Friday, December 31, 2010

Sambut 2011 dalam keadaan mabuk..ish! ish!!

Aku tengah mabuk mabuk ni...tengok semua benda nampak 2-3. Bukan sebab aku minum todi ke, whiski ke hape, tapi sebab si kecik cenonet lam perut ni haaa...

3tahun lamanya tak rasa cenggini, skang bukan main lagi laa hazabbb... Dengan mulut asyik penuh jee dgn air liur. Serius aku tgh mengidam mcm2.


NAK MAKAN KOPOK LEKOR!! YONG TAU FUU!! BURGER!! NASI LEMAK!! KERANG BAKAR!!! IKAN KELI!!! SEMUA SEMUAAAAAAAAAAAAAAA!!!! SEMUAAAAA!!!!

HUWAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hanya org yg mengidam je yg tahu betapa derita menanggung perasaan. Dah, aku nak pegi pejam mata kejap. Kalau dpt mkn dalam mimpi pun jadi lah.. Ya Allah, kalau laaaa....bila aku bukak je mata, tiba2 aku dah ada kt pasar malam kt Malaysia nunnnn.....kan besttttt!!!



Selamat datang 2011. Aku xde mood nak sambut pon. Dah sambut dah maal hijrah aritu udah la.(bukan sebab aku insaf ke,tiba2 nk jadi sazah ke, tapi sbb mmg xde mood) Tahun 2011, insyallah, kalau ada rezeki, diizinkan Allah, aku akan sambut org baru. Nak kena prepare segala mental, fizikal, dan duit ringgit. Encik Speckybee, silalah kerja kuat!! Oleh kerana lu mengandungkan gua, gua nak kensel niat gua utk start keja tahun ni. Gyahahahahaha!!!!


Oh, lupa, selamat menyambut 2011 kepada semua2 pembaca blog aku.Semoga korang hepi2 lah selalu di tahun baru ni. Ni kalau ada sapa2 nk join the club, moh ler kita, aku nak ajak korang mengandung secara berjemaah, lebih afdal, ye tak?

Sekian.

*mintak ampun,ayat aku tunggang langgang.nama pun org mabuk yg tulis kann...

HaTi BeRaSa KeMBaNG KeMBunG!


Lepas nasi, laksa lah pulak...yeah!

Woh, ada 3 benda gigil nak cerita. Slow..slow..nanti tersedak.

GIGIL NO.1
So, perkara pertama. Alhamdulillah, kunjungan duta Malaysia, Datuk Rosli dan Datin Mariana ke rumah kami telah berjalan dengan lancarnya. Speckybee balik rehat lunch, prepare laksa, sebab direquest.hehehe! Oleh kerana para tetamu sampai pun agak lewat, kira2 pukul 4 petang, aku fikir2, better aku prepare nasi juga sebab takut2 tetamu belum makan apa2 lagi time lunch tu. So, aku buatlah nasi tomato, ayam masak merah, dalca, coslow (coslow sgt menyakitkan hati sbb 2 0rg helper aku telah berjaya menjahanamkannya.lunyai segala kobis & carrot tu.time kasih, bahalol.)

Takdelah aku nak snap gambar byk2, sebab aku gugup campo segan.Wakakaka! Tak sangkalah pula org besar nak datang ke teratak buruk kami ni.. Memang rumah aku sesimple yg mungkin pun.Lebih kurang rumah bujang sajork. Barang pun lebih kurang. Pasal pikir2, nak balik Malaysia besok, mmg nk bawak beg baju je.Tak dehal nak usung pakai kontena. Dah sampai malaysia besok, satu hal pulak nk usung bawak balik kedah pulak dah. Kes naya. Maka, sebab itulah brg2 umah aku seminimum yg mungkin.muehehehe!

And, thanks pada sahabat2 yang sudi mendoakan aku. Selamat lah sudah tetamu yg dinanti. Besar hati kami sekeluarga. Bolehlah nak 'up' skit kt org2 kampung yg mulut laser kutuk aku tak reti masak tu.At least aku da pernah masak dah kt duta. Ko ade? Wawawawa!

GIGIL NO.2
Aku kan tengah tunggu mcmana keadaan baby aku. So,semalam, aku pegi check up baby. 7weeks already. Syukur...dah nampak jantung berdegup2 dag dig dug dah..Syomelll laa sangat, kecit cenonet dalam perut aku. Tapi aku punya alah tak hengat2. Lembik aku tiap2 hari. Apapun, tenang skit hati aku, bila dah nampak jantung baby tu. Maknanya harapan tu cerah.Tunggu lagi 7bulan...waaaaaahhh!!! Tak sabarnyaaaaa!!

