Tuesday, January 31, 2012

Kisah Kehidupan aku di Malaysia...

Lama sangat rasanya aku tak online. Bz uruskan hal2 hidup dan ada jugak disebabkan TM yang sgt efisyen dan bijihsana. Korek bijih ajelah keje kauorang TM kt Baling nih.





Minggu pertama aku start duduk kt Baling which is rumah parent aku, adalah minggu yg paling mencabar aku sbg seorang pengurus rumahtangga. Uyin aku dah registerkan kt skolah lama aku dulu, SJK(C) Yeok Chee. Sbb menurut pengalaman aku, environment kt skolah cina ni lebih disiplin skit. Cikgu2 suma strict usung rotan kulu kilir.Keh3x! Lagi pulak, dekat sgt dgn rumah aku. So, pagi2 pukul 7.30 aku hantar dia pegi skolah. Balik pukul 12tghari. Najlaa aku usung ke mana saja aku pegi. Sbb kt rumah aku, xde sapa. Ktorg bertiga ajelah. Balik je antar Uyin skolah, aku singgah market, beli brg2 nk masak, balik rumah, suap Najlaa mkn, mandikan, tidokan. Pukul 9pagi aku dh start bersilat kat dapur masak utk lunch. Minggu tu pulak, adik ketiga aku nk bertunang. Menggelabah la pulak aku buat hantaran, kemas rumah segala. Tup tap2x dah 12tghari. Start keta, ambik Uyin, bg mandi, sumbat nasik kt dia, siap2, pegi mengaji pulak. Ptg ambik, mandikan lagi, main2 kejap, sumbat lagi nasik, tgk dia buat keja skolah, pukul 8.30 aku tidokan 2-2 budak kecik tu. Mlm skit, barula aku boleh online kejap, bercinta dgn abah depa.Keh3x. Punyalaaa penat tiap2 hari. Ni yg tiba2 rindu kt maid sri lanka aku ni....huwaaaaaaa!!!



 First day, ready nk pegi school. Aku rasa baju skolah dia cute sgt!

 
Ya Allah...kejap je dah besar anak aku ni rasa...


 Ready nk pegi mengaji petang pulak..

Sehari sebelum majlis pertunangan, suma bertungkus lumus bersihkan rumah.Budak2 kecik ni pun kena paksa rela gak.

 With Ana, adik aku yg bertunang ari tu..tema api neraka, merah hitam.kahkahkah!


Semua yg aku lalui ni, semuanya ada rahmat yg sangat2 besar. Aku belajar berdikari, handle 2-2 anak aku, urus segala2 pasal rumahtanggan sorang diri. Walaupun penat setengah mati,aku rasa hidup aku rockkk sgt! Bab driving, celah gigi je kut sekarang.Tak rasa mcm drive keta besar dah. Rasa mcm aku tgh handle robot pintar.kakakah!

Kerja...hum...setakat ni, aku mmg tak boleh nk kerja lagi. Pasal budak super genius Najlaa tu tak nak kasi aku keja. Kalau boleh, sehari suntuk nak melekap kt badan aku. Jadi aku decide, aku nak bukak balik butik online aku. So that aku boleh jaga anak2 aku, dan aku boleh kerja dari rumah dgn gembiranya. Maybe mmg aku dilahirkan utk jadi bos.Hihihi!

Dalam pada tu, ada jugak masalah2 yang aku hadapi bila sorang2 mcm ni. Masalah utama bila ada panggilan alam (nature call) . Contohnya, time aku bawak budak2 tu pegi shopping. Kalau budak Uyin yg nature callnya, okey lagi. Ni kalau aku ni. So, masa ni lah skill2 dan kreativiti sorang mak tu penting. Sekarang ni, bakat aku dah masuk toilet sambil kt badan bergantung dgn anak dah excellent. Prektis make perfek. Cuma baru2 ni, time on the way aku balik dari umah MIL aku kt Guar Cempedak tu, aku singgah Sg Petani kejap sbb nk pegi Celcom centre. Cun2 aku nk masuk situ, tiba2 dtglaaa pulak dah panggilan alam yg besar.xbuleh control! Mayday!Mayday! Lompat masuk keta balik, cari petronas. Tp Uyin tido pulak. Tinggal bam2 Najlaa je yg tgh pisat2 baru bangun. Haihlaaa camno nih?? Aku tak penah2 tinggal budak2 tu dlm keta sblm ni. Last2 aku bukak 2 tingkap skit, off keta, kunci dgn henbag aku bawak masuk toilet. Berak laju2. Time ni aku rasa mcm Ya Allah..jangan laa jadi apa2 kt anak2 aku. Ya Allah...cepatlaaa Speckybee balik. Lepas tu tiba2 aku jadi insaf ya amat2. Aku terpikir, mcmanalaa org2 yg suami dia dah xde. Aku at least mlm2 boleh la mengadu, cerita itu ini jugak. Ini baru ujian kecik, aku dah mengada2 komplen kt tuhan.

