Wednesday, March 30, 2016

Down

Harini aku down. Padahal malam semalam bukan main kelenjar ptituari aku berlumba2 merembeskan oxycontin masa aku tgh bincang next plan dgn business partner aku.Lepas tu tiba2 pulak Puan Roszie Querenda yg jd coach The Entrepreneur kt tv3 semalam  PM aku. Giler xhappy.

Aku ni buat keja smua sorang2. Mmg dr zaman aku duduk Sri Lanka dulu aku jd mcm org gua. Org gua pun ada geng lepak keliling api ramai2. Aku tak. Aku sorang. Yg follow blog aku dr zaman dulu tau lah. Aku bercakap dengan komputer je lah.

Balik Malaysia, aku still sorang2 sampai la si Nasuha tu besar pegi skolah. Start ujung tahun lepas la aku br ada kawan2 blk. Maksud aku, kawan yg aku boleh bercakap pakai mulut, boleh lempang2 tu. Haha! Tu pun sebab aku pegi kem TUBE. Aku xcita lagi kan dlm blog ni. Nanti aku citer.... panjang xpanjang sgt laaa...tp 21hari dlm kem punya cita, ko agak?

Aku malas nk cerita sebab apa yg buatkan aku down harini. Cuma harini aku sedar, org yg paling rapat dengan aku, tak bermaksud akulah org yg paling rapat dengan diri dia. Paham ke paham? Aku rasa dia org yg paling rapat dengan aku, sebab aku ni xda sapa2, tapi sebenarnya mmg aku sorang2 pun sebab org tu xrasa pun aku yg paling rapat dgn dia. Kahkah! Pity me, looser kan.

Oleh sebab aku ngadu, sharing segala benda termasuk soal bisnes kt org yg mmg xpaham pun pasal bisnes, so aku la yg stress. Habih tu, aku nk ngadu kt sapa lg pun? Kakakaakaaa! Kesian kan.

Mujo lah aku ni degil dari dlm perut mak aku. Aku dh ckp aku nak, aku mmg nak. Tadi masa aku sentap, rasa mcm nk quit je buat biz.Job dengan Zalora pun malas nk buat. Nk duduk umah, lepak2, gemokkan lagi diri, layan sinetron,masak, gelak2 dgn anak. Otak xpayah pikir bab akaun, bab market, bab sale.

Lepas tu, bila aku masuk opis, nangis 2 3 jam, bukak laptop, dtg dh roh tu. Roh aneh bila  bukak laptop, bukak website, bukak online banking. Bila roh tu dtg, mulalah kelenjar parotis dengan kelenjar submandibula aku bekerja keras kuarkan saliva dlm mulut aku. Dia mcm satu roh meresap yg suruh aku jgn quit. Aku rasa benda tu nama dia passion.

So, bila passion bergabung dengan degil dalam badan aku, aku dh tak pedulik lg dh. Sorang2 ke, ramai2 ke, aku nk buat jugak. Manalah tahu, bila tiba2 aku park Hummer ke, Evogue ke depan rumah, org yang tak minat bisnes, yg rasa bisnes aku xkemana ni jadi minat pulak nk ambik tau pasal bisnes aku kan.

So, xpa. Since keluarga aku asal dari Melaka, dan aku syak aku ni keturunan Jebat, fine...fine...! Mmg aku nk amuk betul2. Jaga kau Hang Labu . Battle starts now!

Sekianlah tadi, pelajaran kita mengenai beberapa kelenjar2  dan hormon di dalam tubuh badan manusia. Dah aku nk pegi makan. Gemok pi lah. Diet2 pun buat apa.Bukan ada sapa perasan pun aku kurus ke gemuk. Kataku bagi menguatkan statment matlamat menghalalkan cara. Koh!koh!koh!




Tuesday, March 29, 2016

Hantaran

Aku xmo cita bab hantaran 15k yg tgh hot tu.

Aku cam biasa arr..nk cita pasal aku.namapun blog aku khen?kehkeh!

Duit hantaran aku, belah lelaki susun dlm album duit. Lepas nikah,kenduri, terus aku kena blk shah alam, keja.

Sebelum tu singgah kedai karpet, beli karpet lembut, harga rm80.Duit ambik kt dalam album hantaran tu la..

Balik shah alam,bentang karpet  tu kt hall. Oleh sebab aku je sorang ddk umah tu, (Speckybee kt temerloh) mmg hall tu lah jadi tmpat tgk tv,tmpat mkn, tempat tidoq aku.Bilik ada 2, habuan simpan baju bajan saja.

Katil pun xbeli,sampailah dh 3bln kawin, Speckybee dpt offer pegi SL.Sampai blk malaysia blk lah br kami beli katil sendiri.Haha... alah,tapi takda2 katil pun,berhasil.Dapat gak bunting pelamin,si Uyin.Kakaka!