GIGIL NO.3


Piala Suuuuuuuuuzuuukii AFF 2010!! Aku manusia yang tak ambek tau pasal bola ni pun, tetiba bersemangat waja, marah Uyin tengok citer kartun dia. Pukul 5 petang aku dah siap tunggu depan TV channel Star Sport semata2 nk tgk Malaysia vs.Indon. 45minit pertama, punyalaaaaa sakit perut. Anak dalam perut aku pon sebok nk menendang bola.Haihh!! Tapi, gol keeper adalah superb.Tiba2 dapat idea nak letak nama FAHMI kalo baby ni boy.Wahahahaaha!! Yg aku tak paham, apehal si player indon tu pulak yg jadi pemain pilihan tah. Xpelaaaa...jaga hati. Kang mengamuk pulak kannnn.. Piramabuk!

p/s: Kanda, besok kanda jangan lupa print gamba Fahmi tu ye.Dinda nk tampal kt dinding umah.Mana tau, besok2 anak kuar muka jepun hensem cam Fahmi tu ke kan...huekekeke!!!

Monday, December 27, 2010

MasaK VerSi GiGiL : Duta Malaysia nk datang rumah!

Tiba-tiba dapat call semalam, Datuk duta Malaysia nk datang umah!.Padan muka aku, gelak2 kt 3 finalis masterchef australia minggu lepas, kena masak kt His Excellency General kt australia (tak ingat nama,ape entah.)

Ni turn aku pulak.Hahaha! Tak pe.Rilex..rilex..tarik napas panjang2 dulu... Aku akan masak benda yg dah biasa aku masak je lah. Tak boleh la aku gatal2 nk buat sesi eksperimen masakan. Oleh kerana dorang nk datang lunch, maka aku akan prepare nasi berserta lauk2 melayu yg bersesuaian...dan simple.ngehehe!

Tapi mood gigil tu tetap laa ada..takut meh..kang tah hapa2 plak rasa masakan aku. Korang doa2 lah kt aku. Semoga semuanya selamat.Nanti aku update lagi. Skang aku nk pegi bersilat kat dapo kejap.

Jangan lupa, doakan kt aku wehhh...!


Aku nk panggil pakcik ni rasa pun aku dah gigil. Inikan pulak duta malaysia nk dtg lunch. Awhh...!

Apapun aku berbesar hati sangat sebab org besar nak datang rumah aku.Sudi pulak nk makan masakan aku. Cayok! Cayok!

Friday, December 24, 2010

Tak LaMa Lagi aku Akan BergeLar Doktor...

Tahun depan, semua kawan2 buleh panggil aku Dr. Noorhanis hokey? Sebab aku nak apply PhD kt The Open International University for Complementary Medicines, Colombo.

Nak tengok rupa bakal universiti aku nanti? Tu ha kt bawah tu. Nk tengok lagi gamba lagi besar, pegi kt website universiti tu.Nah, klik sini.



Pale bapak ko lah!! Ni dewan je laaa baghal...!! Tempat kalau ada apa2 event kt Sri Lanka ni, mmg la buat kt sini. Ni bukan bangunan universiti!! Padanla ramai sgt yg claim ada title Doktor kt Malaysia pestu jual air la, hape laaa, tapi bangang tahap lembu. Rupanya PhD pun beli je. Letak nama universiti kt Sri Lanka ni haa...padahal Uni tu tak wujud pun.

Lepas aku baca blog aidid muaddib pasal air ECPI bersepai tu, terus aku ketawa terbahak2. Mangkuk2 hayun MLM ni rupanya pakai Dr. kt depan tu dari uni ni. Pegi tengok website Uni tu, ada ke pegi tempek gamba dewan ni? Mana gambar bangunan universiti tu woi?

Aku dah pernah cerita pasal bangunan BMICH ni bulan disember tahun 2009. Yang aku pegi International Bazar kt situ. Ni entry nye.

So,aku ingat, besok jugak aku nk apply uni ni. Dari aku duduk saja2 bergolek dgn Si Uyin, ada jugak aku title Dr. kt depan. Besok2 kalau balik kampung, org tanya aku keje apa, boleh aku kembangkan idong besar tong gas bgtau aku keje doktor. Jual air jamban.Voleyy??



Slamberrrrr dol pakcik ni..Muka rilex je temberang org.Sebut "ada" pon jadi "ale". ale otak ko lah!

