Wednesday, February 27, 2013

ACARA HUGGIES DRY PANTS ‘TUKARLAH UNTUK LEBIH SENANG DIPAKAI’ DI MYDIN USJ!

Aku masa anak dara dulu, tak terpikir langsung nk jadi manusia hebat sampai tahap ni. Manusia hebat yg mampu berjaga sepanjang malam, dan esok paginya buat berbelas kerja dalam satu2 masa. Sambil masak buleh campak baju masuk machine, buleh suap anak, buleh ajar anak sulung baca buku,buleh fb, buleh wasap, segala macam mak nenek.Itu sambil masak je tu. Yang sambil lain2 tak kira lagi.

Sebab tu munculnya produk2 hebat plak untuk support supermak-supermak mcm aku ni. Nak bg cepat lagi kerja. Contohnya mcm Huggies Dry Pants ni lah. Senang nak mampoih. Tambah2 utk anak2 aku yg hyper ni. Sambil dok berlari, sambil dok bersoping boleh tukarkan diaper budak2 ni. Makan masa 30saat atau kurang! Senang keja mak! Tak payah dok kelebet nk cari pelekat lar, apa lar.Tak payah dok bergusti dengan anak dah. KOYAK, SALIN, dan LEPAS. Pi lah hampa nk berlari kt mana pun, dah selesa dah.

Ni memang perangai bam2 sejak dua menjak ni.Skang xpayah risau bab kebocoran.heh.

Ni aku nk bgtau (mulut mak jemah) Huggies buat roadshow plak skang ni kt Mydin USJ. Rugi sangat lah kalau tak pegi. Sambil2 beli barang kt Mydin USJ tu, singgah lah kejap kt roadshow ni. Dah la dapat sample Huggies dry  free, siap ada mcm2 persembahan, dengan segala macam hadiah.

Tambah lagi pulak ada Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies. Nak bg supermak2 semua tunjuk kehebatan masing2. Alah, apalah sangat nk tukar lampin dalam masa 30 saat tu khennn..

So, kepada supermak2 sekalian, berkunda2 lah pegi roadshow yg best ni. 

Jom pegi ramai2 kt ruang legar MYDIN USJ dari 25Feb 2013 sampailah 3hb Mac 2013. Xbape hari je lagi nih.

Yang nk join Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 saat Huggies tu, ada tiap2 hari pada waktu berikut : 
10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.

Acara penutup yg gilang gemilang adalah pada 3hb Mac dari pukul 8mlm smpai 9mlm. Ni lah waktu last nk rembat hadiah habis-habisan.

Jangan lupa wokey?

Bagi sesapa yg xpernah try Huggies ni, aku cadangkan cubalah. Sebab ni lah satu2nya diapers yg terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Bab ruam lampin ada lagi aku nk story mory berdasarkan pengalaman sendiri. Next entry lah. Yang penting, roadshow tu sila pegi dan rembat segala free sample, hadiah semua tu.

Ni serba skit info pasal produk yg aku canang2 kan nih:


Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira.

Untuk maklumat lanjut, cam biasa, layari www.huggies.com.my  atau bagi facebookers bolehlah pegi page www.facebook.com/Huggies.Malaysia.


See Ya!

Friday, February 22, 2013

Cita-cinta

Aku mintak maaf byk2 la kt readers aku. Memang aku xdan sangat2 nk update blog.Entry ni duduk dlm draft dah 2-3minggu la jugak. Laptop aku nun di puncak kayangan. Aku malas betul nk panjat tangga rumah aku dewasa kini.Hahahhaa!

Okey, sebenarnya, aku ada kegilaan baru. Baru xbaru la....benda ni dah lama aku mengidam. Dari zaman beranak kt Uyin lagi masa kt SL dulu. Baru sekarang la dapat.

Ni la bendanya...
Speckybee beli kt Tesco. Harga ok la, RM400. Tapi functions dia semua best ya robi. Ya la best la sbb aku sebelum ni dok pakai mesin manual joget kaki mak aku tu. Ni skali tekan, berdesuuppp! Heheh!


