Tuesday, December 25, 2012

BARuu


Hi,
Gua dh bersalin.
@35weeks.
Anak gua,opkoslah comel mcm gua.
Nanti gua upload gamba.
Gua bz skit skang.
Maklomlah...anak dh tiga..
Hewhew!

Friday, December 14, 2012

6



Hari ni ulangtahun perkahwinan kami berdua yg ke 6.

Apehal intro mcm pestime tulis blog?kahhhkah!

Well, pagi2 dlm pesbuk,wah, ramai yg share tarikh islam harini 1/2/34..tarikh cantek! Ye,tarikh arini sgt cantek. Tapi aku yg tak cantek2, mood adalah mandom gila. Dari semalam sampai ke pagi ni hujan, dgn Speckybee takde pegi kursus kat bangi. Sampai skang ni aku tak mandi2 lagi.Kehkeh! Bz melayan budak2 and buat chores yg tah bila tah nk habis.

Berbalik kepada 6tahun tempoh perkahwinan yg dibina, 6 tahun ni adalah 6 tahun yang termanis dalam hidup aku. Termanis sepanjang 6 tahun tu, bukan xde yang pahit, (tak logik sgtla hidup tanpa ada pengalaman pahit) tapi yg pahit2 tu dah dipositifkan jadi manis. Bak kata Ukays, pahit akan manis akhirnya.

Fasa 5 tahun pertama kehidupan kami, aku ambil keputusan untuk tinggalkan kerjaya dan bina keluarga. Aku tak sure itu langkah bijak ke tak, tapi oleh kerana aku suka perasan bijak, maka aku katakan itu adalah satu langkah bijak.kahkah! Kami bakal memiliki 3 puteri (sorang sedang geduk2 dlm perut mahu keluar) yang indah buat masa ni.

Fasa kedua perkahwinan kami, adalah penumpuan untuk kerjaya dan futher study, in shaa allah. Maka dengan itu, proses pembinaan keluarga bakal diberhentikan buat seketika dgn bantuan doa kepada Allah dan implanon.Kihkih. Nak besarkan 3org anak dara bukannya senang, bak kata org tua2, jaga lembu sekandang lagi senang dari jaga sorang anak dara, inikan pulak 3 kandang lembu. Sila bayangkan.Tsk!Tsk!

Bila dengar talk2 dari pakar motivasi, 5tahun pertama adalah yg paling mencabar sbb untuk mencari titik penyesuaian antara laki bini dari 2 dunia dan perangai yg berbeza. Cabaran untuk fasa kedua dan seterusnya pulak adalah untuk maintain. Tang maintain ni la hazab skit. Alangkan badan pun susah nk maintain, inikan pulak bab2 emosi mainan perasaan.

Time ni, saham lelaki adalah tinggi. Sbb dia ada kerjaya yg kukuh, maka ramai lah (perempuan) yg ingin masuk dlm hidup dgn harapan untuk cuci kaki saja. Tapi ko mana tau, ko nk masuk umah cuci kaki ataupun ko kena cuci rumah tu?Kahkah! Hanya laki bini saja yang tau tahap kewangan keluarga. Sbb tu ada lelaki yg  xberapa berduit tapi nak menggatal jugak hidupnya jadi hazab lepas jumpa perempuan yg bercita2 jadi pencuci kaki (apakah terma ini??).

Pada aku, it's up to you. Lelaki bijak dia akan fikir apa yg dia dh miliki, lelaki kurang bijak pula akan berangan tentang apa yg dia bakal miliki (yg tah tentu ke tidak!) But, being me, i dont even care. Baik aku jaga diri sendiri, dan naikkan saham aku diri aku. Saham apakah? Apa2 aje lah, kecantikan diri ke, kerjaya ke, atau pun kerohanian diri yang kental. Part lelaki, aku malas nk sibuk2. Pandai lah dia jaga diri dia, hati dia. Yang penting tahap penerimaan aku nih yg penting. Kalau tetiba balik umah (nauzubillah), Speckybee pegang tangan aku, cium dahi aku, lepas tu dia ckp, dia nk kawen lagi, apa patut aku buat? Terajang telornya kah? atau maki hamun dia kah? Atau blah naik keta, bawak laju2 langgar pokok dgn harapan aku mati cepat dan xpayah lalui semua tu? Well, kt situlah kebergantungan pengalaman hidup dan kematangan fikiran bila aku dah sampai tahap umur mcm ni.

