Wednesday, September 9, 2009

CUTE BABY SLEEPING CONTEST


"CUTE SLEEPING BABY CONTEST"
bermula dari 03 Sept 2009 hingga 18 Sept 2009

hadiah menarik & istimewa bakal diterima oleh pemenang
& 5 penerima saguhati istimewa


Syarat penyertaan :

1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..
2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Life
dan add my link nie di bloglist anda [DONE!]
3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor
yang paling cute,chomel sekali... [DONE!]
4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja (kang rabun juri nk pilih pemenang..huhuhu)
dan umur bayi ketika itu hendakla dalam
lingkungan usia 3 - 12 bulan [DONE!~BABY UMUR 3BULAN TIME NI..]
5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU [DONE!]
6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali [DONE!]
7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life
8. Sila tinggal kan link peyertaan anda di comment yerk..


aii...Baiti..ini penyertaan saya yee..
*
*
*
*

NAMA BABY: NURIN HANNANI BINTI MUHAMAD FUAAD
BIRTHDATE: 11 SEPTEMBER 2007
PLACE OF BIRTH: COOPERATIVE HOSPITAL,GALLE,SRI LANKA
NAMA IBU: NOORHANIS MOHD TANIUS

Ini adalah gambar uyin the Honeybee yg diambil ketika kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada December 2007.Ketika itu,Honeybee berusia 3bulan.Sebenarnya aku xtau pun bila gambar ni diambil.Kredit tu adik iparku, Dik Tie yg menjadi photografer gambar ni.Bermimpi indah anakku ini,mungkin masih diulit mimpi2 kenangan di syurga,ketika dia masih belum lahir lagi.Amat damai hatiku bila tgk gambar ni..anak2 kecil yg belum dibelengu masalah hidup,membuatkan aku juga lupa dgn masalah2 harianku..hikz....

So,Baiti,apa yg sy rasa special 'bout ur blog ialah,terdapat entry2 yg berunsur pengetahuan dan keibubapaan.Pada saya,ibu bapa muda sekarang ini,lebih concern mengenai parenting,psikologi dan kekeluargaan,mungkin kerana didedahkan oleh byk medium dan media massa.Disini,ingin sy mengambil kesempatan,utk mengucapkan selamat berjaya dalam menjadi ibu kepada Baiti,dan semua ibu2 yg lain.Semoga kita sama2 dpt menjadi pendidik kepada generasi yg ulung di masa hadapan.

Kepada yg ada gambar baby tidur comel2 tu,bolehla join contest ni.
KLIK SINI UTK JOIN!!

Saturday, September 5, 2009

PROMOSI GERAK KETAWA!!!!

"Erk...!Tak..Tak..Bukan aku taip salah.Mmg gitu"

Cer tgk ni
*
*
*


Aku pon xbape pasti adekah si tukang promosi itu mmg sengaja tulis 'gerak ketawa' ke atau typo.Ade byk kemungkinan kt sini:

#KEMUNGKINAN 1
Memang typo atau kesilapan menaip.Dia nk tulis 'Gelak Ketawa' tp tertulis 'Gerak Ketawa'.

#KEMUNGKINAN 2
Memang dia berniat tulis 'Gerak Ketawa' jugak.Maybe dia suh kita gelak guling2 (bergerak la tu kan?) atau, gelak smbil cecepat beli barang dan blah.xsuke kita crowded2 kan kedai dia.

#KEMUNGKINAN 3
Beliau seorang yg kurang fasih berbahasa melayu.Ade pelat2 cina sket kut.Cine kan kalo 'R',kan slalu tertukar jadik 'L'.Contoh ayat: "Talak susa punya..kita punya olang,baik2 maa.." contoh la kan.kan ke L tu patutnye R.Jadi,mengambil kira formula ini,jadi dia pun tukar lah 'L' jadi 'R' pulak.kukukuku!

ataupon kemungkinan2 lain yg korang boley pikirkan.

