10/9/2013.
Oleh sebab aku yakin bahawasanya Nasuha mmg mendapat adverse effect vaksin yg diterimanya, maka aku berkeputusan untuk membuat laporan AEFI.
Laporan AEFI ni bukan untuk nk menyalahkan sapa2. Laporan ini perlu dibuat untuk memberitahu pihak2 yang terlibat berkenaan vaksin yg telah diberikan.Setelah meneliti Garis Panduan Farmakovigilans yang dikeluarkan oleh BPFK, kesan2 yang diterima Nasuha adalah sama seperti yang dinyatakan.
Ada beberapa perkara mengenai vaksin tersebut seperti jenis vaksin, nama pengeluar, no batch serta kuantiti yg diberikan perlu aku dapatkan dari klinik di tu. Jadi, lepas maghrib semalam, kami sekeluarga pergi ke klinik untuk untuk mendapatkan maklumat yg diperlukan.
Eh,jap2..apesal ayat blog ni jadi skema? Efek dari baca GPF byk kali larr ni...
Okey, sambung balik. Aku pi kt tempat register klinik tu.Mujurla aku ni pesen peramah. Sebelum2 ni dh pernah sembang dgn staff kt situ. Rupanya dia pun mai dari kedah jugak.Nak kata jodoh,Allah pn nak mudahkan jugak kut.So,ini memudahkan lagi proses komunikasi aku nk dapatkan detail yg diperlukan tu.Mueh..mueh.
Tunggu dlm 10min, depa panggil masuk bilik doktor. Doktor tu nampak muka mcm garang. Aku takut gak salah ckp satgi dia tibai aku dgn stethoscope dia. Tapi aku yakin, niat aku baik. Aku bukan mai nk bergaduh ke, nk pi menyalah doktor ke apa. Aku nak tanya pasal anak aku, dan nk buat report untuk AEFI. Tu la saja.
Aku mula dgn ayat ni... "doktor..saya ni ada masalah...anak saya.." bla2 aku cerita la perihal nasuha dari awai sampai habis mcm aku cerita kt blog ni..
Pestu aku dgr betul2 ulasan doktor. Mula tu aku nk rakam, tapi dh doktor tu baguih..cakap lembut2 dengan aku, rasa mcm xsopan lak aku nk rakam bagai.Mcm poyo ja. Aku jadi segan kt org yg berbudi bahasa ni.
Doc tu cakap, ya mmg betul anak aku kena adverse effect dari vaksin. Dose yg anak aku terima tu, xdak masalah. Cumanya, kemungkinan anak aku ni dia ada elergik dengan protien. Dose yg anak aku patut terima, Hep B dose 3 tu. Tapi, kan klinik tu xdak single Hep B, so doctor bagi Infanrix Hexa. Infanrix Hexa ni adalah kombinasi vaksin DTPa,Hep B,Poliovirus dengan Hib.
Yg jadi masalah skang ni, Hib tu, sebab dia contain protien. Nasuha ni kira dh 4kali la Hib tu masuk dlm badan dia. Mmg sebelum ni dia ada reaction lepas cucuk.Sapa2 yg duduk dlm fb aku sblm aku jadi pemes mcm harini tau lah, bila aku post nasuha xmau tidoq sampai 3-4hari.Menangis ja keja.Tu lepas kena cucuk la jd mcm tu. Tapi aku, biasala, bangang kan, xrasa pun benda tu AEFI.
Jadi doktor tu setuju reaction nasuha yg febrile fit (amboih,hg saja blh tunjuk kemaih? ingat aku xreti ka febrile2 ni?) itu adalah ADVERSE EFFECT, seperti yang terkandung di dalam GPF. Febrile fit tu terjadi sebab suhu badan yang tinggi. Sebab apa suhu badan tiba2 tinggi? Sebab badan Nasuha react dengan vaksin tu. Kalau aku xpi cucuk dia hari tu, dia dok saja2, dok bergelak dengan kakak2 dia, celah mana menatam febrile fit ni nk mai?
