaki kt bandar Galle ni.Terlompat2 kt luar kedai panggil aku.Dia tanya aku org melayu ke? (in english), dan aku jawab ya.Then dia ckp melayu dgn aku!Walaupun bahasa melayu dia terbalik2,tp dia sgt teruja berbahasa melayu.Dia berketurunan melayu dan ibu bapanya masih menggunakan bahasa melayu sbg medium komunikasi di rumah.Yg menariknya, dia ckp,kt kampung dia,mmg sekampung tu org melayu.Main sepak raga,menari tarian melayu,makan cara melayu.Aku mcm nk pegi kampung dia buat liputan.tihihi..Nantilah aku cari balik no phone dia.Ada rezeki, bolehlah aku interview dia.hehe!

4.Agama: Majoriti Buddhist, Islam dan selebihnya adalah Kristian dan Hindu.
Ramai org ingat Sri Lanka ni mcm negara India.Agama Hindu sbg majoriti.Salah ye tuan2 dan puan2.Sini Bhudha.Mcm kt Thailand tu...Yg aku bestnya,dorang kebanyakannya adalah vegetarian.So,kegiatan penyembelihan binatang adalah dilakukan oleh org Muslim.Jadi syukurlah,tak susah aku nk dpt makanan halal dan xde pork2 nih.Tp,kalau kt Colombo,mmg kena berhati2.Sbb ramai foreigner yg dtg bukak restoren.Jadi pork2 konfem ada.Jd,sebab tu aku rela mkn beriani pakistan setiap kali aku pegi Colombo.Restoren lain,minta maaflah.Tak suka!

5. Bahasa: 3 bahasa utama yg digunakan di Sri Lanka adalah: Bahasa Singhale,Tamil dan English.
Xde bahasa hindustan ye tuan2 dan puan2.Ramai org ingat aku boleh ckp hindustan.Kalo betul laa...dah konfem aku feeling2 Aiswarya Rai ke, Rani Murkherji ke.wahaha! Tapi kan....byk juga perkataan2 Singhale sama dengan bahasa Melayu. Nnti aku list kan untuk entry berikutnya,wokey?


nah,duit berkepuk.padahal bape hinggit jee laa sebenarnye.hehehe!

6.Matawang: Menggunakan Sri Lanka Rupee..RM1 bersamaan dengan (lebih kurang) SLR30.Kalo nk merasa duit berkepal2, nk jadi jutawan kejap, bolehlah dtg sini.Sini Topup SLR50 pun ade.Singgit lebih je,dah ley topup handphone.wekekeke!Tp kalo nk melancong sini,xyah la tukar ke rupee dari Malaysia.Tukar ke Euro atau Dollar.Senang skit.Takat nk soping2 kt colombo,euro dgn dollar mmg diterima.Lagi senang bawak credit card.abis cerita.

hum,apalagi korang nk tau??Nnti tnya aku kt ruang komen key.Ada org tanya aku,KFC,McD,Pizza Hut ada tak kt sana?? Ada cheq...ada...jangan risau...tp kt Colombo laaa...kt Galle ni ada fast food restauran gak..tp HP laa.Hot Pack.Nak tau Hot Pack tu apa?? Nah,tgk sini.

nah, awek Sri Lanka...habuan cuci2 mata....:P


Thursday, July 15, 2010

GeLi GeLi BoNToT..


aku heran tgk org bela cicak2,iguana2 tu..sekali die lompat atas badan ko..yarkkhh!geliii!!!

Aku tak tau laaa kenapa keluarga cicak suka sgt menganggu hidup aku..Betul laa org kata, kalau kita benci something tu, dia akan datang lg dekat dgn kita...isk!!

Aku start geli cicak time aku form 5.Tengah buat keja2 komputer aku kt aspura.
Bila aku bangun,aku nmpak cicak kt kerusi aku dah cedera parah.
Aku terduduk atas cicak tu.
Tiba2 dengar suara pompuan melalak kt tengah2 aspura tu.haha!
Sumpah geli weh..cicak tu dah patah tengkuk dan nyawa2 ikan kene lenyek dgn bontot aku.
Sampai skang aku geli bontot bila teringat cicak tu.eeeiii! yek!
Mungkin sebab tu lah kut keluarga cicak semua sumpah aku.
Sampai kt Sri Lanka ni dorang kejar aku.

Baru je 2-3hari lepas aku shout kt FB pasal cicak suka masuk dlm jug air kt umah aku.
Hari ni masuk lagi! Berenang2 kuak lentang kt dlm jug tu.
Eiiiii!!!! Geliiiiii!!
Selalunya Speckybee akan tolong aku buang cicak tu kalau aku
terjerit2 histeria.
Tapi tadi Speckybee dah pegi keje.Sapa nk tolong aku nih??
Aku pon lari2 laa cari pakcik tukang kebun umah ni..
Ish, ilang pulak pakcik ni.
Last2 aku jumpa kerani owner umah aku.
Haha! Dia laa yg jadi mangsa tolong buang cicak dlm jug air aku.
Mekacih laaa Dilusha...Tanpamu siapalah aku..mueh mueh mueh!

Negara ni satu laa...byk sungguh spesis ni.Dengan bewak laa...cicak lak..sumpah2 laaa...
Geli aku..!
Tapi ular aku tak geli plak.Tak tau lah sebab apa.


see??

notabulukaki~skang aku dah bela anak kucing.Aku harap,bila kucing tu dah besar besok,boleh la dia tolong aku tangkap cicak kt umah ni...tolong mak ye nak....please....mak takut...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...