Buat masa ni, sebagai homemaker, aku adalah juga masa2 senggang untuk pembangunan rohani aku. Aku dapat byk bezakan perangai time aku muda2 dulu, time asyik kerja dan xcukup masa, dgn sekarang ni. Seriously, aku 50% lebih sabar dan cool. Aku tak sure sbb faktor umur, persekitaran atau usaha pembangunan rohani aku kah penyebabnya, tapi aku mmg sedar aku byk berubah dari dulu. Maka, aku berkeputusan, aku hanya perlu tingkatkan saham diri dan berdoa untuk untuk tidak jadi perkara buruk pada keluarga kami. Kalau si lelaki rasa, perempuan di luar adalah lebih baik dari isteri sendiri di rumah (you wish) maka silakan berfikir dan berfikir lagi. Kalau rasa otak dah tak mampu fikir sbb digenangi imajinasi2 yg melampaui batas, renung2kan bank statement dan hutang2 yang ada. Segeralah ambil air sembahyang dan solat sunat taubat.Kehkeh! Tapi kalau rasa sgt mampu gila2 dan berlaku adil, dipersilakan teruskan niat itu sbb dalam Islam xde melarang pun. Pandai2lah kau timbangkan diri kau.

Buat masa ni, aku dgn Speckybee masih lagi di alam percintaan. Aku harapkan alam percintaan ni sampai bila2, sampai both of us kerepot dan bertemu di alam lain. Aku selalu doakan yang terbaik untuk dia, dan aku tau dia pun doakan aku. Harap2 benteng kekuatan tu bertahanlah. Dia dapat tengok pengorbanan aku untuk dia, mengandungkan, mempertaruh nyawa lahirkan anak2 dia, jaga anak2 dia. Dia pun byk berkorban kerja siang malam, itu ini melayan keperluan keluarga. Semoga pengorbanan2 tu jadi buah penampar di pipi masing2 bila tiba2 terfikir nak menggatal/test power dgn org lain.

Dia tanya aku, Aaron aziz dgn Fuaad aziz sapa lagi hensem? Sampai hari ni dia tunggu2 jawapan dari aku. Mari aku jawabkan. Saya sangat suka tgk muka Aaron aziz, bukan Aaron Aziz saja, malah Beto Kushairi jugak.Kehkeh! Tapi kedua2 org tu tak dapat buat aku cair, tak dapat buat aku fetish atau apa2 sajalah yang mengusik emosi aku kecuali kamu, ya kamu wahai Encik Fuaad Aziz! Walaupun kamu xbuat apa2 godaan terhadap saya, sy tetap teringat2 kamu setiap masa. Kamu adalah abah kepada anak2 saya yang comel dan bijak, kamu adalah penjaga atau hero saya yang paling hebat!

Kamu tau tak, masa sy terserempak Aaron Aziz dekat Shell Damansara tempoh hari, saya tak rasa pun nk pegi bergambar ke atau gedik2 tegur dia, bukan sebab saya nk terkencing sgt2 atau berebut nk masuk tandas, tapi sebab saya ternampak kamu lebih sexy pulak time pegang nozzle isi minyak tu dari si Aaron Aziz yg pakai topi hitam dlm keta sport dia.Sumpah! Eh,jangan pulak kamu tuduh saya suka tengok bangla pegang nozzle pulak. Cuma bila kamu yg pegang je lah,hoi! (jadahnye gua nk stim tgk bangla pegang nozzle plakk!) Sebab saya teringat, waktu lepas SPM, kamu pernah keja jadi tukang isi minyak, semata2 nak beli henpon,(masa tu,henpon adalah kategori luxury item) takut2 bila kita terpaksa duduk uni jauh2 nanti kamu xdapat dengar suara saya setiap hari. Dan,kamu harusnya tahu, hati saya hanya untuk kamu lepas saya sign surat nikah pada tarikh ini, 6 tahun yang lalu. Jadi tak perlulah kamu nk tanya soal hati dan kasih sayang saya.  Kalau tak sayang, yg menendang dalam perut saya ini apa? Walaupun saya tau, nyawa saya bakal digadaikan lagi. Saya cintakan kamu dan saya harap kamu dapat terus bimbing saya menjadi hamba kecintaan Allah dan rasul. Itu yg saya harapkan :D

Thursday, November 29, 2012

Dugaan...lagi.

