Tuesday, March 26, 2013

Review Product - Shaklee

Allrite, sebelum2 ni ramai member2 yg kongsi macam2 problem dengan aku. Tapi aku takde solution. Tp skang aku mcm dh nmpak cahaya, untuk aku share dgn member2.

Aku dengan Shaklee ni dah lama sebenarnya. Dari zaman mak2 aku dulu lagi. Tapi aku tak konsisten. Lagi pulak aku kt SL, nk ambik stock tu mmg ke laut lah kan.Aritu ada reader bg aku link dia kt shoutbox.Tp shoutbox aku kena attack dgn malware,jahanam terus.Dah aku terkapai2 cari ejen shaklee.minta maaf sangat2.terpaksa aku contact kawan skolah rendah aku yg jadi ejen shaklee.

So, bila dah balik Malaysia ni, aku cuba untuk konsisten balik. Aku mulakan dengan ESP masa aku preggy, set berpantang dan sekarang set menyusu.

Ni aku bg testimoni berdasarkan pengalaman sendiri ye.

Okey, aku pregnant yg ketiga dan menyusukan anak kedua. Anak kedua aku mati-matian tak nak botol. Masa tu rasa betul2 terseksa. Speckybee still kt SL. Aku sorang2, handle anak2. Penat xpayah cakap, dah tu aku kalau preggy, mmg lembik habih. Menyusu pulak lagi. So, aku ambik ESP. Yes, ESP semata. Aku xberapa tau sangat produk2 shaklee ni. Yg aku tau, ESP selamat utk pregnancy. So,aku ambik itu. 

Alhamdulillah, aku boleh survive, preggy, sambil menyusu anak, dan at the same time pindah ke JB, waktu bulan puasa. Bayangkan. Sangat xlarat. Tp pagi aku consume 2 sudu ESP + jus apa2 + oat. Sangat membantu. Aku tekankan kt sini, MEMBANTU.  Bukanlah nak kata pas minum ESP terus jadi mcm popeye, timbul muscle pestu gedebuk2 lari sana sini. Takk..tapi di saat aku lembik, ESP bagi tenaga, untuk aku masak time berbuka, untuk menyusu anak no. 2, untuk kekal cergas sampai waktu berbuka.

Lepas je bersalin, aku malas dah nk ambik set2 bersalin yg lain. Dulu masa kt SL,aku mmg ambik set Leesa formula sbb ada yg tungku tu. Tp dah balik msia, ape dehal dgn tungku tu kan..baik pakai yg batu punya.Ngeh2. Aku ambik set berpantang, dan wahh...save beratus ringgit sebab biasa set bersalin aku dlm 300-400ringgit. Pestu konfem makan tak habeh pasal anak jaundis.huuhuu!

Aku ambik alfalfa which is aku rasa sangat2 bagus aku rasa. Anak aku jaundis gak. Mmg normal la kan, nak2 premature baby.Tapi, jaudis dia turun sgt cepat. Mungkin sebab alfalfa adalah milk booster, susu aku produce banyak, baby menyusu banyak, baby pun membuang banyak. Ini yg menyumbangkan jaundice dia cepat hilang. Kemungkinan lah kan.

Tapi perkara yang paling aku puas hati pasal alfalfa, masa baby 2bulan, aku pegi pasang implanon, bersekali buat pap smear. Sebelum ni, biasalah masa preggy mmg ada discharge. Lepas tu, pas bersalin, xlama tu buat pap smear mesti ada discharge dan kena masukkan ubat yg mcm panadol soluble tu. Kali ni, sangat bersih!

Result pap smear aku yg clean & clear :)

Mcm yg dihebah2 kan kt FB korang, ESP ni bg kulit cantik, aku xberapa percaya sangat mula2.. Sebab aku mmg jenis kulit yang kering dan terpaksa pakai lotion sentiasa. Tapi bila aku start consume ESP constantly, aku perasan kulit aku makin moist. Kulit moist pada aku adalah, aku nk kuar xpayah pakai foundation utk yg kulit kering tu dah. Bedak pun xjadi cakey. Tapak kali, lutut,siku dah xkering mengelupas. Aku anggap tu sebagai bonus sbb aku xambik ESP utk kulit pun sebenarnya. Lepas dh lama2 consume, kulit semakin baik. Bila kena panas xrasa tegang dan sakit dh. Aku suka hati!!
Ni kt CA nak pasang implanon + buat pap smear.Amboii..ramai kwn pm aku kt FB ckp aku kurus.Wakakaka! Aku tak la kurus, tapi kali ni berat aku xlah naik teruk sgt. Anak tiga ni, aku rasa syukurlah berat aku tak cecah lagi 80kg. Kalau ikut keturunan aku, 80kg senang2 je tuh.

