Thursday, September 12, 2013

Perihal Nasuha & Aku.Waktu ini.

Aku terima banyakkkkkk pm,whatsapp, email bertanyakan perihal diri aku dan Nasuha. Semua ayat lebih kurang sama, Nasuha ok ka?Hang ok ka?La ni macamana?

Aku mula2 tu nk jawab personally satu2.Tapi dengan mcm2 keja pending aku dalam rumah ni, aku rasa, lepas ni aku pulak yg biru muka berbuih mulut. Mana nk jawab soalan, mana nk buat keja yang berlambak2 ni.Mesin basuh yg rosak aritu pun technician tu tak call lagi.Jadi aku ingat, aku buat entry lah senang skit.

NASUHA
Nasuha nampaknya macam semakin ok. Dah selera makan, senyum2, main2. Tapi skang selalu marah2. Moody jugak. Selalu dia yang paling cool. Nak tido xpayah nk kena dodoi, tepuk2 apa, sendiri hisap jari, sendiri golek, sendiri tido. Sebab tu aku rasa banyak keja lagi nk kena buat, sebab dia asyik nak menempek dengan aku saja lepas2 kejadian tu. Agaknya dia pun trauma kut.

Nasuha ni aku tengok macam lambat skit dev dia dari kakak2 dia. Kakak sulung dia 6-7 bulan dah meragaih (memanjat, bridging) dah. Yg dia 7bulan baru nak meniarap. Masa 6-7bulan cubaan meniarap dia semua gagal. Pipi dia kembung sangat. Tiap kali dia pusing nak meniarap, pipi dia tolak badan dia balik. Dia pun terlentang, melalak. Dia lah lahir dengan berat paling sikit dari org lain (1.98kg) dia jugak la yg paling tembun dari org lain skang ni. Bila masuk 8bulan haritu dah banyak la jugak pergerakkan dia.Sedaq2 duduk bawah meja dah.Tapi dia pesen dia la..pesen hindustan. Guling2 saja.

Oleh sebab dia baby lagi, kita nk diagnose dia lebih2 pun xbuleh. Doa sajalah tak dak effect apa2 kat dia dari kejadian hari tu.


AKU
Sekarang ni, macam biasa, kalau lepas ja kena cucuk, mesti dia susah nk tido malam. Tu mmg aku hadap dari awal2 dia lahir lagi. Yang duduk dalam fb aku tau lah. Bila dia jadi macam tu, aku sendiri pun naik penat lah. Siang aku dgn kerja2 aku, dengan kedai aku, website kedai yg baru nak upgrade apa semua tu. Malam dengan family, dengan Nasuha sampai ke pagi.

Nampak kan aku cengei (garang) kt dalam blog. Seriously, I have no idea dgn anon2 tu. Aku tengah kusut2, dengan letih, dengan macam2 masalah, mai dok buat pandai, mai dok merepek, ckp benda yg xdak kaitan dengan tajuk. Kalau rasa meluat kat aku skali pun, tunggu2 la dulu...bagi la aku bernafas sat. Hampa xdak hati perut ka? Kalau nak mai tunjuk pandai, setakat nk bgtau suh aku sponging, suh bagi PCM, tu makcik propel menyicah jambu pun tau. Tu benda basic. Aku pun dh cerita background aku mcmana dah. Awai2 lagi aku dh bagi tau aku familiar dgn benda2 tu.Aku dulu pun taik PCM, tak cukup PCM aku tibai plak ponstan.

Aku nk terapkan natural healing sebab aku rasa dah kesan kalau skit2 dok telan PCM. Aku sebelum ni keja keluaq masuk spital ja sebab sakit. Form 5, aku menderita tangan aku mengigil2 tak boleh nak control. Aku jugak kena fine needle sebab ada ketumbuhan masa tu. Jadi tolong hormati skit cara aku na. Aku buat decision lepas byk buat pembacaan dan melalui pengalaman aku. Lagipun sejarah pembuatan ubat ..er...xyah la aku cerita. Budak2 farmasi yg dok kacau ubat tu tau la..kahkah! Lepas aku stop segala mak nenek ubat2 tu baru aku rasa diri aku sihat. Jarang2 demam, jarang masuk spital. Kalau masuk pun, time aku preggy sajalah sebab alah teruk. Ah, senang cerita, hg kenal la aku dulu, selak2 skit entry aku sblm2 ni, baru mai bagi komen. Xdelah komen yg kuar dari jari hampa tu kelihatan bebal sangat.

Tapi, dalam sakit2 hati aku dengan komen2 bodo anon tu, aku kena terima kasih gak pada anon2 tersayang. Aku lepas gigil kena kes Nasuha tu, aku kan jadi down. Nak bercakap pun xberapa sangat. Aku blh ja xmau approve komen yg bodo2 tu, tapi aku rasa, bila lagi dia mai komen, aku lagi kuat. Lagi aku lawan. Baru la aku rasa otak aku berfungsi balik.

