Thursday, March 8, 2012

Tak mampu dah nk pikir tajuk apa.

Pasepot ~ Checked!
Visa ETA ~ Checked!
Kain Baju~ Tak pack lagi.Malas!

Besok insyallah aku akan gerak ke KL. Ari Selasa pagi2 buta akan fly dgn anak2.
Pegi mana oii???

Pegi hanimun kt Sri Lanka.Again. Koh!Koh!Koh!


Nurin Hannani;
Made in Malaysia, born in Sri Lanka.


Najlaa Hannani;
Made in Sri Lanka, Born in Sri Lanka.

P/s:aku tak pasti gambar2 berkaitan dengan entry ke tidak.Wakakaka!!

Thursday, March 1, 2012

Perihal anak sulung kita pada hari ini..

Kehadapan suamiku yang tercinta,

Pada hari ini, anak sulung kita yg cantik dan bijak tu buat gempak satu kampung. Masa ibu nak mandikan adik, dia keluar rumah senyap-senyap. Naik basikal, lintas jalan pegi kedai runcit depan rumah. Bila ibu keluar dari bilik, ibu cari dia dgn basikal dia dah xde depan rumah. Ibu ingat dia pegi rumah Siti Fatimah, kawan dia yg dia selalu main petang2. Tapi bila ibu panggil, dia tak sahut.

Lepas tu ada seorang makcik, org kampung ni naik motor dtg rumah. Jantung ibu mcm nak pecah bila nampak makcik tu dtg. Dalam kotak fikiran ibu, mungkin ada benda buruk yg jadi pada anak kita. Ibu lari keluar rumah. Makcik tu bgtau, anak sulung kita lintas jalan sorang2, nasib baik motor yang lalu sempat berhenti. Ya Allah!! Masa tu hujan renyai2. Ibu capai tudung, capai payung, lari pegi dekat jalan. Masa tu, Pak Cik Man depan rumah ni dh bawak anak kita tu balik sambil tolak basikal dia. 

Pada mulanya, ibu rasa nk belasah sgt2 Uyin kt situ. Ibu tak boleh nak control marah yg membuak2 dalam hati ibu ni. Ibu pegi ambik rotan yg terselit tepi frame gambar kt dinding. Ibu rasa nk libas2 sampai keluar isi dia. Gerammmm sungguh!!!! Air mata ibu merembes2 keluar. Macammana kalau jadi apa2 kt dia? Abah dah la jauh. Tapi ibu tak sampai hati nak pukul dia. Ibu tanya dia, kenapa dia keluar tak bgtau ibu. Then dia minta maaf. Ibu slow talk dgn dia. Ibu bgtau, ibu marah sgt dgn dia. Dulu, masa ibu umur 9 tahun, adik ibu, Mak Ngah tu, pernah accident kt depan tu lah. Betis dia terkeluar tergantung2 kt jalan, tau tak? Sampai sekarang ni bekas jahit yg rupa mcm naga tu ada kt kaki dia.

Ibu tak jadi marah dekat Uyin, sebab masa tu ibu teringat. 2 hari lepas, kami sama2 tengok cerita "I'm old enough" yg budak2 kecik jepun pegi kedai sendiri tu. Lepas tu ibu puji budak dlm TV tu. Pandainya, tengok friend Uyin tu pegi kedai sorang2 tolong belikan barang utk ibu dia. Jadi, mungkin masa tu Uyin pun rasa, dia patut buat macam tu supaya ibu dgn abah bangga dengan dia.

Ibu peluk Uyin kuat2 then ibu bagitau, Uyin boleh pegi kedai tu, tapi pastikan bagitau ibu, dan ibu akan ikut Uyin dari belakang. Ibu faham perasaan dia. Dia rasa diri dia dh besar dan bertanggungjawab. Tapi, memang ibu tak nafikan, sejak ada adik, Uyin bertambah bijak dan sangat berdikari. Dia yg tolong ibu pujuk adik masa ibu drive. Dia yg tolong tepuk2 adik kalau adik terjaga dari tidur. Dia tolong ibu sediakan air mandian adik dan mcm2 lagi.