Okey, kita citer pasal berat badan lak. Pas banak = berat badan mencanak. Aku masa preggy berat xnaik. berat baby je naik. Sebab aku mmg sentiasa alah teruk. Tapi pas bersalin, dah pulak fully bf, nafsu makan aku mmg mcm setan. Pas aku bersalin Uyin, berat aku naik 5kg-10kg,pestu turun balik. Pestu bersalin bam, berat aku naik 7kg homaigod! Pestu tak turun2 sampai la aku preggy Nasuha, berat turun skit dan menten kt situ. Tak naik tak turun. Pas bersalin Nasuha, naik berdikit2, 2-3kilo, turun naik gitu. Tp, alhamdulillah, tak naik teruk sangat macam dulu2. Sekarang berat adalah 55-56kg. Target nk turun ke 50kg sudah lah. Aku rasa not bad sbb cara2 aku mentekedarah lepas bersalin Nasuha adik skit je dari Godzilla punya mentekedarah. Brownies mmg 2hari sekali aku bakar, xcampo lauk sedap2 kt msia, tak campo pegi makan yg special skit masa wiken. Ikutkan boleh naik 10-15kg gak tu. Tapi aku consume ESP pagi, tahan sampai lunch. Lunch aku makan. Malam pun aku makan. Senamrobik adalah 15 minit..bukan sehari..seminggu bai..hahahahaa!!!


Aku tak sangka baby yg lahir xsampai 2kg ni, boleh jd tembun mcm ni lepas 2bulan. Alhamdulillah.

Ni gambar latest @ 3month. Diaper saiz M dah xmampu tampung badan dia. Lepas ni share diapers dgn K.Ngah pulak. Berat sekarang aku tak sure. Bulan lepas 5kg lebih. Yg untuk 3bulan, kamis ni baru nk check up.

Itu review diri aku sendiri la. Ada lagi lain2 produk mcm mealshake yg aku bagi bam2 minum. Percaya atau tak, si bam2 tu dulu ada masalah kurang berat badan. Line kuning. Bila pegi klinik nurse membebel. Aku adalah benci kena bebel. Jadi aku try mealshake, dan nah, xpayah ckp banyak, tengoklah sendiri pipi dia yg gedabam gedebum plus kulit gebu sekarang.

So, bg sesapa yang nak try Shaklee, aku rekomen lah. Sebab Shaklee bukan ubat, dia adalah supplement.  Sebab kita zaman sekarang bukan mcm zaman nenek2 kita dulu yg makan rebus2, ulam2 sentiasa. Kita tibai kepsi lah, togok air gas lah, jajan mak nenek apa semua xkira lagi. So, supplement ni lah yg akan back up zat2 badan yg patutnya ada dalam badan kita tu dari hilang.

Untuk yang berusaha nak dapatkan zuriat,ada masalah keputihan, untuk yg preggy, untuk yang berpantang, untuk yang menyusu, untuk yang nak kurus, nak gemok,nak sihat, nak lawa, aku sajes try Shaklee. Tapi janji consistent lah. Apa2 benda pun kalau kau tak istiqomah, mmg bai bai laaa kan.

Nak beli Shaklee, boleh beli dengan aku pun boleh, nk beli dgn org lain pun boleh. Buat masa ni aku jadi member bukan untuk bisnes pun. Aku yg consume dan share dgn family. Tapi kalau nk beli dengan aku pun, di alu-alukan lah.Aku mmg bagi buta2 harga ahli pun. Untung2 aku dpt bonus ahli ke. Kan ke bagus tolong surirumah yg lemah mcm aku ni.Kehkeh!

Kalau nk tanya apa2 pasal Shaklee, boleh email aku kt artneys@yahoo.com(email ni je aku on kt hp.aku slalu malas nk bukak lappy). Nak whatsapp/sms pon boley @ 0193297199. Kalau rasa2 nk pegi beli sendiri kt Shaklee pun boleh, tp kalau ko pegi nonong tanpa ada membership, ko dapat rege retail. Jadi korang boleh lah pakai ID shaklee aku 908304 untuk dapatkan harga ahli. Kurang2 kalau point aku banyak, dapat lah aku duit sikit.Hihi.

