Monday, June 1, 2009

MALAYSIA PELABUR TERBESAR SRI LANKA

UTUSAN MALAYSIA,1JUN2009.

COLOMBO 31 Mei - Malaysia merupakan pelabur asing terbesar di Sri Lanka untuk empat tahun berturut-turut dengan syarikat Malaysia menerajui peranan penting dalam sektor utama ekonomi negara kepulauan itu.
Sehingga tahun lepas, terdapat 18 projek komersial Malaysia di Sri Lanka, yang bernilai RM3.2 bilion (AS$910 juta).
"Malaysia kekal sebagai pelabur asing terbesar di Sri Lanka empat tahun berturut-turut. Ini seiring dengan dasar memakmurkan jiran dan selatan-selatan," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Rosli Ismail kepada media.
Tanpa mengira perang saudara selama tiga dekad yang baru tamat baru-baru ini, syarikat Malaysia merupakan pelabur yang berminat dalam sektor telekomunikasi, pembuatan, infrastruktur, pembangunan hartanah dan pakaian.
Perdagangan dua hala juga meningkat, dengan eksport Malaysia ke Sri Lanka berjumlah RM1.4 bilion tahun lepas berbanding RM1.3 bilion pada 2007, manakala eksport dari negara kepulauan itu ke Malaysia pada RM124.73 juta (RM110.6 juta pada 2007).
Aliran perdagangan dua hala antara kedua-dua ekonomi terutamanya terdiri daripada getah, bahan kimia, peralatan pengangkutan, pakaian dan makanan yang diproses.
"Melihat kepada struktur perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Sri Lanka, adalah jelas bahawa komuniti perniagaan kedua-dua negara masih belum meneroka sepenuhnya potensi yang ada.
"Dengan kekalahan keganasan di Sri Lanka minggu lepas, tahun 2009 akan memberi peluang yang lebih lagi untuk penggalakkan pelaburan dan perdagangan dari Sri Lanka ke Malaysia dan sebaliknya," kata beliau.
Rosli berkata demikian kepada media semasa taklimat mengenai Anugerah Perniagaan Kelima Sri Lanka-Malaysia 2009 yang dijadualkan Ogos ini. - BERNAMA




Yeaaahhh!! itulah malaysiaku yg tercenta...mmg kt sini byk barang2 dari malaysia.Syarikat telekomunikasi & siaran tv berbayar pun adalah dari malaysia,DIALOG TELEKOM.barang makanan pun bykle jugak dari malaysia..mcm kopok meow2,corntos,sardin ayam brand,mayonis,dan xlupa jugak...BELACAN.hehehe..jangan terkezuuut.aku jmpe belacan ni kt salah 1 supermarket yg paling gah kt galle ni.kekekeke!
so,kalau ade rakyat malaysia yg dah kehabisan stok belacan dan tak mampu dh nak tunggu balik malaysia...skang xde masalah lagi..hehehe!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...