Ohoiii...anak malaysia..byk sungguh dugaan time mengandungkan kamu.Semoga kamu jadi anak yg solehah besar nanti. Bape kali nak anta mak masuk spital? Mungkin cita2 kamu dari dalam perut nk jadi doctor agaknya??

Sorry pada kwn2 yg bertanya.Ramai sangat yg sms,wassap,fb,pm semua, xlarat aku nk jawab sorang2. Maka aku buat entry menjelaskan keadaan aku skang. Tima kasih byk2 sbb sudi tanya khabar aku. Terharuuuu.... Sobbbsss!

Okey,aku citer ikut flow,supaya korang tau apa dah jadi kt aku sepanjang minggu lepas. Aku pun boleh trace balik besok2 bila2 aku rindu nk baca pasal pregnancy anak malaysia nih.

21hb Nov 2012
Kami sekeluarga akan balik kedah hari ni. Untuk walimatul urus adik ipar aku. Yg komander masuk TV pasal special force tu..kekekeke! Adelah excited gila2 sebab nk tgk geng2 sword-bearer la kan.Pestu sbb nak makan durian puas2 kt kampung dgn lauk pauk kenduri.Oh,heaven bila terbayang2. Speckybee kerja hari ni. Pukul 6.30ptg baru balik. Hari ni aku tak masak.Sbb dapur dah siap kemas. Pagi dalam kul 10 gitu aku bawak budak2 ni jalan kaki kt kedai depan tu utk beli lunch ktorg.Hazab jugaklah bawak 2-2 budak2 yg huru hara tu.Bam2 kejap jalan,kejap nk berdukung. Balik tu, aku ada start sakit2 skit.

6.30ptg
Speckybee balik.Ktorg semua dah siap tunggu dia je.Angkut barang2 masuk keta, terus gerak.Speckybee dgn baju2 keje dia drive. Drive punya drive,aku heran apesal JPO ada kt sebelah kiri aku. Ya,ampun. Salah jalan. Buang karan sejam.Ceh. Pestu teruskan perjalanan pegi Kem Sg Udang,Melaka. Sampai dalam kul 10 lebih sbb benti utk solat,pegi toilet pung-pang2. Ambik adik ipar aku (the pengantin) dan segala pedang sakti apa semua untuk majlis kawen dia.Singgah makan kejap sebab masing2 kebuluran bernanah perut dah. Pukul 1pagi, gerak ke UM ambik adik ipar aku sorang lagi.

22hb Nov 2012
3.00 pagi- sampai UM.Pestu antar the pengantin pegi umah kawan dia sekali dgn barang2 kawen dia. Kami bergerak menuju ke utara. Speckybee dah start berhalunisasi. Letih ya amat2. Baru balik keja kan. Aku xberani drive sbb aku dah start rasa sakit2. Lagipun bijik mata aku mlm2 adalah rabun ayam. haha. Maka,berhenti rehat.Speckybee tido,aku main word search.Pestu dia bangun mandi, sambung drive balik. Pestu ada benti kt mana lagi tah. Kt area Perak. Sbb dia dah xlarat sangat dah. Tido. Aku xberani tido.Takut kang tak terjaga satu hal,pestu contraction aku makin teruk. Janganlaa dibuatnya bersalin kt tengah2 hiway niii... Breakfast kejap,bagi segar2 skit,then teruskan perjalanan ke Kedah.

11pagi.
Gila kau 17jam perjalanan. Sampai umah MIL aku.Dorang tgh bz pack2 doorgift. Aku tak dapat tido sgt sbb budak2 ni kan dah segar bugar.Pegi lepak masukkan doorgift dlm beg2.Sembang2 lebih kurang,masuk bilik lurus2kan badan. Sakit datang sekejap2.Rasa mengantuk gila2 tapi dah sakit,haruslah menggelupur atas katil.