Pasni, yang selalu ngadu kt aku pasal problem tu, aku harap problem korang solved, atau sekurang2 nya getting better. Aku hanya share pengalaman. Mana la tau, kut2 kena dengan korang ke kan. Syukur alhamdulilah lah.Kita berusaha, Allah yang tentukan. Janji usaha tu ada. 

#smile.

Monday, March 25, 2013

Perasaan Berbaur

Hari ni, result New Castle dah kuar. Humm.. calon simpanan. Simpanlah ko sampai aku jadi mumia. Macam2 perasaan ada dalam hati ni. Ada gembira, ada kecewa.

Aku kecewa sebab, aku suka tempat kerja tu, sebab dekat sangat dgn rumah, dengan office Speckybee, dan ia adalah International Medical Uni. Gaji aku xberapa kisah sangat sebab bukan point utama aku nak keje. Cuma kalau aku bergaji, dapatlah pakai nama aku untuk beli rumah kt Johor ni. Aku cuma nak escape. Escape sekejap untuk makan dengan tenang, berak dengan tenang, jumpa manusia dewasa dan bercakap2, boleh pegi shopping hari jumaat tanpa ada Speckybee yang temankan dan komen itu ini, pegi beauty parlor, hang out dengan kawan2 dan mcm2 lagi benda yang aku buat masa dulu2. Kesimpulannya, aku nak temporary freedom. Sejak ada anak, semua benda tu memang dah xde dalam kamus hidup aku. 

On the other hand, aku agak happy jugak. Sebab aku rasa macam xberapa sedia lagi nak bersiap pagi2, rush nk pegi keje, anta anak2 pegi nursery, anak melalak2 sedih kena tinggal, dan byk lagi benda2 yang aku xberapa gemar terjadi pagi2. Bila pagi dah hilang mood, boleh membawa sampai satu hari. Payah aku nak senyum satu hari tu kalau pagi aku dah doomed.   Beberapa hari lepas aku attend interview, si Cu'a tiba2 refuse bottle. Dah sudah! Sebelum ni okey je. Aku rasa, petanda dah yg dia tak nak aku tinggalkan dia. Aku bgtau Speckybee dgn beberapa kawan aku. Semua cakap, alaa, nanti okey la tu. Aku macam..hurm...it's not  ok, sbb naluri aku rasa, dia mmg xnak sampai ke sudah. Dh macam si Bam dulu.

Perkara yang membuat aku rasa lega, satu je. ada HIKMAH. Yes, hikmah. Maybe kalau aku pegi keje, family aku tak happy mcm dulu, anak2 yang tak biasa duduk dgn org jadi cranky tak habih2. Itu bab anak, xmasuk keperluan bapak dorang lagi. Bab aku pulak, maybe aku xberapa happy keje kt situ memandangkan semua malays kt situ muka mcm nak menopause atau tgh bergaduh laki bini. Eh, stress tau keje dgn org xreti senyum ni. Aku nk g keje pasal nk gelak2 dgn member, kalau pegi keje nk stress2, baik aku hadap anak2 aku kt umah, boleh jugak bergelak ketawa dgn budak2 ni. Mungkin jugak ada org yang sangat2 memerlukan pekerjaan untuk hidup, berbanding aku, yg hanya nak escape dan buat benda2 merapu masa zaman anak dara dulu.kan?

Tak pelah. Aku redha. Sebelum pegi interview pun mcm2 benda jadi, aku sakitlah, Cu'a cranky mlm2 lah. Salah aku  pun. Tiap kali solat, aku xpernah pulak mintak kt tuhan untuk dapat keje ni. Aku cuma mintak, berikan aku yang terbaik. Jadi inilah yang terbaik untuk kami semua. Aku terima. Asalkan family aku happy. Shopping, errr...mcm biasa...online sudahhh... Semoga Speckybee dapat banyak banyak banyak bonus tahun ini supaya aktiviti online shopping boleh berkembang pesat lagi. Kihkih!


Pendapat aku, rezeki Allah bagi bukan kt pekerjaan, gaji semata. Mungkin kalau aku keje, ye, aku dapat gaji, tapi mungkin aku terkejar2 sampai xsempat mengaji, nk buat dhuha ke apa kan. Mungkinlah jugak rezeki yang Allah turunkan melalui Speckybee hasil doa2 kami anak beranak. Sapa tau.



Inipun rezeki..senyummmm semedang.hihihi!


Cinta, kasih, sayang.