Well,adik2 sekalian, hakak nk pesan je,yg mana kita mampu,kita buat,yg xmampu,xpayah.Yg penting life lps kawen tu. Bykkan bersabar, sbb life lps kawen ni laaaagi complicated dari sel2 mikrob.Byk hati nk kena jaga dik,tp ko jgn abaikan hati sndiri.Pasal hati sndiri ni,kalau dh lama2 sakit,dia punya letup,kalah bom Hiroshima tu ha. Extra careful ya.Babai

Sekian, coretan dr hakakmu,
Cuwakkebebeh.

Thursday, March 24, 2016

Birthday Speckybee ke tigapulohampat

Woah,dulu2 zaman ddk SL, bkn main hapdet kt blog stiap bday speckybee.Blk msia, hadoo. Tp sbnrnya celebrate gak, cuma letak kt fb.kikikik!

Tapi 2016 ni spesel sket.sebabyaaaa kami dh boleh dating berdua2an..Budak2 kenit sila pegi skolahh.hahha!

Ya Allah...bahagia gila wehh rasa.akhirnyaaa slps 9tahun kawen..boleh dating lah dlm 2jam gitu (pasal jusco bukak pkl 10,budak kenit skolah pasti blk pkl 12.30.haha)

So,pegi mkn2 bigggg breakfast,jalan2 dan buat karikatur nih.






Lps tu,tgk2 jam, haaa? Da pkl 12! Cepatttt nk ambik anak skolah plak. Tp okla momen 2jam tu,cintan cintun kejap.

Tapi, adiah dia aku xbeli2 lagi.kakakka! Pasal, eh penatla otak aku nk pikir.dr tgkatan 5 tiap2 taun aku kena pk hadiah bday dia.brg lelaki gila payah nk cari.dh la aku nk cari brg yg rare2 sket.

Tapi ada satu hari tu,aku browse, jumpa menatang ni :

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
                                   Ko ghaseeeee? Rare kannn? Kan? Kahkahkah!

Tuesday, March 15, 2016

IMKK march 2016

Assalamualaikum...


Heeee...lamaaa gilaaaa xupdate blog kan. Sori eh. Aku actually rs nk sepikan diri.Kikikik..Aku melalak kt FB je skrg ni.Sebabnya hati rasa xbest. Actually entry dh lama siap, takut2 nk tekan butang publish lg. Miang kan? wakaka!

Aku nk cerita, nk kongsi pengalaman pasal pegi IMKK baru ni.Yg buatkan aku rs nk tulis blog balik. Rindu sgt blog ni.Buat apa aku fikirkan org2 yg xkenal aku,tiba2 judge aku br  layan 1-2 entri,padahal aku ada reader2 blog aku yg lain yg sgt baik hati. :)

Well..here we go! Anis the menget yg happy dan ceria is come back!

Aku nk cerita pasal IMKK yg aku pegi ni. Sebenarnya aku igt IMKK ni only for business purpose ja, so, mode business je lah aku bawak. Rupanya byk yg aku belajar pasal life kt sana.

Hari pertama, gerak dari JB, pukul 3pagi.Speckybee antar aku g Villa Rose, gerak dr situ naik kereta dgn member2. Mmg rasa letih yarobi, sbb hari tu, aku bz kulu kilir registerkan Najlaa darjah 1.

 Muka muka xmandi pagi :')

Sampai IDCC, pukul 7 lebih..bapak laa ramainya manusia. Aku still mood blur, boring, demotivated, penat, bla bla... breakfast jap, then masuk hall. Yep, kena dduk belakanggggg sgt. And yes, aku tido.hahahhaa! Berlangsung smpai malam.. Pukul 1pagi kut. Otak aku dah tepu. DAO suh tulis matlamat, aku sampai xboleh fikir. So, ruang matlamat aku kosong. Sama kosong mcm otak aku.
Lepas tu balik, check in homestay. Terus pengsan xsedar diri.

First day dpt tempat ddk blakang skali.Mmg aku tido je jawabnya.koh3x. 

Hari Kedua....
Pagi, gi breakfast. but today much better. Untuk pengetahuan,aku ni bukan skali dua pegi kursus DAO ni. Tapi still aku rasa mcm aku ok.Xda masalah. Aku boleh ja motivate diri sendiri. In fact mmg aku biasa je jd kaunselor kt kawan2. Xpayah org nk motivate2kan aku sgt pun. Nampak tak? Ego mcm gunung kinabalu kan?

Hari kedua...dapat tempat duduk depan skit.best2!
 
Hari kedua, malam...masa ni DAO ajar jd magnet duit. Nk capai 1million pertama. Awal2 tu, still, aku masih tak berminat. Aku xrasa nk jadi kaya pun, dan tak teringin nk jadi org kaya ke, jutawan ke hapa ke. Aku just nk bahagia. je. Tp ada sesi nangis2 gak, hati aku dh start disentuh.....Jeng! Jeng! Jeng!!! Dia maiiiii dahhhhhh!!!