Cuma aku harap sangat lah..sangat2..bahawa komen2 tu bukannya mai dari doktor perubatan. Sumpah aku jadi paranoid nk jumpa doktor2 kt Malaysia ni kalau betullah komen2 tak cerdik tu mai dari manusia yg study medic. Aku nak ingatkan, xdak benda dalam dunia ni, akan 100% baguih. Semua ada pro and con. Sebab apa nk kena deny AEFI? Sumpah aku xpaham. Mak dgn adik aku yg baca komen2 hampa pun gelak terkekek2. Pestu mulala keluaq ayat2 dia transfusion adverse effect dia la apa benda la tah.

Dalam blog aku ni, seketui ayat pun aku xkata aku anti dgn vaksin, kejadah apa semua. Aku rasa yg mai2 komen bodo2 kt blog aku ni, ada historical problem. Dendam kesumat yang tak dapat dilampiaskan. Tiba2, aku dgn blog aku jadi mangsa. Benda yg aku cerita ni pengalaman pasal anak aku. Lepas tu, aku nk alert org ramai, bahawa AEFI tu ada, dan GPF tu wujud. Kalau ada apa2 reaction kt anak hampa, seperti yg terkandung dalam GPF, hampa buleh buat report supaya kajian dapat dijalankan. Yg so-called doctor ni, paseipa? AEFI report bukan nk saman hampa ka, nk tutup periuk nasik hampa ka. Kalau AEFI report nk tutup periuk nasik doktor2 sekalian, xdak la doktor yang faham fungsi GPF nk bagi kerjasama. Ni elok ja doc yg aku jumpa aritu.Sebab dia paham, apa itu GPF. Dia baca. Dia sendiri mengaku, dia tak berapa tau sangat contains dlm vaksin secara keseluruhan.Tu doc senior tu, tau merendah diri. Yang doc hat baru2 ni, kulit buku medic hampa pun xrelai lagi, tudiaaa, hantam serupa dengan vaksin, ubat sajalah satu2nya penyelesaian dalam dunia ni.Tok nek hampa dulu makan ka PCM2 ni apa semua?

Dalam hidup kita ada pilihan. Kita yang memilih, dah pasti dengan diri sendiri itu pilihan terbaik kita. Hang sapadia nk komen2 pilihan orang?Hang pilih nk menikah dgn spouse hg, ada aku pi komen, eeee...xeloknyaaa..hg pilih dia buat apa?Ada? Ada ka?Bila org tu dah memilih, sepatutnya hg ucap yang baik2 untuk dia. Ada pernah hg pi kenduri kawen org, orang lain ucap barakallah kt pengantin, yg hg pi ucap, bercerai sok xtau laaa... Tapi aku xtau la kalau hg pesen manusia macam tu. Tu nama dia manusia hati busuk.

Yang dok kata aku cakap kasaq, aku rasa ni xcakap kasaq pun. Aku ada 14petala peringkat lagi aku punya kasaq.Cuma sebab aku ni org kampung,cakap pun bahasa bendang, so, aku dicop bangang, cakap kasaq.Cer hampa talipon cakap omputeh dengan aku, kalau hampa xtau tu aku yg cakap, mesti hampa ingat aku pompuan putih yg berambut emas.Kehkeh.Dare to try me? Biasala..org kedah..mmg la cakap lagu ni.Tapi hampa xtau, hati kami baik. Hampa mai umah kami, kalau xdak apa pun nk jamu, kami gagah jugak cari buah2 ka, pucuk2 ka keliling rumah bg kt hampa bekai.

Aku harap, hampa belajaq2la hormat pilihan orang. Aku jadi surirumah pun pasai aku yg pilih. Dah rezeki aku xpayah dok susah2 mcm hg pi haruk piruk keja. Laki aku kata,xpa, bg dia saja keja cari nafkah. Kalau baby aku dh besaq skit,kami dah stabil dh hidup kt malaysia ni balik, aku nk keja balik ka, nk bukak kedai offline ka, dia tak kisah .Dalam keadaan ni, akulah yg patut kesian kt hg.Bukan hg yg patut kesian kt aku.

Tolong komen ikut tajuk jugak. Tajuk besaq kes ni, CERITA PASAL NASUHA DAN KESEDARAN ORANG AWAM TENTANG KEWUJUDAN AEFI DAN GPF. Tu tajuk besaq dia. Bukan tajuk, vaksin xbaguih, saya antivax maka mari ikut saya, awak pandai ke awak bodoh, pengalaman saya belajar 6tahun, 36.8c, kehebatan PCM dan tahapa2 topik yg xdak faedah keluaq. Kalau aku sembang dgn makcik propel cicah jambu tu, aku consider la jugak. Ni sembang kemaih keluaq jargon medic, ujung2 bengap berganda.