Aku bukanla sorang maknusia yg pandai menjahit. Jahit butang baju laki yg tercabut pun terhegeh2. Tapi xtaulah. Aku minat sungguh menjahit. Cuma xda ilmu ja. Hajat tu nak pi menuntut la kt mana2. Tapi dah ada anak kecik, mcmana nak heret pi budak2 tu.stgi mulut budak2 tu yg aku jahit plak.tihihi!

Punca aku mcm minat jahit ni start dari mak aku lah.Dia mmg lah pandai menjahit. Masa aku kecik2 dulu, tiap kali bulan puasa, pas sahur, tolong mak aku jahit langsir lah, apa lah. Jahit untuk rumah sendiri ja lah. Dulu aku xfikir langsung bab ni. Tapi dah tua ni baru aku rasa heran, mak aku tu dah la kul 7.30 terpacak kt tempat keja, tapi dia dan plak buat segala mak  nenek benda dlm rumah. Siap masak lagi. Mak aku mmg pantang skit beli2 lauk kt luar ni.Pemalaih yakmat katanya, dah la xdak zat. Apa2 ja lah.

Jadi aku skang tengah cabarlah diri aku sendiri. Mak aku yg pegi keja huru hara dengan patient la, on call la, mampu siapkan semua ni, aku yg tercongok kt umah tarak produce apa2. At least dpt produce baju kurung anak2 dara aku yang berderet tu pun jadi la kan.

Buat masa ni, ni lah cita2 aku.

GULAI IKAN
Aku anggap menjahit ni umpama memasak gulai ikan. Yaa...terus terang aku bagitau. Aku mmg tak reti nak masak gulai ikan. Goreng ikan pun smpai ke hari ni aku masih fail.

Mak aku jarang2 lah nk masak gulai ikan. Mak aku org Melaka. Haruslah asam pedas dgn cili api kan.Kalau ye pun, gulai ikan masin dgn nenas tu je la kut. Mak aku kata, kalo nk menikah dgn org kedah, kena pandai masak gulai ikan.Depa mkn gulai ikan termenung. Aku rasa cuak sebelum kawin dgn Speckybee. Pas kawin dgn dia, pi umah dia, tengok mak dia masak gulai ikan termenung,siap ada santan lagi. Aku dah start menggelabah. Macamana oiii nak masak gulai ikan ni??? Aku tanya2 mak dia, tengok mak dia buat. Bila duduk kt SL, aku cuba buat. Tapi haghammmm, xjadi. Mmg Speckybee tanak makan. Cam biasa, masuk toilet, menangis lah aku sensorang. Padan muka! Nak sangat menikah org kedah!

Tu kira cabaran besar hidup aku la kan. Oleh kerana tekak aku mmg xboleh terima kari yang ada santan, apatah lagi ada ikan termenung, maka aku gubah resepi sendiri. Ngeh ngeh!Akhirnya, setelah 4tahun menikah, gulai ikan aku adalah antara hidangan yg spekibee tergila-gilakan. Kah! Kah! Nanti kat bawah aku bagi resepi.(since ada beberapa kwn fb tnya aku,camna buat gulai tarak santan?)

So, dengan ini, cabaran aku sekarang adalah buat baju kurung.Fokus! fokus! Lantaklah makan masa mcm nk buat gulai ikan tu pun, janji at last aku berjaya gak. Berjaya tahap2 aku sudah lah. Tak adalah sampai tahan Rizman Ruzaini ka, Jovian Mandagie ka. Janji raya nanti, xpayah nampak muka aku penat2 pi pasar malam beli baju raya lelong time malam raya sudah. Kihkihkih!

Resepi Gulai Ikan Tak Termenung

Bahan2:
Ikan (buleh hantamlah bubuh ikan apa pun. Aku pakai tenggiri.)
Rempah campur.
Bawang besar 1labu. (aku xpakai shallots pasai aku pemalaih nk kupas byk2)
6 ulas bawang putih 
1 ketul halia (sebesar ibu jari. Jari kaki ka tangan ka, lantak pi lah.kekeke) 
1paket kecik Serbuk kari Faiza. (ni mak mertua aku yg sajes,selain tu,dia pakai cap O)
3keping asam keping.
Air.
Tomato, Bendi.
Garam & perasa.