Gambo ni da lame aku snap.Time balik msia bulan 3 haritu.Tempat kejadian ni dekat2 je dgn umah aku.heheh!Yg pastinya,mmg sgt best shopping kt situ.Sbb barang2 murah ya amat!

p/s:sila bayangkan kelakuan 'gerak ketawa' itu.gyahahaha

Thursday, September 3, 2009

SuaMi GaTaL..SaLaH SapeR??


"Eh,ko kenapa anis??SpeckyBee buat hal ke?Tetiba je entry ni tajuk gini."

Hehe.Saje je.SpeckyBee tetap cam biasa,seperti yg aku nmpak.Tidak lah berapa gatal sgt pun.Cam biasa.Saje je aku tulis entry ni.tiba2 idea dtg mencurah2.aku xpasti mana datangnya idea ni.Maybe sbb aku baru je minum nescafe sahur tadi,jadi aku xrasa nk tido balik.Cargas semacam je ni.

So,berbalik kepada tajuk.Salah sape kalo suami kita gatal??Salah suami ker?Salah pompuan yg merenyam2 kacau suami kita ke??atau salah kita sendiri sbb xreti nk jaga suami??hehe.Jom kita buat post-mortem.

Suami
Suami tu mestilah seorang lelaki kan.Dan mmg lumrah lelaki,dari dalam perut lagi adalah gatal.Cuma tahap kegatalan masing2 yg membezakan individu tersebut.Ade yg gatal senyap2,dan ada yg menunjukkan kegatalan diri secara terang-terangan.Hum..mungkin salah lelaki...

Pompuan Miang = Org Ke-3
Pompuan pun ada kegatalannya tersendiri.Kalau tak,xdelah timbul kes2 pompuan mengorat suami org.Itu pun bergantung kepada kegatalan masing2.Tp mmg dlm Islam dah kata,pompuan kene ada sifat malu.Kalau xde sifat malu,dapatlah dia title pompuan miang.Tp mungkin juga perempuan sebegini memikirkan masa depan.Dia nk suami org yg kedudukannya dah stabil,supaya masa depannya terjamin.Kira nk masuk cuci kaki je org kata.Mak aku pun ade jugak berpikiran sebegitu.Dia suruh aku kawin dgn org yg dah keje.Terjamin katanya.Tp aku xde pulak rasa camtu.SpeckyBee sebaya je dgn aku.Malah,aku yg keje dulu sebelum dia keje.Tp aku mmg cukup yakin dgn pilihan aku jadi aku kawin jugak dgn Speckybee.Mungkin tahap kegatalan aku sgt tinggi terhadap Speckybee yg membuatkan aku xfikir tentang hal2 kewangan.Pada aku,kawen dulu,duit will come next.Duit boleh dicari,SpeckyBee yg bijak lagi hensem,mana nak cari??(perhatian,ini adalah ayat bodek!)

Isteri
Mungkin jugak salah isteri yg xreti jaga suami.Ape maksudnya?Isteri xreti masak,isteri malas iron baju,isteri malas kemas umah,isteri asik bertenet aje,isteri suka berleter (alamak,itu semua ada kt aku beb!adekah aku tergolong dlm isteri yg akan dimaniskan??) Jadi,atas alasan2 itu,si suami akan pakai bila dia dh dapat org baru.Mungkin jugak alasan2 itu akan digunakan utk mengayat,mengadu dan menumpang kasih kepada pompuan lain.Kununnya kurang kasih sayang isteri.

Jadi,bila kita lihat ke tiga2 org di atas mmg bersalah dalam hal ni.Jadi itu adalah perkara normal yg dipandang keji oleh masyarakat.Tp masyarakat yg pandang keji tu pun,sama gak.Org2 tu lah jugak yg jadik masyarakatnye pon.Biasalah kan,kain org yg koyak,mmg la kita nmpak,padahal kain sendiri rabak,xperasan pulak.

