Monday, October 15, 2012

Tak sia2 Jadi org peramah nih.Tihihi!

 Kihkih..okey memula nk bgtau pasal kisah mcmana batu tumbuk boleh pecah dua..Aku tak la seganas yg disangka.Tgk muka pun tau kan,muka tawaduk habesss..wakakakaa!

Kisahnya,hari yg berbahagia tersebut, aku masak nasi beriani dgn kuah dhal segala la kan. Sambil rebus kacang dhal tu, aku buat lempeng kelapa untuk budak2 ni. Sambil2 tu, aku potong ayam. Rumah aku buat masa ni xde lagi pisau besar yg potong2 ayam tuh.Maka,pakai pisau biasa aje.Tang tulang2 tu susahla skit kan. Maka aku ketuklah pakai batu tumbuk.Ketuk2 batu tu steady lagi. Tapi time aku nk pegi kacau2 kacang dhal rebus dan balikkan lempeng, batu tu tergolek sendiri, Kelepek! Jatuh! Korang bayangkanlah 2-2 tangan aku tgh pakai kt dapor. Takkan aku nk sambut pakai kaki. Kang, duduk ward pulak lagi aku dgn kaki berbalut.Hewhew! 

Okay,part lain plak.Weekend aritu,ari sabtu,pegi Tesco beli brg2 dapo.Pestu aku nk cari pencuci muka skali. Aku ni,bangsa, xde stick kt mana2 brand pun la. Hantam sajalahh..Agak2 time byk duit,aku pegila cari  product kaunter.Kalo gamak xberapa berduit sgt time tu,aku tibai je kt rak kedai.

Muka aku pun,alhamdulillah,stok muka org kampung.Tak byk songeh.Tapi bila dah cecah 30tahun ni,aku agak concern la skit.Kang kedut ke apa kan.Kang Speckybee komplen, cari bini muda,dah xpasal2 aku kena masuk penjara sebab bunuh org. Maka demi menjaga kemaslahatan umat, aku terpaksa jugaklah cari produk2 anti penuaan ni.

Aku pun merayau2 kt dlm tesco tu,tgk apa benda yg patut tempek kt muka aku ni supaya bercahayeee.wakawaka! Dtg sorang promoter,aku bgtaulah problem kulit aku kering,aku takut kedut bla2..Pestu dia check2 kulit aku,dia suh aku pakai garnier light saja,sbb kulit muka aku xbermasalah.

Pestu dia siap bagi segala krim mak nenek loreal pakai malam,pakai siang dgn pembaris check kulit kaler kulit kau.

Ni jer brg yg aku beli.RM5.90 sajork.

Ni brg2 aku dpt free.Aku check kaler kulit Speckybee,dah terkeluar pembaris.Mungkin number 20-30 kut..wakakakaa!!! Ampon banggg!


Hikk!Hikk(gelak gatai) tak sia2 aku beramas mesra dgn promoter tu.Dpt gak krim muka free.Wakaka!

p/s:Sapaala kata aku ni sombong tah.Muka skit punya tawaduk ni pun kata aku sombong.Eh,pegi kawen dgn mael lambong laa nk sombong2.

Friday, October 12, 2012

Sapa buleh celen saya?

Nahhhhh haiiiii!!! Sapa buleh celen?? Masak sampai batu lesung patah dua?



Haihh...dah la batu lesung skang dah mahai. Ada tak org jual batu tumbuk ni saja? ibu dia xyah? Ke.....kecederaan camni buleh pakai gam je? Cer bg pendapat.

Monday, October 8, 2012

Shoutbox.

Hadoihlaaaa.....

Aku tak pastilah readers aku perasan ke tak aku dah letak balik shoutbox aku.Mcm tak berfungsi jeeeee...
Jadahnya aku letak shoutbox,aku senirik yg tulih kt situ.Hagham xde sapa pun shout kt situ.Hoihhh!Sedih mcm ni tau.

Hari tu shoutbox aku rosak.Dgn browser aku pun buat hal.Ni aku dah cantik2kan balik update browser aku semua. Aku ni letak shoutbox dgn harapan peniaga2 online mai promote barang kt aku.Aku tengah gatal tangan nk membeli barang. Kt FB tak feel sgt lah nk shopping.

oi,sedih wei dok yeay sorang2,pestu itu ajelah kt shoutbox aku.Heh!

So,aku merayu.Ni sampai merayu2 dah wei.Kepada peniaga2 online,marilah promote brg kt aku.Brg baby ke,barang mak baby ke, makanan ke. Aku nak beli ni.

Sekian dari pembeli yg kegersangan.voley gitu?wakakaka!

Thursday, October 4, 2012

Nah,penangan anak Malaysia!