Cara2:
Blend bawang,bawang putih,halia dgn rempah campur.
Lempaq masuk kt dlm belanga yg dah ada minyak dipanaskan.
Masukkan serbuk kari yg dah gaul comei2 dgn air.
Pelan api, kacau2 skit bg nampak pecah minyak. Masukkan asam keping.
Masuk air,garam dan perasa. dikocok2 ah! dikocok2 ah!
Masuk Tomato dengan bendi. (aku wak masuk sayur dulu sbb Speckybee suka tomato dgn bendi tu dah lembik2 skit)
Masukkan ikan. Tunggu ikan masak, tutup api.

Simple kan resepi pemalaih mcm aku ni? Tapi dijamin menjilat pinggan.Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam kacang botoi. Insyallah 3 pinggan jalan.

p/s: Tapi sampai skang ni aku xreti2 nk goreng ikan yg mcm spekibee nak.Lantaklah.Lempar masuk oven sudah. Jadilah ikan bakar.kuikuikui!

Wednesday, February 20, 2013

Biskut raya cina...



Now you see...............

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Now you dont!


Ps: Sekarang syampu dalam rumah ni aku yang punyaaaa!! HAHAHA!

Wednesday, February 6, 2013

Catatan Kelahiran anakanda ke 3..Nasuha Hannani..yg cool bebeh!

Assalamualaikum temen temen.....

Nah hai. Baru dapat anak 3 org mcm anak dah 30 orang. Biasa laar aku kan exaggerate.  Tak sanggup dah aku di saun dlm email,fb dan sebagainya. Maka tercatat jugak lah coretan pada tarikh ini. Keh keh keh!

So, aritu aku dh bagitau aku dh bersalin, pada hari kiamat kalendar maya yg dikecoh2 kan tu. 21/12/12.Tak sangka la pulak. Masa tu baru 35minggu. Meh aku cerita detik2 yg agak lawak tu.

Pagi, Khamis. Cuti time tu.Cuti apatah. lupa. Pagi tu pegi office Speckybee. Lepak kt showhouse unit. Sapa ada duit lebih 1juta yg xde mende nk buat,boleh lah beli rumah2 kt situ.Aku teruja tgk interior design dlm tu. Bab showhouse nnti next entry lah aku up.

@Speckybee office. Mari kita jahanamkan mainan ni,dik.

Dari aku kuar wad kt kedah,sampailah hari nk bersalin tu,mmg aku dh start sakit2. Tapi aku nk tunggu bagi baby besar dulu.At least lepaslah 34weeks. Cam biasa,lepas tu pegi Tesco beli barang dapo. Bila dah berkawad kt Tesco, beli barang lebih kurang, dah start contraction kuat. Dah sudah, kang terberanak kt Tesco ni, xmemasal nama anak aku jadi Nur Tescoti. Aku ajak Speckybee balik. Beliau adalah gelabah. Kui kui!

Pestu dh sampai umah, aku siap2kan beg. Sbb aku konfem mmg nk bersalin dh.Doc pun ckp kalau dah contraction kuat,dia xkan halang lg dah sbb baby dh dapat Dexa injection last time. Kt umah aku sempat sedut air kelapa muda, tadi beli kt Tesco. Lama dah teringin, nk terberanak ni lah baru sempat beli. 

Pestu rasa cam kebulur sbb belum lunch lagi. Time tu dah pukul 3ptg, sbb pagi2 tu ktorg breakfast lewat. Aku mcm nk makan ciken cop.Speckybee layankan aje. Maklomla, buat kali terakhir kekdahnya.