Latar belakang Pengasas ECPI

Perubatan Elektonik telah diilhamkan Allah melalui Emeritus Prof. Sir Hj. Amir Hamzah. Anak kelahiran Semabok, Melaka ini telah menerima berbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap perubatan yang diasaskan oleh beliau. BERKELULUSAN MD Hom (Colombo), MD Hom (London),PHD (Colombo) dan Doctorate in Science (Colombo). Telah menerima pelbagai anugerah diantaranya ialah 'Knight Commander' dari The Open International University, Colombo, Professor dari The Open International University, Colombo, Hwang Ti Award dari The Open International University, Colombo, Zoroastrian Fellowship Award, dilantik sebagai Personal Physician kepada First Lady of Sudan.

-----amboih boih...Halah, kalau takat Sir tu, semua foreigner org local panggil Sir.Aku dorang panggil Madam. Apa dehal??Lepas ni, aku laki bini nk taruk Sir dgn Madam la kt depan.hahaha!! PHD kt Colombo, Doctotrate kt Colombo..Lama jugak laa ye ko tinggal kt Colombo? Tinggal kt Colombo berapa pakcik? Dah bape set pinggan mangkuk noritake kumpol?Ada masa nnti, datang laa lepak2 kt Colombo. Tengok tempat stadi pakcik dulu2..Boleh kita lepak2 kt ODEL skali. Saya ingat nk menipu jugak org2 kt Sri Lanka ni bab air tu. Cepat sikit saya ni kaya! Choiiii!!!!!

p/s: Thanks to aidid sebab membongkar semua ni. Aku ada sorang kawan, yg tengah menggigil menanggung hutang beratus ribu akibat MLM. shit man!!

Thursday, December 23, 2010

Nak JaDi Emak Kena JaDi SerBa BoLeh

Aku minta maaf banyak2 kt semua. Skang ni tak berapa nk sempat blogwalking mcm dulu2. Si Uyin ni cuti semester. Memang 24jam kena hadap dia je lah kejenya.Tambah2 pulak, anak dalam perut aku ni mungkin bukan peminat gajet. Asal aku pandang monitor je meloya. Asal aku pasang i pod, berpinau2 kepala.

Dah cuti semester ni, ingat nk hantar Si Uyin pegi swimming class, tp dah start pulak musim hujan balik.Maka berkuntau laa kami 2beranak pagi petang siang malam. Skang ni dtg pulak perangai stail hangkut tilam duduk depan tv.Dah sebab sofa rumah aku tu tak layak dipanggil sofa, melainkan dengan nama pangkin semata2. Sakit badan.Dengan adanya tilam depan tv, maka segala aktiviti bolehlah dijalankan di depan tv saja.Malas aku nk bergerak2 dah.

Bila budak kecik ni kt rumah, maka terpaksalah aku bertukar2 watak. Kejap jadi naga berapi, kejap jadi cikgu tadika ajar nyanyi, kejap jadi ustazah ajar Iqra, kejap jadi cikgu lukisan.Meh, aku nk tunjuk hasil lukisan NURIN HANNANI, 3TAHUN.


Muka sgt tekun. Mengalahkan muka mak dia time buat calculus.

Ibu, come I show you!

This is...TIGER!!


oo...okeylaa...ada stripes2 tu kan..
This is...CAR!!


mm...not bad jugak laa..ada laa rupa tu..

This is COW!!


erk?? aa,xpe,anggaplah lembu tu buat persenyawaan dengan lipan..

This is BIRD!!


Gemoknye burung ko.Tu sayap kecik je tu.larat ke dia nk terbang?

This is DINOSAUR!!


oo...anggap je lah dinosaur tu bergerak dengan cara mengapungkan diri dlm air..

Okey Ibu, you try.

Aku dengan konfidennya pon mulalah melukis. Ini hasil lukisan NOORHANIS TANIUS, 28 tahun.


Ibu, what is this??

Ni, aa...err..err..COW lepas tu dia kawen dengan GOAT...jadilah baby dia cenggini...

Damn mannn!!! Dammnnn!!! Asal dulu aku tak belajar betul2 time kelas lukisan??Buat malu kt anak sendiri aje! Cis!!

Wednesday, December 22, 2010

Menerima kunjungan org colombo..

Yeay! Dah boleh.bukan tenet yg mak enon. Blogger yg mak enon.

Ari ahad & Isnin lepas (isnin we all cuti, poya day), keluarga kami menerima tetamu dari Colombo.Kawan2 Malaysia.. :D

Bolehla bawak dorang jalan2 sekitar Galle..

Pegi melawat Galle Fort...then bawa dorang beli batu permata kt sini..


