Tuesday, January 11, 2011

Gini gini Je Laa...

Time kasih pada yg masih sudi tanya khabar aku..perkembangan aku.keh3x.. ada yg email aku, tanya aku hidup lagi ke tidak? Kojaaqqq!! Tau la aku dah jarang update blog skang ni.

Yes, aku sememangnya lembik ya amat amat amat skang ni. Muntah hijau tu jgn cakap laaa, sampai dah xde apa yg tinggal lam perut aku ni ha. Dulu masa uyin, aku nyaris2 jadi arwah, sbb dehydrated. Merangkak2 aku masuk bilik air.(masa tu aku tinggal sensorang kt putra height) Nasib baik laa tiba2 Speckybee tergerak hati nak balik shah alam padahal hari tu hari rabu.Jumpa aku pengsan lam bilik air.Kalo tak, mesti korang dah baca paper tajuk ibu mengandung 2bulan dijumpai mati dalam bilik air dalam tahun 2007.Haishh..nauzubillah...

Tu kisah cabaran mengandungkan si Uyin. Yg second ni, aku rasa kurang skit alahan dari yg dulu.Tapiii...tapii...cabaran pulak sebab aku kena masak dan jaga si Uyin. Nak kupas sebijik bawang tu, mau 3-4 kali lari pegi toilet. Gila meloya. Skang pulak, aku langsung xboleh nk tgk, apatah lagi nk telan ayam dgn daging. Ikan je lah skit2. Padahal sebelum preggy, aku ni bangsa jarang sgt laa nk makan ikan. Tak lalu! Selama tak update blog, aku melepek je atas katil. Tenaga langsung xde. Dah makan, muntah, makan muntah. Makan la roti2 bakar gitu je.Org kalau mengandung naik berat, yg aku makin menurun.Bagus laa jugak.Ada can badan aku slim pas bersalin nnti.

Kadang ada la selera aku nk makan. Tapi ko tau la kt negara sengal ni. Mana laa nk dapat, kecuali masak sendiri. Aku dah la xde tenaga, lagi plak nk suruh aku masak. Speckybee pegi keje, Uyin tinggal dgn aku. Kejap nak itu, kejap nak ini. Lunch kang, nak jugak sediakan makan. Kadang tu aku tak masak pon. Makan je lah megi.

Kadang2 tu air mata ni menitik tak sedar. Kadang2 tu aku melalak sampai jiran korea yg hujung tu dengar. Kadang2 macam sedih gila la plak. Macam yatim piatu kt sini. Xde mak bapak. Org lain, mengandung, boleh la mengada2 suh mak masakkan itu ini. Aku terkial2 laa masak sendiri. Aku nak balik! Tapi Speckybee tak bagi. Lagipun ye laa, baru nak masuk 3bulan. Tak lepas zon selamat lagi. Tapi kadang2 tu aku bengang lah jugak. Speckybee still balik kul 9 malam hari2. Aku sakit ke, tak sakit ke, mcm tu lah jugak. Ni, bos dari Msia datang, lagi best. Hari2 meeting, makan kt luar. Aku jugak terkial2 kt rumah. Benci ah! Nak cari maid pun, buat sakit otak je nanti. Aku nak balik!!!!

Kadang2 aku berjaya la motivate diri sendiri. Tapi kadang2 aku melalak jugak sorang2 kt rumah. Aku nk mengadu kt sapa. Mana aku ada kawan2 kt sini. Pas solat, melalak. Nak tido melalak. Lapar melalak. Nak masak melalak. Camne tuh? Mata pon dah bengkak2. Ni camne nk jadi artis besok nih?? kakakaka!!

Besok kul 4.30 pagi buta halam nk kena pegi shoot. Tak boleh awal lagi ke? Grrr...Seb baik esok je. Then 27hb. Camne laa org yg keje artis ni. Tak penat ke? So,kesimpulan yg aku dapat buat kt sini, keje artis lebih kurang cam keje kilang la jugak kan..cuma keje artis glamer la skit, buleh masuk paper, buleh masuk majalah. Pakai seksi kena kutuk.Hahaha! Padan muka!

Ah, xpelaa..at least aku dpt pengalaman. Dari takde buat pape kt sini. Besok2 dalam resume buleh gak aku tulis, "pernah berlakon dalam filem German" Huakakakakakaka!!!

Aku nak tido dah. Sok kena bangun awal. Bagus jugak. Bangun awal aku besok.Sok aku tunggu azan subuh laa...Slalunya, subuh aku, bila tok bilal dah lipat sejadah sapu masjid dahh..

Sok aku hapdet citer pengalaman aku jadi org gaji.Kakakaka! Babai!

Telinga Pokok


Hai! Saya Uyin! Saya ada telinga pokok!