Menurut buku "The 7 stages of Marriage" by Sari Harrar & Rita DeMaria,Ph.D.(buku ni adalah hadiah dari mak aku sempena birthday aku tahun lepas.aku xbape pasti motif beliau.adekah dia nk suruh aku berjaga2 terhadap kes ni??) ada 7 peringkat dalam perkahwinan:

1)Passion Stage
Saat2 romantik dan honeymoon.Time ni suma cam best jee.Mmg xpandang yg lain dah.

2)Realization Stage
Stage yg dah kenal diri masing2.Oo,rupanya ko ni kaki mengigau,oo..ko ni kuat kentut.aa,contohnye gitu laa..

3)Rebellion Stage
Bergaduh sesama sendiri,nk idup cam dulu balik.Nk bebas2.nk main futsal ikut suke hati.Nk pegi shopping dgn kengkawan je.Nk tu,nak ni.bosan la idup dgn ko!

4)Cooperation Stage
Time ni tanggungjawab makin berat.ada anak,perbelanjaan bertambah,keja pun berlambak2 kt opis.

5)Reunion Stage
Ni kira pasangan yg dah settle down bab anak2,bab keje suma.kira skang ni tgh rilex2,nk bersatu balik dgn pasangan.

6)Explosion Stage
Tahap paling down dlm hidup.Sakit,kena buang keje,bergaduh tunggang langgang.

7)Completion Stage
Ni tahap pakcik makcik,atuk nenek.Dah rilex sume,main dgn cucu.lepak2 makan angin hasil duit pencen.tahap ni hanya akan berjaya dicapai jika masalah2 rumahtangga dpt ditangani dgn cara yg baik.Kalau tak,mgkin kita akan dengar pasangan2 tua yg bercerai berai.

Peringkat2 diatas bukanlah semestinya mengikut turutan.kekadang,ade yg bercekau dulu,baru smpai tahap nk honeymoon,tp biasanya,berhoneymoon2 dahulu,bercekau2 kemudian.Ada jugak yg kata,lelaki bila dah umo 40tahun,tu tahap remaja kedua mereka.Maksudnya tahap gatal+miang mereka time nk mengorat kita dulu datang balik.Tp,malangnya,time tu,dia xmengorat kita,dia mengorat anak dara atau bini org lain.Aku mmg aware perkara ni,so aku pernah bertnya kepada speckybee,macamana bila aku dan dia dah umo 40 tahun nnti?Aku sgt takut dia tidak lagi mengorat aku,tp mengorat pompuan lain.Jawapan yg aku terima dari Speckybee adalah, "Kita pegilah mekah." Owh,pegi mekah,so boleh jadi baik ke?xmengorat pompuan lain ke??Mungkin...tp aku still xpercaya,sbb ade jugak haji2 yg kt luar sana sama naik gatalnya.

Jadi,apa solutionnya utk hal begini?

Suami
Okey,sang suami.Ko kata bini ko masak xsedap,bini ko dah xcun,bulat macam tong,atau kurus cam cicak kobeng.Bini ko malas.Bini ko xpaham ko.Bini ko bangang.xpaham soal hati dan perasaan lelaki.Tp adakah ko cukup konfiden,org yang baru ni,yg tgh ko puja2 skang ni,yg tengah ko banding2kan dgn bini ko tu,akan lebih baik dari bini ko??Entah2 lagi teruk.lagi pemalas.masak megi pon xtau.Entah2 pompuan tu ade siplis,berkurap sana sini,bekas bohsia,ko mana tau?Ko tgh kemaruk dgn pompuan tu.Mmgla sume nmpak best.Cuba ko bayangkan..bini ko,yg ko kata dah xcun tu,susah payah dgn ko dulu2.Penat mengandungkan & lahirkan anak ko.Kalo ko xkawin dgn bini ko,dah tentu xdpt anak yg comel2 cam sekarang.Cuba pandang sorang demi sorang anak2 ko.Ko xkesian ke tgk dorang?Kalo ko kawin lg 1,maksudnya ko dah ade 2 rumah,dan perbelanjaan mestilah bertambah.nak2 bini muda kaki kikis.Sian anak ko..cukup ke makan dorang?blanja skolah dorang?Cuba ko pikir pakai kepala otak ko skit.Bini ko,walopon ko menyampah sgt tgk dia skang ni,cuba ko pikirkan perkara yg baik2 tentang dia.Org kata,sebelum kawin,bukak mata luas2.Pilihlah yg terbaik.Bila dah kawin,pejam mata rapat2.Bukak sebelah mata je habuan nk tgk jalan.Salah skit,maafkan.Ape,ko ingat ko tu baik sgt ke?Bajet2 la.kalo diri ko baik,dah tentu pasangannya org yg baik.Tu janji Allah taw?