Malam sampai ke pagi
Mmg haru biru.Org tgh sebok2 buat keje kawen,aku menggelupur sorang2 atas katil. Aku pasti sgt servik dah terbukak skit.Umah MIL xde toilet duduk, so aku boleh rasalah kan OS tu. Patutnya pagi besok, semua pegi Penang untuk majlis akad nikah kt umah pengantin pompuan. Tapi oleh kerana sakit yang menjadi2, aku,Speckybee dgn si bam2 je tak pegi. Uyin aku pass kt dorang ikut.

23hb Nov 2012
10pagi
Pegi Pusat Bersalin Mahsuri kt Jitra. Siap bawak segala brg baby.Takut kang terbersalin. Doc kt Mahsuri check, OS dah bukak 2cm, kedudukan baby adalah breech,tali pusat ke bawah,tutup laluan, berat baby baru 1.6kg.Kemungkinan operation akan dijalankan.Kalau ketuban pecah time ni,takut2 tali pusat tu yg kuar dulu. Dia tak boleh terima kt klinik tu, so dia refer aku pegi Hosp. Alor Star terus. Sebab PMC dgn KMC pun xde ventilator machine, kalau pegi pun, mmg dorang akan tolak jugak ke GH Alor Star.Air mata aku start menderu2 dalam keta. Sebab mengenangkan baby yg baru 1.6kg tu,pestu nk kena duduk dlm inkubator, mcmana aku nk susukan apa semua. Kalau ada apa2 komplikasi lagi, mcmana?

Sampai GH,terus masuk wad bersalin, dorang check VE,jantung baby, tahap contraction semua.Check kalau2 aku ada UTI, maybe sebab tu ada contraction awal. Tapi urine aku semua clear. Threatened Prem Labour. Aku kena masuk wad CMR stand for control,monitor room ke apa tah kalo tak silap. Duduklah aku sorang2 dlm bilik tu. CMR tu kira wad utk kes kritikal yg akan dimonitor sekerap mungkin. Sblm tu, nurse bg aku makan Tocolysis,tp nama manja Toco je sudeh, ubat utk stopkan contraction, dan kena cucuk Dexa, untuk matangkan paru2 baby. Nurse tu ckp, suntikan dexa adalah suntikan yg super duper sakit. Sapa yg kena,mmg kuar air mata laa..Aku agak menggelabahla jugak. Sambil2 tu aku google pasal benda tu.Mmg semua review kata dexa tu sakit. Huwaaa! Takut. Ni laa pestime aku kena. Tapi bila cucuk, tah, tolerable je sakit dia aku rasa.Ada 2 sbb la kut aku xrs sakit sgt. Maybe sebab aku berbontot J.Lo, tak pun maybe sebab aku dari kecik asik kena cucuk pasal cancer aku dulu2,tahap Dexa tu umpama pedas sambal belacan je lah aku rasa. Hihi. Dexa, satu set, ada 2suntikan, diberi selang 12jam. So,merasala 2-2 tu. OT dgn ventilator machine dah ready. Doc ckp, kemungkinan aku di operate esok atau lusa, bergantung pada keadaan baby dgn contraction aku. Ya, Allah, permudahkan lah.

4.30ptg
Yeay! Waktu melawat tiba. Speckybee dtg, MIL aku dtg, parent aku, mak su aku pun dtg. Hihi. Duduk kt Sultanah Bahiyah ni, not bad lah aku rasa. Jauh la dari imaginasi aku pasal hospital gomen ni sebenarnya. Doc,nurse semua baik2. Okey je. Makan pun sedap apa. Sup ayam, ikan masak merah, sayur2. Boleh je tekak aku bedal. Bila waktu melawat dah habis, sunyi laa balik. Duduk la aku sorang2 dlm bilik tu lagi. Contraction ada pukul 6.45ptg tu skali je,pestu dah xde sampai ke pagi. Aku agak, maybe sbb aku penat sgt2, tak cukup rehat, tambah pulak dgn traveling lama2, tu yg sebabkan tu kut.