Rumah api @ Galle Fort


Panas2 buta ni, relax je org sri lanka ni mandi manda...heran aku.


Pukul 5 petang, baru laa we all mandi laut.Redup skit.tp kejap je lah..sebab pukul 6 dah gelap dah..

Malam tu, ktorg buat bakar2 sotong (dgr mcm BBQ,padahal bakar pakai dapo gas je.tihihi!) Then,aku buat kari ikan tenggiri, mkn dgn air asam+ ulam2. Kira cam kampung style laa kan..dah duduk pon kampung, kena la kasi efek kampung tu kt tetamu kannn.kekekeke!

Esoknya, lepas ramai2 breakfast kt umah aku, ktorg bertolak jalan2 ke bahagian Welligama, Habaraduwa & Koggala. Tempat2 yg aku sebut tu ada permandangan laut yg cantik dan permandangan nelayan yg jadi trademark Sri Lanka ni..


@ Welligama..


Camni laa cara pancing ikan..yg kaler hitam2 kt laut tu, tu ikan yg berlambak2.Speckybee tanya,asal xpakai jala je?? Pakcik tu cakap, government tak kasi. Kena jaga populasi ikan2 kt sini. Nk pegi tangkap ikan kt laut dalam pun ada time jugak.Tak boleh suka2 hati je. Kalau kt Malaysia, aku rasa, selamat dah sume ikan tu kena jala. Ikan tu xsempat nk beranak baru, dah kena tangkap.phew!


Hari cuti..ada 2-3 org je nelayan yg mengail ikan..


Merasa jugak aku pegang kail pakcik nelayan ni..thihihi!


Lepak2 tgk view laut dgn bot2 nelayan..

Lepas tu pegi Habaraduwa.Speckybee bawak round2 tapak projek dorang.Kemudian terus ke Turtle Farm. Bayaran masuk Rs300.Mahal dowh! Seploh hinggit sorang. Kt Beruwala aritu murah je pon.Dah la tukang jaga pintu situ berlagak gagak hitam.Bajet special sgt.Penyu kt tempat dia boleh bercakap agaknya.ceh!


Standard...mula2 aku pandang2 jeling2 dulu..


Sebenarnya aku geli mcm nk mati dgn binatang tak berbulu ni...Tapi demi blog tersayang, aku gagah perkasakan diri pegang penyu tu..keh3x!


Speckybee pun tak ketinggalan nk tunjuk terel.Cet,apa barang pegang penyu kecik. Tak main arr.. (kata aku dgn nada angkuh.kuh!kuh!kuh!)

Lepas dah penat jalan2, ramai2 balik rumah aku balik. Kita pekena laksa kedah. Kali ni buat aku& Speckybee buat pakai ikan Tuna. Mueehehehe! Boleh la tahan rasanya.Sedap jugak rupanya. So, lepas ni, belasah pakai tuna je lah.Xpayah susah2 nk buang2 tulang mcm ikan kembung tu.


Wajah2 gembira sedang menikmati laksa ikan tuna.kih3x!

Begitulah berakhirnya hari cuti aku selama 2 hari. Best jugak jadi tourist guide ni rupanya..Harap2 para tetamu yg datang gembira dgn layanan we all yg tak seberapa ni.. Jemputlah datang lagi.. :D

Mak Enon

Nak update blog. Nk upload gamba. tapi internet mcm mak enon.
besok lah aku terai lagi. Ni bangun pukul 2pagi ni,sbb tiba-tiba rasa lapar.

Lapar memanjang-manjang. 2minggu ni je, berat dah naik 3kg.bukan berat baby, berat aku dol. sigh!!

Friday, December 17, 2010

Apa benda yg ko merapik ni

Patutnye, entry ni keluar dulu.Tapi dah aku bz dgn keja2 aku, aku post entry anniversary lah dulu.kang yg anniversary punya langsung xley pakai dah. Ramai yg tanya, aku preggy ke. Ye, aku preggy. Tapi aku xtau laa..mcmana punya preggy. Normal ataupun chemical pregnancy. (Chewah! skang dah pandai pakai ayat 'chemical pregnancy' dah) Takut la jugak jadi mcm pregnancy yg lepas tu kan. Smlm pegi scan, dah nampak..tapi kecik sgt. So,skang ni tugas aku ialah makan tak henti2.Yeahh!! I like!!! hahahaa!! Doctor suruh tunggu lagi 2-3minggu, by the time kandungan aku dah jadi 7-8 minggu, baru boleh scan cari hearbeat. Nk buat mcmana, dah keturunan kecit mecit dalam perut. Si Uyin dulu pun kuar 2.3kg je. Perut aku pun nampak je besar, tapi berkapasiti kecik, (alaaa..cam pc zaman dulu2 laa kan..rupa gedabak,tp dlm kecit je)