Aku pegi makan kt Hot Kitchen. Dekat sgt dgn Columbia Asia. Not bad lah jugak situ. Cam biasa, kalau dh nama aku haruslah riuh rendah walau di mana berada. Kung kang2  aku speaking utagha dgn Speckeebee. Tetiba tokei kedai tu tanya, org kedah ka? Speckybee pun sengih2 jawab ya, kt Gurun. Pestu tokei tu kata, dia pun org kedah, org baling. Melompat aku. Jumpa geng oii! Orang baling oi jumpa kt sini. Kah kah kah!  Dia tanya, nk gi mana? Aku jawab nk pegi spital. Sib baik aku xcakap, nk pegi beranak lah ni. Wahahaaha!

 Sampai je Columbia Asia, register semua, masuk labour room. Check jantung baby, dan VE adalah 6cm.Pergh, cepat gila. Tapi aku xdelah sakit mana pun. Biasa2 je. Then masuk wad. Wad of course la lagi best dari kt SL. Kah kah. 

Speckybee ambik single bed, so that kami anak beranak boleh berkampung kt situ. Kt johor ni kami bukan ada sedara mara, mana nk tinggal budak2 tu kang. Usung je lah skali memeriahkan majlis mak depa nk beranak ni.

Mlm tu, aku melantak tak hengat. Dengan harapan besok ada tenaga nk bersalin. Sambil lepak tgk citer yg bapak menyelamatkan anak dia kena culik tu. Tah pe nama tajuk cita tu tah. (apesal lepas bersalin suma benda aku tak ingat?byk urat putus ke apa ni?)

Pukul 6 pagi,aku dah ready,siap2 mandi wangi2.Solat subuh.Baca surah2 yang patut. Time tu rasa mcm banduan yg tgh tunggu nk dipanggil ke tali gantung. Menggeletar satu badan di dalam kedinginan aircond bilik.

Stress ke anak2? Korang xtau mak kt dalam tu lagi stress.Tihihi!

Pukul 7.30a.m , nurse masuk suh aku ready. Masa tu Uyin & Najlaa belum bangun tido lagi. Aku sempat salam Speckybee kt depan pintu labour room je. Nurse nk suruh Speckybee temankan aku. Aku pun mcm nak la jugak suh Speckybee tgk aku bersalin. Baru dia tau apa erti penyesalan.Kakaka! Tapi apakan daya, budak 2 org tu sapa nk jaga. Najlaa dah la bangsa melalak mcm nk runtuh langit.

Aku tak sakit sgt. Biasa2 je. Ditemani dgn midwife & nurse sementara menanti Dr. Rohaini datang. Midwife aku tu, aku syak, baru join Columbia ni. Gelabah semacam je aku tgk. Tp dh berumur la. Kt Columbia aku tgk ramai midwife gomen yg buat option pencen then join Columbia. Makcik ni salah sorang la kut.

Doc datang.Pecahkan air ketuban. Selama aku beranak 3-3 org ni, xpernah skali pun aku turun ketuban sendiri.Semua doc yg pecahkan. Lepas tu, eh, xberapa sakit jugak. Biasa2 je. Ke pasal dah slalu sangat sakit, so that aku dah mangli kut.Kihkih. Masuk ubat, doc ckp lepas ni akan sakit. VE dah 9cm. Doc ckp, lebih kurang sejam lagi lah kut aku nk bersalin. Dia nk biarkan aku sakit sendiri dulu. Dia nk pegi turun bawah jap sbb ada kes czer yg dia kena handle. Aku pun okey kan je.Tinggallah aku dengan midwife yg gelabah tu.hihi!

Tak sampai 5minit doc kuar, aku dah terasa2 baby nk kuar dah. Aku bgtau midwife. Dia boleh tahan aku jgn teran. Aku ckp, baby nk kuar dah. Dia jerit kt aku, awak xboleh teran sebab doc xde. Kena tunggu dia balik dari operation. Berani kau jerit kt aku? Dalam hati aku, kepalahotak apakah? Nk bagi baby lemas ke hapa. Dia boleh pulak tutup2 laluan aku tu. Maka akibatnya, terdengarlah jeritan maut aku kt midwife tu suruh panggil doc jugak2. Aku kalau sampai tahap aku cakap omputeh, tu mmg tahap marah tahap dewa. Iblis mat saleh aku dah datang la maknanya tu.