Kalau rasa xbuleh nk jadi eraser nk padam kesedihan org, jangan dok jadi pensel pi conteng lagi kesedihan org.Sini bukan tempat nk tunjuk kemaih hg, nk tunjuk lagak.Ada ilmu, kita kongsi2. Lagi hg tunjuk lagak, lagi menjunam muka hg masuk lumpur.Sapa nk hormat hg lg dah. Ni baru aku cakap. Satlagi kalau Speckybee mai naik hantu komen kt blog ni, hampa tengok nasik pun xbuleh nak telan. Aku punya bahasa ni, bahasa kedah basuh, sebab family aku, dgn aku bukan asai kedah. Satlagi mai bahasa Speckybee yg piau kedah campoq penang satgi..xtau la. Cakap baik2, jaga santun tu sama. Banyak kali dah aku pesan. Org kedah ni, baik, tapi kalau hg dok cucuk2 suis dia, daripada hg xpaham loghat kedah teruih jadi paham.Skali hg2 malam2 tidoq mengigau cakap kedah satgi.

okey? harap paham naaa..

Sekadar gambar hiasan..
Kaki nasuha saja besaq ni, xtengok kaki mak dia lagi.


Wednesday, September 11, 2013

Laporan AEFI Nasuha Hannani Part 1 (Mengambil detail vaksin)

10/9/2013.

Oleh sebab aku yakin bahawasanya Nasuha mmg mendapat adverse effect vaksin yg diterimanya, maka aku berkeputusan untuk membuat laporan AEFI.

Laporan AEFI ni bukan untuk nk menyalahkan sapa2. Laporan ini perlu dibuat untuk memberitahu pihak2 yang terlibat berkenaan vaksin yg telah diberikan.Setelah meneliti Garis Panduan Farmakovigilans  yang dikeluarkan oleh BPFK, kesan2 yang diterima Nasuha adalah sama seperti yang dinyatakan.

Ada beberapa perkara mengenai vaksin tersebut seperti jenis vaksin, nama pengeluar, no batch serta kuantiti yg diberikan perlu aku dapatkan dari klinik di tu. Jadi, lepas maghrib semalam, kami sekeluarga pergi ke klinik untuk untuk mendapatkan maklumat yg diperlukan.

Eh,jap2..apesal ayat blog ni jadi skema? Efek dari baca GPF byk kali larr ni...

Okey, sambung balik. Aku pi kt tempat register klinik tu.Mujurla aku ni pesen peramah. Sebelum2 ni dh pernah sembang dgn staff kt situ. Rupanya dia pun mai dari kedah jugak.Nak kata jodoh,Allah pn nak mudahkan jugak kut.So,ini memudahkan lagi proses komunikasi aku nk dapatkan detail yg diperlukan tu.Mueh..mueh.

Tunggu dlm 10min, depa panggil masuk bilik doktor. Doktor tu nampak muka mcm garang. Aku takut gak salah ckp satgi dia tibai aku dgn stethoscope dia. Tapi aku yakin, niat aku baik. Aku bukan mai nk bergaduh ke, nk pi menyalah doktor ke apa. Aku nak tanya pasal anak aku, dan nk buat report untuk AEFI. Tu la saja.

Aku mula dgn ayat ni... "doktor..saya ni ada masalah...anak saya.." bla2 aku cerita la perihal nasuha dari awai sampai habis mcm aku cerita kt blog ni..

Pestu aku dgr betul2 ulasan doktor. Mula tu aku nk rakam, tapi dh doktor tu baguih..cakap lembut2 dengan aku, rasa mcm xsopan lak aku nk rakam bagai.Mcm poyo ja. Aku jadi segan kt org yg berbudi bahasa ni.

Doc tu cakap, ya mmg betul anak aku kena adverse effect dari vaksin. Dose yg anak aku terima tu, xdak masalah. Cumanya, kemungkinan anak aku ni dia ada elergik dengan protien. Dose yg anak aku patut terima, Hep B dose 3 tu. Tapi, kan klinik tu xdak single Hep B, so doctor bagi Infanrix Hexa. Infanrix Hexa ni adalah kombinasi vaksin DTPa,Hep B,Poliovirus dengan Hib.

Yg jadi masalah skang ni, Hib tu, sebab dia contain protien. Nasuha ni kira dh 4kali la Hib tu masuk dlm badan dia. Mmg sebelum ni dia ada reaction lepas cucuk.Sapa2 yg duduk dlm fb aku sblm aku jadi pemes mcm harini tau lah, bila aku post nasuha xmau tidoq sampai 3-4hari.Menangis ja keja.Tu lepas kena cucuk la jd mcm tu. Tapi aku, biasala, bangang kan, xrasa pun benda tu AEFI. 

Jadi doktor tu setuju reaction nasuha yg febrile fit (amboih,hg saja blh tunjuk kemaih? ingat aku xreti ka febrile2 ni?) itu adalah ADVERSE EFFECT, seperti yang terkandung di dalam GPF. Febrile fit tu terjadi sebab suhu badan yang tinggi. Sebab apa suhu badan tiba2 tinggi? Sebab badan Nasuha react dengan vaksin tu. Kalau aku xpi cucuk dia hari tu, dia dok saja2, dok bergelak dengan kakak2 dia, celah mana menatam febrile fit ni nk mai?