So, aku harap korang doa2kan lah aku...awal2 aritu mmg aku adalah morning sickness skit. Tp skang ni kurang.Makan pun lalu je...kalau mengandungkan uyin dulu, jgnkan makan nasik, periuk nasik pon aku tgk mcm nk bakar je. So,sebab tu aku mcm xnak letak harapan tinggi2 sgt untuk pregnancy kali ni. Menurut apa yg aku baca,kalau teruk morning sickness tu, maksudnya hormon tu kuat.So,xperlu risau sgt pasal baby. Tapi kalau mcm ni keadaan aku, aku berserah 50-50 je lah. Syukur juga aku pernah kena chemical pregnancy hari tu. So, aku lebih byk stadi bab2 ni.Byk benda yg aku belajar.Tunggu je lah 2-3minggu lagi.Nak pikir byk2 sgt pon, xguna jugak.

Aku nk cerita pasal minggu lepas. Aku dah pos gamba2 ni dlm FB dah pon.Dalam blog je belum.So, ini lah dia yg aku membizi nau minggu lepas...


Promo poster yg aku siapkan utk promote event ni :D

Aku bz buat video.Kira cam kenangan 2010 punya video sebagai doorgift. Benda yg aku fikir special, tapi dengan bajet yg agak rendah.Takkan la aku nk kasi senduk pulak lagi kan.Ada yg nk kena senduk kepala kang.thihi! So, inilah dia...hasil berpeluh ketiak aku selama seminggu ni....


Doorgift yg dah siap :)

Saksikanlah sedikit gambar2 malam retro tu...


The Balakssss....


The Aweksss...


Hensem pulak laki aku kalau pakai retro2 cenggini.muehhehe!


Uyin & Alesha.
(aku curik gamba ni dari FB ko, liza.Sebok aku ngambek gamba org,gamba anak sndiri lupa ambik.Huakkaka!)




Pose stail tangan lenguh...ahahaha!!


Keluarga besar kami di Sri Lanka...bila dah jadi perantau..kawan2lah sebagai keluarga.. :)




2 gambar kt atas tu, Azmi (yg tgh nyanyi) dan kak liza (pakai baju biru) adalah blog readers aku sblm dorang smpai ke Sri Lanka ni.Wah, sekarang dah jadi member aku kt sini tau!


Funky abes laa tu...ahahaha!

Ada games berpasang2an main lipat kertas.kaki sapa keluar kertas,kira out.


Dah rupa blog gay pulak blog aku bila letak gamba ni.kah3x!!!


Ni lah juara! Si Keding Speckybee & Mr.Izrin.

So,skang ni aku baru je lepas abis edit video utk malam retro lepas.Lepas ni harap2 boleh relax lah skit. Aku tanak gerak byk2 sgt,pasal takut jugak jadi mcm yg lepas.Nk lah jaga bebetul pregnancy kali ni. Tapi apa pon aku berserah je laa kan..Kalau ada, ada laa...Kalau xde, buat semula, ye tak? Koh3x!!!

BTW, Terima kasih Allah...bagi hadiah ulangtahun perkahwinan ni pada kami... :D

p/s: aku sndiri pon xpaham apa kaitan tajuk aku dgn entry ni.

Tuesday, December 14, 2010

SuDah 4 Tahun Kita SeKaTiL, Ye KanDa?

Fuh, amacam tajuk? Hak! Hak! Hak! Asyik tiap2 tahun, ucap selamat ulang tahun sayang je..tahun ni, lain la pulak kan.. Tajuk mau ganas sket. Keh3x!!

So, hari ini genaplah 4 tahun aku jadi bini Speckybee..Ngeheee!! Alhamdullilah...sepanjang2 hidup dgn dia, most of the time, aku happy lah memanjang. Sebab dia sgt suka buat lawak. Aku pun suka buat lawak. Sebab tu anak ktorg pun mcm Mak Lawak.Sampai sekarang, aku mcm tak percaya percintaan dari tingkatan 4, sampai laaa sekarang...semoga kita terus bercinta sampai ke akhir hayat.