Rupanya doc tak sempat pun masuk operation theater. Dia baru tukar pakaian je, pestu berlari masuk labour room. Doc pun tak sangka secepat tu.Yg Si Speckybee ingat, makcik cleaner yg lari masuk tadi. Sebab doc tu pakai baju plastic biru dengan tutup mulut. Kahkah! Ape ke he nye makcik cleaner plak terlibat dlm proses beranak aku ni bang oiii!

Lepas tu dorang letak kaki aku kt besi ampu kaki. Sumpah tak selesa.Kalo kt SL kan mcm ikut keselesaan kita lah kan. Pestu, aku dah malas nk tunggu lama2,doc kt depan aku je, aku push terus. 2kali push yang panjang, kuarlah seorang lagi manusia comel kt atas muka bumi ni. Suara dia lagi bapak kuat dari Najlaa. Maka bersedialah aku dapat lagi sorang anak yg suara menggegar bumi.Kihkih! Aku tengok seorang baby  yg cute ya amat2. Alhamdulillah...alhamdulillah..kuar dah baby Malaysia pertama kami. Boleh dpt mykid.horey!horey!

Hye Baby Malaysia! 1.98kg @ 35wks

Yg makcik midwife tu,tak abis2 lagi gelabahnya.Maybe dia rs bersalah kut sbb jerit2kan aku tadi. Tp segan nk say sorry. Pestu pegi tumpahkan pulak ubat kuning kt underwear aku. Pestu terpisat2 tnya aku cmne nk buat.Aku sengih dan bg cadangan bernas. Makcik, kan ke pad tu ada loop.Pakaikan jelah dgn tali.Adusdusss makcik.

Ayahanda yg happy. Nampak tak bouquet kt atas kabinet tu?Tiap2 kali beranak,besdei ke, bunga yg aku dapat. Biasalar, kawin dgn mamat bunga mmg cenggini. Ai nak makanan bang.Makanan!!! Kataku umpama gergasi mata merah.

Kesimpulan/review yg aku dpt buat,dari segi kerja, staff SL lebih pro.Maybelah sebab aku dpt midwife gelabah kut. Bilik Columbia not bad. Selesa.Cuma 1 katil je sedia. So, peneman just boleh tido kt bench je lah.

Yang aku tak puas hati sgt kt Columbia ni, lepas bersalin, dorang bawak lari anak aku nk pegi grooming kepala hotak apa tah. Aku ni nk bf kan dia. Kalo kt SL, lepas kuar je, dorang balut2, terus letak kt dada aku utk BF. Ini, sampai ke pukul 4ptg, baru nk bg anak aku. Tu pun dah 2-3 kali aku tanyakan. Maybe sebab premature baby kut, so dorang nk baby tu warm sentiasa.

Kalau kt SL,pas bersalin, anak tu mmg sentiasa ada sebelah aku. Kt sini, lepas menyusu, hantar balik pegi nursery. Takut baby penyet katanya kalo aku tido tak sedar.Tp ada bagusnya jugak, bila baby dorang hantar pegi nursery, aku dapat berehat serehat2nya kt bilik.Mmg rasa lega sangat, tak letih mcm kt SL dulu. Kt SL mmg berdikari sangatlah. Ko dah beranak, pandai2 lah kau jaga anak kau.Heheh.

Oh,lupa. Cost yg aku kena kt Columbia ni, murahhh baiiii! Tak sangka2 aku. RM 2,600. 2k aku, 600 baby. Siap dpt segala mcm mak nenek lah. Well, not bad. bolehlah beranak lagi kt sini.Hahahaa!


Day 30~ 2.8kg

Day 45~ 3.5kg
Now, she started 'bambam'ing!

Sudah punyai 3 anak gadis yang comel. Alhamdulillah! Besarnya nikmat Mu Ya Allah! :D



Budak ni yang paling merisaukan aku. Semalam nyaris nk sumbat mulut adik dia dgn ayam goreng.
Aku pasrah lah jadi emak ni. Sabo je lahhh..

 : D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...