Jadi ibu tak jadilah nak rotan dia, sebab ibu rasa mcm merencatkan keyakinan diri dan keberanian dia dalam menghadapi hidup. Ibu juga nk ucap syabas kt diri sendiri sebab ibu boleh tahan marah dan tak naik gila pukul budak kecik tu. Kalau ibu pukul dia, maybe dia akan cedera, ataupun lebih teruk lagi, hati dia akan terluka lebih parah. Oleh kerana dia rasakan diri dia dh dewasa, maka ibu akan ajar dia cara org dewasa. Ibu akan bincang dengan dia hal ni atas katil masa nk tido nanti supaya dia faham.

Terima kasih Allah. Sebab bagi pelajaran yg sangat bermakna untuk aku pada hari ini.

Wednesday, February 22, 2012

Benda yg kita nak,tapi kita tak dapat, rupa2nya ada lagi benda best Allah nk bagi.

Tudiaa tajuk panjang berjela. Saja.Sebab kesian kt blog aku yg makin hari makin sendu di danau rindu.

Kadang2 dalam hidup ni kan, kita nak sgt2 mcm nak mati sesuatu benda tu. Bila tak dapat, kita frust, kita hangin, kita stress, kita marah kt tuhan sebab apa kita tak dapat. Kan? Tp kalau yg redha tu aku ucap tahniah la. Anda berada di jalan yg bener.

Ni aku cerita, kebanyakkan kita la.Tak terkecuali aku sendiri. Contoh paling besar la dlm hidup aku. Aku peminat rockers. Masa aku kecik2 aku slalu berangan dpt pakwe rocker. Yg terel main gitar, pestu suara ala2 amy search ke, awie ke, pestu stylo, rambut pacak2, pestu bau wangi2 maskulin....mmmphhhhh! Oh, bestnyaaa!! Dah bila dpt pakwe rock, xkan la aku dress up jubah pulak. Konfem lah aku nk pakai seksi2, rambut hari2 nk tukar kaler, pestu pegi clubbing, pegi concert.Wuuuuu!!! Sorgaaaaaa!!

Tapi sampai ke sudah takde rocker yg mengorat aku.Pfttt! Aku rasa down gila. Nk tgk muka sndiri kt cermin bilik air asrama yg dah berkulat tu pun aku benci. Time aku form 4, ramai budak2 dorm aku ada pakwe. Dpt pakwe terel main gitar la, yg pakai stylo2 apa la. Lagi la aku benci dgn diri sndiri. Buta sungguh mamat yg main gitar tu.Muka aku yg cun ni pun dia tak nampak.

Last2 aku dapat jugak surat cinta. Tapi dari imam skolah. Pffftttt lagi.Yg pagi2 baca selawat zikir kt surau aspura tu ke? Dia ni silap org kut, tak pun nk berdakwah kt aku agaknya. Aku bgtau member baik aku, aku nk test pak imam nih.Tahap mana iman dia. Bg aku masa 3bulan je dah la.Pestu aku blah la kan. Test punya test, padan muka aku. Tak pepasal aku yg terjatuh cinta kt dia plak. Ni sampai ke kawen beranak dua ni lah sikit punya bercinta.

Dulu2 masa dia suruh aku pakai baju kurung, aku rasa nk sepak je kaki dia. Aku tak rasa relevan langsung baju kurung tu dgn keadaan semasa.Tp tu time aku tak jadi bini dia lagi lah.Dah jadi bini pun, ada la jugak aku main sepak2, tapi sepak2 manja je lah. 

Bila dah berbelas tahun dgn dia, aku okey lah..takat pegi shopping complex pakai baju kurung, mm..boleh diterima. Kalau org tanya, boleh cakap baru balik kenduri.Lama jugak la bab baju kurung ni aku tak puas hati.Tapi oleh kerana dia ni sgt sabar dgn aku, aku pakai je lah.