Aku harap, Speckybee pun happy hidup dgn aku.Walopon kadang2 aku selalu jugak buat lawak bangang yg bg dia keluar asap kt hidung, contohnya tertinggal kunci kereta dlm kereta, tertinggal henpon, masak termasin (bukan 'ter' je kot, gila baban punya masin!), pegi kedai lupa bawak duit, last2 kena talipon dia antar duit, dan byk laa lagi benda yg menyusahkan jiwa dan raga beliau.hehehe..Dinda minta ampun ya, Kanda? Apa kata kanda beli pil gingko biloba kt dinda supaya dinda tidak nyanyuk lagi? kih3x!!

Thanks sebab sudi kawen dgn dinda. Tau la girlfriend awk tu ramai. Tp sy tau, ehem..ehem...sy ni yg paling best..kan? kan?? Ngaku je lah...hahahaha! Walaupun masa nk kawen tu punyalah banyak rintangan yg harus ditempuh, akhirnya, sampai juga kita ke tahun ke 4. Adventurous gitu. Harap2 jodoh kita berkekalan sepanjang hayat, ye kanda. Bukan apa, zaman skang ni, nk kawen baru bukannya senang. Semua mahal. Minyak pun dah naik harga. Jadi, kalau ada niat nk kawen lain tu, lupakan laaaa.... baik kumpul duit beli BMW yg kanda mengidam mcm nk mati tu. Kurang2, kalau minyak mahal sgt pun, keta tu boleh buat perhiasan kt depan rumah, ye dak?

So dengan ini, dinda dengan malu2 kucing nk ckp, ilebiu so strong!! kekeke!! Time kacih bagi pendant yg cantik tu..Dinda ingat kanda nk sorok dlm bekas simpan beras lagi..hehe.. Oh, kanda nak hadiah? Nanti kita jumpa doctor ye...Suruh doctor scan hadiah anniversary kanda dalam perut dinda... :D I love you!


Aku nk ambik gamba kawen semula..kesian aku tgk gamba kawen aku.Kawen muda..baru abes stadi..bajet pon ciput..tihihi!


Tuesday, December 7, 2010

Tahun Baru: Apa PerLu aku Lakukan DaLam Hidupku pada Tahun Ini???

Salam Maal Hijrah semua...

Dari semalam aku berfikir2..Apa pembaharuan yg patut aku buat utk diri aku tahun ni? Balik Malaysia? Bekerja semula? Entah. Sebenarnya aku pun tak tau arah tuju hidup aku sekarang ini. Kalau dulu aku seorang yg selalu merancang dan memasang angan2 tinggi, tapi sekarang 100% dah berubah.

Apa benda yg aku hendak dalam hidup aku sebenarnya entah??Aku cuba ingat2 balik angan2 aku yang dulu...Mahu kahwin, mahu punya anak comel, mahu tinggal di rumah yang sederhana besar, mahu lihat suami & anak sepanjang masa. Nah! semua tu aku sedang nikmati sekarang ni.Sujud syukur aku pada Allah kerana apa yg hatil kecilku inginkan, alhamdulillah diperkenankan..

"Kau ni tak ambitious laa..." "Takkan ko nak jadi surirumah jee??" "Takkan penat2 ko belajar, tapi melepek kt ceruk dapur?"


Tu semua perkataan2 yg aku dah muak dengar. Ada apa hal dengan kamu?Aku dengan hidup aku. Kamu dengan hidup kamu. Ya, kamu ada duit sendiri. Kamu boleh beli apa saja yg kamu nak. Kamu boleh bergaya sakan, memandu kereta pegi pejabat, bergelak ketawa dengan rakan sepejabat. Kamu dapat pujian dari bos. Kamu dapat kenaikkan pangkat.Kamu rasa bahagia. Kamu rasa itu adalah pencapaian hidup kamu.


Kamu sedang mengukur kebahagian kah??


Tapi perlukah kamu jadikan gaya hidup kamu sebagai pembaris mengukur kebahagiaan hidup org lain?Mana kamu tahu aku tak bahagia? Dan, betulkah kamu benar2 bahagia dengan pencapaian kamu itu??

Kalau kamu benar2 bahagia, kenapa status di Facebook sehari2 merungut bebanan kerja yg kamu tanggung? Kenapa kadangkala kamu marah bila terpaksa menampung perbelanjaan keluarga disebabkan suami kamu kena potong gaji? Kenapa pula kamu merungut suami tak pernah menghargai kamu, membeli hadiah untuk kamu? kenapa kamu tertekan anak2 kamu tak mahu mendengar cakap, malah melawan pula? Benarkah kamu bahagia??? Mungkin kamu hanya bahagia di pejabat, tapi di rumah yg sepatutnya jadi syurga buatmu, bagaimana pula??