Pompuan Miang = Org Ke 3
Hum,yg ko pulak.Ape masalah ko sebenarnya.Ko nk hidup senang lenang?Senang mana sangatlaa ko dapat.Ko ingat lelaki tu kaya sgt ke?Ko mana tau entah2 hutang keliling pinggang.Dia ngorat ko pon sbb ko keje.Bolehla tampung dia.Nah,padan muka!Lagi byk susah adalah.Memula kawin mmgla suami ko puji ko.Tp bila suami ko sedar yg ko tu lg xbest dari bini dia dulu,dia dh boleh bandingkan ko.Itu yg menyebabkan dia carik lain dlm masa yg singkat sbb dia boleh buat perbandingan.Ko xrasa bersalah ke ambik hak org?kalo pas ni org lain pulak ambik hak ko,camne?Ko kene ingat,zaman skang ni payment by cash aje.Ape ko bagi kt org,tu yg ko dpt blk.Cam tajuk blog ni.Ingat tu!

Isteri
Okey,sang isteri.(dan jugak diri aku sendirik!)baik ko buat post-mortem balik.Apesal laki ko menggatal dgn org lain.Kalo ko ada ciri2 cam aku sebut diatas(yg jugak ciri2 aku tu) maka bersiap siaga lah.Apa yg patut dibuat?Sebelum laki ko buat hal,baik ko tutup cepat2 lubang2 yg ada.Hum..nampaknya aku kena berubah.Tiap2 kali hari raya,hari annivesary,aku selalu salam mintak ampun kt Speckybee.Janji nk jadi isteri yg baik,bla..bla..bla.Tp sekejap ajelah.Kekadang tu,pagi raya,pas 5minit mintak ampun,dah mula balik perangai buruk aku tu.camno nih?Perlu kah aku pegi kursus motivasi utk jadi isteri yg baik?Aku ada beli buku tajuknya "ciri2 isteri solehah".tp setakat baca jelah.Yup!aku kena mulakan dari sekarang!Sebelum Speckybee jadi gatal semula."Speckybee,dengarlah rintihan hati Bumblebee...Speckybee,Bumblebee mmgla nk jadi isteri yg rajin+baik.Tp bosanla.hari2 dok terperuk kt umah.xkuasa nk kemas umah 4-5 puluh kali.Masak pun dah bosan.Kt sini bukannya boleh beli2 makanan cam kt Msia nun.Xde life kt sini.Moral mmg down!Mula2 okeylah.Tp dah lama2 gini,manalah tahan.Dhle xde kengkawan.sob!sob!Sbb tulah Bumblebee bertenet.hehe!"

