Saturday, December 5, 2009

UyiN's PlaYsChooL aNNuaL CoNceRt.. Yeaaa!!!

Hari Khamis lepas,hari yg ditunggu2 dah tiba..yeaa! Teruja betul aku bangun pagi tu..Baju utk persembahan dah siap digantung smlm lagi..hehe...


Mcm biasa,posing dgn ibu dulu...heeee!


Tetamu sgt ramai....penuh satu dewan..


Opening dance...sgt cute!

sebelum persembahan bermula, sementara tetamu2 baru nk smpai..si uyin ni berlari2 atas pentas,nak ambil org2 yg dilekatkan kat pentas tu...3-4 kali dia nk cabut...cikgu dia lah yg pujuk2 dia..aku sgt risau kalau time persembahan nnti dia pulak sebok nk cabut org2 tu...adussss!

Tibalah saatnya....persembahan uyin yg pertama ABCDE... & Nil Ahas Thale...aku sgt takut dia terjun dari pentas bila nampak aku dan Speckybee...Speckybee tutup muka dgn ticket concert,aku tutup muka dgn camera...heeeee!


Oh,kenapa gambar uyin je sorang yg clear??Sbb budak2 lain sumer menari..dia sorang je yg tegak berdiri...hummmm!


Uyin...atas pentas,boleh pulak garu2 bontot...haishhhh,xsenonoh betul.Tiru perangai abah lah ni..huekekeke!



Fairy Dance....sooooo sweet!

Persembahan kedua uyin....Ambili Maame....jgn tnya aku apa maksudnya...aku tidak tahu....


Dia boleh berdiri tegak gitu aje.... xpe..next year buat betul2 okey?
Yg ni pun dh cukup bagus..dari dia tiba2 menangis atas pentas,atau terjun dari pentas...pheww!


bergambar beramai2 selepas persembahan..


syukur alhamdulillah....dah pun selesai.. :)


santa claus datang bagi gula2 belon dan hadiah...


Nangis bila santa claus dtg dekat...ngadu kt abah...huekeke


Bersama teacher Kamini...cikgu kesayangan uyin...cikgu ni asik nangis je kalau uyin nk balik malaysia.....winduuuuu katakan...

Keseluruhannya...big applause pada guru2 Little Heart PlaySchool ni..Mmg xsalah tempat lah kami buat keputusan dulu utk hantar Honeybee..Semua guru2 sgt berdedikasi..bukan senang nk ajar budak2 buat persembahan mcm ni...Mmg lebih dari expectation aku.Dengan pentas bagai...Tetamu terhormat,dorang jemput Doktor pakar kanak2.Komunikasi,semua dalam bahasa inggeris.Smpaikan ketua kumpulan budak2 ni,yg berumur 5 tahun,bg ucapan dalam bahasa inggeris yg cukup baik utk seorang kanak2.Mmg mengagumkan.

Tahun hadapan,bermula semester kedua Uyin di sekolah ni..Belajar rajin rajin ye nak...Muqaddam pun kena habiskan juga tahun hadapan...tahu???

PIIIIAPPPP!!!!
(Bunyi rotan sebagai background)

sekian~ :)

Tuesday, December 1, 2009

HiKmaT KuaH BLacK PePPer SpeCkyBee!!

Aku ade pernah citer tak kt korang yg Speckybee ade kesaktian???Kekeke!Haa...dia ade ilmu hitam pembomohan sebenarnya.Masa dia nk ngorat aku dulu,dia pakai ilmu pengasih minyak senyonyong dia lah.Sebab tu kalau muke dia tampung2 dengan bedak senyonyong pun aku nmpak beliau mcm hensem aje..

Al kesah...ari ahad lepas,tergerak lah hati Speckybee nk buatkan beef steak utk isteri dia yg cun lagi bersopan santun ni.Jadi bersusah payahlah beliau di dapur seorang diri..hik...hik!



Ha..nampak?nampak...Tok Bomoh ni tengah menurun nii...

Yeaaa! udah siap beef steaknyaa!! Nampak menyelerakan!Nyam! nyam!





Tgk siap ada strawberi lagi..romantik kan?ala2 datuk K pulak!


Budak kecik ni mcm rimau nmpak makanan!

Burrrrpppp!!! alhamdulillah...kenyang....ada lagi sisa2 kuah black pepper atas pinggan aku..Tak larat aku nk habiskan lagi dah..Si Uyin the honeybee tgh terlompat2....

tiba-tiba....

Pelepekkkk!

Puting kesayangan Uyin jatuh dalam kuah black pepper tu..dia ambek puting,belek belek....

"Uwaaaaa!!! dirty!!! dirty!!!!" beliau menjerit.

aku buat bodoh je.Aku api apikan lagi....

"eeeeiiiii!!! Dirty!! Busukkk!!!!"

"Basuh......basuh lahhhhhh!!!"

dia menangis,menjerit suruh aku pegi basuh puting dia.aku tanak.aku buat2 tutup hidung....buat geli2..

Dan pada malam itu 29/11/2009 (hari ini dalam sejarah)....sehingga hari ini....Uyin dah xnak lagi hisap putingnya!!! Mission Complete!! Memang dah lama aku tunggu saat2 ini..
Terima kasih kepada kuah black pepper Tok Moh Specky Bee yang ajaib itu...huahahaha!

RaYe JuGak AkHiRnyA...