Duit sangat penting, tapi bukan semua perkara boleh dibeli dengan duit. Senyuman ikhlas dari seseorang tak boleh di beli di pasar malam. Kasih sayang org tak ada jual di Tesco mahupun Giant.

Aku juga pernah jadi pekerja seperti kamu. Bersesak2 di jalan raya, mengharung banjir, dihamun ketua, kecewa dengan gaji yang ada. Kadangkala perlu bersikap hipokrit, menyimpul senyum pura2 demi menjaga hati org atasan.

Untungnya aku tidak perlu lagi begitu. Aku hanya senyum jika aku suka dan aku boleh menangis bila aku mahu. Apa yg aku pakai, dari hujung rambut ke hujung kaki adalah hadiah dari suamiku. Bonus dan gaji aku, adalah senyuman dari suami dan anak.Dan penguat tulang belakang aku adalah dugaan2 Allah yang pastinya Allah tahu, aku mampu memikulnya.

Patahkanlah pembaris yg kamu gunakan utk mengukur kebahagiaan org itu. Walhal kamu tahu pembaris itu yg akan melukakan diri kamu sendiri. Kamu mengeluh dengan hidup kamu, tapi pada masa yang sama, kamu mengejek hidup aku. Oh, mungkin kamu iri? Tak mengapa, jika gambar2 kegembiraan aku pergi ke sana sini yang menjadi pisau tajam menghiris hati kamu, aku janji, aku tak akan muat naik lagi di laman muka buku. ahahahaha! (sungguh aku tidak ingin ketawa setan, tapi sebelum ini kamu dan setan sama-sama mentertawakan aku, bukan?)

Aku mengetuk kepala sendiri.Kenapa aku ketawakan dia?Kerana dia pernah mentertawakan aku dulu? Sudah.Sudah.Berhenti ketawa.Mungkin juga peta perjalanan hidup aku tahun ini jadi begini: Pulang ke Malaysia dan bekerja semula. Dan, mungkin pula status muka buku aku selepas ini berbunyi : "Ingin pulang ke Sri Lankaaaaa!! Ingin jadi surirumah semulaaaa!!!" oh, syahdu pula!

Aku serahkan peta perjalanan hidupku pada Yang Maha Kuasa. Kau ukirlah peta hidupku ini ,Ya Allah...Aku pasti menjalaninya...Sehingga sampai ke satu titik noktah yg Kau khaskan untukku. Sesungguhnya aku tidak pernah berdoa apa2 yg istimewa utk diri sendiri melainkan Kau tetapkanlah apa yang terbaik untukku, Ya Allah.


p/s:Semalam sambil menonton TV, Speckybee membelai2 rambutku, sambil berjanji; kalau aku bekerja semula, dia mahu hadiahkan i-Pad. Kenapa kamu mahu mengujiku begitu??Kalau mahu beli untukku, beli sajalah.hahahaha!

Monday, December 6, 2010

Nasi LeMaK Amukan AbLasa

Salam all...

Hari minggu lepas adalah hari panas serumah...walopon hujan je pagi2 tu...Kisahnya, gas abis nok..dari mlm sabtu lagi..malam tu pegi cari, kedai tutup. Terpaksa laa aku panaskan sup utk bihun sup pakai rice cooker. Esoknya, pagi2 lagi, Speckybee ckp nk mkn nasik lemak. Aku on je lar.

Kul 9 pagi driver datang, nk ambik tong gas pegi top up. Sampai laaaa ke pukul 10 lebih, tak nampak2 batang hidung. Speckybee start panasss.... Nak nasik lemak!! nak nasik lemakkk!! hahaha!

Dia call driver suh balik umah.Then dia, Uyin & driver tu plak pegi cari gas. Sampai laaaa ke pukul 12 tengahari. Aku plak panasssss....Nak nasik lemakkk!! nak nasik lemakkk!! argghh!

Last2 Speckybee balik. Bawak tong gas. Punyalah jauh dia pegi isi gas. Hari ni satu bandar Galle kena amukan ablasa Speckybee.

Kedai first, dia cakap, lagi 3 hari baru ada gas. Dah tu, yg ko bukak kedai nk buat hapa??? Kedai kedua, dia jual gas yg tong kaler biru jee...Yg tong kaler kuning xley top up. Speckybee tanya, berapa harga utk satu tong kaler biru?? Dia cakap Rs 2200(70ringgit++). Tapi tu untuk gas aje. Speckybee bertambah2 laaaa panasss... Abih tu, kalau aku dah beli gas tu, aku nk taruk kt mana???? Dalam poket?? Baghallll!!!