Hari ketiga...dpt bergambar dgn adik doc azizan lak arini.hihi.
 
Sebelum banjir teruk dlm dewan.
 
Hari ketiga..... Pagi.... kolam jiwa aku kena kocak lagi. Aku menangis teruk, lagi teruk drpada masa Speckybee call bgtau Smokey kucing yg aku paling sayang tu mati. Nangis smpai sakit dada. Skrg baru aku dpt detect balik... apa punca rezeki aku kena block, kenapa aku lps blk malaysia jd somebody else.

Well...aku nk buat pengakuan kt sini. Kwn2 nampak aku org yg happy, buat lawak, gelak sana sini... Tp aku baru perasan, rupanya, jauhhhhhh.....jauhhhhhh kt dalam hati, ada sorang perempuan, muka dia mcm aku, tp murung. Dia mcm duduk je tepi sungai, tgk air lalu...kejap2 nangis, dh penat dia diam....tapi still muka dia sedihhh ja... Ya... tu dalaman aku... yg aku tak perasan sebenarnya sebelum ni.

Baru aku perasan, aku develop watak perempuan sedih tu, start dari aku kt Sri Lanka rasanya...aku depression, aku sedih, aku sorang2 kt sana. Ya, Speckybee mmg ada, tp dia keja, dia pun bz dgn sukan dia, pegi colombo, pegi jumpa kawan2, pegi office.

Rupanya, aku mula simpan dendam dari sana. Mcm saka tau dalam  hati aku. Membusuk, bernanah. Aku pernah terasa hati dgn Speckybee. Hari first aku bersalin Uyin, esoknya dia pegi juga opis walaupun paternity 3hari. Masa tu life kami miserable.Xsampai setahun duduk sana, sgt byk dugaan. Malam tu dia balik lewat.Dia ada sesi luahan dgn bos dia ms tu.Tp aku kt rumah jadi sedih. Aku rasa mcm dia xigt aku, xingat baby yg baru umur sehari ni. Hari tu sebenarnya aku menangis byk. Bila baby menangis, aku menangis sekali. Masa tu, TV xda, internet apatah lagi.

Masa bersalin Najlaa, still kt Sri Lanka lagi. Masa tu life dh stabil, Speckybee pun dh jd boss, everything rasa ok dan selesa, aku xpenat sgt sbb ada maid, driver smua. Tapi ada lagi dendam aku kt dia. Hari aku bersalin, dia ada.Then dh masuk wad, dia masuk opis ada meeting. Tinggal aku terkial2 dgn Uyin, dgn baby kecik. Aku rasa marah. Aku rasa benci tgk keja dia. Keja dr kuli sampai jadi boss pun sama je sibuknya. Dendam aku jadi parah.

Balik Malaysia, Najlaa baru 6bulan, dan dlm perut aku dh ada Nasuha. Aku kena stay sini sorang2 urus anak, while Speckybee kena settlekan keja2 dia kt SL 2 3bulan lah jugak. Bertambah stress, depress, penat, campur alah, drive sana sini. Ya allah, DIA aja lah yg tau. Tiba2 pindah JB ni. Aku bersalinkan Nasuha. Pestu duduk rumah sorang2..uruskan 3 anak. No more maid, no more driver..Ha hidup la kau kt situ. Aku xda kawan 3tahun kt sini, rasa mcm dduk gua pun ada.Hihihi.

Jadi, rupanya, aku develop pelan2 bnda busuk tu dalam hati. Apa je yg Speckybee buat, aku tgk mcm sampah. Aku pentingkan diri dan hati sendiri. Benda ni, kita xperasan.Kita tak tau sehingga ada insiden yg jadi lam hidup kita menyedarkan kita. Mcm aku, aku tersedar masa IMKK ni lah.

Sebabkan salah Speckybee (pada mata aku, salah la kot)  yg dia sndiri pun xberniat sbnrnya nk buat, aku jadi dendam, aku jadi xikhlas, aku tak nampak beribu2 lagi kebaikkan yg dia buat. Dia berusaha jadi lelaki paling romantik dlm dunia. Stiap  kali aku bersalin, dia hadiahkan aku bunga... mcm stiap kali aku konvo tu tau. Aku tau, xramai lelaki yg buat mcm tu. Pernah sekali tu, dia balik dr China...belikan kemeja UNIQLO, sepasang. 1 dia, satu aku. Aku tgk size S, tiba2 je aku marah. Dalam hati aku kan, macam ni : EH, aku dh gemok lah. Napalah dia beli size S? Nk kutuk aku, nk kata aku lah tu. Benci! Benci!

