Thursday, August 5, 2010

[update] Kes hina JB oleh nor azita osman


source:mediamalaya
4/8/10~10.15pm

Da ramai blogger tulis topik ni. Glamer kak Ita kita. Ramai jugak yg kutuk2 akak ni. Aku tak pasti apa maksud akak ni post kt FB dia camtu.So, aku fikir positif jer laa..Sebab loghat negeri masing2 tu kadang2 pemahamannya lain.Aku pun sedia maklum mmg org Kedah cakap kasar skit.Mula2 aku dengar org Kedah ckp dengan aku pun, aku melalak2..menangis2 kt skolah.

Okey berbalik pada kisah akak tadi.Perkataan hina pada org2 selatan (dan jugak dalam kamus)* mmg maksudnya, hina keji tu laa.. Tapi untuk org2 utara, word hina tu boley jadi mcm kekurangan,penganiayaan, teruk.

Contoh ayat orang utara : Hang jangan la buat terhena kat aku..
Maksud sebenar: Ko janganlah pedajal aku...

Contoh ayat org utara: Hinanyaa laa tempat ni..biskut meri pon xdak..
Maksud sebenar: Ish, teruknya tempat ni, biskut meri pon xde.

Word 'hina' org utara dianggap biasa, tapi kalau org selatan, mcm agak biadap.Sama jugak kalo org selatan sebut 'Keji la ko ni'..aa..rasa mcm tak menusuk kalbu sgtlaa kan.Tapi kalo sebut ko ni hina laa..oh, itu boleh membawa kesentapan.

Banyak sebenarnya perbezaan maksud satu2 perkataan antara negeri2 ni..Contoh paling simple aku bagi adalah perkataan 'KOPET'. Kalau org utara, maksudnya, purse. Tapi kalo ko pegi Kelantan, ko cakap, bak kopet ko, mmg ko kena penerajang time tu la jugak. Kopet bermaksud tetek ye tuan2 dan puan2 dalam loghat Kelantan.

Akak tu pun dah minta maaf kan..Jadi, apapun maksud dia tulis kt situ, biarlah dia dengan Allah je yg tahu.Anggap jelah perbezaan loghat dan salah paham.Yang kita2 xde kaitan ni, xpayah la tambah2 dosa yg sedia ada.Aku bukanla nk jadi sazah ke apa, tapi lagi bagus kita gaduhkan isu2 yg lebih berfaedah .

Ni pendapat aku jelah kan.kalo korang still nk kutuk2 dia, wa ta ambek port..

kepada kak nor azita pulak, syukur jelah dgn nikmat yg ada.buatnya ko tercampak kt Sri Lanka ni, jangankan famous amos, kek gula hangus pun belum tentu jumpa.

notabulukaki:
aku refer word tu kt org yg piau punye loghat kedahnya.

5/8/10.00am
*pasal ada anon yg sebut kamus tadi

Wednesday, August 4, 2010

Aku berketurunan Dinosour??

Boring2 tadi, aku sesaja jelah search kt Google nama bapak aku. Oh,kalo korang yg belum tahu, nama penuh aku Noorhanis Tanius. Tanius tulah nama ayah aku.hehe..So, aku try la search kot2 jumpa sedara mara aku yg xkenal ke kan.Alih alih aku jumpa ini:

TANIUS
(pronounced TAN-ee-us) Tanius was a large, crestless Hadrosaurid from China. These heavily-built plant-eaters were duck-bills that had a bony protuberance between the eyes on their flat head. Tanius had a toothless beak and strong jaws with self-sharpening cheek teeth (for chewing tough plant material). It had four-fingered hands and could walk on 2 or 4 legs. Tanius dates from the late Cretaceous period, about 88.5 to 65 million years ago. Tanius was named by Carl Wiman in 1929, after the "Tanka" people of southern China.
source here

erk???!!!

Wadehel??

notabulukaki:padanla ada ciri2 dinosour gak dalam diri aku ni..huekekkekeke!

Tuesday, August 3, 2010

Amanah Yang BeRaT

Whooaaaaaa!!!
Alhamdulillah....selesai jugak akhirnya...
tihihi..
Sebenarnya aku bukan menggodek blog sgt pun.
Aku tgh sibuk siapkan newsletter persatuan kt sini.
Dari design,sampailah ke editing.