Citer ni dah 2minggu kot. Aku je yg malas nk update blog. Padahal hari2 ada je kisah2 aku yg memberansangkan napsu.keh3x! Seperti yang dijangka, telinga uyin ada bernanah skit. Kesnya, time aku nak gantikan subang sementara dia tu dgn subang emas yg mak aku hadiahkan kt dia time raya aritu. Rupanya, org yg tebuk telinga uyin tu, tebuk senget skit. Lubang yg depan tak sama dgn lubang yg belakang. So, bila aku nk pakaikan subang emas tu, tercucuklah kt isi yg xde lubang. Adoihhh..!! Kesian Si Uyin melalak2 laa sakit.

Aku agak menggelabah la jugak.Tapi oleh kerana darah keturunan medic mmg mengalir dlm badan aku, aku xde lah aku kejung kt situ tak tau nk buat apa kan...Bersih2 kan dengan Dettol, then sapu je lah minyak gamat.(ye,medic laa sgt cara ko tu!) Oleh kerana takut yg lubang tu kang jadi bontot ayam (terkambus balik) aku suruh Speckybee pegi petik sebatang pokok kemucup. Aku nak pasang kt telinga budak ni. Mmg aku masa kecik2 pun cenggitu. Dah aku bangsa tak boleh pakai barang kemas, pakai batang kemucup je lah jawabnyaaa..




Maka, telinga Uyin, sebelah pakai subang kemucup, sebelah pakai subang Mak Tok. Hahaha! Sebijik macam aku dulu2.


Sila cari perkara aneh..

Atas ni gamba aku time skolah cina dulu. Rilex je pakai subang sebelah. Mmg dah nampak ciri2 lanun aku dari kecik. Subang uyin skang pun sejibik mcm subang aku dlm gamba ni...aissshh...memori daun kari betul laa..

Lepas2 je aku pasang kemucup tu kt telinga Uyin, dia lari pegi tengok cermin..

"Napa telinga uyin ada pokok?? aaaaa!! Nakmo telinga pokok!!!"

Gyahahaa! alah, sabar la kejap. Besok2 telinga ko dah elok, ibu pasang la telinga Mak Tok ko tu balek..hesshhh!!

Last but not least, "Ibu, Uyin bagi tantek tantek Adik Cat, okey??"

Pengsan aku!! Nasib baik ko kepit telinga kucing. Kalo ko kepit telinga adik ko besok camne?? Ni yg aku seram sejuk nk beranak anak baru ni...Isk!!


Redhooo... mangsa keadaan..

Friday, January 7, 2011

Nak OtoGraP, Noks??

Holaaa!! Hadoihh..penat makcik haa..

Tadi aku pegi cuba costume.Eh, korang xtau lagi kan??? Hihihi! Ha, meh nak citer. Bulan lepas..ada laa satu production company dari German datang tempat aku. Nak buat filem zaman kolonial. Citer pasal kapal Emden yg karam tu.. Korang tau x sejarah dia? Apaa?? Tak tau??? Aku pon tak tau! Hua! Hua! Hua!

Adelaa aku godek2 kt tenet, tapi banyak yang citer pasal ni dalam bahasa german.So,tak bape nk clear la pun sangat, apekah ke bendenye. Lebih2 kurang mcm Titanic laa agaknye.Ni lah hasil godekkan aku pasal sejarah Kapal Emden tu..

The Cocos (Keeling) Islands consist of 27 coral islands situated between latitudes 11° 49' and 12° 12' S and longitudes 96° 49' and 96° 56' E. They were discovered in 1609 by Captain William Keeling, a Royal Navy commander and agent of the East India Company, while returning to England with a convoy from the Dutch East Indies.

The islands remained uninhabited until 1826 when Alexander Hare, a former East India Company official, arrived and settled on Direction Island with a group of Malays. The following year a former trading partner of Hare and former East India ships captain, John Clunies Ross, arrived with his wife and family and a number of Malay seamen, who formed a settlement on Home Island. The trading partnership had not been very successful and problems soon arose between the two groups. After eight years of discord Hare decided to leave and moved to Batavia. John Clunies Ross died in 1853 being succeeded by his son John George Clunies Ross.

In 1857 the Admiralty issued Captain Fremantle of HMS Juno with instructions to annex the Cocos Islands. Clunies Ross was appointed Governor by Fremantle and later the British Government gave the Clunies Ross family perpetual lease of the islands.
The Clunies Ross family established coconut plantations on the islands, building up a successful business dealing in copra which they transported, in their own schooner, to Batavia for onward transmission to London or Hamburg. They carried mail to and from Batavia as well as supplies.

So, dorang nak pakai la watak2 melayu dalam citer ni, sebagai pelayan, atau lebih tepat lagi, orang gaji kepada Gabenor.So, inilah dia watak aku.Ada 2 scene watak aku kena attend. Baru je tadi aku selak2 skrip, tgk mcmana aku kena berlakon. Ada watak org gaji melayu, kena senyum kt hero, pestu hero senyum balik, pestu kena hidang sandwich. Cenggitu lah lebih2 kurang. Nak cerita, aku xtau sangat.