Then baru la org gas tu bg tau,kalo sekali dgn tong, Rs 7500. Ringgit Malaysia 200 lebih kau tau??? Umah aku dah ada 2bijik tong kuning. Pe kejadahnya aku nk kumpul tong gas berlambak2. Nak nasik lemakkk!! Nak nasik lemakkk!!! Huwaaa!!

Last2 punyala berkilo2 meter mencari, jumpalaa jugak. Tu pun kat belah2 kawasan kampung haaa...Yg town ni ape hal tah semua tak de. Nak kata dapat Tsunami warning, xde la pulak.Usunglaa tong gas tu balik rumah dengan jayanyaa...

Nasi awal2 aku dah siap masak.Tinggal nk menumis sambal sotong kering, goreng ikan bilis dengan rebus telur je lagi...balik je Speckybee, terus aku bersilat kat dapur. Makanlaa nasik lemak tu sbg breakfast+ lunch.


Ni laa dia nasi lemak amukan ablasa..nampak je simple.Tapi paling sedap dalam dunia ko tau?? Setengah hari punya seksa nk dapat makan haa...

Gendang gendut tali kecapi;
Kenyang perut kita pi shopping plak. Muehehehe!

So, aku ada nk cari barang kt Barefoot.Barefoot ni tempat barang2 yg beridentitikan Sri Lanka..banyak laa jenis2 cam kain linen tu, pestu hiasan2..mcm2 laa kan.. Kt Colombo ada jugak Barefoot.Tapi aku rasa mcm sesak sgt.Xboleh nk nafas. Sini macam tenang skit...Decoration kt dalam pun lawa.



Ni Barefoot Galle @ Galle Fort.


Kerusi ni mcm menarik kalau letak kt ruang santai umah...tmpat lepak baca2 magazine ke kan..Tapi aku ingat, nk suruh Speckybee je buat balik Malaysia besok.Pakai pelepah pokok pinang ke kan.kekekee!


Hai Encik Kuda. Mari kita berdansa!


Then pegi Keels..suasana krismas sudah di rasai..Nampak tak ada salji2 kt luar tu?? Kalau tak nampak, pendek umurrrrr......kakakkakaaka!

Cau cin cauu!!

Friday, December 3, 2010

Low Profile

Lama jugak aku menyepi. Seminggu ade kot? Ngehehe! Ada la projek mega yg aku tgh buat.(mega kepalahotakkau). So, entry ni aku xde nk cerita apa sgt. Just nk cerita pasal sikap low profile yg xberapa nak low dan cool. Hahaha!


Pernah tak jumpa org yg buat2 low profile, tapi padahal niat dlm hati nk suruh org kagum kt dia? Kisah ni berlaku la kt Speckybee..5-6 tahun yg lepas.. Time tu aku keje kt Shah Alam. Speckybee tgh buat master. So,pagi dia buat part time kt hotel Bluewave Shah Alam. Petang pegi kelas.(aku malas nk sambung master lagi time tu, pasal gatal nk kawen.wawwawa!)

So, Speckybee pagi2 akan pegi Bluewave dgn sorang lagi member dia (master gak). Then ada laa jumpa sorang mamat ni. Keje part time jugak. Ko tau je lah. Keje part time hotel. Ade time rehat, dorang lepak2, sembang2.

Mamat low profile: Beb, korang jgn bagi tau sesapa ni tau??? Aku segan laa kan nk bgtau...pasal aku ni jenis yg low profile...

Speckybee: Ha, apedia?

Mamat low profile: Aku ni sebenarnya student U. Tgh buat diploma kt Unisel. Tapi aku seganla nk bagi tau korang sblm ni. Takut2 korang segan dgn aku ke ape kan...Kan aku dh bgtau tadi, aku ni jenis yg low profile. Malas nk kecoh2.

Speckybee & kawan Speckybee: (dalamhati) Kimak laaaa!! Low profile pale lutut ko? Ko ingat ktorg ni budak kampung yg fail SPM pestu dtg Shah Alam semata2 nk keje cuci jamban ke??? Takat buat diploma kt Unisel pon ko menggelabah nk bagi org tabik kt ko.


Kawan Speckybee: (kt belakang hotel,lepas mamat low profile blah) Hang rasa kita patut terajang budak tu smpai keluar tali pusat dia tak?????

Speckybee: Hahahaaa! Kalau kita sumbat kepala dia dlm lubang jamban pon sedap jugak.Baru hilang skit 'low profile' hamjadah dia tu!'


So, please laaaaaa....please laaaaa...agak2 laa nk low profile ponnnnn!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...