Aku rasa bersyukur sangat2 sebab terpilih diberi peluang untuk handle bab newsletter ni.Kalo korang nak tau, rakyat Malaysia kt Sri Lanka ni ada persatuan namanya Malaysian Association in Sri Lanka(MASL). Dari persatuan ni, rakyat Malaysia kt sini bolehlah berkenalan dan jalankan aktiviti.Lagipun bape kerat je rakyat Malaysia kt sini, maka persatuan ni ditubuhkan untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli.

Selama ni, aku jadi ahli biasa persatuan tu je.Memang dari sekolah dulu,asal ada perlantikan jawatan je, aku mesti menyorok bawah meja.Huekeke! Aku xbape gemar pegang2 jawatan ni pasal aku kategori budak nakal.Nanti jadi contoh tak baik pulak untuk budak2 lain.Aku pernah laa jadi ketua editor majalah sekolah.Tp tu peringkat sekolah beb! Ni peringkat antarabangsa.Mula2 terketar2 jugak aku sebab newsletter ni bakal dibaca oleh org2 kenamaan.Tapi bila aku pikir,banyak pengalaman dan pelajaran yg bakal aku kutip dari tugasan ni, aku lapangkan dada.Fikir ini peluang aku untuk tambah pengalaman hidup,kan?

So, dalam persatuan ni, xpepasal aku dilantik jadi Exco IT & Communication. Kah! Kah! Kah! IT laa sgt aku ni.Then,bila aku cadangkan untuk buat Newsletter untuk persatuan ni, maka tanggungjawab itu pun terpikul di atas batu jemala aku.Letih, Fed Up, Give Up semua ada masa newsletter ni diusahakan. Tapi aku kuatkan juga.Sebab aku fikir, ni adalah newsletter pertama persatuan ni.Aku laa pioneer.Bangga woh! Ada laa jugak bakti aku sebagai rakyat Malaysia, ye dak?

Macam aku cakap kt atas tadi, aku lebih kepada syukur bila dapat buat task ni sbb byk benda yg aku dapat belajar. Aku boleh asah skill Photoshop, skill penulisan dalam Bahasa Inggeris dan skill designing utk magazine. Aku dapat tgk mcmana org besar2 punya English. Cara2 diplomat punya bahasa laa senang ckp an.Aku tak copypaste dari teks ucapan yg dorang bg kt aku. Aku taip sebijik2 supaya word2 yg baru bg aku masuk kaw2 dlm kepala otak aku. Aku sangat2 berterima kasih pada yg membantu aku terutamanya geng editorial board aku dan juga Encik Naib Pengerusi.Kalau xde dorang,memang tinggal mimpi je lah kot benda alah ni.Memang kita kena berkerjasama macam Wonderpet kalau nk sesuatu menjadi kenyataan.

Aku juga banyak belajar mengenai perangai2 manusia yg aku xpernah jumpa sebelum ni.Perangai seperti ingin show off, suruh letak nama dia dlm apa2 hal pun (padahal haram xmembantu pon) dan juga perangai yg ingin dipuja dan dipuji.Kekekekeeke..Cuma nasihat aku, kasihanilah diri anda..berhentikanlah dari memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai. Ko xmalu, aku pulak yg malu weh.

Apapun, syukur alhamdulillah, tugasan dah selesai. Aku bangga sebab orang kampung mcm aku ni mampu buktikan sesuatu untuk mewakili nama Malaysia.Orang kampung tak bodoh laa wei..Orang tak keje macam aku pon bukan org bodoh.Ramai je org kampung pegang Degree,Master,PhD turun buat keje bendang, jadi surirumah, motong getah.Rilex aarr kan..apa kes nk berlagak2, show off2. Bak sini result SPM dgn Degree ko aku nk tgk! Orang yg bodo adalah org yg selalu ingat dia pandai dan orang lain semua bodoh.

Sekian, Terima kasih.

notobulukaki~oh, entry berbaur emosi tapi ada unsur2 kebahagiaan..lalallaala!

Monday, August 2, 2010

MeNGGoDeK

Aku malas nk update blog lagi.
Walopon dlm kepala aku ada mcm2 topik aku nk meracau.
Skang ni, aku tgh naik sheikh nak mekap blog.
Kena tunggu sheikh aku tu balik padang pasir dulu baru aku update eh.
muehehehe!
Yang datang menjengah tu, nnti aku jalan2 balik kt blog korang yep.
Korang tgk blog aku mcm juicy-juicy-stoberi tak??
haha!
okey..bye...

notabulukaki:Oh,ya.aku baru nk terhegeh2 mencuba hidden shoutbox.Kalo korang xjumpa,sila tgk belah kanan atas ye.okey.bye. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...