So, tadi, aku dah pegi test costume aku...Halah, pakai kebaya dengan kain batik jee ponnn..xkan laa pakai gown kembang2 pulak kan. Ceh. So, aku tanya costume designer, Heidrun, aku kena cover kepala aku. Aku muslim. So, dia tanya aku, camne? Dengan tiba2 aku plak yang jadi costume designer, aku bgtau, org melayu dulu2 pakai selendang ataupun kain batik (ala2 mahsuri gitu) kt kepala. Baru laa ayu..Awww!

Feeling-feeling Mahsuri weh..

Then, dia mintak pendapat aku pasal pakaian servant lelaki melayu plak. Aku kata, meh aku nk tgk, baju ape ko sediakan. Dia tunjuk la mcm kemeja, pestu pakai dengan kain pelikat. Aku gelak Kah! Kah! Kah! Ni mcm benggali jual roti je..amende laa ko ni Heidrun! Pestu aku bagi pinjam baju melayu Speckybee, then kain pelikat buat sampin. Pestu letak la towel ke kain ke kt bahu. Ha, cenggitu kalo melayu punya pakaian.Dah abis test2 sume, Heidrun ambik gamba aku. dgn costume. Then aku lepak2 ambik gamba dlm tu, sementara tunggu Speckybee datang ambik.

Ni la Heidrun, org German dia nih.


Member baru aku.Org England.Dah 9tahun menempek kt Sri Lanka ni.Keje cikgu english.Sembang dgn org england ni, tetiba slang english aku pon jadi ter "arr...arrr..." Kakakaa!


Details aku time photoshoot bulan lepas. Segala details terpaksa dikaburkan kecuali size kasut.Mana laa tau kut2 ada sesapa nk adiah aku kasut Stiletto ke kannn....tihihi!


Bilik costume.Ni bahagian lelaki kut.Pasal tadi aku masuk bilik lain..

Tulah lebih kurang cerita pasal hari ni... Aku start shoot minggu depan. Nanti dah shoot ke bagai, aku cerita la lagi pasal kerjaya baru aku sebagai seorang biduanita ni...Kah! kah! kah!

Monday, January 3, 2011

KeropoK LeKor Sri Lanka

Rentetan dari entry tahun baru yg lepas, Speckybee dengan penoh kaseh-sayang telah membuat kopok lekor untuk aku. Wah, untung betul anak dalam perut aku ni. Dulu kt malaysia, main beli je apa nk makan. Skang tak main laa beli2. Kita buat hokey?? hahaha!

Kepada yg senasib dengan aku, (xde pasar malam kt tmpat korang!) bolehlah mencuba resepi kopok lekor Speckybee ini..yeahhh!



Isi ikan.Ikan pape pon belasah je.nama pon perantau. Ktorg pakai ikan kembung je. Buang kulit, pestu blend kasi hancur.

Lepas tu, bolehlah gaul dengan tepung gandum, tepu sagu/tepung ubi kayu, garam dan jugak pak aji- xde moto. Xde tepung sagu/tepung ubi kayu??? Ha,senasib laa kita. So, Speckybee beli je sagu bijik2 tu (alah,yg taruk kt pengat tuu..) pestu blend jadi tepung. Jadi laa tepung sagu.Miahahahaha!!

Then, boleh la dimulakan sesi menguli..

Kebersihan sgt terjamin..Speckybee pakai glove yo!


Hasil menguli...yg ketot tu, aku yg buat. Speckybee marah.Mcm k*t* katanya.Bwahahaha!!
Wa tak pandai uli tepung, uli benda lain wa pandai laa...
Nah, ko je lah yg buat.tak koser aku!



Aku tetap nk letak gamba ni jugak, sbb time ni pipi dia sgt kembong! Lihatlaa duniaaaa!! Encik Speckybee dah gemok!! Gyahahahahhaa!!!


Then, boleh la merebus..


Rebus sampai kasi dia timbul sendiri. Kalo dah timbul,maksudnya dah masak laa tu..boleh laa kasi angkat.

Mcm ni rupa kalau dah masak.Kalau dah sejam tak naik2 jugak, ko godek2 la skit.
Maksudnya dah melekat kt periuk tu dan dah hangit.ceh!



Keropok lekor yang dah siap direbus.Time aku kt Ganu dulu, mak bapak angkat aku ajar aku makan kopok cenggini. Yang rebus je. Kopok gonde kalau tak salah dorang panggil. Marbeles jugak!


Lepas rebus suma, boleh la potong mengikut citarasa.panjang pendek, nipis tebal, suka hati laa...
Lepas tu, gorengggggg!!!


Nyam!! Nyamm!! Makan dgn sos thai laaagi sedap. Tp dah xde, belasah je mkn dgn sos biasa. Janji hilang kempunan aku.


Tarik tilam letak depan tv, bukak citer Magika yg Speckybee da donlod, sambil makan kopok. Heaven gilaaaaa!!

p/s: Speckybee tanya aku, apa lagi benda mustahil nk makan kt sini? Sebut ja, nnti dia buat. Ecececece!! Punya la tak bagi aku balik. Sebab sblm ni aku ada ura2 ckp nk balik duduk Malaysia kejap, sampai mabuk aku ilang.. Takut rindu2an laa pulak kang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...