So, doktor pun setuju bahawa Nasuha memang kena AEFI. Jadi doktor galakkan aku untuk report perkara ni supaya pihak BPFK tau bahawa ada sesetengah org akan react dgn benda ni. Dia lagi tolong cari apa nama vax segala no batch semua. Yg aku tak paham, makhluk bebal yang tak berkenaan dalam cerita ni mai komen bukan2, tanya aku tau tak criteria nk report AEFI kejadahan apakah? Report AEFI is a normal thing. Mmg dlm GPF pun dia suruh promote bagi tau kesan2 imunisasi. Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan, dok kt BPFK PJ nu, tempat keja adik aku.Memang kerja ahli jawatankuasa ni pantau semua kesan advers pelalian. Jadi sila jangan menggelabah atau menggelupoq xpasal2. 

Jadi aku tanya doktor lagi, perlukah aku ambik imunisation utk Nasuha lagi lepas ni? Doktor kata, lepas ni Nasuha akan ada MMR masa umur 12bulan, dan booster masa umur 18 bulan. Doktor tak galakkan dia ambik booster since Nasuha dah tunjukkan kesan advers. Ni ayat dia. " Kita cucuk vaksin untuk mengelakkan komplikasi, tapi jika vaksin yg kita bagi tu yang menyebabkan komplikasi, buat apa nk bagi lagi?" Haaa..ni dia kata, bukan aku kata. Imunisasi adalah pilihan. Kita tak boleh paksa2 org nk ambik vax. Kita cuma boleh galakkan saja demi kemaslahatan sejagat, takut2 jadi wabak. Struktur badan org tak sama, ada boleh terima, ada yang tak boleh. Sebab tu kita xboleh paksa org untuk vax.

Dia xbagi aku ambil booster lagi dah, sebab badan Nasuha dh keluarkan banyak immunity untuk vax yg dia  dh dpt  tu.

Pestu, dia komen pasal MMR. MMR patutnya diberi masa manusia berumur 15bulan ke atas. Dia sendiri pun xpaham kenapa KKM punya schedule umo 12 bulan sebab tahap penerimaan badan dan sistem imune manusia masih belum sedia untuk terima MMR punya vaksin. Lagipun, rubella kan ada di bagi masa time skolah. So apa guna bagi MMR masa baby umo 12bulan? Haa..tudia... 

Jadi, memang doctor suruh aku buat report AEFI tu lah. Lepas ni BPFK akan buat siasatan dan hubungi aku lebih lanjut. Dan akan dikeluarkan surat khas untuk Nasuha untuk tidak ambik vax yg berkenaan lepas ni. Tu dia kata la.. Nanti tunggu aku hantar report ni dulu kt BPFK mcmana pulak kan.

So,itulah dia.Yg dok kata aku memandai2 tu, mmg aku pandai daripada hampa pon.Wahaha! Pueh hati? Aku up entry pasal Nasuha untuk menyelamatkan anak aku, untuk bagitau kt semua org, AEFI itu adalah wujud, dan kalau jadi kt anak hampa, hampa kena buat report supaya pihak2 yang berkenaan boleh memantau, boleh tau percentage kejadian ni. Tu cara dia, org nk buat kajian. Hampa dulu xpernah buat thesis ka apa?Komen super bingai semacam.

Tadi petang, member aku kt hospital baling call. Anak dia pun kena gak.Umoq 7 bulan.Tapi doktor kata, sebab lambat cucuk tu yg jadi sawan tu.Hmm..nk tergelak pun ada jugak dengaq. Tapi oleh sebab kawan aku xtau ada GDF apa semua ni, maka report tak di buat. So, rugi sorang correspondence. 

Patutnya,keja2 publisiti ni org jawatankuasa tu yang buat. Cer hampa tgk mukasurat 3, perkara 6 dalam GPF. Depa kena kempen keperluan utk report advers effect ni kt orang ramai. Ni dah jadi satu kerja aku pulak nk promosi GPF ni. Kena mintak upah kt KKM nih. Haha.

Cer hampa baca pulak mukasurat 5, perkara 8 yg kesimpulan tu. Dia kata kejayaan aktiviti (kutip data pasai adverse effect) ni bergantung pada semua anggota kesihatan dgn org awam. Dah kalau kita xbagi kerjasama, mcmana depa nak tau masalah kita? Dok la merawit sorang2 tak tentu arah.Bila org nk buat report AEFI,hg meroyan. Hg sakit ka? Ka xcukup vaksin dalam badan?Mai sini aku nk tikam hg dgn fine needle, mau?

Jadi kesimpulannya, mission accomplish. AEFI adalah wujud, dan pada sesiapa yang rasa anak dia kena AEFI perlulah buat report demi nyawa anak anda.