@ CMR Hosp.Sultanah Bahiyah Alor Star. View dari atas katil aku.
24hb Nov 2012
Aku siap2 tunggu dgn wangi2nya atas katil CMR dgn harapan pagi ni aku boleh pegi wad biasa,pestu tghari boleh discharge.Pestu ada 2org budak nurse trainee mintak aku isi questionnaire research dorang. Tp mcm byk je salah aku tgk.Sempat la jugak aku bg tips2 pasal research methodology. Bukan pasal aku terel pon, tapi pasal subjek tu mmg aku minat gila2 masa study dulu,maka benda tu stay dlm otak aku smpai skang.  Dah ptg tu baru aku boleh masuk wad biasa. Seb baik tghari tu kwn2 masa aku skolah teknik dulu dtg memeriahkan suasana. Riuh rendah la CMR yg sunyi sepi tu dgn hilai setan ktorg.kakaka! Hari ni kenduri rumah belah pengantin pompuan. Org pegi kenduri, aku kenduri nasik lauk ayam masak kurma tawaq hebiaq atas katil spital sorang2. Stress. Ptg Speckybee dtg kejap. Pestu nak ready2 untuk kenduri rumah MIL aku pulak. Masuk wad biasa, 1 bay ada 6 katil. Boleh tgk mcm2 org. Tak la boring sgt. Kulu kilir aku jalan dlm wad tu mcm pontianak harum sundal malam sbb boring. Sume org aku kt situ,semua aku tau kes2 diorang. Sumer tunggu nk kena operate masing2. Yg dah dapat baby pun ada. Pestu yg menyembur darah dari perut pas operate pon ada. Bapak ngeri! 
Kwn2 time skolah teknik,Haliza & Huda. Tima kasih byk2 sudi menceriakan bilik aku.Kihkih!

Malam
Ya ampunnnn..!! Sumpah aku tak boleh tido malam tu. Kejap sorang ni menjerit sakit nk bersalin. Kejap kang baby org katil sebelah aku melalak. Kejap kang nurse dtg check2 aku.Padanla org kata duduk spital lagi stress. Mmg pun.

25hb Nov 2012
Keadaan wad kelas 3 Hosp.Sultanah Bahiyah. Okey je pun.Ada kawan tanya aku,asal tak ambik wad 1st class. Aku rasa mcm xpayah sbb aku nk balik jugak2.lagipun aku mmg tak tau langsung prosedur kt wad hospital gomen.Inilah pestimenya.So,xpayah.Lepak tgk org kt sini aku rasa bagus sbb dpt byk pengalaman.

Harini kenduri belah MIL aku. Harapan aku nk tgk sword-bearer mmg dah tipis bawang dah. Kul 9lebih pakar dtg check, aku mintak balik, mati2 doc tak kasi. Aku punya tahap stress nk balik sampai tak mampu nk ckp melayu dah dgn doc. Byk benda yg aku pikir dlm kepala otak aku:

1. Dah 2 malam aku duduk spital, tak de contraction.It's just Braxton Hicks. Aku rasa, aku dah ok, cuma perlu bedrest je. Aku percaya sgt2 kt baby aku dia akan pusing balik ke engage position bila sampai waktunya. Ni sebab dia kecik lagi,maka position dia tak tetap.

2.Speckybee punya cuti sampai besok je. Sampai bila dia nk kena ambik cuti sbb tak tau sampai bila aku kena tahan wad. Kang kalo dia pegi Johor, aku mcmana, budak2 ni mcmana? Bila pulak Speckybee boleh balik tgk aku?

3.Aku tak sanggup nk tgk baby aku yg kecik tu duduk dlm incubator kalau doc nk kuarkan jugak dia dlm masa terdekat.Mcmana aku nk ulang alik pegi hospital susukan dia semua. Bagi aku, tempat paling selamat untuk dia buat sekarang,adalah dlm rahim aku. Aku harap dia dapat bertahanlah 2-3minggu lagi kurang2 untuk dapatkan berat yang elok. 2hari dlm CMR, aku mintak doc buat test kalau2 aku ada infection akibat OS yg 2cm tu. Alhamdulillah, xda. So, lega skit.