Mula2 aku nak balik Malaysia, aku sebenarnya paranoid. Sebab kt SL aku rasa aman je. Bila baca online news kt Malaysia, budak kena colek, budak kena rogol, org simbah asid, dan mcm2 benda lah lagi, aku jadi risau. Mcmana aku nak handle 2org ni nanti? Kalau kt SL, pegi supermarket, aku rilex je. Sebab org2 kt situ semua akan layan ktorg tip top. Main2 dgn Uyin. Maklomlaa jadi foreigner time tu. Skang sapa nk layan ko? Ko usung laa 2-2 anak ko. Terkejar sana, terkejar sini.

Apapun sekarang, aku perlu tunggu kehadiran bulan march.Insyallah, Speckybee akan balik. Ya Allah, kuatkanlah semangat kami berempat. Semoga kita xterpisah lagi lepas ni..

Sunday, January 8, 2012

3minggu yg semanis kurma!

Whoaahhh!! Puaihh hati!! 3minggu Speckybee balik. Berkepit je 4-4beranak. So, kata nk pegi hanimun konon2. Pegi la jugak, walaupun xberapa nak honey sgt. Mana ktorg pegi? Haaa...1 semenanjung malaysia ktorg round! Dari perlis sampai ke JayBee. Tolak kelantan, ganu je lagi.Kalo tak banjir,harus terbabas ke sana jugak kot.Wahahaha!

Memula sampai, Speckybee turun kt airport penang.2-3 hari pastu, 2 org staff dari Sri Lanka dtg Malaysia bercuti2. So, saje ambik dorang then bawak jalan2 dari penang sampai la ke Perlis.


 Org Sri Lanka dtg Malaysia nk beli flat screen TV oi!

 @Padang Besaq. Ni pakcik ni jual kerim hape tah,slambe katak pegi tenyeh2 kt muka Speckybee.

Then,minggu kedua gerak ke selatan. Speckybee ada keja kt Johor & Melaka. Apalagi....ikotttttt!!!

 Long journey to JayBee plak...Bam2 steady.

 Uyin pon pengsan berjemaah dgn adik jugak.

Breakfast!

Minggu ketiga, baru laa sempat nak hanimun...pegi Cameron aje.Pasal Speckybee teringin sgt nk pegi dari ktorg mula2 kawen dulu. So,baru ni la berkesempatan baru nk pegi. Mode nora elena plak dahh...Tp nora elena, balik bonet penuh dgn bunga ros, yg keta ktorg semak dgn pokok stoberi dgn pokok cabai.heh.

 @Heritage, Cameron Highland.

 With adik cayang!

Budak bam ni...dah nk masuk 6bulan.Skang hobi dia gelak mengekek2.Gigi pun dah nk tumbuh. Masih breastfeed.To be precise,directly. Botol2  ni tetapp bo layan. So, impian nak keje aku terpaksa peram dlm beg plastik, buang dlm lubang jamban. Tunggu bg budak ni besar skit dulu. Tp kalo bila budak ni dah besar, tetiba muncul pulak bam2 lagi sorang, terpaksalah aku flush je impian nk keje aku.Kahhkah!!

So,selama 3minggu ni,mmg keje mengulit aje 4-4beranak.Sampai lah kelmarin, ktorg antar Speckybee naik bas pegi KL, Uyin punya melalak2 kt bus station sampai aku pun naik sebak. Haihhh!! Dugaan. Xpe..sabar..sabar.. tak lama lagi dah ktorg nk bersama kembali...Ya Allah....permudahkanlah segalanya.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...