Akhir sekali, khas kepada anon yg suruh aku pi study medic nam tahun, buat call bapa ratuih jam apa tu..
Awat hg ingat aku study berapa tahun? Hg bercakap serupa hg sorang ja ada degree dlm dunia ni. Gaya hg tulih tu macam nk habaq yg hang ni doctor, tapi cara ulasan komen hg tu macam makcik propel sapu sampah kawasan hospital yg suka cicah jambu dgn kuah rojak mak bee petang2. Kalau betul hg ada title doc kt depan nama hang, aku ucapkan takziah la kat patients hg. Hang jangan lupa, esok2 hg duduk dalam rumah lebar 3kaki dengan 7kaki dalam tu, tok imam baca talkin, title hg tu depa tak panggei dah.

Aku minta maaf kalau bahasa aku agak kasar dlm entry ni.Aku xdak hal dengan org yang tak sependapat dengan aku.Aku lagi suka berbahas, berbincang sebab nak tau buah fikiran org lain.Aku pun kena bash gak dgn geng antivax. Tapi aku okey ja sbb cara depa bash elok dan ada input. Tapi kalau mai komen2 tak berilmiah, xbagi benefit apa, dok menambah kusut org, hg dapat sakit la. Aku rasa hampa yg baru2 mai blog ni xkenai aku lagi. Tu, nampak dak title blog aku? What u give, u get back? Hg sepak aku, aku bagi penerajang kt hg. Nama pun bumblebee. Hg mai dgn cara tak elok sarang aku, wa sengattt sama lu, kataku seperti sofi jikan. Fair and square. Nak mai komen,setuju ke xsetuju ke, biarla beradab skit.org tgh kusut2 anak sakit, bukan nk doa,mai dok tunjuk pandai.Tuhan bubuh setempek kt anak hg baru tau.

Aku juga nak bagi tips untuk sesiapa yang nk kena jumpa doktor,nak minta kerjasama kakitangan kesihatan untuk buat report AEFI ni, cakaplah dengan penuh berhemah.  Depa pun manusia gak. Kalau kita mai terjah2, mai macam nk menyalah depa apa semua, tak elok gak.. jangan ikut perangai2 anon yg mai komen bodo2 kt blog ni. Kalau kita hormat orang, cakap baik2 dengan orang, insyallah tuhan tolong kita, orang tu pun xdak masalah nk tolong kita. Aku, siap klinik tu cop nama doc yg bg vaksin,alamat, no phone klinik apa semua.

Dah tak payah dok bergaduh dah.Nak cucuk ka, xmo cucuk ka anak hampa, biar berlandaskan ilmu. Hampa sendiri yg kena buat decision, hampa sendiri jugak yg kena tanggung implikasi dari keputusan hampa tu.

Aku harap faham la kut apa aku tulis ni.Kalau xpaham aku nk translate p ke bahasa sri lanka bagi.Aku jugak berharap, xada lagi komen2 dari si bingai yg xpaham topik entry.Low class sgt laa wei mai hantam2 xpasai2 blog org ni.Mai dari ulu banat mana?

ok? kalau ada apa2, kita buleh bincang kt ruang komen.bg org lain dpt manfaat sama.

Monday, September 9, 2013

Peristiwa pukul 2 pagi ahad, yang pasti, aku dan speckybee takkan lupakan sampai bila-bila..

Aku tulis ni sebab..aku nak ingatkan diri aku, diri ahli keluarga, diri kawan2, diri semua yang membaca ini. Ini adalah penampaq jepun untuk aku, untuk Speckybee.. Kami nyaris kehilangan Nasuha Hannani, anak malaysia pertama kami, depan mata kami sendiri... Allah...

Aku lahir dalam keluarga yang punyai medical awareness yg agak tinggi, sebab mak aku one of pathology lab staff. Mmg lab tu tempat mainan kami adik beradik tatkala ikut mama on call, atau petang, atau br lepas balik skolah sementara tunggu lunch. Microscope, segala slide semua dh mmg aku kenal sejak umur 4-5tahun. Malah, pernah simpan cita2 untuk jadi medical doc bila dewasa nanti, tp telah dihancurkan oleh kegilaan aku terhadap komputer menyebabkan aku buat keputusan untuk langkah kaki ke skolah teknik. Maksudnya disini, bab2 kesihatan, nama2 ubat, apa2 yg berkaitan hospital kira bukan benda asing bagi  aku. Beza dgn Speckybee yg, it's a big NO WAY untuk jejak kaki ke hospital, bau2 hospital, makan2 ubat. Even jumpa doktor gigi pun menggelupur.Heheh.

Masa kecik, bila demam, xde masalah nk makan ubat. Dikatakan budak pandai kalau dpt mkn ubat sampai habis. Ye, anak2 aku pun sama. Aku sangat bangga bila dpt follow arahan doctor untuk bg anak makan ubat, makan antibiotik, follow the imunization schedule.Bila anak cecah 1 tahun aku pegi inject MMR, aku ckp yeay! dah siap cucuk...pandai anak ibu tak nangis! (sound familiar?you better read after this.)