Setelah mengadakan mesyuarat tergempar,aku dan Speckybee mengambek keputusan utk pergi ke supermarket membeli brg2 nk masak raya besok.huekeke!Dia nk masak laksa.Aku akan masak serunding ikan,kuah kacang,ketupat pulut + ketupat nasi.Ye,tu menu raya ktorg.Aku tau korang xheran pun dgn menu tu.Entry ni sebenarnye nk bagi mak aku kagum dan hairan dengan kebolehan memasak anak sulungnya ini...huekeke!Mesti kembang kempis hidung mak aku bila baca tau aku berjaya buat kuah kacang dgn serunding sndiri...hahahhaaa!

Maka ktorg 3 beranak pon pergilah membeli dan membelah...


ini muka uyin 5 minit sebelum terjun dari troley.


Membeli kacang tanah


Speckybee yg berposing seksi smbil memotong ulam2 laksa.Seksi ke seksa??huakaka!


Tetamu2 yg hadir...

Tetamu dari Indonesia..ngeh ngeh!

Setelah tetamu pulang,kami pon ape lagi..masing2 terjun atas katil...berkubanglah!huahuahaha! Letih weh,smlm aku dgn Speckybee memasak smpai pukul 2pagi.Petang sket,kitorg bertiga bangunlah dari beradu...Nk buat apa lagi nih??Haa! jom kita pegi shoping2 lah! Jom aku bawak korang jalan2 kt sekitar bandar Galle yg burok chantek ni..



Suasana agak lengang mgkin sebab dorang tgh sebok tidur mcm ktorg tadi kot...


Tu la soping complex nya..Manjari nama tempat soping ni..


Ha! dah smpai...cari parking dulu....

Yeaa! dapat parking,posing dulu sblm kuar keta.huekeke!


Uyin terus menerpa ke bahagian kegemaran beliau


Bapak byk toys kt sini...kalo timbun2 atas uyin,mmg xjumpa anak dara aku tu.

Pas pegi menyesakkan diri sndiri kt soping complex tu,ktorg pun balik lah..aku xde beli ape pun.aku beli penyapu dan berus jamban je..huekeke! Itu ajelah raya korban ktorg...


kesian sekian

Friday, November 27, 2009

IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN

Assalamualaikum...... CAK!

Wah! wah! makan dageng tak hengat!!! camne raya korang kali ni?best ke?Aku xraya lagi kt sini..besok baru raya..Belum plan lg nk masak apa.Dikesempatan ini,aku nk ucapkanlah selamat hari raya utk semua pembaca2 blog aku semua,khususnya ahli keluarga dan kenalan2 aku yg berada di seluruh dunia.(seluruh dunia lah sgt!)

Sebetulnya,aku just nk inform korang aje.Kerajaan dah buka jawatan kosong secara besar besaran di seluruh negara.Tp cuma beberapa pihak yg tahu sbb takut menimbulkan kontroversi dan spekulasi yg bukan2.2-3 org ahli keluarga aku mmg org kata ada nama dlm sektor kerajaan ni.Asyik offer aku keje.Tapi aku tak minat keje kerajaan.So,aku lepaskanlah peluang ini utk korang semua.Jadi,kalau korang berminat utk berkhidmat dengan kerajaan Malaysia,cepat2lah apply.Kalo perlukan sokongan signature ke apa,aku boleh tolong dapatkan dari sedara aku yg keje menteri tu.Kt bawah ni aku attach notis jawatan tu ye.Korang stadi lah baik2.Mana tau rezeki korang kt sini..aku pun tumpang gembira...



SYARAT & KELAYAKAN:
1.WARGANEGARA MALAYSIA
2. SPM/SPMV/STAM
3.CALON YG MEMEGANG DIPLOMA DALAM APA2 KELAPANGAN DIGALAKKAN MEMOHON.

KELEBIHAN:
1. Jawatan tetap di dalam kerajaan
2.Gaji Pokok : RM 1965
3.Elaun Bulanan (COLA) : RM 300
4.Elaun Penginapan : RM 300
5.Uniform : RM 450
6.Dobi : RM 200
7.Kursus mempertahankan diri percuma sepanjang perkhidmatan
8.Kenaikan pangkat secara lantikan dari Ketua unit dan menduduki ujian khas.

Sekiranya berminat,sila hadir ke sesi temuduga dengan membawa kad pengenalan diri serta 2keping gambar berukuran passport pada 30 Disember 2009 di Jabatan Pertahanan Awam yg berdekatan.

Bagi yg berjaya dalam proses temuduga tersebut, akan diberikan 3 pasang uniform setiap seorang serta kelengkapan lain serta perlu melaporkan diri 30hari dari tarikh surat tawaran jawatan.

SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DISERTAKAN UNTUK JAWATAN JAWATAN YANG DITAWARKAN.

Jawatan2 yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. ULTRAMAN
2. SAILORMOON
3.SURIA PERKASA HITAM
4.XMEN
5.THUNDERCAT

1. ULTRAMAN (Dibekalkan dengan peralatan api utk mem'fire')
Bantuan kecemasan sekiranya kehabisan gas memasak dirumah.




2. Sailormoon (Untuk wanita sahaja.Mempunyai kreativiti tinggi dalam menggayakan rambut)


3. Suria Perkasa Hitam (Mat Rempit dan berkulit hitam legam sahaja)
*calon yg berkulit hitam manis atau berkulit kayu manis akan dipertimbangkan.



4. X Men ( Jawatan khas untuk OKU sahaja)


5. THUNDERCAT (Yang tangkas menangkap kucing dan anjing yg berkeliaran sahaja)
*Yang penyayang pada binatang sgt digalakkan memohon.


Waaaaaah!! amacam?? Gempak kan jawatan yg ditawarkan??Aku harap korang berjaya dalam sesi temuduga nnti...Kalau berjaya jangan lupa belanja aku cempedak goreng yeee....weeeee!

P/s: Hari ini hari raya,jangan maraaa aaaaaa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...