See? Padahal aku yg bermasalah. Hati aku yg bermasalah. Aku tiba2 rasa rendah diri jadah apa ntah. Padahal aku lupa, selain mak aku, dia lah satu2 nya manusia yg tau setiap inci tubuh badan aku ni. Dh beberapa hari kemudian, aku try baju tu, Ya Allah,cantik muat2 elok je dgn aku. Mmg dia yg paling tahu semua pasal aku. Kesian dia Ya Allah...

Dlm IMKK ada sebut, kita mungkin pemberi yg baik, tapi kita bukan penerima yang baik. Yes,that's me! Aku xtau lah kenapa, malu ke, segan ke, apa ke. Yg pastinya aku bukan penerima yg baik. Speckybee beli brg mahal2 kt aku. Apa je yg aku nak dia xbeli? Eh benda yg aku xnak pun dia belikan. Segala brg kemas, authentic handbag, dari ujung rambut hingga ke kaki, dia belikan aku bnda yg mahal, yg berkualiti di mata dia. Aku xreti hargai. Dapat bini jakun macam aku ni. Semua bnda dia beli aku simpan. Xreti nk pakai.

Aku lah sebenarnya yg kufur nikmat. Aku lah manusia yg tak reti berterima kasih. Pada Allah, pada mak ayah, pada suami, pada anak2, pada kawan2, pada org sekeliling. Allahu.... Still, dalam kufur2 nikmat aku, dalam aku lalai, Allah masih lg bg aku org2 yg baik, suami dan anak2 yg baik,kwn2 yg baik. Allah....malunya aku....

Aku baru sedar, aku dh disowned diri sendiri. Aku campak hati aku jauh2. Aku rasa hodoh, dh tua, membosankan, xde achivement, life aku bukan takat plain jane, dh mcm kain kapan terusss.... aku sbnrnya demotivated oleh diri sndiri. Aku kena buli dengan diri sendiri. Aku tak perasan, aku boleh xsedar. Dalam dok baca2 buku motivasi, baca tafsir, tgk ceramah itu ini, aku xperasan bnda ni membusuk dalam diri aku. Kdg2 aku rs nk blah jauh2 dari family yg aku bina ni. Kalau ambik gambar family pun, aku jarang2 nak masuk.Biar aku je lah jd jurukamera. 

lagi satu, aku rasa mcm xikhlas resign dulu. Aku kdg2 rs menyesal jugak, masa aku resign dulu, aku at the top. Bila kena hidup kt SL, hidup aku jd zero. Apapun xda. Aku sendiri yg campak diri aku jauh2, aku sendiri yg asingkan diri.Asyik2 salahkan org lain. Skrg baru aku sedar, semua masalah kita adalah berpunca dari diri sendiri.

Ms tu rasa nk cepat2 blk JB blk. Nk peluk Speckybee, anak2 smua..nk minta maaf. Punyalah byk nikmat allah bg kt aku, aku boleh xnampak. Jadi, aku minta maaf pada semua, kalau ada aku terguris hati korang ke apa.

Aku nk feel good..Aku pun dh maafkan sesapa saja yg sakitkan hati aku. Dh xda apa dh. Skrg focus aku kt family dan bisnes je. Aku br nampak byk gila benda yg aku achive sbnrnya. Biz aku pun dr website, sistem akaun bla bla smua aku buat sndiri. Alhamdulillah allah kurniakan aku mcm2 pengetahuan. Aku je xreti2 nak bersyukur, asik memekakkk je...org lain xpandai lg macam2 boleh je dia go on. Tahapa2 betul laaaaaa akuuu nih!

So,skrg aku dh ada impian dan matlamat sendiri. Dh jumpa org2 positif, org2 yg betul, org2 yg mampu bantu aku mencapai impian. Alhamdulillah, semoga aku xlupa lagi.

Ni kwn aku...dh berjaya dh skrg. Tokey Dinda Delight, kedai dia kt Seksyen 23 Shah Alam.
Dia ni paling Allah syg, byk gila dugaan dia, utk dia sampai ke tahap ni. Aku pun syg kt dia, baik giler. Kenal dr UiTM arau lg tau. Dia bekalkan aku punyala byk kek. Mmg senget badan aku usung kek2 dia naik bas malam tu.Keh3x.Thankssss sayammmm!

Lama kan xupdate pasal family kami kt blog ni.Hahaha.. Yeap..yeap... Sudah 3 anak dara yg besar. Smua dh masuk skolah pun. Seronok gila sekarang, sbb every sunday boleh berdatingan dgn Speckybee. Hikkksss!



 Insyallah, antara matlamat aku skrg nk teruskan lah menulis. Sebab kt sini salah satu tempat aku hilangkan stress jugak sbnrnya. Mmmmuuaaah! Welcome back to myself!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...