Kedua anak aku complete vaksin. Bangga? Of course, nak2 pulak yg no 2 tu, touch down je kt malaysia lepas raya 2011, pegi check up, doc ckp, ada vaksin baru, rotavirus and pneumococoal. Kt malaysia ni tak implement lagi. Tp kt singapore dah.Wah, ye ke.ok,boleh lah..Cucuk lah doc anak saya ni. Saya nak yg terbaik. Berapa semua caj? RM 700.Credit card xboleh. Cash saja klinik terima.Haaa? bayar sajalah.. ini yang terbaik untuk anak.

So,aku nk bgtau, background hidup aku mmg dgn ubat dan vaksin. Yg natural2 remedy ni, buat jugak, tapi lagi percaya kt medicine.

Nasuha, anak ketiga kami. Yang pertama lahir di Malaysia..Kulitnya gebu, putih bersih. Badannya berulas2..Sekarang dialah permata hati kami sekeluarga. Kakak2 sangat sayang pada Nasuha. Nasuha kami yang selalu ketawa mengekek2 bila diagah kak long, kak ngah, Nasuha yg selalu bagi senyuman manis masa menyusu ibu, Nasuha yg sangat sangat wangi bila dicium.

8/9/2013.
Nasuha sudah 8bulan. Tapi aku delay imunization dia yg untuk 6bulan untuk mencari lagi kekuatan,untuk study lagi kesan2 imunization. Bukan setakat 1-2 org aku tanya, tapi berpuluh2. Doc, pharmacist, pathologist, aku minta pendapat. Ada yang pro, ada yang tak galakkan vax. 

Dalam kepala aku, okey, fine, mmg semua benda ada adverse effect. Even minyak angin yg biasa2 kita pakai tu, aku pernah baca dia tulis kt situ, 'boleh menyebabkan sawan." So, biasalah. Mmg semua benda akan ada effect. Cuma effect dia tak la seteruk kalau kita tak ambil langkah pencegahan. Itu mmg fahaman aku,dan aku percaya org2 medical yang lain pun ini pehamannya.Vaksin tak halal?Aku tau tu.Malaysia mana ada produce vaccine. Tapi, ustaz aku pernah ckp, kita kena ambil benda yg bawak kemudaratan yg kecil untuk mengelakkan kemudaratan yang besar. 

Lagi pulak, yg anti vax ni tah sapa2. Dia bukan ada certificate dari mana2 medical org. ke, atau kira org2 yang pakar. Selalu aku jumpa, adalah mak bapak yg anak dia yg ada masalah dgn AEFI. Ada tu ada la kut, tp berapa kerat sgt. Most doctor adalah pro vax. Ada pulak aku dgr, doc ni ckp, yg tak nak vax tu bodoh! Ada ke nk serah nyawa anak. Perkara ni aku dah lama bincang dgn Speckybee. Kami jadi 50-50. Aku jumpa vax ni tak elok, dari segi pembacaan. Bukan sikit2 journal yg aku baca. Tp still 50-50 sebab vax ni dh jadi custom hidup kita. Bila aku up, ada yg sound, hoi, just follow the flow lah! Org lain buat xjadi papepunn..ko tak sayang anak ke? Tak vax anak? Ko nak anak ko mati kena penyakit2 tu? Iye jugak. Mak aku, aku, 2org anak aku pegi vax tak jadi apa pun.. Elok jaaa..sihat jaa..gemuk gedempol pulak tu. Merepeklah AEFI.

Ya..aku lupa..tak semua org mampu tanggung kesan2 vaksin dalam badan. Aku lupa, ada manusia yg allergic xleh mkn telur, xleh makan ayam. Aku lupa semua, sebab aku boleh makan apa saja. Aku lupa ada org nasib tak baik mcm aku. Aku lupa. Aku alpa. Bodoh pun ye jugak.

Hari ahad, kami sekeluarga pegi bandar XXXX, hantar washing machine yg rosak. Dh seminggu aku terbongkok2 basuh baju pakai tangan. Penat sgt2. Nak sekalikan cucuk si Nasuha bom2. Sebelum ni ada saja halangan Allah bagi. Kuar lupa bawak buku pink la, org dtg rumah la,kena pergi mana2 lah.

Imunazation utk 6bulan adalah Hep B dos ketiga.Tapi doc klinik tu ckp, dia xde single dose untuk Hep B saja. Yg dia ada yg 3serangkai tu, Hep B, IPV dan DTap. Aku tanya, tak too much ke untuk baby?
Doc ckp, no harm. Lagipun anak aku dah delay 2bulan. Xde mende pun.. ooo..ye ke...terangguk2 aku mcm org bodoh yg xpenah baca journal sains.