 Phewwww! Sepanjang2 dlm sejarah beranak pinak aku, inilah pestime aku warded. Dugaan sungguh nak dapat anak Malaysia sorang ni.Manja gila anak Malaysia. Masa duduk SL dulu, minum air telaga pun steady je  lagi aku.hihi. Start dari 2minggu lepas kesihatan aku on off, budak2 ni pun sama. Aku muntah2 teruk hari selasa haritu. Nak kata salah makan, macam tak logik pulak. Xde makan kt luar pun, semua aku masak sendiri je. Lagipun aku sorang je yang kena. Aku pulak xde sakit perut memulas ke apa. Cuma sakit kepala gila2, badan lembik gila.Ingat mati je la aku. Maybe aku rasa over exhausted sgt kut,sbb 2minggu lenjan badan aku ni. Tak sihat betul2, tapi dgn budak2 pun xberapa sihat, dengan kerja umah, berhari2 aku tak dpt nk tido. Datang hari selasa lepas, nah, dia bagi la badan aku cukup2. Lembik kt situ jugak.

So,check in lah aku kt Colombia Asia,Nusajaya nun. Nak review lah skit pasal hospital ni. Oleh kerana ni first time aku warded kt Malaysia, maka perbandingan aku dgn hospital Sri Lanka je lah kan. Interior, okey, cun. Kalah la Cooperative Hospital Galle tu.Mcm zaman nenek2 je. Tapi kalau Southern Hospital Galle, err..kalah la jugak. Jatuh no 2.Haha!

Bahagian registration, Columbia Asia okey.Bg je nama doc aku, terus print out, pergi station B, tunggu doc. Kalo Sri Lanka, laki aku atau driver yg pegi, pestu kena jegil2 mata, tegang urat sbb dia ckp no dah habis, lepas tu maki sedas dua, terus wujud nombor. Ya...stimulasi darah berlaku kt situ.haha!

Consultation doc, semua okey. Puas hati dengan penerangan. Cuma kt Malaysia ni,aku tak payah nk rajin sgt mcm kt SL dulu search sgt term2 medic pasal aku boleh tibai je ckp melayu.kakaka! Bahagian admittance, Columbia Asia, dapat anugerah bapak lembab. Tah hapa yg dia kelebek aku pun xtau.Aku dah setengah nyawa tunggu, yg dia tak habih2 kelebet kertas dia.

Dalam ward, aku patutnya dapat single bed room kt CA.Tapi penuh,maka, lepak double bed dulu, lepas tu dia akan tukarkan. Dah duduk situ,aku rasa best pulak double bed,sbb tak boring. Boleh tau cerita org sebelah.Kekeke! Dasar kepochi! Tak la kan..sepanjang aku duduk situ,3org bertukar2.So, aku boleh tau lah gynae dorang camna. Kt CA ada 3 gynae.Dr.Rajesh,Dr. Teh, Dr.Rohaini. Aku punya Dr.Rohaini, sbb mestilah nak yg pompuan muslim kan..dah 2org sblm ni stock tangan berbulu Sri Lanka.Wakakakaka!

Staff nurse semua, okey.Lemah gemalai kt CA.Takdelah sesetengah tu stok muka mcm kena cirit birit atau sengugut je mcm kt gomen. Kt SL pun semua okey. Sikit2 darling, skit2 darling.Dah aku mat salleh kt sana,darling laa..mau dtg puak dia sendiri, hilang segala darling marling dia kot.kekekeke!

Tapi bab kecekapan kerja, aku terpaksa akui lah, staff kt SL,untuk kedua2 hospital lagi cekap dari CA. Seriously. Part nak ambik darah, mmg awal2 staff CA kena tibai. Staff SL byk yg senior2 dan pro lah aku tgk. Staff CA,budak2 muda dan pelatih. So, mcm gelabah skit. Byk la jugak lebam2 kt tangan aku ni kes urat bersimpang siur.hihi!


Masa ni tgh masuk antibiotic.Tapi darah aku pulak yg keluar.Terpaksalah nurse tu bukak balik dan buang darah aku.Merambu2 keluar.Huuu!

Bab makanan, humm..aku order porridge kt CA.Tp rasanya sgtlaa tak sedap. Rasa MSG berlambak.Tak tau lah mmg porridge tu tak sedap ke mmg pasal aku jadi fussy sbb meloya. Dinner aku order kue tiaw soup,yg dtgnya porridge tak sedapt tu lagiii! Maka tunggulah lagi 20minit nak dapatkan balik kue tiaw sup.Ok2 je lah rasa dia.Kt SL best sbb dorang offer international food mcm pasta2 ke.Barula best.ngehehe!

Anis the menget..namamu yang teratas.kehkeh!

Tu jelah kut review aku.Nanti bila aku dah bersalin kt CA,barulah aku review bab labour room plak kann..Tunggu 3bulan je lagik.Fuhhh! fuhhh!!! Tak sabar2 aku nak beranak...Penat weh preggy2 ni.

Moral of the story, hargailah ibu anda.

Sekian, maseyyy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...