So, doktor pun setuju bahawa Nasuha memang kena AEFI. Jadi doktor galakkan aku untuk report perkara ni supaya pihak BPFK tau bahawa ada sesetengah org akan react dgn benda ni. Dia lagi tolong cari apa nama vax segala no batch semua. Yg aku tak paham, makhluk bebal yang tak berkenaan dalam cerita ni mai komen bukan2, tanya aku tau tak criteria nk report AEFI kejadahan apakah? Report AEFI is a normal thing. Mmg dlm GPF pun dia suruh promote bagi tau kesan2 imunisasi. Jawatankuasa Dasar dan Amalan Imunisasi Kebangsaan, dok kt BPFK PJ nu, tempat keja adik aku.Memang kerja ahli jawatankuasa ni pantau semua kesan advers pelalian. Jadi sila jangan menggelabah atau menggelupoq xpasal2.
Jadi aku tanya doktor lagi, perlukah aku ambik imunisation utk Nasuha lagi lepas ni? Doktor kata, lepas ni Nasuha akan ada MMR masa umur 12bulan, dan booster masa umur 18 bulan. Doktor tak galakkan dia ambik booster since Nasuha dah tunjukkan kesan advers. Ni ayat dia. " Kita cucuk vaksin untuk mengelakkan komplikasi, tapi jika vaksin yg kita bagi tu yang menyebabkan komplikasi, buat apa nk bagi lagi?" Haaa..ni dia kata, bukan aku kata. Imunisasi adalah pilihan. Kita tak boleh paksa2 org nk ambik vax. Kita cuma boleh galakkan saja demi kemaslahatan sejagat, takut2 jadi wabak. Struktur badan org tak sama, ada boleh terima, ada yang tak boleh. Sebab tu kita xboleh paksa org untuk vax.
Dia xbagi aku ambil booster lagi dah, sebab badan Nasuha dh keluarkan banyak immunity untuk vax yg dia dh dpt tu.
Pestu, dia komen pasal MMR. MMR patutnya diberi masa manusia berumur 15bulan ke atas. Dia sendiri pun xpaham kenapa KKM punya schedule umo 12 bulan sebab tahap penerimaan badan dan sistem imune manusia masih belum sedia untuk terima MMR punya vaksin. Lagipun, rubella kan ada di bagi masa time skolah. So apa guna bagi MMR masa baby umo 12bulan? Haa..tudia...
Jadi, memang doctor suruh aku buat report AEFI tu lah. Lepas ni BPFK akan buat siasatan dan hubungi aku lebih lanjut. Dan akan dikeluarkan surat khas untuk Nasuha untuk tidak ambik vax yg berkenaan lepas ni. Tu dia kata la.. Nanti tunggu aku hantar report ni dulu kt BPFK mcmana pulak kan.
So,itulah dia.Yg dok kata aku memandai2 tu, mmg aku pandai daripada hampa pon.Wahaha! Pueh hati? Aku up entry pasal Nasuha untuk menyelamatkan anak aku, untuk bagitau kt semua org, AEFI itu adalah wujud, dan kalau jadi kt anak hampa, hampa kena buat report supaya pihak2 yang berkenaan boleh memantau, boleh tau percentage kejadian ni. Tu cara dia, org nk buat kajian. Hampa dulu xpernah buat thesis ka apa?Komen super bingai semacam.
Tadi petang, member aku kt hospital baling call. Anak dia pun kena gak.Umoq 7 bulan.Tapi doktor kata, sebab lambat cucuk tu yg jadi sawan tu.Hmm..nk tergelak pun ada jugak dengaq. Tapi oleh sebab kawan aku xtau ada GDF apa semua ni, maka report tak di buat. So, rugi sorang correspondence.
Patutnya,keja2 publisiti ni org jawatankuasa tu yang buat. Cer hampa tgk mukasurat 3, perkara 6 dalam GPF. Depa kena kempen keperluan utk report advers effect ni kt orang ramai. Ni dah jadi satu kerja aku pulak nk promosi GPF ni. Kena mintak upah kt KKM nih. Haha.