Dah cucuk, kami sekeluarga happy2 pegi Tesco, sbb aku teringin sangat nk makan laksa yg Speckybee masak.Beli barang2 untuk sambutan birthday Uyin kt skolah dia jugak. Pestu pegi makan ikan bakar kejap. Sampai rumah dlm pukul 9 mlm lebih kurang, aku mandikan nasuha, dan kemas2 dapur. Siang ikan untuk Speckybee buat laksa esok. Nasuha mcm biasa, mengekek2 gelak. Tak demam takde apa yg pelik langsung malam tu. Semua biasa2 saja. Dh siap2 kemas dapur, baru sedar rupanya dh pukul 12 mlm. Sakit2 badan aku, letih sgt hari tu. Pegang kepala nasuha, ada panas skit. Check tempreture, 36.8c. Nak demam anak aku ni. Ambil kain basah, lap2 kepala dia. Menyusukan dia. Untuk pengetahuan semua, aku dh lebih kepada natural healing kalau anak aku demam, batuk atau selsema. Masa Nasuha umo 5bulan, dia ada demam skit, bwk pegi jumpa doc. Masa tu suhu 38c. Doc ckp nk masukkan ubat bontot. Aku ckp, ok ke? tak de side effect ke? Doc jawab,oo no... ubat bontot lagi selamat dari Paracetamol. Aku mcm...erk? So, maksudnya paracetamol harmful?Tapi aku tolak ubat bontot dan paracetamol yg doc nk bg.The indian doc nampaknya setuju dgn cara aku untuk natural healing. Dia kata lebih baik, sbb demam, dia akan build imune system dalam badan. Buat apa nk stop2 unless kalau terlampau panas.So, aku hanya sponging dan monitor heat dia.Esoknya dah okey mcm biasa.

So, mcm biasa, suhu 37c, aku sponging je. Then suhu turun normal. Aku tepuk2 dia..Aku tertidur.Terjaga pukul 2 pagi, pegang kepala Nasuha dah panas. Aku ambil kain basah yg mmg dah ready siap2 kt tepi aku. Tapi dia diam. Selalunya dia nangis skit kalau kain basah kena kepala dia. Aku heran. Aku basahkan lagi, dia still diam. Aku kejut Speckybee pelan2, ckp anak kita ni mcm nk kena epilepsy. Lepas tu, Nasuha pejam2 mata, dan aku hanya nampak mata putih dia saja. 

Aku bawak lari ke bilik air. Tepuk2 kepala dia dengan air. Adik! adik! aku panggil. Mata hitam dia ke atas, mulut Nasuha berbuih2, kulit dia yg putih gebu bertukar biru. Semua jadi biru. Dia kaku. Allah! anak aku dah tak dak... Allah... allah... Dia macam dah hilang nafas. Betul2 mcm dah x ada. Rupa dia lain sangat. Muka, mulut, seluruh badan dia jadi biru. Tak ada pergerakkan langsung.Badan dia keras kaku. Aku jirus2 badan dia. Aku cuba tenangkan diri. Ingatkan diri. Ini pinjaman Allah. Kalau Allah nk ambil balik, aku kena redha. Ini pinjaman! 

Speckybee suruh aku salin baju. Dia pangku Nasuha.. Dari tingkat atas aku dengar dia panggil, adik.... adik... Allah... Allah... Aku? mcm org bodoh kt atas. Cari baju apa semua xjumpa. Nak nangis pun air mata tak kuar.Aku main saruk je baju tshir dgn suar tido. Dh sampai spital baru sedar spender xpakai. Nasib baik aku pompuan xde benda nk terjulur kuar.heh.

Kt bawah, dah lama tu, baru dengar Nasuha menangis. Ya Allah..masa tu rasa lega sikit. Muka dia dh kembali merah2.. Mcm tiba2 je Allah masukkan balik ruh ke dalam badan dia. Speckybee angkut masuk Uyin dgn Najlaa yg tgh tido dalam kereta. Speckybee pasang emergency signal,bawak kereta selaju2nya. Aku? Still mcm org bodoh. Terdiam, langsung tak boleh menangis.Mujur sgtlah spital 10min je dari umah aku. Sampai ER, Nasuha asyik nangis je.Sejuk, terkejut agaknya.

Admitted ward, duduklah kami 5beranak dlm tu. Dlm pukul 9pagi, doc dtg. Check gitu2, bila aku tanya, ini sbb AEFI, doc deny. Seriously aku tak de mood nk ckp apa dari semalam. Aku pun masih dalam keaadaan trauma. Apa yg aku boleh buat sekarang, adalah untuk buat report kesan adverse effect ni ke pihak BPFK. Bagi sapa2 yg xtau, xpernah dengar pasal GPF, sila-silakanlah mencemar duli baca. Ini dikeluarkan oleh BPFK sendiri. 


Aku tulis ni bukan nk kempen kt korang suruh anti vax. Aku pun xde mood nak argue pasal pro vax, antivax apa semua. Tak payah dok mai bagi link tu, link ni. Link2 tu dh basi aku dh baca berbulan yg lalu.  Anak korang, koranglah buat decision.Aku dulu tak percaya AEFI sbb aku rasa mcm tah2 kebetulan. Aku ni bukan ada title doctor pun kt depan nama aku ni. Takkan nk memandai2 dari doctor. Tapi, bila Nasuha aku, yg sihat, yg kelakar, yg selalu gelak2 tiba2 jadi mcm tu, right away after 12hours kena jab, aku nak kata apa? Kena sampuk dengan hantu Tesco?