Doc scan kedudukan baby before buat decision aku boleh balik ke tak. Dan,yes, baby aku sgt baik dan dgr kata..kedudukan xla engage, tp oblique, insyallah xlama lg engage. Maka, keluarlah aku dari wad ptg tu atas risiko tanggung sendiri. Doc mintak aku pegi mana2 hospital yg dekat kalau apa2 jadi.Aku senyum,janji dgn doc,jangan risau. Time tghari, kwn2 adik aku yg keja farmasi kt spital tu dtg melawat.Cam biasa,riuh rendahkan wad jugak lagi.Huha-huha!  Ptg, parent aku dtg ambik, lepak hotel kejap. Kebetulan mmg mak aku ada function kt alor star esok pagi tu, maka, rilexlah aku kt hotel tu. Malam, selesai kenduri, baru Speckybee jemput aku balik rumah MIL. Pack brg siap2 untuk gerak balik Johor.

26hb Nov 2012
Pagi ni bz untuk kendara la pulak kan. Simpan pinggan2, runtuhkan khemah semua. Tghari baru gerak balik umah parent aku balik. Punyalah aku nk makan durian. Mak aku mmg dah siap2 belikan durian untuk aku, b4 aku sampai kedah lagi, letak dlm fridge. Tapi dah 3hari agaknya, durian dah jadi tempoyak. Kecewa. Sobbsss! Mlm tido umah parent aku, pagi gerak balik JB ikut jalan Gerik. Durian, tetap tak dapat makan, sbb lepas pegi lunch kt tasik raban, perut kenyang nak gila, tgk durian tepi jalan pun xlalu dah.

Alhamdulillah..Sampai JB dlm kul 9mlm,beli bungkus je makanan.Tido.Maka, tak jadilah anak aku  org kedah. In sha Allah jadi org JB.Harap2 dia steady dlm perut aku dan kuar dgn sihatnya.Sekarang ni,keadaan aku still the same.OS still 2cm,cuma aku banyakkan bedrest skang ni sementara tunggu baby besar skit.Aku pun dah xtau nk sumbat apa lagi kt tekak aku supaya baby cepat2 lah membesar dgn jayanya.Sabtu ni, nk pegi jumpa gynae aku kt CA.Harap2 baby dapat bertahan.Pleaselah..





Tapikan, betullah org kata. Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Sebenarnya,start from 17/11/2012 aku dah ajar budak berdua ni tido bilik sebelah. Alhamdulillah, berjalan lancar. Si bam bangun kejap,raba2 kakak dia dlm gelap, pestu tido balik.Aku plak yg xleh tido,kejap2 pegi bilik sebelah tgk budak berdua ni.Rindu sungguh.

Bila balik kedah, then tiba2 aku kena masuk wad, Speckybee ambik alih tugas aku.Si bam Najlaa taknak kt sesapa pun.Asyiklah kt bawah ketiak Speckybee je.Mlm pon sondol2 ketiak Speckybee cari nenen.Kakaka! Tapi,alhamdulillah, dia mcm dah berdikari skit aku tgk. Bila aku kuar wad,mula2 tu dia merajuk gila2 dgn aku.Langsung xmau cakap dgn aku.keke!

Speckybee, kesian jugak aku kt dia.Dh macam duda anak dua,kulu kilir dgn anak. Baju yg patut aku pakai masa hari kenduri tu pun tak berusik.Dia langsung tak ambik gambar time kenduri.Sedih aku xde katanya. Aku pun paham lah perasaan tu mcmana.Sebab aku pun penah jadi ibu tinggal dulu, berbulan2 lagi. Dia komplen,susah si bam ni asyik nk menempek kt dia je.Tak dpt nk buat keja sgt. At least,skang ni dia fahamlah bila aku ckp,aku penat kt umah dgn budak2,nk buat keje umah lagi.Mcm tulah aku tetiap hari.

Bila salah sorang xde di sisi,mcm burung yg patah sayap.Masa tu kita akan teringat2kan spouse kita. Moga perasaan mcm tu menyemarakkan lagi kasih sayang kami berdua. Itulah hikmahnya. Bulan 12 ni, kalau umur masing2 panjang, usia perkahwinan kami akan masuk 6 tahun.Kira dah masuk fasa kedua alam perkahwinan. Buat masa ni, kami berdua maintain lagi jiwa remaja.Kehkeh.I lebiu,u lebmi.

Lagu fav Speckybee...

Aku tahu tuhan akan jagakan dia dan anak2 kami kalau apa2 jadi kt aku nanti..

Monday, November 12, 2012

Bahagia

Malam ni kak long balas dendam.Tetiap malam kaki adik yg duduk kt kepala kak long.Kihkih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...