Sekarang ni, aku rasa, tak kawen dgn rocker pun xpelah. Pasal lagi tenang hidup aku. Walopon suara dia annoying gila kalau cuba menyanyikan lagu rock kt aku,tapi time2 aku mengandung, time aku tak sihat, dia laa yg duduk tepi aku, baca quran sambil usap2 perut aku. Walopon jari dia tak terel main gitar, tapi kalau aku mengamuk xboleh bukak tin sardin ke, tertido depan tv ke, tangan dia ni laa yg tolong aku bukakkan tin, yg sanggup angkat bini dia yg makin hari makin gemok ni masuk bilik.Kesian pulak kt dia tergigil2 angkat aku sbb berat. Kahkah! Nampak sgt aku buat2 tido nk suruh dia angkat.

Aku nk ucap tahniah la kt dia, sbb dalam ramai2 lelaki dlm dunia ni, dia sorang ja yg perasan kewujudan aku yg cun ni.Yg lain tu looser.Kakahkah!

Eh,panjang pulak mukadimah aku.Benda utama aku nk cerita tadi sebenarnya, minggu lepas, time aku nk pegi renew passport kt imigresen kulim, mcm nak mati aku round bangunan tu cari parking kosong. Dah dapat,kat belakang bangunan, haram aku tak reti parking parallel ni. Terjongeh keluar bontot keta aku. Yg keta belakang tu mcm kena cirit birit tak boleh nk sabar, asyik la hon2 aku. Last2 aku belah, cari parking lain. Sambil dlm hati, sumpah seranah kimak suma ada sebab mana lagi nk cari parking kosong nih????

Tiba2 ada pulak cun2 je depan pejabat imigresen  parking kosong. Aku pun parking dengan penuh bergayanya. Sebelum keluar, aku hentuk2 dahi kt stereng. Apala bodoh kau ni Anis? Tuhan saja je tanak kasi ko parking kosong yg mula2 tadi. Kalau tgk gaya aku parking tadi, mau rabak jugak bontot keta aku kena bantai dgn keta lain. Tapi ni tuhan bagi the best kt aku. Xpayah susah2 aku nk jalan kaki pulak keliling bangunan dgn anak2 aku ni. Tuhan Maha Mengetahui Anis. Masa tu aku rasa nk jerit kuat2, TERIMA KASIH ALLAH!!! sebab bagi aku semua2 ni...semua2 yg aku ada ni...aku tgk anak2 aku...anak2 aku buat muka heran kt aku. Aku tak jadi nk monolog lebih2. Nanti pejabat imigresen tutup, sekian wasalam.

Maka tu lah point aku kt sini. Kita kena yakin yg tuhan akan bagi the best kt kita walau mula2 kita tak suka, pestu bila kita dh sedar, kita hentuk kepala sendiri kt stereng mcm aku. Ok,kt dinding jamban kau pun boleh lah.Peduli apa aku.


Ni gamba kesayangan dia.Dia ckp aku cun+seksi+mengiurkan kalau pakai baju kurung. Ya, aku naik cameron pakai baju kurung. Kau mampu?? Semoga aku jadi bini yg solehah.Amin.

Wednesday, February 15, 2012

Kelas Yang Menggiurkan..


 Tempting takk???


Kelas : Cheestart & Fruittart
Tarikh: 19/2/2012
Waktu : 2petang
Tempat : Taman Setia Warisan, Kg Melayu Subang


Korang nak arrange hari yg korang rasa korang free pun boleh.Tp wiken aje lah. Korang boleh contact budak Lyana nih: 012 5595103.Fee dia adalah sgtlah berbaloi2.Skang plak tgh promo.Maka haruslah ragutttt secepat mungkin. First come, first serve la ye.


Selamat membakar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...