AEFI is real! AEFI is haunting me! Wake up people!

Cuma satu, kena ingat, ada org ok, ada org tak ok. Dan, Nasuha aku,adalah salah sorang yg tak ok dgn vax. 

Aku pun kena bantai jugak dgn geng2 anti vax. Marah aku sbb apa pi cucuk anak, sebab apa tak study habih2 pasal vax, sebab apa tu, sebab apa ni. Nk kata aku tak study, aku study. Mmg dari aku duduk SL lg aku kena hapai segala mak nenek medical term utk communicate dgn doc sana.Tak semudah mcm dok msia, pi klinik, jumpa doc bgtau, "dokter, anak saya dok teriak, kembung paaa..cer dokter check tengok?" Aku ni beranak 2 org kt SL.Mcm nk mampus aku nk terangkan kalau anak aku ada masalah apa2 kt doc. Hg pandai tera mana pun English, kalau hg xtau jargon dlm medical ,xguna jugak. 

Tapi taktaulah. Still xpercaya AEFI tu wujud. Sebab aku sihat, anak2 aku 2org pun xpernah jadi mcm ni.Sebab tu aku kata, kejadian ni jadi penampaq jepun kt muka kami laki bini. Geng pro vax mai hampuk aku, geng anti vax pun mai hampuk aku. Tapi aku no hal. Org2 yg mai hampuk aku tu, sebenaqnya sayang kt aku. Aku tau. Semua nk yg the best, betul x? Jangan risau, aku pun sayang kt hampa semua.

Dh jadi mcm ni, semua pakat hantar doa, yg kenal, yg aku xkenal. Allahuakbar... Terima kasih banyak2. Terharu aku. Jadikan kisah aku jadi iktibar. Baca dulu, ambik tau dulu apa benda yg kita nak masukkan dalam badan anak kita. Lepas tu, kita buat istikarah, baru buat decision. Vax bukan benda main2. Tak semudah yg kita dengar, bila jiran tanya, "gi maneeeee? Gi klinik...cucuk anak..." Bukan semudah itu...

Anak aku hampir jadi mayat depan mata aku...Allahurabbi..

Nasuha... kesayangan kami sekeluarga.

 Malam sebelum kejadian ngeri tu, sempat buat lawak lagi.


Admitted.

Mlm smlm, Nasuha dh discharge lepas suhu badan dia diobserve. Tak demam pun. Tiba2 kan benda nk jadi. Kalau dia berhari2 demam tu lainla aku berjaga2. Ini mmg tiba2. Tak tau lah nk ckp apa. Skang ni dia nampak sangat letih..matanya layu saja...Aku harap jgnlah ada apa2 effect pada saraf dia. Ibu minta maaf sayang..semua sebab kekhilafan ibu.


Ini sajalah yg mampu aku tulis. Minta maaf sgt, ada beratus2 pm dlm inbox aku, whatsapp, fb noti yg tak sempat aku jawab... Aku penat sangat2 sekarang ni...Untuk pengetahuan semua, sampai sekarang aku menggigil lagi. Aku still tak boleh nk menangis untuk hilangkan tekanan yg dalam diri aku. Otak aku jadi sebu. Emosi aku mcm malfunction dh. Nk gelak ke, nak menangis ke,aku pun xtau dah yg mana satu.Kaki aku baru aku rasa sakit skang ni. Tah hapa benda aku langgar masa berlari2 mlm kemarin pun aku xtau.Aku cuma harapkan doa yg baik2 untuk keluarga kami. Harapan aku, doa2 yang baik itu kembali pada kamu2 yang baik hati yg sudi mendoakan kami.

Sekian.

Thursday, September 5, 2013

Bantal Best


Haa kau! Balik kg raya, pestu terus sengapppp sampai habis syawal. Mengelakkan kesesakkan lalu lintas kekdahnya..haha!

Aku adalah kebizian, mcm dolu2 balik since biz online aku dah berjalan ni. Ni aku nk promot bantal yg best ni. Bila peluk kuar lampu.

Senang nk ajar anak tido asing.Kalau gamak takut gelap, peluk je bantal ni. Dah save duit letrik ko dari nk membukak lampu bilik sampai ke pagi.

 Bantal ni pun comeil2 untuk buat hadiah. Ko spray la skit perfume ko,pestu kasi kat marka ko. Untuk bini2 yg berjauhan dgn laki memasing pun sesuai gak.Feeling2 peluk bantal berlampu2. Rasala spesel skit.

Aku bukak order untuk 10 org yg pertama je. RM 50 including postage.Marey! marey!


Details :
Bright Light Pillow is the first light up pillow for bedtime. These night light pillows are great for kids who don't want to go to bed and fun for older kids and adults too! Bright Light Pillow comes in 5 glowing colors: Red, Blue, Yellow, Green & Multicolor. Just squeeze the pillow to turn on the bright lights! Lights auto shut off after 15 minutes. Order the pillows that light up today!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...