Bagi isteri yg mempunyai suami yg terlebih sudaa...yg tahap miangnya xdapat dikawal lagi,maka redhakan je lah.Mungkin itu yg terbaik dan dah memang tertulis di Luh Mahfuz bahawa anda akan berkongsi kasih dgn org lain.Ewah!senang je ko ckp anis!Kena batang idung ko sendiri baru padan muka! Hehe.yup,cakap mmg senang.Tp sometimes,aku mesti tune otak aku ke bab tu jugak.Itu sebab aku tulis entry ni.Jom kita letakkan diri kita dlm kasut itu (cam kepam je bunyi ayat ni kalau dah tukar english ke b.melayu.huhu!) Okey,terus terang,sekarang ni aku mmg sgt2 nampak possibility utk aku dimaniskan itu ada.Maksud aku,aku nmpak 10-20 tahun akan datang.Suami aku adalah lelaki sejati yg normal.Jadi dia juga gatal seperti lelaki2 yg lain.Keje pulak oversea2 ni.Dan peluang kenaikkan pangkat sgt cerah sbb dia muda lagi.Dah tentu pompuan2 kt luar sana bajet suami aku kaya raya,padahal, xpun.Lagi pulak,aku bukanlah jenis isteri yg sgt2 solehah seperti yg tertulis dlm buku "ciri ciri isteri solehah" tu.Jadi sangat perlu aku memikirkan hal ini dari sekarang.Kalau aku boleh elakkan,aku cuba elakkan.tp kalau terjadi jugak,aku perlu start calm down diri aku dari sekarang.Be prepare.sbb xtau apa akan jadi masa depan.Apa yg aku boleh buat sekarang,ialah doakan perkara itu tidak terjadi.kalau terjadi sekali pun,aku harap tuhan menguatkan semangat aku.

Owh,mungkin Speckybee akan tersenyum bila baca ni.Sbb aku tulis kt atas tu aku redha.Tp tu xbermaksud aku redha bebetul beb.belum lagi.Skang dlm proses kasi warning kt diri sendiri aje.Supaya aku bergerak menjadi isteri yg ditulis dlm buku "ciri ciri isteri solehah".

P/s:wah,byk kali betul aku promote buku "ciri2 isteri solehah" tu.Tu tulisan Dr.Fadhilah Kamsah.Buku kecik kaler putih.pegila beli.murah je.Semoga wanita yg baca entry ni akan menjadi seperti ciri2 dlm buku tu.Aku doakan utk diri aku sendiri dan utk semua.

~amin....


Wednesday, September 2, 2009

MenYamBut MerDeka Di BuMi Sri Lanka

Aa....ye...aku tau aku lambat...org dah masuk 2September aku baru nk tulis pasal merdeka.Hehe.xpelah..biar lambat asal selamat.Merdeka kali ni,kali kedua kami sambut di Sri Lanka.Tp kali ni dlm bulan puasa.

~Posing dulu sebelum kuar umah


~Posing dlm keta sebelum muka jadi lonyai

Perjalanan kami ke Colombo terganggu kerana penutupan jalan raya utama Galle-Colombo kerana ada upacara ritual agama buddha.Jadi terpaksalah ambil jalan kecil yg berpusing2 dan menyenakkan perut.Berada di atas jalan raya di Sri Lanka membuatkan aku berada dalam alam Planet of the Apes.Seolah2 semua yg memandu,yg naik basikal dan yg melintas jalan adalah monyet!Aku mmg nyaris2 nk buka puasa dah.Seram sejuk dan meloya tekak.

Ktorg behenti berbuka puasa dulu di KFC Mount Lavinia.Aku da mmg xboleh tgk rupa nasik dah.Meloya2 pening kepala.Majlis start pukul 7.30.So,ada masa lagi nk lepak2,dan Specky Bee tukar baju.

~nasik beriani KFC


~selera je 2 org anak beranak ni makan

Sampai2 ke Cinnamon Hotel,dorang dah start dah.ucapan2 sumer,then makan2 amek gambar.Nilah antara gambar2 yg diambik di sekitar majlis tu.


~anak2 malaysia yg merdeka..walopon yg baju kurung biru tu anak sri lanka sebenarnya.


~Perwakilan dari Galle bersama isteri Duta Malaysia.
kekeke! saje buat perwakilan sndiri.huhu!


~3 muka stone


~dh lama xjumpa jejaka malaysia


~masing2 menunjukan bakat pentomim di atas pentas


~Pengsan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...