Ingat2 balik, setiap kali aku preggy, bersalin, ada jee rezeki Allah bagi. Spckeebee naik pangkat, Speckybee naik gaji, lepas susah2 nk dapat rumah sewa kt johor, tiba2 last minute dapat, tengah sesak2 nk pakai duit, tiba2 dtg duit tu.Alhamdulillah...tumpang rezeki anak2 syurga Allah yang comel2 ni. In fact, aku nak apa lagi? Tak mewah, tapi serba serbi Speckybee sediakan, cukupkan. Malah rasanya, hidup sekarang lagi mewah dari zaman 2-2 keje dulu. Lebih relax dan terurus. Takpe lah anak2, takde rezeki ibu nk keje mcm org lain. Ibu akan bersama2 kamu sampailah Allah kata, kamu semua dh ready, dan ada panggilan lg untuk ibu.

Takpun, Allah suka tengok ibu jahit baju kurung untuk anak2 ibu agaknya? hihihi!

Friday, March 22, 2013

Emak vs Anak


Tarak idea nk update blog. Tapi nk cash out duit nuffnang gak. Kena la up byk2 entry skit.Kakaka!

Well, gambar ni aku post kt FB minggu lepas. Sebab sebelum2 ni ramai sgt org tanya, eh, lain la muka bam. Ikut muka sapa ar? Aku garu2 kepala. Kalau comel, sah2 la ikut muka aku khenn. Kehkehkeh!

Nah, ini buktinya:




Dulu masa kecik2, camtu lah rupa aku. Mak2 sedara, kawan2 mak aku kata aku mcm jepun. Yalah, tu masa kecik. Dah tua bangka ni, jepun dah jadi indon.kahkah!

Sampai skang aku xberani lagi nk pakai tudung awning. Sebab kalau pakai, mmg sebijikkkk aaahhh dtg dari seberang...Sobssss!



Thursday, March 21, 2013

Sew like a Boss


Tajuk kalau xberlagak tak sah. kehkehkeh!

Lepas aku upload gamba baju yg mcm taik 2 hari lepas kt blog, terus mak aku talipon aku. Suh aku balik kg belaja dgn dia. kehkehkeh! Bila masa lah aku nk balik kg belaja buat baju. Aku kan sentiasa merantau. 

Pagi2 buta semalam, pukul 3 pagi, Si Cu'a (nasuha) bangun terkebil2 tanak tido dah. Haih, nk ajak mak qiamullail la tu. Aku pun turun bawah, tukar diapers dia suma, nak tidokan dia. Sambil2 tu, aku try buat pola ikut sample baju yg sedia ada. Yang leher, aku gunting pola yg dia dh bagi siap2 dalam buku Yasalma. Aku tobat dah xnak buat pola leher sendiri pasal konfem jahanam mcm haritu. Kahkah! Pestu slow2 potong kain, sambil2 tunggu subuh, sambil buat breakfast, sambil tidokan Cu'a balik.

Well, dunia, aku mahu kongsi kejayaan kecil aku semalam.

TADAAAAAAAAAA!!!!

Adala improvement skit kann.. Baju kurung ni xpayah kekek. Ada kekek  mcm haritu pun aku boleh buat, cuma mcm byk part yg kita kena sambung. Jadi, si pemalas mcm aku memilih untuk buat baju stail gini. Ada cutting lg wokeh.



Ok, kita close up skit tang leher.ngeh ngeh!




Pelapik tu...humm..ampunkanlah. aku xberapa paham lagi konsep dia. Tang kemasan, dulu masa kecik2 mak aku ada ajar aku jahit mata lalat, tapi dah lupa dah. Maka, aku sulam je sudeh leher tu. Nanti2 lah aku cari tutorial untuk tu.


Mari kita pakaikan kt anak dara tembam kita.

 Anak dara sangat senyum macam tu. Bam tengah cuba buat2 bg tulang pipi timbul bg mengkaburkan pipi dia yg tembun tu.


okey, kain aku belum buat lagi. Sebabnya, 2meter kain yg aku potong utk baju bam dah digunakan. 1meter utk baju yg dah jahanam tu, satu lagi yg better skit ni lah kan..hahaha!


Terima kasih Allah...berikan aku lagi satu ilmu.. Aku harap, langkah pertama aku ni, membuahkan hasil lah. Kalau selalu2 berlatih, insya allah merasa lah raya tahun ni aku dgn anak2 pakai baju aku jahit sendiri. amin....Tihihihi!

Usaha tangga kejayaan. Aja aja Hwaiting!!!!!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...