Cer hampa baca pulak mukasurat 5, perkara 8 yg kesimpulan tu. Dia kata kejayaan aktiviti (kutip data pasai adverse effect) ni bergantung pada semua anggota kesihatan dgn org awam. Dah kalau kita xbagi kerjasama, mcmana depa nak tau masalah kita? Dok la merawit sorang2 tak tentu arah.Bila org nk buat report AEFI,hg meroyan. Hg sakit ka? Ka xcukup vaksin dalam badan?Mai sini aku nk tikam hg dgn fine needle, mau?
Jadi kesimpulannya, mission accomplish. AEFI adalah wujud, dan pada sesiapa yang rasa anak dia kena AEFI perlulah buat report demi nyawa anak anda.
Akhir sekali, khas kepada anon yg suruh aku pi study medic nam tahun, buat call bapa ratuih jam apa tu..
Awat hg ingat aku study berapa tahun? Hg bercakap serupa hg sorang ja ada degree dlm dunia ni. Gaya hg tulih tu macam nk habaq yg hang ni doctor, tapi cara ulasan komen hg tu macam makcik propel sapu sampah kawasan hospital yg suka cicah jambu dgn kuah rojak mak bee petang2. Kalau betul hg ada title doc kt depan nama hang, aku ucapkan takziah la kat patients hg. Hang jangan lupa, esok2 hg duduk dalam rumah lebar 3kaki dengan 7kaki dalam tu, tok imam baca talkin, title hg tu depa tak panggei dah.
Aku minta maaf kalau bahasa aku agak kasar dlm entry ni.Aku xdak hal dengan org yang tak sependapat dengan aku.Aku lagi suka berbahas, berbincang sebab nak tau buah fikiran org lain.Aku pun kena bash gak dgn geng antivax. Tapi aku okey ja sbb cara depa bash elok dan ada input. Tapi kalau mai komen2 tak berilmiah, xbagi benefit apa, dok menambah kusut org, hg dapat sakit la. Aku rasa hampa yg baru2 mai blog ni xkenai aku lagi. Tu, nampak dak title blog aku? What u give, u get back? Hg sepak aku, aku bagi penerajang kt hg. Nama pun bumblebee. Hg mai dgn cara tak elok sarang aku, wa sengattt sama lu, kataku seperti sofi jikan. Fair and square. Nak mai komen,setuju ke xsetuju ke, biarla beradab skit.org tgh kusut2 anak sakit, bukan nk doa,mai dok tunjuk pandai.Tuhan bubuh setempek kt anak hg baru tau.
Aku juga nak bagi tips untuk sesiapa yang nk kena jumpa doktor,nak minta kerjasama kakitangan kesihatan untuk buat report AEFI ni, cakaplah dengan penuh berhemah. Depa pun manusia gak. Kalau kita mai terjah2, mai macam nk menyalah depa apa semua, tak elok gak.. jangan ikut perangai2 anon yg mai komen bodo2 kt blog ni. Kalau kita hormat orang, cakap baik2 dengan orang, insyallah tuhan tolong kita, orang tu pun xdak masalah nk tolong kita. Aku, siap klinik tu cop nama doc yg bg vaksin,alamat, no phone klinik apa semua.
Dah tak payah dok bergaduh dah.Nak cucuk ka, xmo cucuk ka anak hampa, biar berlandaskan ilmu. Hampa sendiri yg kena buat decision, hampa sendiri jugak yg kena tanggung implikasi dari keputusan hampa tu.
Aku harap faham la kut apa aku tulis ni.Kalau xpaham aku nk translate p ke bahasa sri lanka bagi.Aku jugak berharap, xada lagi komen2 dari si bingai yg xpaham topik entry.Low class sgt laa wei mai hantam2 xpasai2 blog org ni.Mai dari ulu banat mana?
ok? kalau ada apa2, kita buleh bincang kt ruang komen.bg org lain dpt manfaat sama.





